Assalamualaikum
and salam ramadhan semua :)
Tajuk Special: The End is The Beginning is The End.
Sekian lama menyepi, hari ni Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Walaupun puasa, terajin plak menaip sebuah entry yang sangat bermakna dalam hidup aku. Tajuk entry The End is The Beginning is The End. Amboii terbelit lidah nak sebut iye dok. Hihihi. Sebenarnya dah lama simpan entry ni as a draft. Cuma tunggu masa je nak publish mana tau boleh dibuat rujukan bersama untuk kita semua (berangan ada orang nak baca entry kita. hehe).
Dengan lafaz bismillah... Hari ni genap 2 tahun 2 bulan aku bergelar suri kepada En.Ikhwan, suami tercinta. Dan pada Mac 2015 kami merupakan pasangan suami isteri yang diterima oleh Allah untuk menerima rezeki dariNya. Rezeki yang cukup berharga dan bernilai untuk kami suami isteri iaitu rezeki anak. The End kisah kesedihan tentang zuriat. Tiada lagi rasa sedih apabila diaju soalan berkaitan dengan anak. Sudah tiba masa untuk kami berlapang dada dengan rasa syukur kepada Allah menerima amanah dan tanggungjawab ini. Saya akan jaga kandungan ini sebaik2nya. Doakan yang baik-baik saja untuk kami sekeluarga ya.
Untuk pengetahuan, perkongsian berita gembira ini aku dah kongsi kan di instagram @elanorofficial dan juga personal instagram aku, @susulila. Perkongsian awal tu sebab nak inform aku sedang bercuti untuk berbusiness. Harap customer faham dan setia menunggu produk keluaran dari elanorofficial. Dan tak lupa juga jutaan terima kasih atas doa dan ucapan yang tak putus-putus dari kawan2 dan juga my lovely customer ELAngels. Terharu ^^''.
Seperti ramai yang tahu, aku berkahwin pada ketika aku masih belajar di universiti. Tahun ke 2 di universiti aku bertunang dan tahun ke 3 aku berkahwin. Masa tu ada baki lagi setahun untuk aku tamatkan pengajian ijazah. Ramai yang beranggapan aku merancang untuk tak nak ada anak sebab bagi pandangan diorang aku masih muda dan masih belajar. Tapi tekaan orang ramai tu meleset dan salah sebenarnya. Huehue :( Hanya orang yang betul-betul rapat dengan aku tahu niat nak ada anak tu dari awal perkahwinan lagi sebenarnya. Baiklah aku ceritakan secara ringkas apa alkisahnya. (Sila tarik nafas panjang-panjang sebab entry ni panjang. Heheh>)
Mula-mula masa awal berkahwin tu, kami suami isteri ada berbicancang pasal anak. Kalau ikutkan kami suami isteri, tak kisah pun kalau rezeki anak tu datang awal, kami terima je. Lagi-lagi suami aku memang suka sangat budak2 ni. Suami plak anak sulung dan merupakan cucu sulung. Kiranya, dia dah lama lah tak pegang budak kecik. Suami teringin sangat nak ada baby sebab kawan2 sebaya dia mostly atleast dah ada 2/3 orang anak, paling ramai 5 orang anak la. Tapi sedikit terganggu bila melihat dan memikirkan pengalaman mak dan kakak2 aku masa diorang mengandung, sangat lah kuat dugaanya. Alahan dan mabuk2 yang sangat teruk. Melepek je lah. Kerisauan timbul dihati kami suami isteri. Takut-takut aku pun mewarisi alahan dan mabuk yang teruk macam mak dan kakak2 aku tu. Dalam takut-takut tu, kami tetap berharap juga nak ada baby. Sebab bila fikir-fikir balik kalau aku mengandung sekarang ni pun takde masalah kot sebab due date bersalin nanti mase tu aku dah habis belajar. So confirm lah tak kene extend. So secara ringkasnya aku tak pernah makan apa-apa ubat lah untuk prevent supaya tak mengandung. Aku serahkan je kerja ni kat Allah bila masa waktu yang sesuai untuk dia bagi rezeki anak kat kami.
Haaa tapi dalam tempoh 2 tahun ni, banyak sangat soalan-soalan bagaikan pistol di kepala. Antara soalan-soalan yang hot macam ni "Bila korang ni nak ada baby?", "Badan macam berisi, dah ada isi ke?", "Muda-muda lagi ni bagus ada anak cepat. Dah-dah la tu honeymoon, "Tak boring ke hidup berdua je?", "Korang ni planning ke tak nak ada anak?". Huehueee. Ini lah antara soalan-soalan yang acap kali diajukan kepada aku. Yang lagi tak boleh tahan, ada orang tu tanya aku dan dia sendiri bagi jawapannya. Hahaha. Contoh, "eh ko bila nak ada anak?.. Hmm yela masih belajar lagi kan. Takpe rileks2 lah dlu." Hihihikk. Mungkin orang tu nampak ekpresi muka aku berubah macam nak makan dia kot. Tu yang dia jawab terus soalan yang dia bagi.Walaupun nada diorang ni sometimes bersahaja, tapi sedikit sebanyak buat aku seteresss tau tak!! :/''
Dan ramai je yang assume aku ni planning tak nak anak dulu sebab masih belajar. So bila diorang ni relatekan aku takde anak sebab masih belajar, aku hanya mampu senyum saja. Entah, aku rasa senyum je la cara yang terbaik dan mampu buat hati kecil ini gembira. Aku malas nak cakap panjang. Biarlah diorang nak assume apa, yang penting tuhan tahu apa kehendak kami. Aku fikir bukan manusia yang bagi rezeki anak, tapi Allah yang pemberi rezeki. Cukuplah Allah je yang tahu apa kehendak aku :)
Lepas habis belajar, majlis konvokesyen pun dah selesai lagi lah kuat tekanan tu datang. Dulu masa belajar, aku boleh juga anggukkan je la persepsi2 diorang yang assume takde anak lagi sebab masih belajar. Tapi lepas dah habis belajar aku tak tahu nak jawab apa. Angguk tak boleh geleng pun tak boleh. So jawapannya hanya senyum saja :) Tapi dalam hati sedihhhhh!! Suami je tempat aku mengadu. Selalu pinjam bahu suami dan mengadu pasal isu anak ni. Suami lah yang banyak bagi kata-kata semangat kat aku sampailah reda kesedihan aku. Nasib baik Allah bagi aku suami yang sentiasa memahami dan menyokong aku dari setiap sudut kehidupan. Alhamdulillah.
Klimaks cerita**
8 mac 2015, Ahad.
Pagi-pagi aku dengan suami pergi pasar nak beli stok masakan yang dah kosong dalam peti sejuk tu. Hehehe. Biasanya aku akan decide beli 2 atau 3 jenis lauk je untuk seminggu. Nanti minggu depannya tukar pulak lauk lain. Tapi hari tu tah kenapa banyak pulak nafsu membeli aku. Nak ikan, ayam, sotong, udang, ketam, daging, kerang... Terliur je tengok semua fresh2 kat situ. Padahal belum masak lagi pun. Ada tu yang masih hidup lagi. Tapi bila nampak je, dah terbayang2 ikan, ayam, sotong, udang, ketam tu semua nak masak apa. Sampai cakap kat suami sedapnya kalau ketam tu masak lemak cili api, sedapnya udang masak sambal, sedapnya ikan tu kalau masak bla bla bla... Pastu suami pun jenis kuat makan dan suka sangat aku masak. Dia pun On je la. Haa ok beli je lahh. Banyak sangat kitorang membeli masa tu. Bukan kira jenis lauk je, sayur-sayuran pelbagai jenis aku beli. Meriah sungguh. Padahal makan untuk 2 orang je. Wuuuu. Balik dari pasar tu kitorang kemas lah hasil pembelian kami tu. Masa tengah kemas-kemas tu, tiba-tiba aku sakit pinggang. Pastu perut pun sakit macam nak senggugut tu. So aku pun ngadu lah kat suami "abg sakit pinggang and perut. Mesti dah nak period ni." Pastu suami suruh aku mandi terus and rehat. So suami lah yang kemas sampai habis. Buat pengetahuan semua, aku memang ada masalah terbesar bila datang period. 1st day and 2nd day period aku akan kene senggugut yang sangat teruk sampai aku pitam/ pengsan. Sebab tu suami terus suruh aku mandi sebelum sakit senggugut tu mengganas. Takut-takut masa mandi tu lah aku pengsan (banyak kali berlaku :/). Aku pun cepat-cepat lah pergi bilik mandi. Pastu masa nak mandi tu, ternampak lah spotting (bercak darah yang macam sign awal kita nak keluar darah period tu). Masa tu terus sedihh sangat sebab dah confirm aku period. Maksudnya aku tak mengandung lahh!. (Sapa yang dah berkahwin tu, and nak sangat baby mesti uolss pun pernah rasa sedih kan kalau datang period. Haaa macam tu perasaan sedih aku.)
Lepas siap mandi semua aku terus je nak masak. Suami dah teragak-agak dah tak bagi aku masak. Aku dah plan masa kat pasar lagi nak masak ketam tu masak cili api. Sedapppp!! Aku nekad cakap kat suami aku belum start sakit sangat. So, bagilah aku masak dulu and terus makan untuk tenaga nak menahan sakit senggugut. Akhirnya suami pun bagi aku masak and dia bantu sikit2. Masa tengah masak tu suami cakap "Baby (panggilan manja untuk aku. Sila jangan muntah!!).., betul ke kitaran period baby ni 28 hari. Macam tercepat 2 hari je kali ni." Aku pun bergegas ambil iphone tengok application period yang aku dah download tu. Aku: "Ehhh a'ah lah. Hari ni baru hari yang ke 26." Pelikkkk. Sebab kitaran period aku biasanya tepat 28hari. Tak pernah tercepat. Terlambat pernah lahh. Tu pun lambat kalau bulan tu aku ada makan ubat demam ke selsema ke so terlambat lah period 2/3hari. Pastu kitorang pun masing-masing just ignore je. Ahhh biarlah nak tercepat nak buat macam mana. Kene ready je la tanggung sakit senggugut lepas ni. Tu je yang aku fikir. Sakit senggugut. Wuearghhh!!
Ketam masak lemak cili api tambah udang sikit + kacang botol goreng + tauhu goreng + sambal kicap :) |
Lepas makan terus baring rehat-rehat. Pastu macam pelik kenapalah darah ni tak keluar2 lagi. Sakit pinggang and perut still sakit. Tapi tak bertambah pun. Sakit tu maintain je. Dah malam tu lagi lah pelik kenapa tak keluar darah lagi ni. Seteresss tunggu. Sebab kalau malam darah dah keluar atleast ada suami. Kalau esok (isnin) baru darah nak keluar suami takde kat rumah pergi kerja. Malam tu aku pulun lah minum air panas biar lancarkan darah tu nak keluar. Sampai esok hari pun darah masih tak keluar2. Aku perati je pad aku suci, bersih je (Sori bahasa kurang enak. Heheh). Suami pun dah pergi kerja. Aku just baring rileks dalam bilik. Punya lah berhati-hati sebab ready nak terima sakit senggugut tu tau. Pastu jam 11 pagi, aku cek lagi pad. Masih suci bersih gituww. Hehhee. Tiba2 terdetik kat hati, "eh aku ni mengandung ke?, tapi tak mungkin lah sebab aku belum delay period lagi, tarikh due period pun belum sampai juga sebenarnya. Mana mungkin boleh detect awal sangat." Terpinga-pinga aku sorang2 dalam toilet tu tau. Huhuuue.
Pastu dah masuk waktu zohor. Aku pun cakap sorang-sorang kalau darah tak keluar lagi, baik aku mandi and boleh solat terus. Sebelum tu, aku ambil tab terus google search kat internet tanda2 awal mengandung. Mata aku ternampak perkataan 'ada tanda spotting selepas beberapa hari delay period.' Aku pun macam kecewa sebab spotting aku tu sebelum due period, so maksudnya tu darah period lahh. Sedihh lagi. Hahahakk. Aku terus bangun capai towel terus nak mandi. Tiba2 terasa plak nak buat urine test guna upt. Tanpa fikir panjang aku terus ambil upt tu dalam laci and terus buat urine test. Hasilnya??? Omg!!! Dua line. Line kedua tu terang dan nyata!! Aku gosok2 mata and tengok sekali lagi upt tu. Buka mata besar2, see masih 2line. Masa tu tak tau nak describe perasaan aku macam mana. Happy + terkejut + taknak mengharap apa2 sebab aku taknak kecewa lagi. Aku pun mandi terus solat. Lepas solat, duduk termenung kat sejadah berkata-kata dalam hati betul ke aku ni mengandung sambil gosok2 perut aku. Dalam sedar tak sedar air mata mengalir. Sebak kalau betul aku mengandung (masih tak yakin lagi sebab apa yang aku baca tentang tanda2 awal mengandung mesti delay period. Klaau tak pun, kalau kandungan terlalu awal line kedua kat upt tu akan jadi samar2 atau pun upt tak dapat detect langsung). Baca kat internet kalau nak dapat the best resultbuat urine test tu pagi2 maksudnya urine yang pertama untuk hari tersebut. Tapi masalahnyaaa aku buat dah nak tengahari ni. Ishhh!! betul ke aku mengandung??? Mood masih tak percaya. Blurrr.
Aku terus snap picture upt tu and send it to my husband. Suami aku terus call and macam2 soalan dia tanya. Sampai aku rasa suami aku ni pegawai siasatan ke?? Hahaha. Masa on call tu, kami decide tak nak mengaharap apa2 sebab takut kecewa. Suami cuma pesan jangan banyak bergerak and banyakkan rehat je. Suami balik kerja terus excited nak tengok upt tu. Terukir senyuman di bibir kami dan dapat peluk dari suami. Tapi.. kami masih tak letak harapan yang tinggi. Boleh dikatakan hanya 30% je harapan kami yang upt tu positif. Pastu kami decide tunggu dulu 2 hari lagi lepaskan tarikh due period yang sebenar aku. Then baru beli upt versi digita.
2 hari selepas itu.....
Lepas solat maghrib aku dan suami pun keluar pergi guardian semata2 nak beli upt versi digital jenama clear blue tu. Sebab pertama nak beli upt versi digital ni sebab versi ni terus keluar kat screen pregnant or not pregnant. Kalau pregnant dia akan keluar sekali berapa weeks kandungan kita. Sangat excited balik tu tak tunggu esok pagi pun, aku terus je buat urine test.
Ini lah hasilnya. Syukur Alhamdulillah. Kat screen tu dia tulis "pregnant 2-3." Maksudnya, kandungan aku ni masih terlalu awal dalam 4-5 weeks macam tu la kalau ikut kiraan doktor. Lepas buat upt guna clear blue ni, keyakinan kami yang aku mengandung semakin meningkat menjadi 80%. Cewahh. Yang tercicir 20% lagi tu kena jumpa doktor dulu. Baru lah senyum selebar2nya dan cecah 100%. Heheh.
Disebabkan aku ni tak suka dengan nombor dan symbol, cepat2 terus aku donwload kt apple store pregnancy progress application. So kat situ dia boleh kirakan berapa minggu kandungan kita. Yang lagi best tentang application ni, dia akan explain setiap perkembangan bayi dalam kandungan kita every weeks. Dalam masa yang sama, aku dapat lah tahu perkembangan si kecil dalam perut aku setiap minggu. Sangat membantu dan seronokkk!!
First scan di Klinik Mediviron.
Masa otw nak pergi klinik, hati aku gelisah. Not happy. Sebab risau
takut-takut sebenarnya aku tak pregnant pun. Pastu terfikir entah2 yang
aku buat urine test tu semuanya salah. Aku genggam tangan suami and
luahkan perasaan aku mase tu. Siap minta maaf lagi dengan suami macam ni
"Abang saya nak minta maaf kalau keputusan scan nanti tiba2 tunjuk takde baby pun dalam rahim saya." Masa tu air mata dah penuh kat kelopak mata tinggal nak tumpah ke pipi je. Pastu suami terus cium tangan saya dan cakap "Takpe
lah, abang tak kisah. Insyallah ada rezeki kita. Kalau takde baby, kita
usaha lagi. Dah jangan minta maaf. Baby takde buat salah apa2 pun kat
abang." Terus laju air mata ni jatuh kat pipi. Sampai je klinik,
tunggu dalam 2 minit pembantu doktor pun panggil masuk dalam bilik scan.
Time dengar je nama aku dipanggil kaki aku terus longlai, hati gusar
sebab terlalu risau. Banyak2 aku selawat. Dengan lafaz bismillah aku pun
masuk bilik scan tu. Dalam bilik tu cuma ada doktor yang nak scan perut
aku je. Doktor tu mesra dan lembut sangat. Dan part paling lawak nama
doktor tu sama dengan nama aku, Suhaila!.Hihihikkk..
Doktor: "Ok puan, boleh bagi nama puan untuk saya masukkan dalam data print nanti"
Aku: "Ohk nama saya siti suhaila"
Doktor: "Tak, saya nak tau nama puan siapa?"
Aku: "Haaah... nama saya siti suhaila doktor."
Doktor: "Ohh yeke!! Nama awak sama dengan nama saya. Saya pun confius kenapa awak bg nama saya tadi" Hahha
Kami pun bertiga gelak2 la dalam bilik scan tu. Hihiikkk.
Lepastu doktor pun taip nama aku. Then dia letak gel kat perut and terus scan. Doktor terus kata haaa tu benda tu. Aku confius benda apa doktor.? Tu yang titik dot tu la kantung baby awk. Aku terus mana doktor mana? Suami pun tanya mana doktor, mana?? Doktor tu pun zoom la bagi dekat sikit. So nampak la titik dot tu. Doktor kata kecik lagi ni. Alhamdulillah tengok tu kantung baby awak dalam rahim, bukan luar rahim. Kedudukan semua just nice. Ikut kiraan dalam scan ni kadungan awak dah 5 weeks. Setakat ni belum nampak lagi jantung baby. Nanti bila kandungan dah masuk 3 bulan datang lagi, kita cek jantung baby plak ya. Alhamdulillah syukur. Masa ni terus yakin 100% dahh. Heheh. Nak nagis pun ada. Nangis gembira. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Benar, Allah maha mendengar dengan apa yang kita kehendaki. Walaupun tak terluah di luaran, tapi hanya tersimpan di dalam hati saja Allah tetap tahu dan akhirnya Allah makbulkan juga permintaan kami.
Semuanya ada hikmah disebalik kesedihan yang terpendam selama 2 tahun lalu. Sungguh cantik perancangan Allah. Dia maha mengetahui bila masa yang terbaik untuk beri kami rezeki anak. Allah bagi rezeki anak selepas aku tamat pengajian ijazah dan Allah bagi aku peluang masa untuk aku merasa nikmat indahnya hidup selepas berkahwin. Iya lah bila fikir balik, aku berkahwin masa aku tengah belajar lagi. Time tu masa sangat mencemburui aku. Dari awal2 kahwin, Masa aku banyak habis dengan belajar je lagi2 time tu dah masuk final year. Lagi lah bertambah sibuk dengan thesis. Sejujurnya, time tu tak dapat nak terlalu fokus dengan suami sangat. Maksdunya aku tak lah macam kebanyakan pasangan yang baru berkahwin yang terus dapat spend masa together dengan suami. Berhoneymoon terus. Aku tak sempat nak honeymoon tau sebab time majlis kahwin tu, next week nya terus je ada exam dan pra pembentangan thesis. Busy sangat masa tu :/. Cuma 3 minggu lepas kahwin tu suami beriya buat suprise ajak honeymonn dekat2 je kat gold coast, morib. Masa tu aku curi2 masa sambil honeymoon sambil tu menaip thesis and siapkan assignment. Huwarghhh :(''
Terlalu banyak pengorbanan masa terutamanya suami la yang tak pernah jemu dengan kebusy an aku. Malah sentiasa sokong aku. Satu tips kebahagiaan rumahtangga bagi isteri yang busy macam aku ni. Sibuk macam mana pun kita, sediakan makanan untuk suami paling utama. Jaga makan dan minum dia. Insyallah everything will be ok. Tips ni mak aku yang bagi. Tq Makkk!! xoxo!!
Next scan kandungan cecah 18 weeks dalam kiraan 4 bulan kandungan lah. Dah nampak degupan jantung baby. Lipp lapp lipp lapp. Doktor pun bagi peluang dengar dengupan jantung baby. Masa first time dengar tu terkejut laju sangat bunyi degupan jantung baby. Cepat-cepat doktor tenangkan aku dengan suami. "Dont worry, its normal". Rupanya degupan jantung baby lebih laju 2x ganda dengan degupan jantung ibu. Fuhhhh..Tarik nafas lega terus. Heheh. Pastu doktor tu tanya nak tak tengok jantina baby. Laju je kami jawab nak nak nak!! Doktor pun scan lah kat baby punya tu, tapi... baby tutup dengan tali pusat dia. Puas doktor usik2 gode2 alihkan tali pusat tu. Bila dah beralih tali pusat tu baby kepit plak tak bagi tengok. Hihi. Pandai tau anak ibu ni acah2 nak bagi suprise kat ibu. Last2 doktor just assume je baby dalam kandungan ni jantinya tet... 'masih rahsia lagi". heheh. Asalkan sihat ya nak.
Dan sekarang ni, Alhamdulillah kandungan dah masuk 2nd trimester. Perut pun dah semakin maju kehadapan. Heheh. Ramai kawan2 tanya aku puasa ke tak. Alhamdulillah setakat ni boleh puasa dan tak pernah miss lagi. Insyallah next entry aku bagi tips berpuasa bagi ibu mengandung ok.
Last sekali, terima kasih sudi membaca entry yang sangat panjang ni. Bagi pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak, pesanan aku sentiasa berlapang dada dan bersabarlah. Sentiasa senyum tatkala diaju pelbagai bentuk soalan. Jadilah insan yang paling bahagia walaupun belum berjaya peroleh zuriat. Jangan bersedih jika belum berjaya. Sentiasa berusaha dan berdoa. Yakinlah, Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk kita pada saat dan ketika ini. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menagis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi :)
Assalamualaikum :)
I found this is an informative and interesting post so i think so it is very useful and knowledgeable. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. drug rehab for pregnant mothers
ReplyDelete