Assalamualaikum. Last entry hari tu aku ada janji nak buat review bersalin kt hospital selayang kann. Hari ni baru lerr sempat nk update review tersebut. Ibu is busy sejak ada anak ni. Huhuuu
Sebelum aku start cerita panjang, aku nak tanya korang pernah tak rasa dilema seperti ini "nak bersalin kat mana ek? Bersalin kat hospital kerajaan ke swasta?." Siapa pernah dilema mcm ni sila angkat tangan. Huhu. Aku percaya ramai bakal-bakal ibu diluar sana confuse nak bersalin kt mana. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama kan. Tu semua aku dah alami before bersalin hari tu.
Memang pada asalnya hospital selayang atau any hospital kerajaan bukan jadi pilihan utama aku. Bila dapat tahu aku mengandung, teringin hajat dihati nak bersalin kat hospital swasta. Lagi-lagi bila aku baca pengalaman org bersalin kat kerajaan, terus jadi seriauuuu. Pastu aku tanyalah husband kalau aku nak bersalin kat swasta boleh ke? Then husband aku kata boleh. So, apalagi aku pun cari lah hospital yg berkenan di hati yg dekat dengan rumah.
Bila kandungan dah masuk 7 bulan, kitorang terus check up kandungan kat hospital yg diidamkan tu (maaf nama hospital tak boleh nk mention atas sebab tertentu). Walaupun aku dah start check up kt swasta, tp aku tetap teruskan buat check up kt kerajan. First impression masa check up kt swasta aku rasa teruja sebab jauh beza dengan kerajaan. Kalau cek kat hospital swasta tu, kita terus boleh request nak doctor mana, yet doctor yang buat monthly check up tu sama je every month and dia juga yg akan sambut baby. So, doctor tu boleh pantau progress dari awal sampai bersalin. Ewaahh rasa special sgt giteww. Yang buat aku paling teruja setiap kali check up doctor akan scan tengok baby. Husband pun happy dapat joint sama tengok baby gerak-gerak dalam perut aku. Service jangan cakaplah, memang best, tak payah tunggu lama kalau nak compare check up kt kerajaan seawal pukul 7.00 pagi aku dah tercongok depan pintu klinik kesihatan tu sebab nak dapat no giliran awal. Hahah!
Bila kandungan dah masuk 7 bulan, kitorang terus check up kandungan kat hospital yg diidamkan tu (maaf nama hospital tak boleh nk mention atas sebab tertentu). Walaupun aku dah start check up kt swasta, tp aku tetap teruskan buat check up kt kerajan. First impression masa check up kt swasta aku rasa teruja sebab jauh beza dengan kerajaan. Kalau cek kat hospital swasta tu, kita terus boleh request nak doctor mana, yet doctor yang buat monthly check up tu sama je every month and dia juga yg akan sambut baby. So, doctor tu boleh pantau progress dari awal sampai bersalin. Ewaahh rasa special sgt giteww. Yang buat aku paling teruja setiap kali check up doctor akan scan tengok baby. Husband pun happy dapat joint sama tengok baby gerak-gerak dalam perut aku. Service jangan cakaplah, memang best, tak payah tunggu lama kalau nak compare check up kt kerajaan seawal pukul 7.00 pagi aku dah tercongok depan pintu klinik kesihatan tu sebab nak dapat no giliran awal. Hahah!
Masa tengah tunggu hari nak bersalin, aku balik rumah mentua. MIL tanya nk bersalin kt mana? Husband aku ckp lah nama hospital tu. Then MIL macam disagree. Bukan sebab duit, tapi it about safety and guarantee. Fyi, MIL aku pesara nurse kerajaan. So, dia lagi tahu 'baik buruknya' kalau bersalin kt swasta. Ape lagi, diorang pun 'sekolah' kan kitorang lahh. Antaranya, kalau tiba-tiba masa aku bersalin nanti ada 'kes/ komplikasi', hospital swasta akhirnya akan refer aku ke pakar kerajaan juga. So, diorang tak nak aku ditolak sana sini.
Then, aku bincang balik dengan husband. Pada awalnya memang lah rasa sedih. Lagi-lagi dah seronok check up kt swasta tu + husband dah bayar duit deposit. 2 hari tak tenang asyik fikir apa yang parents mentua cakap. Aku ada juga tanya pendapat mak aku, mak aku cakap bersalin kat mana-mana pun sakitnya sama jek. Erkkk!! Punyalah tak puas ati, aku pun tanyalah pendapat kakak aku yg baru bersalin bulan 9 hari tu kat hospital kerajaan (Kota Tinggi, Johor). Niat asal kakakku memang dia nk bersalin kt KPJ. Disebabkan baby dia tak sabar sangat nk keluar, plak tu dia balik rumah parents aku kt felda tunggal, so dia pergilah hospital kota tinggi yg paling dekat dgn rumah parents aku. Ayat kakak aku yang aku xboleh lupa "best je bersalin kat hospital kerajaan, Bersalin tu memang lah sakit, tapi sakit tu sama je. Kalau kt hosp kerajaan lagi boleh jimattt. Akk kene bayar RM30 je.. Cuba kau nilaikn RM3000 tu dengan RM30. Macam-macam boleh buat, tak pun lebih baik duit tu kau bg kat akk." Ciisss!
Mata aku pun terkebil-kebil sambil ligat berfikir. Lama-lama kepala aku pun weng-weng tak tahu nak buat keputusan. Haha. Aku berbelah bagi juga lagi2 bila memikirkan husband dah bayar deposit kt hospital swasta tu. Aku cuba tanya husband,
Akhirnya, dgn sebulat suara aku terus ckp kt husband "takpelah bang, saya nak bersalin kt kerajaan je." Disebabkan hospital Selayang paling dekat dengan rumah aku, so husband pun terus call hospital selayang utk tanya procedure nk bersalin kt situ. So far, nurse yg explain tu ok, baik, explanation tip top. Tq nurse! Sebab awak, saya jadi sejuk hati nk bersalin kt hospital selayang.
Mata aku pun terkebil-kebil sambil ligat berfikir. Lama-lama kepala aku pun weng-weng tak tahu nak buat keputusan. Haha. Aku berbelah bagi juga lagi2 bila memikirkan husband dah bayar deposit kt hospital swasta tu. Aku cuba tanya husband,
Aku: Abg kalau saya bersalin kt hospital kerajaan boleh ke?
Husband: Boleh juga, terpulang kat awk, abang support je mana-mana pilihan awk.
Aku: Habis tu, duit deposit tu macam mana?
Husband: Takpelah, anggap je tu bukan rezeki kita. Yang penting awk n baby selamat.
Akhirnya, dgn sebulat suara aku terus ckp kt husband "takpelah bang, saya nak bersalin kt kerajaan je." Disebabkan hospital Selayang paling dekat dengan rumah aku, so husband pun terus call hospital selayang utk tanya procedure nk bersalin kt situ. So far, nurse yg explain tu ok, baik, explanation tip top. Tq nurse! Sebab awak, saya jadi sejuk hati nk bersalin kt hospital selayang.
Bila tiba waktu nk bersalin, kitorang terus je pergi hospital selayang dengan hati yg terbuka. Alhamdulillah pengalaman aku bersalin dekat hospital selayang merupakan pengalaman yang manis dan paling best, jauh daripada cerita-cerita tak best yang ditakutkan tu. Huhuee. So, let me share my experience kat bawah ni.
Proses pendaftaran:
Masa pendaftaran, staff kt kauter mintak buku pink and sijil nikah. Pastu dia key-in data apa yang patut. Sementara husband tengah daftar, staff kat kaunter tu suruh aku masuk dalam bilik saringan utk check bukaan dulu. Boleh baca kat sini utk tahu apa diorang buat dlm bilik saringan tu.
Ward
Ward ada 3 jenis kelas. First, second and third class. Masa mula-mula datang buat pendaftaran, kita boleh pilih samada nak ward kelas kedua atau kelas ketiga. Utk pengetahuan ward kelas pertama hanya boleh demand request once isteri dah bersalin je. Macam kes aku, sebelum bersalin aku tak sempat nk masuk ward sebab time tu ward penuh and aku punya bukaan cepat. Aku datang hospital terus masuk dalam bilik saringan kejap and terus kene tolak masuk labour room.
Request ward ni pun depends on availability. Ada rezeki dapatlah. Insyallah high potential utk dapat sebab masa aku tu banyak je yang first class (double bed) yang kosong. Lepas je aku bersalin, husband terus request nak ward kelas pertama. Untuk ward kelas pertama kene bayar deposit RM800.00 dulu. Alhamdulillah dapat juga aku merasa ward kelas pertama tanpa GL (husband bukan kakitangan kerajaan). Sekurang-kurangnya dapat juga husband teman malam-malam kat ward. Lepas aku decided nak bersalin kat kerajaan, aku selalu doa supaya ada rezeki aku n baby utk masuk ward kelas pertama. Sebabnya hanya ward kelas pertama je yg benarkan husband utk stay and jaga isteri kat dlm ward 24hours.
Request ward ni pun depends on availability. Ada rezeki dapatlah. Insyallah high potential utk dapat sebab masa aku tu banyak je yang first class (double bed) yang kosong. Lepas je aku bersalin, husband terus request nak ward kelas pertama. Untuk ward kelas pertama kene bayar deposit RM800.00 dulu. Alhamdulillah dapat juga aku merasa ward kelas pertama tanpa GL (husband bukan kakitangan kerajaan). Sekurang-kurangnya dapat juga husband teman malam-malam kat ward. Lepas aku decided nak bersalin kat kerajaan, aku selalu doa supaya ada rezeki aku n baby utk masuk ward kelas pertama. Sebabnya hanya ward kelas pertama je yg benarkan husband utk stay and jaga isteri kat dlm ward 24hours.
Aku stay dlm ward 1 malam je. Masuk pukul 7.00pm keluar pukul 4pm. Husband pilih first class with double bed. Husband siap request lagi nak ward double bed tapi yg xde patient masuk lagi. So lucky, ada plak kosong. So husband boleh rehat n tidur dekat 1 katil lagi tu. Hehe. Dah nama pun first class, so memang tip top lah. Setaraf dengan ward dekat private hospital dari segi ruang legar and dalam bilik. Dalam bilik siap ada sofa and ada 1 toilet/shower room (Jangan lupa bawa towel sendiri and toiletteries sebab diorang x provide). Yang bezanya cuma takde tv dalam bilik tu. Bagi aku, aku tak kisah pun xde tv sebab baby kita yg baru lahir tu dah jd television utk aku dan husband :) hehe.
Dari segi kebersihan memang terbaik. Setiap pagi ada cleaner datang cuci toilet. Pagi-pagi nurse dah datang bilik utk tukarkan cadar and bg uniform baru kt kita.
**kitorang lupa nak ambil gambar ward. Gambar ni je lah boleh aku attach utk bg sikit gambaran kat korang. Sorry gambar not too clear sbb masa ambil ni waktu malam, lampu tidur je kitorang buka** |
Makanan/ minuman
Sorry utk part ni aku tak berapa nk sure nk review. Tak pasti samada tekak aku yg xsedap ke atau memang lauk tu yg xsedap π. So far, breakfast, lunch and hi tea semua ada. Tp, aku lagi selera makan yg husband bawakan.
Nurse/ Doctor
Nurse kt ward semuanya baik, sopan tak sombong. Pada aku, nurse kat ward diorang rajin and nampak ikhlas masa layan patient. Nurse kerap round lagi-lagi waktu malam. Nurse siap minta kitorang buka pintu bilik lagi supaya diorang boleh dengar bila baby aku nangis. Tapi kitorang x buka pintu pun sebab baby Amanda x nangis and lena je tidur. Hehe. Then kalau kitorang panggil, cepat je diorang datang. Aku pernah panggil nurse pukul 2 pagi sebab masa tu tak pandai nk sendawakan baby. Pastu nurse tu yg tolong sendawakan. Dalam masa yg sama nurse ajarlah aku. Esok paginya ada nurse datang utk consult pasal penyususan susu ibu. Sebab aku ni baru anak first, so macam-macamlah aku tanya minta pencerahan dari nurse. Untungkan kan? So far sepanjang aku kt ward tu, aku takde masalah langsung. Terasa mcm duduk kat hotel pun ada. Huhuuee ^"^
Kalau nurse kat bilik saringan/ labour room pun sama juga. Takde jumpa nurse yang kerek atau kasar. Nurse kat bilik saringan yang aku perasan diorang bukan garang, cuma diorang tegas sikit. Yelah, patient kat bilik saringan tu mostly patient yg tengah menanggung sakit contraction. So macam-macam lah karenah patient2 ni lagi-lagi husband tak dibenarkan masuk. Aku memang salute lah nurse yang bertugas kat bilik saringan tu. Diorang tabah gila kot melayan setiap patient. Kejap lari pergi tempat patient kat katil 1, kejap lari pergi tempat patient katil 3 la. Aku yang kat dalam bilik saringan tu pun boleh dengar tapak kasut nurse-nurse berlari sana sini bila patient jerit panggil diorang. Mostly diorang sangat supportive. Diorang suka bagi sokongan and siap tujuk lagi macam mana nak kurangkan sakit contraction *Tapi aku buat sama je sakitnya. harhar. Takpelah yang penting moral support tu.*. Diorang takde marah-marah lah bila aku ngadu sakit. Kalau aku panggil diorang datang, tapi kadang-kadang lambat. Heheh.
Bagi aku, apa yang penting kita sebagai patient kena well behave lah. Paling pentig kita kene respect diorang yang menjalankan tugas, guna bahasa baik-baik time communicate dgn diorang insyallah kita dilayan dengan baik. Kalau kita sebaliknya, kira you deserved it lah. Bab manners ni husband selalu pesan kat aku, masa bersalin nanti yakinlah kat nurse dan doctor, diorang lebih arif dari kita. Kita faham dia, insyallah dia pun akan faham kita :)
Kalau docor plak, aku dapat semua doctor muda. So far diorang semua friendly and peramah. Tapi, masa kat bilik saringan aku rasa serabut sikit sebab ramai sangat doctor pelatih lalu lalang. Aku masih ingat lagi masa cotraction dalam skala 8/10 ada dua org doctor pelatih dtg belajar macam mana nak baca ctg machine yg diorang pasang kt perut aku. Aku tengok je diorang sambil mengerang sakit, tapi diorang buat tak tahu je kt aku *sadis, baru nak minta support*. And bab seluk masa cek bukaan tu hopefully kene perbaiki especially utk doctor pelatih. Masa aku, first time nak cek bukaan doctor pelatih yg buat. Doctor pelatih tu kata xd bukaan lagi, pastu nasib baik nurse panggil senior doctor utk cek semula bukaan aku and senior doctor kata dah 3cm. Respon aku masa dapat tahu doctor pelatih tu buat silap, aku rasa begang jugak lah kat doctor pelatih tu, tapi aku cool je sebab senior doctor tu dah bebel kt doctor pelatih tu. Hopefully, boleh dibaiki :)
Labour room
Labour room selesa tak besar tak kecil. Masa aku kene tolak masuk labour room aku tak perasan keadaan sekeliling macam mana sebab menahan sakit contracion. Bila lepas selamat bersalin baru aku sempat tengok labour room tu macam mana. Ada 1 katil, lengkap dengan komputer utk doctor/nurse key in report, ada jam besar kt dinding so senang diorang nak track masa, ada aircond, bersih dan kemas. Keadaan dalam labour room tenang. Takde bunyi bising macam bunyi machine ke. Korang akan dengar dengan jelas setiap arahan nurse kt dlm tu masa nak bersalin. Kalau korang mengerang sakit, haa dengar suara kau je lahh. Hehehe
Ok lupa nak beritahu, husband boleh masuk dlm labour room. Hanya husband atau mak kandung je yg boleh teman kita kt dalam labour room. Masa aku, alhamdulillah husband ada di sisi bg sokongan. Lepas siap bersalin, husband iqamat/azan kt baby. Pastu husband kena keluar utk nurse buat next proses. Time ni husband terus pergi daftar ward. Time ni lah baru boleh demand request nk ward kelas pertama. Lepas dah siap semua husband boleh masuk dalam labour room balik.
Normally, all government hospital bf friendly. Lepas nurse bersihkan baby terus dia suruh aku susukan baby. Alhamdulillah, Amanda fully bf until now. Syukur.
Lagi satu, masa aku bersalin yg sambut baby bkn doctor, nurse yg sambut. So far ok je nurse-nurse dlm labour room tu. Diorang tak putus2 bg kata semangat kat aku. Selain tu, diorang friendly. Siap boleh sembang lagi dalam labour room tu. Husband pun senang and selesa dalam tu.
Security
Ni base on pengalaman aku kat first class ward lah ya. Tak pasti ward lain macam mana. Security jenguk ward once waktu melawat dah nak habis. Mak guard tu just beritahu waktu melawat tinggal berapa minit. Kebetulan masa tu husband balik kejap amek barang kat rumah. So, MIL aku yg gantikan husband utk jaga aku n baby kejap. Dia ok je tak de nak halau-halau.
Tu masa dlm ward, masa nak keluar ward security agak ketat. Cam pelik plak bunyinya kan. Hehe. Yelah, takut ada kes culik baby kot. Kat bawah ni few things korang kene remark bila dah dpat discharge:
- Kena ada surat dari hospital yg maklumkan patient dah dibenarkan pulang and dah settle kan payment.
- Masa kat pintu keluar ward, mak guard akan check tag dekat tangan ibu sama tak dengan tag dekat kaki baby utk makesure baby tu betul-betul kita punya. So ingat tau selagi tak sampai kat rumah, jangan tanggalkan dua tag tu dulu.
- **Wheelchair korang boleh ambil kat bawah.
Bil/ bayaran
Husband only paid RM530.00 for total (1 hari/ 1 malam). Phewww jauh lagi murah berbanding hospital swasta. Service and keselesaan sama as good as private hospital, but we can pay cheaper. Siapa yang tak nak kan?? Banyak betul boleh jimat. If dekat hospital swasta pun mostly normal package yang katanya murah but still ribu ribu π. Terima kasih kerajaan Malaysia (eh.. Krik krik!!) Kat bawah ni contoh resit bayaran yg husband bayar. MIL aku siap nak tengok resit bayaran ni. After dia tengok, dia terus cakap kat husband "bak sini 3k bagi kat mak daripada bagi kat hospital swastaππ" errr minta ampun lah makkkk.
As conclusion, Alhamdulillah aku dipermudahkan segalanya dari mula daftar sampailah keluar hospital. Pengalaman bersalin untuk anak sulung di Hospital Selayang merupakan pengalaman manis bagi aku. Aku dah merasa bersalin kat hospital kerajaan, so my perspective with government hospital has been change change change! Lepas aku bersalin baru aku tahu rupanya hospital selayang ni ada buat seksyen swasta atau dipanggil full payment patient (FPP). Aku tak pasti berapa kos nya. Difahamkan kos nya lebih murah compare dengan private hospital. Pilihan di tangan sendiri. Kalau ikut nasihat yg diberi oleh MIL kat aku, untuk anak pertama better bersalin kat hospital kerajaan. Anak seterusnya nak pergi swasta pergilah. Huhuee. Kalau orang tanya aku next baby nk bersalin kt hospital sama ke, jawapan aku why not hiks!
Ok sampai sini je lah yg aku boleh tulis review. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalam aku. Lain orang, lain pengalamannya. Semoga tulisan ini dapat beri manfaat utk bakal-bakal ibu di luar sana. Kalau ada yang korang nak tahu, tp aku xd mention kt atas ni korang boleh je pm aku atau comment kat bawah ni.
Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi next entry kita. Insyallah.
Tata..
Tata..