Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham
Ia merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau asset lain yang diuruskan oleh pengurus profesional atau dikenali sebagai Fund Manager.
Dalam
erti kata lain, wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana
(Fund) yang akan diuruskan oleh satu syarikat pengurusan dana yang
dipanggil "Syarikat Pengurusan Unit Amanah" atau nama ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company).
SELAMAT TAK PELABURAN INI?
Insyallah selamat. Kerana, UTC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu, wang pelaburan anda adalah dilindungi dan dijamin oleh Pemegang Amanah (Trustee) yang dilantik oleh UTMC. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 40 UTMC yang menawarkan lebih daripada 600 dana keseluruhannya. Antara senarai UTMC ialah Public Mutual, CIMB Principal, Amanahraya Investment dan banyak lagi.
Saya meruapakan salah seorang Unit Trust Consultant- Public Mutual. Dengan public mutual tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan merupakan syarikat unit trust no 1 di Malaysia.
Jumlah pelabur dalam Public Mutual juga menunjukkan jumlah paling
tertinggi dimana melebihi 3 juta pelabur dengan jumlah pelaburan
melebihi 30 bilion. Seramai 2.80 juta pemegang akaun public mutual telah
bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan dana
selama 29 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk
mempelbagaikan tabung simpanan persaraan anda. Kami ghairah dalam
memberi nilai kepada para pemegang unit kami.
Setiap
skim pelaburan biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata
dalam bentuk pengagihan pendapatan atau lebih dikenali sebagai dividen
dan pertumbuhan modal dengan kadar risiko yang munasabah. Di Malaysia,
masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Unit Trust khususnya
bumiputera kerana mereka lebih mengenali pelaburan ASB, ASN dan
sebagainya. Malah ada sesetengah pelabur yang sudah melabur dalam unit
trust juga masih kurang tahu kepentingan pelaburan ini yang memberikan
pulangan yang lumayan.
Perlu
kita tahu dan fahami tujuan dan mengapa kita melabur? Unit Trust
merupakan pelaburan untuk jangka panjang di mana unti amanah kita akan
bertambah dan memberikan pulangan yang lumayan samada pelaburan secara
cash atau KWSP.
CARA MELABUR
Unit Trust ini merupakan satu pelaburan bagi seseorang pelabur yang berkeinginan untuk mengaut keuntungan yang lumayan dalam jangka masa yang panjang.
Dengan lebih jelas dan ringkas,
Pelaburan ini boleh dijalankan dengun 2 cara:
Cara 1: EPF/ KWSP (Ditolak mengikut umur pelabur masing-masing)
Cara 2: Tunai (Wang simpanan pelabur itu sendiri)
Cara 1: EPF/ KWSP
Dalam KWSP, kita mempunyai sebanyak 2 akaun yang dikenali sebagai akaun 1 dan akaun 2.
Kwsp telah membenarkan dan meluluskan untuk anda semua mengeluarkan sedikit daripada wang dalam akaun 1 untuk tujuan pelaburan sahaja.
Untuk pengetahuan semua, sudah ramai orang merebut peluang untuk mengeluarkan sedikit wang dari akaun 1 KWSP ini bagi tujuan pelaburan. Pelaburan dimana? Kebanyakkannya adalah di Public Mutual, kerana Public Mutual adalah syarikat Unit Trust No 1 di Malaysia.
Bagaima ia dilakukan?
KWSP telah menetapkan simpanan asas (Basic saving) yang diperlukan untuk seseorang yang ingin melabur dengan mengikut peringkat umur masing-masing. Jadualnya adalah seperti di bawah:
Jadi, anda bakal pelabur sekalian bolehlah start mengira sendiri sebanyak mana anda layak untuk melaburkannya.
Contohnya,
Saya berumur 27 tahun,
Jika rujuk jadual dia atas, basic saving yang perlu ada di akaun 1 bagi umur 27 tahun ialah RM20,000.
Apabila saya semak penyata KWSP saya, jumlah akaun 1 saya adalah RM50,000.
Jadi, pengiraanya adalah seperti di bawah:
Formula:
Akaun 1 - Basic Saving x 30%
Pengiraan:
(RM50,000 - RM20,000) X 30% = RM9,000.
Jadi, saya layak melabur sebanyak RM9,000 ke dalam Unit Trust Public Mutual.
Setelah
dilaburkan, wang tersebut perlu dilaburkan pada jangka masa panjang
iaitu 3-5 tahun. Anda akan nampak hasilnya. Sekiranya saya ingin menjual
unit di dalam Unit Trust Public Mutual tersebut, wang tersebut akan
dicarumkan semula ke dalam akaun KWSP semula.
Bagi sesiapa yang basic saving akaun 1 nya tidak cukup, tak perlu risau, anda masih lagi berpeluang untuk menggunakan cara kedua iaitu secara tunai. Penerangan pelaburan secara tunai seperti dibawah.
Cara 2: Tunai
Jika anda memilih secara tunai iaitu melabur menggunakan wang simpanan anda sendiri, anda dikehendaki melabur minimumnya RM1,000 sahaja. Bagaimana caranya?
Caranya:
1. Hubungi saya di talian 0124048696 (Suhaila)
2. Saya akan teragkan dengan lebih lanjut mengenai UNIT TRUST ini.
3. Saya akan beri borang dan saya akan bantu anda mengisi borang.
4. Anda akan membuat keputusan untuk melabur berapa yang dirasakan mampu
5. Selepas itu anda perlu pergi ke bank dan membuat sekeping cek yang ditulis kepada PUBLIC MUTUAL BERHAD (ic anda).
5. Seterusnya, cek tersebut diserahkan kepada saya. Saya akan bawa cek tersebut beserta dengan borang yang telah anda lengkap isi itu ke Public Bank.
6. Resit akan diberikan, saya akan serah resit tersebut kepada anda.
7. Anda hanya perlu tunggu 2-3 tahun.
8. Anda akan nampak pembiakan duit anda sendiri.
9. Saya akan sentiasa memberitahu perkembangan duit anda itu.
Mudahkan?
Hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut: 0124048696 (Suhaila).
0 comments:
Post a Comment