Assalamualaikum semua,
Masa mengandungkan Amanda dulu, ramai yang nak tahu boleh ke masa prengant pakai braces? Dengan confidentnya aku jawa "BOLEH!" :) Heheh. Fyi, dedulu masa planning nak pakai braces, masa tu aku tak pregnant lagi. Masa 1st appoinment dengan doctor gigi aku dan suami dah siap-siap tanya doctor boleh ke pakai braces masa mengandung? Then doctor tanya balik kat aku:
Doctor: Awak dah pregnant ke?
Aku: Belum pregnant lagi, cuma kami tengah berusaha nak dapat baby. Heheh (Jujur kau!)
Doctor: Ok, kalau sekarang awak pregnant, kita tak boleh nak proceed sebab first thing first before nak buat braces kita kena xray gigi awk. Xray gigi tulah yang bahaya untuk kandungan.
Aku & Suami: Ohhhhh... (Ohhh tu panjang ya).
Doctor: So sekarang ni awak tak pregnant lagi kan? Apa kata kita terus xray gigi awak dulu.
Suami: If lepas pakai braces ni wife saya pregnant, so mcm mana ok ke?
Doctor: Dont worry, takde effect apa-apa pun.
Haaa so dah tahu kan jawapannya? So apa lagi? Bolehlah korang pakai braces sebelum korang expected mengandung. Hihihi. Kalau korang nak tahu, selepas 1 bulan aku pasang braces tup tup aku pregnant (Alhamdulillah syukur). Next appoinment bila jumpa doctor gigi kitorang excited beritahu doctor yang aku dah pregnant. Then doctor pun ucap tahniah and nasihat jangan risau braces takde effect pun pada baby. Awak boleh je proceed monthly checkup okeyyyy!
Ikut pengalaman aku, sepanjang aku pregnant so far takde masalah pun dengan braces ni. Cuma jadual appoinment dengan doctor agak padat sikti. Maksudnya sebulan kene jumpa 2 doctor yang berbeza dan lokasi yang berbeza. Satu jumpa doctor utk si kecik dlm perut tu and satu lagi jumpa dentist utk tukar getah braces. Most of the time, aku akan set kan tarikh appoinment yang sama. Pagi aku checkup baby, petang aku jumpa dentist. Aku tak pernah miss out appoinment dengan dentist sampai lah aku bersalin. Kesakitan selepas tukar getah braces before pregnant and during pregnant adalah sama saja. Sakit yang boleh tahan and macam biasa aku boleh je melantak sesuka hati nak makan apa. Hehe.Then ada juga yang bertanya, "masa bersalin braces tu mengganggu tak?" Jawapannya, tak mengganggu. Sakit contraction yang terlampau sakit tu sampai buat kau lupa yang kau pakai braces. Terletak molek je braces ni lepas bersalin. Heheh. So jangan risau ya bakal-bakal ibu :)
Kandungan 7 bulan :) |
Kat sini aku nak share few tips untuk ibu-ibu mengandung yang sedang berbraces:
1. Masa kandungan dah masuk 9 bulan, kalau boleh set kan tarikh appoinment dengan dentist seawal yang mungkin. Sekurang-kurangnya awal 2 minggu sebelum tarikh due nak bersalin. Reason aku awalkan sikit appoinment because tak nak ganggu mood bersalin. Sebab kebiasaanya, gigi akan rasa sengal2 dlm 2/3 hari after tukar getah braces tu. So kalau boleh masa nak bersalin nanti taknak lah tanggung 2 sakit which is sakit gigi and sakit contraction. Contoh macam aku, due date bersalin 20.11.2015. So aku set kan appoinment dengan dentist 1.11.2015. Aku bersalin 5.11.2015. Haaa syukur ngam ngam sengal gigi tu hilang bersalin terus. So dapatlah aku focus sakit contraction masa bersalin tanpa gangguan sakit gigi. Heheh. Masa last appoinment dengan dentist tu aku inform tu last appoinment before aku bersalin. Aku siap beritahu doctor aku akan dtg semula utk check up braces selepas habis berpantang. So, that time dentist akan service braces aku more focus utk keselesaan aku masa bersalin dan sepanjang berpantang. Maksudnya doctor tak tarik gigi aku kuat sangat and just pasang getah biasa je dulu. And macam biasa sepanjang berpantang braces aku ok jeee :) Heheh.
2. Beritahu dentist tentang kandungan kamu.
3. Tingkatkan penjagaan kebersihan gigi.
Ok rasanya sampai sini saja pencerahan yang boleh diberi. Kesimpulannya,
sepanjang aku pregnant and berbraces aku takde apa-apa masalah. Happy
go lucky sajo! Cuma lepas bersalin tu, bila masa anak anak dah makin besar sikit + bijak dia akan banyak focus kat gigi
kau yang berwarna warni tu dan dia akan start suka cucuk mulut kau macam
Amanda buat kat aku. Grrrr!! Bertabahlah. Heheh.
Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entry ya <3