MAJLIS PERNIKAHAN
Ikhwan & Suhaila
Date: 12 April 2013
Time: 8.30pm
Venue: Rumah abah, Johor
Sampai sekarang, aku masih rasa seperti bermimpi. Tak percaya yang aku kini dah bertukar status kepada seorang isteri (cer lempang sket bagi sedar. hehe). Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku. Majlis pernikahan dihadiri oleh ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.
Tema baju nikah kami ialah tema jawa. Tema ni suami ella yang pilih. Antara salah satu faktor suami pilih tema ni sebab kami berdua ada darah keturunan jawa. Tapinya, sebelah family ella lagi pure jawa sebab atok, abah dan mak ella jawa. Sebelah suami, mak dia je jawa. Hehe.
Dengan debaran di hati, langkah dimulakan dengan bismillah dan selawat, majlis pernikahan kami bermula pada jam 8.30pm.
|
Pengantin lelaki bersedia duduk berhadapan dengan juru nikah |
|
Masa ni Tuhan je yang tahu perasaan aku. Dupdap dupdap aihhh! |
|
Saat lafaz akad nikah. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Yayy :) |
|
Mengaminkan doa selepas sah menjadi suami. |
Selepas selesai urusan lafaz akad nikah, tiba masanya untuk penyerahan maskahwin. Kemudian, juru nikah suruh suami letak tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa ini :
|
"Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang engkau ciptakan padanya." |
|
Bacaan penerimaan mas kahwin |
Lepastu abah baca lafaz penyerahan tanggungjawab wali kepada pengantin lelaki. Part ni ella rasa hiba sangat sebab rasa dah tak boleh manja dengan abah lagi lepas ni :/'' (Mengada).
Bab lafaz-lafaz ni ella memang touching. Tapi, mak ella dah pesan awal-awal sehari sebelum majlis "Jangan nangis masa majlis nikah nanti." Ok! Baiklah mak. Heheh.
|
Bacaan penerimaan tanggungjawab oleh pengantin lelaki. |
Selepas bacaan penerimaan tanggungjawab, takde lagi bacaan lafaz-lafaz.
Suasana majlis terus menjadi riuh. Hehe. Paling kelakar, bila juru nikah cakap "okey pengantin lelaki dah boleh salam pengantin perempuan." Masa ni hubbi tiba-tiba jadi agressif. Muka dia excited gila. Haha. Siap gosok-gosok tapak tangan dia lagi. Malu i tau. Hubbi laju-laju hulur tangan kt ella. Lagi lah tambah malu hoi. Juru nikah tu siap cakap kat ella "Jangan risau, dah boleh salam. Dah sah!" Hahah. Semua orang gelak-gelak. Hihi.
Precious moment with love <3
|
With this present, i give you my heart, i promise from this day forward, i will love you forever <3 |
|
My dearest, Abah & Mak <3
|
Sebelum majlis menjamu selera, pengantin bersalaman dengan tetamu diiringi alunan selawat. Masa tu sedih sangat. Part paling sedih bila salam abah and mak. Masa tu memang tak terkata apa-apa. Even bila abah and mak wish Tahniah. ellaangguk je. Pastu terus peluk. xoxo!
|
Terima kasih mak + mertua atas restu perkahwinan ini :) |
|
Arissa, satu-satunya anak sedara yg belum tido lagi mlm tu. Yang lain dah Zzzz =,= |
|
Hand bouquet ni ella buat sendiri tau. Nak jimat :) |
Barakallah.
Ikhwan & Suhaila
Selesai majlis akad nikah. Walaupun preparation yang agak singkat, (Tarikh kahwin ni masa tu tengah cuti mid term, seminggu je cuti. Haaa bayangkan lah, mana kaki mana tangan yang nak kena gerak dulu. Lol!)
Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Majlis khatam dan Persandingan menyusul keesokan harinya :)
|
Many thanks to my beloved friends sebab sudi datang awal. Diorang ni lah yang banyak tolong ella untuk buat persiapan. Diorang juga yang selalu cover ella time ella ponteng kelas sebab nak balik awal. Hihikks* Sayang semua. Muahh! |
Dan,
Terima kasih buat para tetamu yang hadir menyaksikan ikatan pernikahan kami.
Much love.xoxo!
To be continue...