http://susulila.blogspot.com/

Happy 1st Birtday Amanda Sofea!

Assalamualikum,

AMANDA SOFEA BINTI MOHD NOR IKHWAN
Happy 1st Birthday to You!
5.11.2015 - 5.11.2016

Hai, rasanya before ni tak pernah tulis entry pasal development Amanda kat dlm blog ni. Actually teringin nak tulis, tapi entah saya miskin masa. Tskk Tskk! Hari ni saya belek-belek phone tengok gambar Amanda. Ya Allah rasa rinduu sangat masa Amanda baby-baby. Sekejap je masa berlalu. Terasa baru je semalam balik dari hospital sambil berkain batik. Tup tup ehhhhh Amanda dah besar, dah pandai bertatih-tatih nak berjalan. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan jaga Amanda. Sejak dari dalam kandungan jaga Amanda senang sangat sampailah dia lahir. Even masa dalam berpantang Amanda kena selsema, but dia takdelah menagis kuat-kuat ke apa, cuma dia merengek sikit-sikit minta kita ubah posisi baring dia supaya dia senang nak bernafas. Masa tu terharu sangat sebab terasa Amanda macam taknak susahkan ibu and terasa kuatnya Amanda ni lawan selsema walaupun masih kecil tak sampai sebulan lagi.

0-1 bulan: 

Hobi Amanda sepanjang saya berpantang adalah tidur, susu dan popo. Itu sajo. Amanda tak banyak ragam. Tenang je jaga Amanda ni. Nenek Salmi pun nampak relaks je masa jaga cucu dia sorang ni ha. Dia merengek time nak susu. Bila dah dapat susu terus dia tidur lena. Waktu malam pun sama macam tu. Bangun sebab nak susu je. Tapi Amanda bangun setiap 2jam sekali, walaupun kadang-kadang ibu rasa ting tong tp takpe ibu tak kisah tak cukup tidur asal awak kenyang susu. Oh ya, Alhamdulillah, Amanda tak terkena jaundice (demam kuning). Fyi, saya adalah tergolong dalam kategori darah O. If jenis darah ibu types O potential baby nak kena jaundice sangat tinggi. Before dischage from hospital, doctor dah siap-siap keluarkan surat untuk diberi kepada klinik kesihatan tempat saya berpantang supaya more alert because darah saya types O. Saya pun agak risau sebab my anak sedara before ni semua kena jaundice and syukur Amanda tak terkena jaundice.

Pantang day 3
Cukur rambut

Amanda cukur rambut masa hari ke 7 kelahirannya. Ayahnya sendiri yang cukurkan rambut Amanda. Rambut dia halus sangat seakan bulu kucing. Berpeluh-peluh ayah masa cukur rambut Amanda. Mana taknya ibunya kepoci asyik cakap "ayah hati-hati". Risau benar ibunya sampai tension ayah. Hahrharr.

Hari ke 7: Rambut dari dlm perut, get ready nak cukur.
Masa ayah cukur, ibu is crying. Sebak tak tahu kenapa. Tskk!
Lepas habis cukur, terus siap-siap gerak balik rumah mak kat Kota Tinggi, Johor. Excited nak bawa baby Amanda jumpa atok and nenek dia kat Johor. Dulu balik berdua saja, sekarang balik bertiga. Feel tu rasa lain. Rasa ehhh kejapnya aku besar, dulu masa belajar balik kampung naik bus sorang-sorang, after kahwin bawa balik suami, sekarang balik kampung bawa suami and anak sendiri. Tetibe rasa tak puas nak manja dengan mak and abah. Hmm hmmmm hmmmm.

Botak pun comels. Heheh
Atas tu muka sedih sikit sebab ayah nak balik Kl dah. Ayah nak work. Sebenarnya bukan baby je yang sedih, mak baby pun sedih. Nangis juga masa lambai ayah balik. Yerlah iols tak pernah pjj lelama dengan cik suami before ni. This is my first time pjj. Sangat menduga emosi. Rindu. Kalau uols nak tahu, time berpantang di Johor, saya rasa macam saya baru bercinta balik dengan suami. Selalu dapat text and phone call dari suami. Every morning suami akan call. Before tidur pun suami akan call saya. Kadang-kadang pukul 2-3pagi suami akan call and tanya baby tidur lena tak?. Kalau text pula setiap berapa jam mesti suami text "rindu baby, " rindu both of you," i Love you". Memang nampak sangat rindu ayah kat anak dan isteri dia. Setiap masa minta gambar baby dengan gambar iols okay. Heheh.Yang paling saya salute, suami saya tak pernah termiss sekali pun weekend time untuk dia balik jumpa kami. Kiranya seminggu sekali suami akan balik Johor untuk jumpa kami. Hari jumaat habis waktu kerja terus dia berdesup balik Johor. Ahad malam lepas isyak suami balik semula ke Kl. Saya kadang-kadang bising juga "abg balik lah 2 minggu sekali," Bukan apa, saya risau suami kurang rehat. Lagipun bukan dekat, Jauh...KL to Kota Tinggi, Johor. Almost 5hours drive baru sampai tau. Pernah 1 kali tu dia kata dia x balik minggu tu, saya pun okay je. Walaupun rasa berat dan bertambah rindu tp saya okay je kalau dia x balik. Tapi, tup tup jumaat pukul 12pagi dah muncul depan pintu rumah abah beri salam. Ishhhh suka buat suprise gitu. Then, pernah juga 1 kali tu saya betul-betul tak bagi dia balik and dia ckp dia nak balik juga, kalau saya tak bagi dia drive, dia balik naik bus je turun dekat bandar penawar. Saya pun mengalah izinkan saja. Bukan main lagi katanya jumaat haritu dia ambil halfday, and terus naik bus. Pastu siap call abah saya cakap 10 minit lagi boleh pick up dia kat bustop bandar penawar. 5 minit selepas suami call dia muncul depan rumah beri salam. Eeeiii nak marah rasa tauu. .Terharu sangat. Terima kasih ayah. Ayah memang baik, caring, penyayang and you are completed me! Syukur Alhamdulillah, di saat suami saya jauh, Amanda baik sangat. Tak ada ragam dan makin jadi penyejuk hari-hari kami.

Suka tengok ayah approach Amanda tiap kali balik lawat kami di Johor. Sayang!

Kenduri Aqiqah 

Ramai kawan-kawan saya ternanti-nanti jemputan majlis kesyukuran dan aqiqah Amanda. Sobs sobsss. Actually masa kenduri tersebut saya dan Amanda takde di Kl. Mentua saya yang excited nak buat dan tak tahu kenapa terkejar-kejar sangat nak buat. Huhukk. Kenduri buat masa Amanda berusia 20 hari dan ketika itu saya sedang berpantang di Johor.

Morning face. Minta kene cium!

1-2 bulan: 
Masa umur 1 bulan, berat Amanda naik almost 2kg. Terbaik! Ibu bangga kejap, only full breast feed berat dah cecah 4.2kg. Berat asal masa lahir 2.64kg. So maksudnya susu iols berkhasiat. Heheh sebab iols selalu risau kalau-kalau susu iols xcukup zat ke apa. Heheherr.

Baru lepas mandi pagi, posing dulu before kene bedung dengan nenek.

Kecik-kecik dah pandai buat memek muka :)
Sunat

Saya sunatkan Amanda masa usia Amanda 1 bulan 5 hari. Agak terlewat sikit, sebab tunggu Amanda pulih dari selsema. Bukan apa, saya cuma taknak seksa dia tanggung 2 kesakitan. Saya sunatkan Amanda dekat Poliklinik Norbi, Pasir Gudang. Pengalaman sunatkan Amanda plak, Amanda nangissssssss. Tak pernah tengok dia nangis gitu. Nasib baik nangis kejap je. Lepas doctor siap pakaikan dia baju semua nenek salmi terus dukung, baru berhenti nangis. Ciann anak ibu ya. Nah belanja selfiee dalam kereta otw pergi klinik. Flawess tak muat iols. Ehhhh perasan je :D Hehehe



Sweet dream my baby boo.

Bijak betul keluarkan tangan dari bedung. Hishh :)

Habis Bepantang: One Utama

Habis berpantang baru saya balik semula ke sarang (Kl). Time nak balik tu sedih. Mak abah pun sedih. Homesick tetap ada walaupun dah jadi ibu. Wuuuuu. Hihiks. 

Sampai Kl, esoknya Ayah reward ibu ajak pergi shopping kat one utama. Yerlahhh dulu masa preggy kan Amanda Ibu alah dengan shopping mall. Asal pergi shopping mall je mesti rasa pening and loya.Ni dah habis pantang excited balas balik nafsu shopping. Hehe. Amanda behave sangat. Diam je dalam stroller. Tahu-tahu dah tidur. 



3 - 5 bulan:

3 bulan Amanda start pandai hisap jari. Bagun tidur je takde apa nak buat dia hisap jari. Memula risau juga dia lapar ke? Walhal baru je minum susu. Pastu baru teringat masa belajar dedulu baby stages ni dia punya deria development sedang aktif berkembang. Bila free saya buka mittens dia biar dia explore sensory. Time tidur je saya pakaikan. 

Gambar kiri tu be like "Buuuu macam mana nak isap jari nii" Heheh
Harta >3
Buat Passport

Amanda buat passport kat UTC Sentul. Planning nak bercuti terpaksa cancel sebab sehari before nk fly tu Amanda demam + selsema. Sedih nak lepaskan ticket tu semua. Tapi, bila fikir anak terus tak rasa sedih sebab kesihatan dan keselesaan anak paling utama. Bukan rezeki kami. Insyallah ada rezeki nanti kita beli ticket lagi pergi fly ke Korea "Eh!". Hehehe (Ayah mohon baca blog saya ni :p)


Yeayyy saya dah ada passport!

Amanda masa umur 3+ bulan baru dia pandai senyum. Memula muka series je macam ayah dia kotttt. Hihi. Pastu lepas pandai senyum baru pandai bercakap-cakap ikut bahasa dia. Paling riuh time Amanda nak sleep. Lepas mandi pagi biasanya terus susukan dia dan terus zapppp bedung Amanda. Pastu letak je dia sorang-sorang atas tilam. Selang berapa minit nanti mulalah dengar suara dia. Memula keluar suara nyaring dia, pastu sayup-sayup tandanya dia dah mengantuk dan terus dia tertidur. Senang sangat jaga Amanda. Oh ya, suara Amanda ni nyaring. Dapat pula ayah dia yang suka sangat melayan time Amanda ngoceh-ngoceh tu. Dah rasa dengar macam kucing tengah bergaduh. Rumah yang dulu sunyi sekarang dah tak sunyi lagi. Seronok dengar!

Suka dia bila pakaikan tudung. Memula senyum, pastu ketawa. Lama2 agak dah panas mencebik pula mukanya tu.

Favourite dia main plastik. Pantang dapat sentuh plastik, mesti menjerit-jerit sambil pukul-pukul plastik tu.
Short Vacation: Terengganu.
Usia 5 bulan, Amanda dah pandai guling-guling, meniarap is her favourite. Pantang baringkan terus meniarap. Pastu dah meniarap tak tahu nak paling balik. Pastu mulalah drama air mata dia minta orang lain pusingkan balik badan dia. Heheh.

XOXO!
Panda dengan saya siapa lagi comel? Heheh


6 Bulan:
Time ni rasa mencabar, sedih, emosi semuanyalah sebab ibu dah start kerja. Tension gilos time ni rasa nak telan orang. Emosi tak stabil betul fikir taknak kerja lah, nak berhenti kerja lah, semualah yg negative. Amanda plak tak pandai susu guna botol. Wuarghhhh sedih sangat masa ni. Macam-macam botol dah beli baik murah dan mahal tak jalan juga. Alhamdulillah, Allah temukan saya pengasuh yg terbaik untuk Amanda. Pengasuh siap suap susu guna sudu. Nasib baik juga Amanda dah boleh start makan. So boleh lah cover sikit bagi makan lebih sikit. Time balik kerja Amanda terus terkam ibu nak nyusu. Huhuhuu. 
Dan, masa 6 bulan juga Amanda first time kene demam. Wuaaaa ibu nagis lagi. Tskk tskk! Yelah anak first, bak kata orang fresh parents lagi. So risau tu teroverrrr. Sampai ibu and ayah EL seminggu jaga baby sama-sama. Huhuhu. Orang dulu-dulu kata demam minta upah. Tapi, yang iols perasan lepas baik demam Amanda terus pandai duduk sendiri tanpa bantuan. Good job baby!

Demam-demam pun tetap rajin mengemas okayyyy. Hihihi

7 - 8 Bulan: 
Saja tunjuk skill. Heheh

 
Kesan lebam di dahi jatuh katil. Syukur takde apa-apa yang serius.
Nak story sikit masa Amanda 7 bulan, Amanda pernah jatuh katil setinggi lutut saya. Huhuhkk. Kisahnya ibu turun bawah nak basuh baju, ayah jaga baby tapi jaga dalam mimpi rupanya. Ayah terlelap. Amanda plak tu time ni dah aktif nak merangkak. Memang dia terus terjun jelah katil tu. Lepas tuuuu, ayah terus cabut katil Hahaha! Uols please jangan cuai macam kami. Herherrr. Syukur tak ada apa-apa yang series. Tips baby jatuh katil:
  • Angkat baby tengok anggota badan baby ada yang tercedera ke tidak. Jangan lupa peluk baby, pujuk baby dan minta maaf dekat baby. 
  • Kalau ada kesan lebam, cepat-cepat tuam kepala baby dengan air suam.
  • Pantau baby dlm masa 6 jam. If baby muntah-muntah, menagis berterusan, demam, cepat-cepat bawa jumpa doctor.  
Macam kes Amanda ni, kami lambat tuam dahi dia. Sebab tu jadi lebam gitu. Lepas call mak baru tahu kene tuam. Pastu mak saya ada bagi petua traditional untuk elak lebam bila baby terhantuk ke apa. Petuanya:
  •  Gosokkan rambut kita dekat kawasan badan baby yang terhantuk tu. Makesure baca selawat 3x dulu dan buat sejurus baby terhantuk. 
8 Bulan: Three of us! Hari Raya Puasa Celebration 2016!
 9 - 11 Bulan:
Start pandai sebut mamamamama, bubububu, nyam nyammmm, ayyyyyyyyahhhhhhhhhhhh. Suka sembur air liuqqqqqq. 

Free style of me :)

:)

1 Tahun:

Hadiah 1 tahun, kena cucuk.
Alhamdulillah, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan Amanda. Kami tak buat majlis sambutan hari ulangtahun besar-besaran. Cuma buat bacaan yassin dan doa selamat di rumah saja. Saya dan suami ambil cuti 1 minggu dan bercuti di Kampung Johor dan buat makan-makan antara family saja. Seronok sepupu-sepupu Amanda nyanyikan lagu Happy Birthday kat dia. Dia pun joint sekali walaupun tak tahu sebut lagi sambil tepuk-tepuk tangan. Hehehe. 

1 tahun 1 bulan, Amanda baru tumbuh gigi 2 batang (atas). Demam seminggu jugak masa tu. Sekarang hobi dia gigit ibu sambil gelakkan ibu. Mohon ibu bertabah ya lagi-lagi time direct bf dia. iols rasa trauma sikit nak direct bf dia sejak-sejak Amanda dah ada gigi. Mak saya cakap kalau dia gigit picit je hidung dia, nanti dia lepas. And yes, saya buat dan dia lepaskan. Hihihi. Tapi nanti dia ulang lagi sampai dia puasssss! Sekarang tak pandai jalan lagi. Baru bertatih-tatih sikit. Amanda tak berani lagi nak lepaskan tangannya. Kalau bagi dia menyusur kerusi ke dinding ke memang laju je dia jalan. Takpe slowly belajar jalan ya baby.

Baru-baru ni rasa kagum sikit sebab Amanda nak ikut solat bila kami solat. Saya akan beri Amanda sejadah kecil, dan dudukkan dia atas sejadah tu. Bila kami sujud dia pun ikut sujud sambil terkumat kamit mulutnya. Dan bila saya mengaji, seboleh-boleh dia nak ambil Quran saya. Saya pun bg dia kamus dan dia duduk bersila sebelah saya sambil konon-konon sedang mengaji juga. Heheh bijak anak ibu ni ya! Moga jadi anak solehah ya.

Rasa cepat sangat masa berlalu. Cepat sangat awak membesar sayang. Ibu doakan semoga Amanda terus membesar dengan kesihatan yang baik dan menjadi anak solehah dengan akhlak yang terpuji. Maafkan ibu ayah jika ada menganggu emosi kamu. Ayah ibu always love you! To ayah, thank you so much sebab banyak bantu saya dan saling bertoleransi dlm semasa mengurus rumahtangga kita. Semoga kita bahagia hingga syurga :)

-END-
Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in