http://susulila.blogspot.com/

About Me


Hallo! Assalamualaikum.
Terima kasih telah berkungjung ke blog elanor. Sebelum korang membaca blog elanor ni, bolehlah berkenalan kot kot nak tahu tentang aku. Hehe.




Nama diberi SITI SUHAILA BINTI BUANG. Family panggil aku ELLA. Mostly kawan-kawan masa zaman sekolah panggil aku ELLA. Cikgu-cikgu dan pensyarah panggil aku SUHAILA. Masa sekolah rendah (darjah satu) ada sorang cikgu ni panggil aku SITI. Bila masuk universiti, kawan-kawan panggil aku SU. Ada pula kawan rapat panggil aku SUSULILA. Seterusnya panggilan yang paling istimewa untuk aku dari suami ialah BABY. (Ok bai). Hahah. Haaa amacam? Banyak sangat nama panggilan aku ni aihh. Ok takpe, korang boleh panggil aku ELLA je sebab aku rasa nickname ELLA ni dah sebati dengan diri aku sejak kecik lagi.



I'm a new blogger actually. Aku start create blog Februari 2014. Dulu aku suka menulis. Segala perasaan dan kenangan aku, aku tulis dalam buku diary je before ni. Semua gambar-gambar kenangan aku, aku akan tampal dalam buku diary. After married, mood menaip pulak melekat kt tangan. Hehe. Insyallah lepas ni aku akan rajin menaip pula :)




I was born 24 years ago in May 2nd. Berasal dari Johor dan kini menetap di Kuala Lumpur bersama suami tercinta, Mohd Nor Ikhwan. I'm married with my lovely hubbi on April 2013.
Aku kahwin masa belajar di universiti lagi. Masa tu tahun ke 3. Orang lain sibuk buat proposal tesis, aku pulak sibuk buat proposal kahwin. Gatal. Hehe. I'm graduated from University Putra Malaysia in Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan. 



November 2015, lahirnya buah hati tercinta Amanda Sofea. Maka tittle pun bertukar menjadi "IBU". Doakan semoga aku dapat menjadi ibu yang paling terbaik untuk anak-anak :)



I love everyhting about music, fashion, Islam, culture, peace and psikologi. I have a big dream who want to become a lecturer. Selain tu, aku juga ada pasang impian nak jadi entrepreneurs sejak kecil. So now, aku mengorak langkah untuk menjadi entrepreneurs dengan run a online business iaitu elanorofficial. Kepada pembaca semua, meh la shopping and support saya.
Nak tahu apa yang saya jual boleh lihat di elanorofficial shop ok!


Prinsip hidup yang sentiasa aku pegang ialah "I am prepared for the worst, but hope for the best." Perkataan ini sentiasa terpaku di fikiran aku setiap pagi. Sentiasa bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan pasang impian setinggi langit supaya jika kita jatuh, kita jatuh tak terlalu dalam supaya kita masih mampu berada diantara bintang-bintang.





Ok, sampai sini je tentang aku.
 Semoga blog ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada diri aku dan juga kepada pembaca semua. Keep reading and
enjoy my blog, everyon!
Ukhti Fillah :)


Terima kasih.
Tata.
Smile with elanor <3
xoxo <3








0 comments:

Post a Comment

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in