Assalamualaikum. Haiiii :)
Hari ni ni cerita pasal braces. Hari ni dah masuk minggu kedua aku pakai braces. Baru je minggu dua dah macam macam soalan ditanya. Soalan paling popular yang ditanya sakit tak pakai braces? Mahal tak kos pasang braces? Kena cabut gigi tak? Haaa tu antara soalan famous yang selalu orang tanya. Disebabkan aku baru je 2 minggu pakai braces, so aku tak berapa yakin nak jawab soalan soalan tu. Mungkin aku akan jawab soalan-soalan semua tu selepas beberapa bulan aku pakai braces. Entry kali ni aku cuma nak share tips and pengalaman awal masa mula mula nak pakai braces. Kat bawah ni beberpa step /langkah yang perlu dibuat sebelum buat keputusan nak pakai braces.
Step 1:Kenalpasti gigi kita ada masalah tak?
Macam aku, aku memang ada masalah gigi tak align. Pastu gigi bawah aku ada part gigi yang ada gap. So bila makan aku akan rasa sakit. Lagi lagi kalau makan daging. Dia akan terselit kat gigi yang ada gap tu. So sad sebab aku suka sangat makan daging daripada makan ayam.
Step 2:Buat research klinik pergigian mana yang ada buat perkhidmatan braces.
Part ni paling penting. Korang carilah kat google senarai klinik yang ada buat braces ni. Bila dah jumpa nama-nama klinik tu, benda paling penting korang kena ambilkira:
1. Kos keseluruhan untuk pakai braces ni sebab harga setiap klinik tak sama (klinik swasta). Tapi yang pasti, kos buat braces kat klinik swasta makan belanja yang besar jugaklah. Kalau nak free dan murah, boleh buat kat klinik gigi kerajaan. Setahu aku free tu untuk sesiapa yang parents dia kerja kerajaan. Kalau parents tak kerja kerajaan, kena bayar RM700 sahaja. Pastu kat kerajaan ada waiting list 2-3 tahun. Biasanya diorang lebih fokus kat budak sekolah je dulu.
2. Lokasi klinik.
Bila dah pasang braces, nanti korang kene follow up every month. Aku lagi prefer korang cari klinik yang dekat dengan rumah utk save cost. Sebab korang kena ambil kira duit minyak, tol, dan masa perjalanan nak pergi klinik gigi tu.
3. Berapa orang dentists, staff dan Layanan.
Kena tau juga klinik tu ada berapa orang dentists. Lagi ramai, lagi cepat proses memasang. Contoh kalau ada sorang je dentists, pastu ramai plak patient diorang, sudah tentu waiting list berderet panjang. Pastu tunggu no giliran berjam jam plak. Dah rugi masa kan. Macam tempat klinik gigi yang aku buat ni, dia ada provide 2 orang dentists, lelaki dan perempuan. So korang boleh pilih ikut keselesaan korang.
Selain tu, tengok juga layanan staff klinik tu baik ke tidak. Kalau layanan baik lagi bagus, lagi best, lagi happy sebab setiap minggu korang akan jumpa diorang ni. So far, tempat klinik aku pergi ni tip top layanan diorang. Lagi best tempat menunggu dia ada sofa yang empuk, ada tv, aircond, ada wifi. So my hubbi tak la bosan menunggu.
Step 3: Cari sumber kewangan.
Pastikan korang ada sumber kewangan yang baik. Sebab macam aku cakap tadi, kos pasang braces ni makan kos yang tinggi. Macam tempat aku buat ni, jumlah kos keseluruhan RM5k (Include x.tray, cabut gigi, follow up every month).
Step 4:1st Appointment.
Bila dah jumpa klinik yang berkenan di hati tu, korang call la klinik tu untuk buat first appointment. Tetapkan lah masa dan tarikh ikut kelapangan korang. Masa call tu cakap lah saya nak buat appointment utk pakai braces. Saya nak cek je dulu keadaan gigi saya boleh ke tak pakai braces. Aku suggest korang buat first appointment sebab kemungkinan kos yang korang da buat research tu tak sama dengan keadaan gigi korang. Sometimes, ada yang kena tambah lagi duit, sometimes ada yang lagi murah. Haa part murah tu paling korang suka kan! (Aku pun suka) Huehue. Masa first appointment tu la dentists akan terangkan keadaan gigi korang contoh masalah gigi korang, layak ke tak nak pakai braces. Berapa tempoh pemakaian braces tu. Kene cabut gigi ke tak? Berapa kos keseluruhan. Haaa.. lepas dah jumpa baru lah korang akan dapat pencerahan.
Step 5:Buat Keputusan.
Buatlah keputusan dengan bijak. Hihik. Macam aku, masa 1st appointment tu juga aku dan hubbi terus setuju nak pasang braces. Pantas betul. Heheh.
Harap dapat membantu sedikit sebanyak kat korang yg bercadang nak pakai braces. Bagi aku, sebelum kita nak buat sesuatu keputusan tu, kita mestilah kene usaha banyak sikit supaya keputusan tu tak membebankan kita, malah dapat menggembirakan kita. Terima kasih sudi membaca. Jumpa next entry : My 1st Appointment with dentists.
Tata :)
Sakit tak pakai bracess menKutkan
ReplyDeleteheee tak sakit. No worries :)
DeleteHai Nilam. Sori for late reply. Masa pasang braces tu tak sakit. Lepas pasang braces tu sakit sikit2 je. Sakit tu tak lama. 3 hari mcm tu la. Lepas tu dah tak sakit n boleh makan dengan tenang. Heheh.
ReplyDeleteKena bayar tak frst consult tu?
ReplyDeleteHai Hidayu. Sori lewat reply.
DeleteRasanya 1st consult xd kene bayar. Masa kita dulu datang terus confident nak buat braces and dentist terus buat x-ray. Dalam resit bayaran tu xd fees of consult pun :)
Kat mne ea klinik gigi tu??? Negeri mne?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteklinik gigi tu kat kajang, selangor :)
Deletekalau dia fokus kat budak sekolah dulu agak agak berapa lama waiting list dia?
ReplyDeletekalau kat kerajaan ada waiting list. almost 2-3 years dalam waiting list. tapi, if kat swasta xde waiting list dear :)
DeleteAssalam sis nk tanye first time nk gie dkat klinik kerajaan uhh kene terus bayar or tggu bile ade oppoiment baru kene bayar. ☺
ReplyDeletewassalam, kita xsure plak procedure kerajaan mcm mana sebab kita buat kt klinik swasta. Tapi kawan kita ada beritahu if nk buat kat kerajaan kene buat appoinment dulu. bayaran x sure plak macam mana.
DeleteCan i know which clinic do you went to?
ReplyDeleteklinik prima kajang dear. Dalam entry kita ada tulis address dia :)
DeleteCan i know which clinic do you went to?
ReplyDeleteSaya niat nk pkai braces.Cuma tak thu macam mna nk dftr di klinik krjaan.
ReplyDeleteawk pergi je mana-mana klinik pergigian kerajaan, pastu dr akan check status gigi awk samada perlu pakai braces ke or tak. Then, if doctor setuju and agree nak bagi awk pakai braces, doctor akn set kan appoinment.
DeleteSaya niat nk pkai braces.Cuma tak thu macam mna nk dftr di klinik krjaan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya duduk kajang prima. boleh tahu tak nama klinik tu dan berdekatan dengan apa?
ReplyDeletewaze
DeleteHai Aina Dayana,
DeleteMaaf, kita x sure plak dia dekat area mana sebab kita bkn stay kajang. Hihik.. Boleh tengok kt entry kita ada tulis alamat and no tel klinik tu :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlh bayar secara ansuran ka?
ReplyDeleteBoleh bayar assurance :) Tapi, kena buat booking payment RM1000.00 dulu.
DeleteDoktor ke yg tentu kan sama ada gigi kita ni kene cabut atau tak? Means gigi wajib kene cabut ke depend on gigi kita ??
ReplyDeleteYes, Doctor yang tentukan which one gigi yang kena cabut :)
DeleteSy nak pakai braces sbb niat nak kurus. Boleh x??
ReplyDeleteIni lawak! Why la? Kita pakai braces, melantak kuat jekkk,Harharharr!
DeleteSalam kak,sebelom pakai braces tu,doktor ada suruh akak acbut gigi yg asal tak??sakit tak?
ReplyDeleteWassalam,
DeleteKalau awak baca entry akk, akk ada cerita akk kena cabut gigi before pasang braces tu. Tipulah kalau akk kata cabut gigi tak sakit. Heheh. Dont worry, sakit boleh tahan :)
kalau klinik kerajaan untuk budak sekolah berapa eh total ?
ReplyDeleteHai Dania,
DeleteSaya x sure berapa bayaran utk tahun ni. But, sepupu saya buat masa tahun 2015 kerajaan punya bayaran cuma RM700.00 je :)
Nk tya klinik ni gov or swasta ad no untuk call x
ReplyDeleteHai Dyinaz,
DeleteKlinik saya buat ni klinik swasta.
Boleh baca kat entry, saya ada tulis address and no tel sekali :)
Nk tya klinik ni gov or swasta ad no untuk call x
ReplyDeleteSalam Dyinaz,
DeleteSaya buat di klinik swasta. Boleh refer kat enty saya ada tulis no tel klinik gigi yang saya buat :)
kalau cabut gigi,masa inject tu sakit x??
ReplyDeleteHai awak,
DeleteI tell you... masa inject bius tu SAKIT!!! Tapi, no worries, sakit yang boleh tahan. Chill beb :)
Braces ni boleh bayar bulan2 ke sis n klinik mane yg murah?
ReplyDeleteHai Hafis,
DeleteTempat klinik yang saya buat ni boleh bayar bulan-bulan. So far klinik yang saya buat ni yang paling murah i guest. Hihihi.
3 bulan dh pakai braces..mcm2 rase ade..mohon tabah bagi yg betul2 nk pakai..😂😂
ReplyDeleteHai Eqeen,
DeleteSep sikit dah pakai braces ya. Iyaaa tabah sekejap. Gigi dah cantik dah boleh senyum manis manis :) Heheh
nak tanya kalau nak tunggu dia buat xray then terus buat bracess pada hari yang sama ke
ReplyDeleteHai Sofia,
DeleteLepas dah buat xray, and dah dpt result boleh terus proceed utk buat braces pada hari yg sama. Macam pengalaman saya, saya buat hari yg sama terus :) *depends on keadaan gigi kita
Hai kak . Nak tanya ni saya dlm proses pemakaian braces . Semalam baru lepas cabut 4 batang gigi . Kalau harini dah tak rasa sakit , boleh tak pakai braces esok ? Ke akan rase sakit lagi kalau gigi yg dicabut ni still ada darah?
ReplyDeleteHai dear,
DeleteWahh 4batang sekali awwww bisa rasa. Heheh.
Ok, akk rasa better bagi masa dalam 1 minggu untuk gusi awak relaks and darah berhenti dengan baik.
Sebab, nanti bila dah pasang braces tu gusi akan sengal2 sakit sebab dia dah start menarik gigi untuk rapat. 1 minggu je, tak lama. Sabar tau.
:)
Kalau pakai braces tu mengambil masa berapa minit?
ReplyDeleteKalau pakai braces tu mengambil masa berapa minit?
ReplyDeleteHai dear,
DeleteMasa memula pasang braces tu dalam 30 minit je. Tak lama. Pastu monthly checkup 15 minit dah siap. Kejap je :)
Aslmkm awk, umur 35tahun bole buat lg ke bracesa
ReplyDeleteWassalam,
DeleteRasanya boleh je. Fyi, saya ada jumpa sorang kakak ni umur dia 38tahun buat braces tempat klinik yg saya buat braces tu :)
hai,,, kalau bayar bulan-bulan berapa??
ReplyDeleteterpulang nak bayar berapa. minimum RM100 :)
DeleteKalau macam kita nak pakai braces kat klinik kerajaan tapi doktor tu kata gigi kita tak serious then boleh ke kita minta nak pasang pastu bayar RM700 camtu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau gigi saya tak ada yang rosak...kita cabut juga ke..
ReplyDeleteActually cabut gigi ni depends on keadaan gigi kita. Sometimes kalau xde space untuk tarik gigi, doctor akan cabut gigi kita.
DeleteAkak saya nk tanya lepas cabut braces ade masalah ape² ke cam gusi berdarah, gigi makan longgar coz saya takut nk pakai sebab ade yg kata lepas cabut braces tu nanti ade masalah lagi besar. Betul ke. Saya minta pandangan akak yeee
ReplyDeleteAssalamualaikum .. ada klinik gigi braces kerajaan ?
ReplyDeletesebenarnya saya orang pekak (OKU)
Akak. Berape fee yg kesuluruhan akak kene bayar.
ReplyDeleteBerapa lama tempoh masa dari hari first appointment sehinggalah hari kakak pakai brace ? Sampai setahun tak ?
ReplyDeleteBerapa lama tempoh masa dari hari first appointment sehinggalah hari kakak pakai brace ? Sampai setahun tak ?
ReplyDeleteSorry for asking. Is there's discount for uni student utk pakai braces di mana2 klinik kerajaan or swasta?
ReplyDeleteKalau mcm psng braces dkt dgn klinik yg dkt dgn rumah sya ..pstu sya kne pindah tmpt lain..appointment stiap bulan tu mcm mna nk buat dkt klinik len ?
ReplyDeleteSis, Sy ada jumpa dgn dentist bulan2 yg lalu sbb nak cabut gigi kekal .Lpstu sy tnya la doktor tu klau sy boleh buat braces ke tak sbb gigi sy ni crowded. Dia check then bagi appointment . Tu maksudnya sy dah boleh pkai braces atau dia bru nak tengok keadaan gigi sy? Sbb doktor tu kata gigi sy mmg prlu braces
ReplyDeleteOk ke if pemasangan braces ni total rm3k?
ReplyDeleteheyyy sis . buat appointment dlm hri tu utk check gigi byr ke ? klau nk buat braces trus hari tu juga boley tak ?
ReplyDeleteHmm sis kalau abng kite yg keje kerajaan free ke tak?
ReplyDeleteassalam, kalau nak pasang braces untuk budak smk,di klinik kerajaan,berapa lama nak tunggu ye?
ReplyDelete