Date: 13 April 2013
Time: 2.00pm
Venue: Rumah abah, Johor
"Kompang dipalu pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu"
Ewahh..
Hallo! Entry kali ni nak cerita pasal kahwin lagi iaitu majlis persandingan kami. Mula-mula nak tulis entry dah tersenyum-tersenyum terkenang saat indah. *Hihikks
Ok let's go..
Pada hari kejaadian, bila sampai je mak andam dia terus tanya ella dah mandi belum? Hahah! Mak andam tu tanya ella dah mandi belum sebab muka ella nampak letih sangat. Seriously ella memang penat tahap kuasa dua. Yela berderet je acara majlis ella ni. Jumaat malam nikah, sabtu pagi khatam and petangnya bersanding. Pastu, preparation plak memang last minit. sebab masa majlis kahwin ni baru start cuti mid sem, seminggu jek cuti. Ha mase cuti ni lah ella kerah segala tenaga tau. Hehe. Mahu tak mahu, ella kene buat juga. Btw ..walaupun penat, but im so happy!! :D
Sebelum start makeup, mak andam suruh ella mandi bunga. Biar bagi fresh sikit badan and bagi naik seri. So ella pun teruja sangat sebab mak andam dah siapkan semua bahan-bahan. Ella tinggal mandi je. Lepas mandi badan jadi segar bugar dan wangi. Lepas solat zohor, sesi bermakeup pun bermula. Sesi makeup selama 1 jam lebih mcm tu lah. Yang pasti, masa makeup sanding tu ella tak senang duduk. Nervous, malu semuanya ada. Ella dok fikir macam mana nak buat cool je nanti atas pelamin duduk bersanding berdua >malu< Hihikks.
Debaran semakin terasa bila kawan-kawan ella masuk bilik pengantin. Haaa!! Meriah bukan main lagi. Tau-tau je la gigirl kalau dah lama xjumpa macam mana kan! Nak pecah bilik dibuatnya. Hewhew. Tepat 2.30pm kompang dipalu dan pengantin lelaki pun berarak diiringi pengapit dan ahli keluarganya.
Perarakan bermula :) |
Mana pengantin perempuan?? Heheh. Ok, adat persandingan kt johor lain sikit. Pengantin lelaki je yang akan berarak. Pengantin perempuan pulak tunggu pengantin lelaki kat atas pelamin, macam gambar ella kat bawah ni.
Kat atas pelamin tu, muka pengantin perempuan memang saja ditutup. Kalau korang tengok gambar kat atas ni ramai kawan-kawan aku duduk sama atas pelamin. Haa ni juga adat persandingan di Johor yang di panggil duit tol perkahwinan. Pengantin lelaki kena bagi duit dulu kat diorang ni, baru boleh duduk sebelah pengantin perempuan. Nasib baik mak suami ella ni orang johor. So diorang dah ready kan awal-awal.
Happy husband <3 |
Kat pintu masuk rumah pun diorang buat jugak tol. Haha. Suami ella kata tol kat pintu masuk ni tol yang kedua. Tol pertama tu jiran-jiran ella yang buat kt pintu pagar luar :)'' Hahah
Tol ke-2 (Makcik saudara) |
Bila dah melepasi tol kedua ni, dapatlah pengantin lelaki masuk rumah.
Anddd.. Tadaa!! Ada tol lagi??? (Tepuk dahi. Hahahh)
Tol ke-3 (Kawan-kawan & family) |
Tol ke-3 (Kakak) Happy betuk diorang ni. Abaikan si baby Aqeela yg kepanasan. Heheh* |
The Best Mak Andam, Kak Ita |
sesi renjis merenjis |
Restu dari mertua ;)'' |
Kek ni di sponsor oleh kak Haida. Thanks kak :) |
Sesi memotong kek selepas makan beradat. Masa makan beradat ni, kitorang tak dapat makan puas-puas pun. Bukan sebab cover malu, tapi sebab ramai tetamu datang bersalaman ada yang tangkap gambar bersama. Hehe. Masa tu kami tak rasa lapar pun. Ella pun happy sebab ramai kawan-kawan datang. Tapi nak tau x?? Masa sesi outdoor tu ha baru rasa eh apesal perut lapar sangat ni. Sampai kitorang boleh berhenti ambil gambar, terus pergi makan kejap. Hahaha.
Kelakar je masa tu!
Orang paling comel masa majlis, Niece |
Pakaian si comel ni semuanya ella cari sendiri dengan hubbi. Penat lah merata cari masuk satu-satu kedai. Haa kalau korang perasan, head crown yang si comel pakai ni ella pernah guna untuk shoot shawl elanorofficial punya. Hihihks**
Dari mata turun ke hati <3 |
YOU and Me for Eternity <3 |
You Complete Me <3