http://susulila.blogspot.com/

Petua Rawat Selsema Baby

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini usia Amanda dah 1 tahun 1 bulan. Hari ni juga aku nak share tips yang pernah aku buat semasa Amanda kena selsema. Amanda start kena selsema masa dah hujung-hujung aku berpantang. Kesian sangat tengok Amanda masa tu. Nampak dia tak selesa lagi-lagi bila Amanda nak menyusu and time Amanda nak tidur. Kalut 1 rumah bila dengar nafas Amanda sok sek sok sek tarik nafas. Tak kuat rasa masa tu lagi-lagi pjj dgn husband yg jauh nun di KL. Nasib baiklah abah n mak ada jadi penguat aku time tu. Abah and mak sampai tak tidur malam sebab teman aku jaga Amanda. Part paling gelisah bila waktu malam. Hidung Amanda selalu tersumbat time nak tidur. Abah and mak selalu tinggikan kepala tilam, pastu kerap mengerengkan Amanda.

Kalau korang nak tahu, Amanda ni kerap kena selsema. Tak pasti apa punca. Cuma yang aku perasan tipa kali Amanda nak beralih bulan mesti dia kena selsema sampailah usia dia 9 bulan.

So kat bawah ni aku share sikit action aku masa Amanda kena selsema: 

1. Bawa Jumpa Doctor.
Doctor cakap baby kena selsema normal sebab mungkin lendir masa lahir tak habis keluarkan. Ramai tahu baby bawah 6 bulan tak boleh diberi sebarang ubat. So, doctor masa tu just bg ubat titis kat hidung. Ubat titis tu guna waktu malam time nak tidur untuk cairkan hingus. Balik dari klinik tu aku tak sabar nak tunggu malam sebab nak titiskan ubat tu dlm hidung Amanda. Masa first trying titiskan ubat tu aku berharap sangat esok selsema Amanda baik. Punyalah tak menyabar kan. Hehe. So far ubat tu tak dapat baikkan 100% selsema Amanda. Ubat tu more kepada melegakan nafas Amanda je.

2. Kunyit Hidup
Selain drp ubat tu, aku bantu dengan petua traditional dari mak aku. Mak aku geselkan kunyit hidup kat bontot lesung thenambil dan sapu kat batang hidung dan dahi Amanda. Mak aku kata kunyit tu untuk keringkan hingus. Alhamdulillah lepas beberapa kali buat, hingus Amanda makin kurang. Aku sapu kunyit waktu siang hari je. Malam aku guna ubat titis yang doctor bg tu. Sapa yg nk cuba petua ni jangan letak banyak sgt ya, sebab kunyit sifatnya panas. Kalau tak pasti, korang boleh try sapu dlu kat tangan sendiri then baru apply kt baby.


Sweet dream baby. Tidur nyenyak lepas nenek sapu kunyit kt hidung.
3. Mandi Lemon
Masa Amanda kena selsema aku pernah mandikan Amanda guna lemon. So far, lepas mandikan guna lemon nafas Amanda dah lancar. Dah tak berbunyi-bunyi. Mandikan Amanda guna lemon dah jadi habit aku even time tu Amanda sihat je. Sebabnya lepas mandi mesti wangiiiiiii. Hehe. Lagipun ramai tahu lemon banyak sangat khasiatnya kan. Mandi dengan hirisan lemon ni pun bagus untuk baby demam sebab boleh kurangkan panas badan baby.  Caranya seperti di bawah:

Air suam dan hirisan lemon.
  • Sediakan air suam dan masukkan hirisan lemon (Pastikan biji lemon dibuang anak tak kutip biji lemon dan makan). 
  • Masukkan baby dalam tub mandian
  • Lulur/ gosokkan badan baby dengan hirisan lemon. Rendam baby dalam 5 minit kemudian angkat baby.
Lepas mandi lemon muka fresh dan wangiiiii minta dicium. MMuahh!
4. Rawatan Sonotron
Aku pernah cuba rawatan ni kat Amanda masa umur Amanda 4 bulan. Kebetulan time ni Amanda mcm ada batuk-batuk sikit. Aku pun nekad pergi walk-in kat klinik keluarga Dr Hj Mohd Khadzali. Rupanya, kat klinik ni kalau nak buat rawatan sonotron kena buat appoinment dulu sebab ramai sangat orang. Tapi, alhamdulillah rezeki Amanda time aku datang tu tak ramai sangat patient dia. Dan doctor tu accept Amanda.

Alat sonotron (Gambar diambil dari Google)

Mesti korang tertanya-tanya apa itu sonotron? Sonotron ya bukan sinetron. Hihuuu. Korang boleh google untuk tahu lebih lanjut apa itu sonotron. Kat atas ni contoh gambar machine sonotron tu. Alat tu dia akan halakan ke arah dada, belakang badan, tekak dan hidung baby. Katanya kahak akan keluar melalui hidung dan janis baby (najis jadi berlendir). Bunyi machine sonotron ni bising dan kuat. Setengah budak akan menangis sebab terkejut dengan bunyi bising meachine tu. Masa tengah tunggu turn Amanda, aku agak risau sebab dengar baby nangis-nangis dlm bilik rawatan tu. But, time Amanda pula dia tak menangis langsung. Cuma nampak dia terkejut dan rasa tak selesa. Tapi doctor ada cakap sebenarnya time buat rawatan sonotron tu lagi bagus kalau baby menangis sebab bila baby menangis paru-paru dia akan aktif dan berkembang. Tapi dalam hati aku "Takpe, please aku tak nak Amanda nangis". Alhamdulillah Amanda tak menagis sampai tamat rawatan tu. Rawatan tu selama 15minit sahaja untuk usia baby. Bila keluar je bilik doctor orang lain semua pelik "eh... dah siap ke? Baby awk tak nangis pun." Aku hanya senyum sajo. Tak sanggup tengok anak nangis sebenarnya.

Amanda muka tahan nak nagis buat-buat cool. Good girl baby!
Doctor suggest seeloknya rawatan ini diulang sebanyak 3 kali. Tapi, aku buat untuk Amanda cuma sekali saja. Sebab, lepas balik dari klinik tu Amanda terus berak. Aku tengok lah najis dia. Najis Amanda memang becampur lendir. Rasa puas sangat lendir dah banyak keluar. Lepastu suami terus kata tak payahlah pergi lagi sebab tak sampai hati tengok Amanda terkejut dengan bunyi bising tu. Huhu. Tapi kitorang still guna minyak yang doctor tu bg untuk sapu kat dada and belakang badan Amanda. Minyak tu sedap baunya dan wangi. Hehe.

Oh ya lupa nak mention pasal bayaran. Time aku buat 1x rawatan - RM60.00 (consult + rawatan + minyak). Kat bawah ni details klinik keluarga Dr Hj Khadzali:

KLINIK KELUARGA DR HJ KHADZALI
Alamat: No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur. 
No. Tel: 03 – 41083716

5. Qaseh Junior

Tu dia Qaseh Junior (Gambar diambil dari cik google :)
Aku start consume Qaseh ni masa umur Amanda 9 bulan. Time ni Amanda first time kena demam package dengan selsema sekali. Demam Amanda tinggi tak turun-turun 5 hari berturut-turut. Bawa jumpa doctor berulang kali siap doctor bagi ubat montot. Tak kebah-kebah juga. Rasa dah give up juga masa tu then aku teringat Qaseh produk yang kawan masa mengajar dulu jual, Kak Aini. Masa mengajar dulu Kak Aini ada cerita kat aku pasal anak dia ada semput and bila consume Qaseh Junior terus baik sepenuhnya. Hmmm aku pun terus whatsapp Kak Aini beritahu Amanda demam and selsema. Aku tanya boleh ke Amanda consume Qaseh Junior tu? Then, Kak Aini jawab actually Qaseh Junior tu boleh makan bila anak start umur 1 tahun. Tapi, Suhaila boleh juga bagi Amanda sikit mcm customer2 Kak Aini pernah buat kt anak-anak diorang. Aku nekad cuba ikhtiar. Esok tu Kak Aini dengan baik hati siap hantar depan rumah lagi. Malam tu sebelum tidur aku cuba bagi sikit kat Amanda. Memula risau juga tapi bila study balik ingredients dlm tu semua makanan sunnah aku nekad bagi sikit. Esoknya dengan izin Allah selsema Amanda semakin berkurangan, suhu demam pun turun.. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Aku teruskan bagi Amanda makan Qaseh tu dlm tempoh sehari tu je lagi. Pastu tengok kesihatan Amanda makin baik aku terus stop kejap.

Macam aku mention kat atas, Amanda ni time dia nak beralih bulan mesti dia kene selsema. So aku akan stanby je Qaseh Junior tiap kali dia nak beralih bulan. Bila nampak hidung dia ada keluar hingus sikit and mata dia berair aku cepat-cepat bagi dia makan Qaseh Junior dengan kuantiti yg sedikit. Lepas makan mesti nampak perubahan kesihatan Amanda. Selsema terus xjadi datang mata pun dah tak berair. Alhamdulillah. 

Sampailah bila umur Amanda baru2 ni masuk 1 tahun, aku orang paling excited suap Amanda dengan Qaseh Junior ni setiap hari (pagi dan malam sebelum tidur). Amanda pun dah tahu rutin dia kena makan Qaseh Junior ni. Tersenyum manis semanis Qaseh Junior bila nak bagi dia makan Qaseh. Alhamdulillah until now Amanda dah tak kena selsema lagi even dah 3kali beganti bulan.

Actually, kami 1 family consume produk Qaseh ni. Memang terbaik dan kami sekeluarga serasi dengan produk Qaseh termasuklah Amanda. Insyallah next entry aku buat review lebih details tentang produk Qaseh. 

Phewww.... rasa panjang betul entry kali ni. Terima kasih sudi membaca. Semoga entry ini dapat beri manfaat kepada anda semua. Ingin aku tekankan disini tips2 yang aku bagi ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku, lain anak lain keserasiannya. Semoga anak-anak kita dan seluruh keluaga kita diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Amin :)

Tata..

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in