http://susulila.blogspot.com/

Diari Braces: Pengalaman Pakai Braces (Klinik Pergigian Kajang Prima.

Assalamualaikum :)

Ehh pejam celik pejam celik hampir 9 bulan aku dah pakai braces. Last aku update tentang diari braces masa bulan february hari tu tentang tips sebelum memakai braces. Boleh klick kat sini bagi sesapa yang tak baca lagi tu. So hari ni aku nak cerita lah pengalaman aku pakai braces. Sebelum aku pakai braces, puas aku baca blog semua blog pasal pengalaman diorang pakai braces. Mostly ada yang macam menakutkan pembaca je sampai lebih 10x aku dok fikir nak ke tak nak pakai braces. Padahal bila aku pakai, tak ada lah scary sangat. Pastu timbul lah persoalan lazim yang orang nak tahu bila kita pakai braces ni. So aku jawab kat sini saja lah ya :)


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Ermm mestilah sakit. HAHAH. Tipulah kalau aku cakap TAK SAKIT. Tapi jangan risau, tahap sakit tu boleh dikawal sebab sakit tu bukan berterusan. Sakit masa awal-awal pakai je. Ada beberapa situasi yang membuatkan kita sakit bila pakai braces ni:

1. Sakit sebab cabut gigi - Part kalau sebut je cabut gigi ni rasa nak lari terus sebab cuakkan! Tapi bila fikir nak gigi cantik aku terus redha dan tabah. Wuwuuuu. Macam aku, aku kena cabut 2 batang gigi je. 1 gigi bawah dan 1 lagi gigi atas. Bagi aku masa Dr nak cabut gigi tu TAK SAKIT. Tapi before dia nak cabut gigi tu dia akan bagi injection atau orang selalu sebut ubat bius la. Ubat bius tu dia akan inject kat gusi dan pipi. Inject haruslah guna jarum ya anak2. Ko bayangkan lah gusi kita yang keras ni dicucuk guna jarum mau nya tak sakit nak oii. Sakitttt tau tak!!. Aku sampai terangkat2 kaki masa Dr inject tu. Masa menaip ni pun masih terasa lagi bisa2 injection tu. Wuargghhh :(. Lepas Dr inject, dia akan bg masa dalam 15 minit macam tu la (anggaran kasar aku). Masa tu kau dah tak rasa apa2. Rasa kebas je sekitar mulut, pipi and dagu. Kau cubit lah sekuat mana pun tetap tak kan rasa apa-apa. Lepas dah sure betul2 kebas, barulah Dr jalankan proses mencabut gigi. Masa cabut tu memang tak rasa apa-apa, tau-tau je eh dah tercabut dah gigi aku pastu Dr terus suruh gigit kapas sebab nak elakkan bleeding. Siap! 

Nasihat aku, sebelum korang pergi cabut gigi make sure korang makan dulu bagi betul2 kenyang. Sebab lepas cabut gigi tu darah akan sentiasa keluar. So macamane korang nak makan kan. Ada juga tertelan darah tu kang. Huhuu. Pastu lepas beberapa jam cabut gigi, ubat bius tu akan hilang. Haaa masa ni korang akan start sakit. Macam aku rasa sengal2 sampai tangkap kat kepala. Berdenyut2 rasa. Bila dah rasa sakit sikit2 tu terus telan pain killer yang Dr bagi tu. Insyallah kurang sikit sakitnya. Sebab tu penting nya bagi perut kenyang sebab pain killer tak boleh makan masa perut kosong (Cer google utk scientific explanation)

** Tips nak stopkan bleeding dengan cepat: 
Kumur menggunakan air sejuk. Make sure air sejuk bukan air yang diletak ais ya!. Aku memang dah standby 3botol air sejuk before pergi klinik. Sampai je rumah terus boleh kumur2. Heheh.

 2. Sakit setiap kali follow up - Kesakitan ni akan menghantui hidup korang setiap kali korang balik dari follow up (sebulan sekali). Tempoh kesakitan dalam 1-2hari macamtu. Depends lah berapa ketat Dr tarik wire supaya gigi korang rapat. Tapi kalau Dr pasang power chain memang 'Power' lah sakit dia. Ahhh amazing sangat! Kejap Power chain benda alah apa ek? Cuba tengok gambar kat bawah ni. Benda tu namanya power chain. Fungsinya untuk menarik dengan lebih 'kuat' lagi bahagian gap antara gigi. Kan aku cabut gigi 2 batang. So nak tarik bagi rapat dengan cepat kenalah pakai power chain. Tahap kesakitan dia ahhhh amazing sangat! Tak tipu. Kesakitan dia lagi sakit dari mula2 pakai braces tu. Tempoh kesakitan 1-2minggu. 2-3 hari tu aku makan bubur je. Even nasi yang kita rasa  lembut tu pun aku tak mampu nak kunyah tau. Bila tersalah gigit mulalah akan menjerit arghh!! Haru betul hidup. Hehe

Yang atas tu lah 'power chain'

So far, aku tak pernah pakai power chain ni serentak atas dan bawah. Biasanya Dr aku selang2kan macam kalau bulan ni pakai power chain kat gigi atas je, bulan depan pakai gigi bawah plak. Tapi itu pun dah berendam air mata nak oiii. Tapi jangan hirau sangat, sebab lama-lama kau akan ter-biasa dengan kesakitan tu. Sakit tu semulajadi akan sebati dalam diri kita sampailah boleh enjoy and playing dengan sakit tu. Pheww~ ~ ~ Yang penting mental tu kena kuat! :P

Lucky me, aku cuma rasa sakit bila 2 situasi ni jelah. Ada certain orang kena ulser. Sepanjang aku pakai braces ni, aku tak pernah kena ulcer lagi. Katanya kalau kena ulcer lagi sakit. Iye lah even kalau kita tak pakai braces pun, bila ada ulcer kat mulut dah rasa pedih sakit2 lagi lah bila bergesel dengan bracket braces kan. Tabahlahh nakk!

Lepastu, ada sesetengah orang kena pakai separator before pasang braces. Macam kes gigi aku, setakat ni tak pernah kena pakai separator tu lagi. So, xdapat lah aku nak explain sakit tu macam mana sebab aku tak pernah pakai. Huhuu.

MAHAL TAK BUAT BRACES?
Berdasarkan result yang aku dapat setelah puas buat survey kos buat braces ni, range dia antara RM4k-8k. Kos ni semua bergantung kepada jenis braces. Macam aku, aku pakai metal braces yang kebanyakan orang pakai. Haa macam gambar kat atas tu, tu lah namanya metal braces. Gambar kat bawah ni konon macam nak tunjuk jenis braces yang aku pakai. Kalau korang boleh nampak mata korang memang power. Heheh

:)

Seperti yang aku ada mention sebelum ni tentang  tips sebelum memakai braces kita kena survey dulu klinik-klinik gigi yang buat braces ni. So klinik gigi pilihan hati aku adalah klinik pergigian kajang prima. Kenapa aku pilih klinik ni sebab pertama adalah lokasi klinik tu dekat dengan rumah aku. Yelahh bila kita dah pakai braces ni, every month kene jumpa dentist untuk check up gigi kita ok ke tidak. So senang la jimat masa, minyak semuanya lahh. Huhuhu. Keduanya, sebab antara yang termurah dan paling mudah. Macam aku kena RM5k je. RM5k ni dah termasuk semuanya lah (x.ray, buat acuan gigi, cabut gigi, follow up utk every month). So tak payah nak pening2 kepala risau-risau ada tambahan duit ke apa. Sebab RM5K ni memang dah betul-betul solid dari awal pemasangan braces sampai la tanggalkan braces nanti. Jadinya get ready je terus RM5k tak perlu risau2 tak cukup duit dan terus boleh enjoy my life using braces. Lagi satu klinik ni lengkap dengan semua kemudahan. Maksudnya proses pemasangan braces dari A to Z memang buat kat klinik ni je. Tak perlu pergi klinik2 lain. Mudahkan? Ada sesetengah klinik gigi lain, diorang takde buat x.ray. So korang kene pergi klinik lain untuk buat x.ray gigi. Lecehkan? Huhuh. 

Cara bayaran plak masa first appointment tu terus kena bayar deposit RM1000. Baki selebihnya diorang bagi pilihan samada nak terus bayar cash atau pun bayaran sikit-sikit mase follow up every month tu. Terpulang la kat korang nak guna cara mana yang korang suka.

MACAM MANA KAU GOSOK GIGI? 
Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan berus gigi. Heheh. Cuma aku ada 2 jenis berus gigi. 1 yang memang khas untuk braces. Berus tu aku beli kat klinik yang aku buat braces tu je. Tak pun boleh cari guardian/ watson. 1 lagi berus gigi interdental. Bila pakai braces makanan senang terlekat kat bracket braces. So memang makan masa yang lama jugak la dalam toilet tu bila nak gosok gigi nak remove semua yang lekat kat bracket tu. 

BERAPA LAMA PAKAI BRACES?
Bergantung pada pergerakan gigi kita. Macam aku, Dr buat anggaran almost 2 tahun. Aku perasan gigi aku start tersusun dalam 2bulan macam tu. Bila kita dah nampak hasil gigi dah teratur cantik, seronok sangat rasa lebih confident bila nak bercakap. Percayalah. Best! The most important bila dah pakai braces mesti disiplin. Follow up jangan miss ok. Follow up tu penting utk kita tahu progress pergerakan gigi kita bagus ke tak. Bila dah termiss nanti susah plak Dr nak determine progress gigi kita. 

MALU TAK PAKAI BRACES?
Sebenarnya takde pun perasaan malu tu. Happy + excited je. Tapi biasalah ada je manusia yang akan pandang kita seakan peliks  dan yang pasti akan pandnag kita berkali2 especially bila dia cakap tak tengok muka kita. Tapi tengok gigi kita je. Mula-mula tu memang la rasa tak selesa bila bercakap orang pandang gigi kita je. Tapi bila gigi dah teratur cantik aku dah tak heran. Sebab confident level bercakap tu dah ada. :) 

Lagi2 la masa aku tengah mengajar dulu. Yes, student memang fokus tengok aku masa aku tengah mengajar. 95% aku boleh kata diorang focus kat gigi aku je. Ada satu ketika tu, masa aku tengah2 mengajar, tiba2 ada sorang student ni tiba2 angkat tangan. Aku ingtakan dia angkat tangan sebab aku cakap laju ke atau dia tak faham. Rupanya dia nak tanya 'cikgu sebelum tu saya nak tanya braces cikgu tu warna apa sebab cantik sangat warna tu'. Damnn!! Aduii terkedu aku tau tak. Kahkahh. Pastu aku masih ingat lagi, ada student panggil aku cikgu gigi besi. Ish geramm je aku dibuatnya. Gurau kasar ye nampaknya. Heheh. Haaa see, sebenarnya diorang perhatikan kita bukan sebab dia nak kata kita hodoh ke apa, cuma mungkin diorang pelik atau diorang rasa eh cantik gigi die. Hahah!

Paling kelakar, kalau dengan budak2 kecik biasanya diorang ni akan stare je gigi kita sambil tangan dia terangkat2 nak touch kita punya braces. Diorang sangat interest dengan braces mungkin sebab warna warni kot. Blushing juga aku dibuatnya tau tak. LOL!

EH DAH TUKAR WARNA LAIN BRACES KAU?
Actually yang bertukar-tukar warna tu bukan braces tau. Bracket bracess tu memang tetap je kat gigi kita sampai akhir cabut nanti. Yang warna warni tu adalah elastic band. Benda pertama yang kena buat masa masuk bilik Dr bila aku follow up ialah Dr akan bagi 1 bekas pilihan warna elastic band tu. Macam biasa aku paling excited nak pilih warna elastic band tu. Kadang2 siap panggil suami suruh pilihkan warna apa yang cantik sebab banyak sangat pilihan warna yang cantik2 (Depends on klinik gigi, ada yang bagi banyak pilihan warna. Ada yang tak banyak. Macam klinik aku pergi ni memang banyak pilihan warna woo). Warna favourite aku setakat ni warna pink dan turquoise. Elastic band tu memang setiap bulan kena tukar sebab ciri2 fizikal dia kenyal dan anjal (something like getah). So semakin lama kita pakai elastic band, semakin kurang lah daya tarikan dia kat gigi kita tu. Sebab tu penting kena follow up every month supaya gigi kita yang dah tersusun cantik tu tak lari kembali ke tempat yang salah. Hihihi. Nasihat aku, elakkan pilihan warna transparent. Sebab warna transparent ni risiko untuk warna elastic band tu bertukar sangat tinggi. Lagi2 lah bila kau makan lauk kari atau yang berempah2, jangan terkezut tiba2 warna elastic band kau tu bertukar jadi warna yang lebih buruk dan akan nampak kotor. Gambar kat bawah ni aku pakai warna navy blue.

- - - - - - -  :) - - - - - - - - 

Ok lah ini saja pengalaman yang aku boleh share setakat ni. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah sakit teruk mana pun. Sakit sekejap je lepastu ok dah. Maasa mula-mula je rasa tak selesa. Macam sekarang ni aku dah serasi dan selesa pakai braces sampai rasa sayang dengan braces ni. Senyum pun rasa nampak manis cantik je (Eh ni aku perasan sendiri jekk). Ehekkk. So sesiapa yang ada niat nak berbraces tu, silakan jangan takut2 ya. Insyallah doa banyak2 semoga segalanya dipermudahkan :)


Babai.







22 comments:

  1. hai berapa lama tempoh pemakaian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai are-yu,
      Kalau ikut keadaan gigi kita, doctor kata around 1.5tahun - 2 tahun. Tempoh pemakaian braces tu depends pada keadaan gigi kita. :)

      Delete
  2. Assalam..nak tahu..masa pakai braces ni umor berapa yer..hehe..(boleh tnye kan umo?) Sbb saya nak masuk 25 bru ade kesedaran nak pkai..dlu2 tkot sbb sakit katanye..eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, kita start pakai braces masa umur kita 25tahun, haaa sama umur dengan awak lah. Now, umur kita 26 tahun. Hihuu.

      Delete
  3. Assalam..nak tahu..masa pakai braces ni umor berapa yer..hehe..(boleh tnye kan umo?) Sbb saya nak masuk 25 bru ade kesedaran nak pkai..dlu2 tkot sbb sakit katanye..eheh

    ReplyDelete
  4. Hai.. nk tahu.. power chain tu boleh tukar2 colour x?? Ke satu colour je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat klinik kita pergi tu boleh tukar-tukar warna ikut suka kita. Tapi, kita xpernah buat lagi. Insyallah akan cuba, Hhehe

      Delete
  5. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Anda tercari-cari syarikat penghantaran antarabangsa yang murah dan cepat? Viabox adalah jawapannya. Viabox menawarkan servis penghantaran yang cepat kerana barangan diproses dalam masa satu hari sahaja. Layari www.viabox.com sekarang.

    ReplyDelete
  6. Hai,sebelum pakai braces...doktor ada cabut gigi yg rosak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Firdaus,

      Before pasang braces, dr akn check keadaan gigi kita. If ada yg rosak, doctor akn cabut :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Kenapa ada yg Pakai braces tanpa ring (molar bands) ? Ade yg pakai, ade yg tidak. Kenapa eh

    ReplyDelete
  9. Hai Ekin,

    Actually molar bands tu tak semua pemakai braces kene pakai. It depends on keadaan gigi kita. So far setakat ni saya tak kena pakai molar bands tu :)Molar bands tu fungsi dia untuk elak gigi bergerak if im not mistaken. Heheh.

    ReplyDelete
  10. Hai, saya baru lepas appointment dr. Buat xray, dia ada cakap kena cabut gigi. So moulding tu buat before cabut gigi or after?

    ReplyDelete
  11. sy baru semalam buat braces ni. mmg dlm masa seminggu ni, gigi akan sakit ke? sebab di tarik ke atau sebab apa ya? ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fayy,

      Aah dalam 3-5 hari biasanya Gigi akan sakit sebab dia tarik. Gigi akan rasa sengal2and Susah nk makan:'(
      . Bertabahlahhhhh. Hehe

      Delete
  12. Haii sis . Nak tanya pasal braces . Untuk harga tahun 2017 nih masa sama ke tak ea ? Heheh sbb baca dari blog awak deposit murah . Doc okay yee klinik nih ? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear Amalina,

      I'm not sure price untuk 2017 ni berapa. Hihihi. Doc klinik saya ni best & terbaikk :) Hehe

      Delete
  13. hai. boleh saya tau sis pakai braces sbb ape ye? gigi jongang, gigi jarang @ gigi berterabur/berlapis?

    ReplyDelete
  14. Hai sis.sy nk tnye pendapat sis.
    Sy bnyak search psl braces ni sblm diorang pakai mst buat xray n acuan gigi.tp kenapa sy pkai braces xde xray.sy g klinik lps die cabut gigi x bpe lme trus die pkaikn braces hari yg sama jgk.tp rmai yg pkai braces kt situ.doktor pn ok.gigi sy pn kena cabut untk msukkn gigi jongang sy kedalam.pendapat sis braces sy ok ke??bkn fake kn??sy baru pakai braces msuk hari k4.sy mkan bubur saje.toh pn sy telan terus tnpa kena gigi.tkut sgt.sakit btol gigi sy.klu kena sudu nyilu sgt.sy pkai sbb jongang.so kena cbut 2 gigi untk bg gigi jongang toh kedalam.bg sy cabut gigi x sakit.tp braces toh menarik gigi sy sakit sgt smpai skrg.baru la sy tw selama ni tgk org pkai mcm best skrg sy tw la betapa seksanya 😭😭😭

    ReplyDelete
  15. Hi sis. Nak tanya pasal braces juga hehe.. Saya baru pakai braces dalam 5 hari. Saya nak tanya, memang awal-awal pakai ni ada kesulitan untuk bercakap ke? Sebab sekarang saya memang susab untuk berkomunikasi dengan sesiapa. Cakap pun byk perkataan yg pelat dan tak boleh cakap in proper letter. So apa yg perlu saya lakukan ye?

    ReplyDelete
  16. hi akak, saya baru 14thn . saya sekarang dalam fasa pemasangan seperator. sakit tu, apabila saya nak kunyah makanan tu dia macam gigi tu nak tercabut and tekanan tu wow... tapi sepanjang saya pakai dari twin block(appliance) tak dak lagi la saya menangis berguling-guling. cuma meraung kesakitan jerlah ...dalam masa itu jugak saya banyak makan bubur daripada keropok . nak kunyah ayam pon sakit . soalan saya sekarang Sakit tak bila doktor nak cabut gigi... sya tk suka la bila kawan2 saya main2 dngn saya kata tak boleh makan apa2 dh (sakit hati). saya selalu nk tahu tentang kesakitan sepanjang menjalani pemakaian braces selama 2-3 thn . saya ada IG nama saya iman_1z.21

    ReplyDelete

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in