http://susulila.blogspot.com/

'Persahabatan' Berkahwin Semasa Belajar

Assalamualaikum,
  
 


Bila sebut pasal kahwin je mula tersengih-sengih, tapi bila sebut berkahwin semasa belajar terus berkerut dahi. Ok faham, dulu saya pun macam tu juga. Hehehe.

"Berkahwin vs Belajar". Sesetengah orang, bila sebut dua hal ini kadangkala nampak macam dua hal yang saling berlawanana. Berlawanan bukan macam berperang ya, tapi yang saya maksudkan adalah kedua hal ini sering dipandang sebagai sesuatu pilihan yang berat, iaitu kita cuma boleh pilih salah satu darinya sahaja. Berkahwin maksudnya tak boleh graduate. Tak pun, kalau sibuk belajar suami, keluarga macam mana? Keduanya seperti berdiri dengan sendiri. Kalau kejar yang satu, satu lagi akan tercicir. Akhirnya, timbul kerisauan dan terus nampak kegagalan. Ditambah lagi pula dengan cerita-cerita kurang molek dengan pelbagai andaian yang negatif mengenai bila kahwin study mesti terganggu bila-bila lagi dah ada anak. Kesian anak dipersalahkan pula.

Jujur di hati saya, sebernarnya andaian yang kurang baik ini telah menganggu pemikiran saya ketika saya memutuskan untuk berkahwin tahun 2013. Ketika itu, saya berada di semester 6/8. Saya tahu, ramai kawan-kawan malah ada saudara mara terkejut dengan keputusan itu. Namun, saya yakin, seyakin-yakin pada keputusan itu. Pertama, kerana pilihan tersebut saya ambil dengan memohon petunjuk dari Allah. Kedua, mak dan abah saya pun sudah merestui dan insyallah bila  mak dan abah dah restu petanda atau petunjuk Allah juga restu (bersangka baik). Ketiga, lelaki yang saya hendak menikah dengan saya waktu itu adalah seorang lelaki yang sudap sempurna baik dari segi agama, kewangan dan juga perosnaliti. Keempat, jika dilihat lelaki yang mahu saya nikah itu benar-benar bersedia terima saya yang masih muda dan masih belajar lagi. Kelima, saya percaya Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambanya yang ingin menjaga diri melalui hubungan pernikahan/ perkahwinan.

Pada ketika itu, saya sedar bahawa jika saya berkahwin sudah pasti cabaran hidup saya menjadi semakin besar dan berat lebih-lebih lagi berkahwin semasa belajar. Naman, saya bertekad sekuat hati dan berjanji pada diri sendiri untuk tetap teruskan belajar walau apa pun yang terjadi kelak. Tekad ini semakin kuat dan bulat bila mana mak dan abah serta keluarga saya turut memberi sokongan kepada saya. Memang pada asalnya, abang dan juga kakak-kakak saya meragui keputusan saya, alhamdulillah bila mak dan abah merestui keputusan saya untuk berkahwin keraguan daripada mereka menjadi pudar dan diganti dengan dorongan serta motivasi kepada saya.

Setelah nikah, bermulalah kehidupan baru saya bersama suami. Semua tekad yang saya sebutkan diatas memulakan pertarungannya secara realiti. Semua urusan belajar saya diuji oleh perjalanan waktu. Memang, belajar selepas berkahwin terasa lebih mencabar dan adakalanya tergugat dengan diri sendiri. Status utama yang dulu sebagai pelajar kini menjadi dua iaitu isteri dan pelajar. Maka, tanggungjawab juga semakin bertambah, kehidupan terus berubah. Perlahan-lahan saya cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan dengan orang baru (suami, mertua & ipar).

Selepas 3 bulan pertama menikah, saya merasa disitulah masa-masa tersulit saya dalam menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru. Selain sebagai pelajar, dalam masa yang sama saya juga memiliki tanggungjawab seorang isteri, anak dan menantu. Lebih-lebih lagi, suami saya pula merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Apa yang membuatkan lagi mencabar bila kesemua adik adik ipar saya ialah lelaki dan umur adik ipar saya semuanya lagi tua dari saya. Maksudnya saya jadi paling termuda dalam keluarga baru saya itu. Pada waktu itu pula hanya saya sorang saja menantu (perempuan). Most of the time, memang terasa awkard sangat sampai tiba-tiba jadi stress ditambah lagi dengan tugasan assignment dan kajian thesis saya.Tapi, alhamdulillah, setiap kali mula semester baru saya diberi keteguhan semangat untuk teruskan belajar dengan prestasi yang boleh dikatakan meningkat dari semester ke semester dan akhirnya 2014 saya berjaya bawa mak, abah, suami dan keluarga datang hari konvokesyen saya. Pada ketika itu, perasaan puas itu muncul tanpa sempadan sehingga menitisnya air mata saya tanda gembira. 


Memang, tidak mudah untuk kekalkan ketahanan mental dan emosi. Namun, saya ingin kongsi kan sedikit tips bagaimana saya menguatkan diri agar sentiasa konsisten demi mencapai matlamat yang sejak awal pernikahan yang kita sudah tetapkan. 

Saya mulakan dengan mengubah persepsi saya terhadap berkahwin semasa belajar. Jika kita fikir bahawa kedua-dua hal ini berdiri dengan sendirinya dan tidak boleh dijalankan secara bersama, saya mengubah dengan membuat 'persahabatan' antara berkahwin dan belajar. Ya, mengapa perlu kita buat keduanya 'bermusuhan'? Bukankah lebih indah melihat keduanya 'bersahabat'?

Saya meletakkan bahawa berkahwin dan belajar adalah dua hal yang saling mempengaruhi, malah menyokong antara satu sama lain. Berkahwin (berumah tangga) adalah satu proses yang panjang yang tidak mungkin akan berjalan dengan baik jika pelakunya tidak membekalkan diri dengan ilmu. Ilmu di sini ertinya sangat luas, baik ilmu agama mahupun ilmu pengetahuan umum seperti ekonomi, psikologi dan sebagainya. Salah satu cara saya dapatkan ilmu ialah sudah tentu disetiap kelas yang saya pergi pada ketika itu di UPM. 

Saya beranggapan bahawa semasa di dalam kelas adalah peluang keemasan untuk saya dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya. Yang kelak akan berguna, dan paling tidak ia terpakai dalam menjalani hidup berumah tangga. Apalagi, bidang yang saya belajar pada ketika itu ialah 'sains pembangunan manusia dan pengurusan' yang mendedahkan ilmu tentang psikologi, keluarga, perkembangan anak dan mengenai perilaku manusia secara umum. Ya, semestinya ini adalah peluang keemasan yang akan sangat sia-sia jika saya tidak bersungguh menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Kaitannya, belajar dan berkahwin (berumahtangga) jelas menunjukkan ilmu yang kita sedang pelajari pada waktu itu dapat memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi rumah tangga yang harmoni. 

Maka, terciptanya kesimpulan dari saya sendiri dimana untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu yang baik, perkara utama yang perlu ada dalam genggamannya adalah keperibadian diri. Dalam hal ini saya perlu menjadi pelajar yang sentiasa meningkat prestasinya. Setiap kali saya rasa malas belajar, saya selalu ingat bahawa anak-anakku nanti berhak untuk dilahirkan dari rahim seorang perempuan yang cerdas. 


Saya juga berfikir bahawa untuk menjadi seorang pelajar yang inginkan proses pembelajarannya sentiasa lancar dan baik, sudah tentu saya perlu menjadi seorang pengurus rumahtangga yang bijak, full of skilled dan juga pandai menguruskan diri sendiri. Jika saya tidak mampu mengurus diri sendiri dan mengurus rumahtangga, sudah tentu kelas, assignment, exam akan terjejas. Maka, dengan ini tercipta kesimpulan kedua dari diri saya sendiri dimana untuk menjadikan semua proses kelas/ pembelajaran saya menjadi lancar,  saya mestilah bijak serta pandai mengatur rumahtangga dan juga diri sendiri. 

Kedua-dua kesimpulan yang dapat saya simpulkan di atas sekaligus menghasilkan sebuah semangat yang kuat dimana berkahwin semasa belajar bukan menjadi penghambat antara satu sama lain, malah menjadi penyokong antara satu sama lain. Ilmu yang saya dapat dari kelas pembelajaran saya sangat bermanfaat untuk kehidupan keluarga saya, pun sebaliknya pengajaran dari kehidupan berumahtangga sangat bermanfaat untuk kehidupan sebagai pelajar. Maka, wujudlah jalinan 'persahabatan' antara berkahwin dan belajar. Dari hubungan persahabatan ini wujudlah sebuah keseimbangan. 

Bilamasa saya merasa jalinan keseimbangan antara berkahwin dan belajar, dari situlah saya mula jumpa pola seimbang untuk hidup saya dan juga tanggungjawab saya. Hari demi hari, saya menjadi terbiasa dengan rutin hidup baru saya. Lama kelamaan, ia menjadi satu rutin yang mampu saya jalani dengan ringan kerana rutin itulah yang membuatkan diri saya terbiasa untuk laluinya. Oh ya. Memang pola dan rutin itu tidak dapat serta merta atau tiba-tiba. Usaha dan doa sentiasa menjadi senjata utama setiap masa. 

Namun, bagi saya apa yang penting ialah perlu konsisten dan ikhlas dalam diri sendiri. Saya sentiasa beranggapan setiap perkara yang saya lakukan itu adalah satu ibadah. Tetap teruskan walau apapun terjadi. Tetap berusaha walaupun hanya selangkah. Godaan atau halangan selalu ada, tapi bukankah matlamat dan tujuan lebih penting dari godaan itu? Walaupun kadangkala terasa malas, teruslah lawan. Walaupun terasa penat, teruslah lakukan. Walaupun kadang terasa berat, teruslah berjalan. Lambat laun, kemalasan itu akan berganti semangat, rasa penat dan berat itu akan menjadi nikmat. Insyallah selalu ada jalan untuk mereka yang selalu berusaha dan berdoa. 

Seperti kali pertama kita bermain basikal, pada awalnya kita sering terjatuh kerana belum mahir menyeimbangkan badan kita. Namun, ayah kita selalu mendorong kita untuk  mengayuh dan terus mengayuh. Jatuh adalah hal yang biasa, namun rasa sakitnya tidak akan terasa kerana tak setanding dengan perasaan bahagia ketika akhirnya kita mampu menunggang basikal dengan laju tanpa jatuh. 


Bagi saya, keseimbangan adalah perkara yang perlu dibiasakan. Bukan hadir dengan tiba-tiba tanpa usaha. Untuk mencapainya, perlunya kesabaran dan konsisten. Susah? Tidak ada perkara yang susah jika melibatkan Allah di dalamnya. Meminta kekuatan dariNya adalah cara yang paling kuat kerana tiada daya dan kekuatan kecuali atas izinNya. 

Saya kira,  keseimbangan adalah seni. Seni akan terasah jika kita sentiasa melakukannya. Teorinya hanya dua, lakukan dan lakukan, insyallah dengan kekuatan dan izin Allah keseimbangan tersebut akan tercapai.
Me in Utusan Malaysia dan Berita Harian :)
Mungkin setiap orang berbeza dalam menemukan pola keseimbangan antara berkahwin dan belajar. Malah, masa yang diperlukan untuk sampai ke titik keseimbangan juga boleh jadi berbeza-beza. Namun, itu adalah tentangan yang harus dilalui dengan kuat oleh diri sendiri. Bagaimana nak berhadapan dengan tentangan itu? Inilah masanya untuk suami beri sokongan padu demi memberi kejayaan kepada isteri. Bila masa lelaki itu tahu bakal isterinya itu masih belajar maka, lelaki itu perlu redha dengan isterinya. Redhakanlah isteri tiap kali isteri sibuk dengan urusan kelas/ belajar. Sokongan dari suami sangatlah penting bagi memastikan semangat isteri untuk belajar tidak pudar malah semakin meningkat. Kesimpulan terakhir yang dapat saya simpul, bukan saja isteri kena bijak mengurus diri, malah suami juga perlu bijak menguruskan diri dan membantu isteri dalam menguruskan hal rumahtangga.  Memang saya tidak nafikan, suami saya memang banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Lebih-lebih lagi bila tiba minggu exam dan pada tahun akhir saya yang terlalu sibuk dengan thesis. Kami masing-masing menjaga dan menguruskan diri sendiri. Ada masa saya terasa saya mengabaikan suami sendiri. Masih segar diingatan saya, ketika tahun akhir  belajar saya terlalu sibuk dengan kajian thesis saya. Pada masa itu, adalah bulan ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan itu kami jarang berbuka puasa bersama. Tapi, saya tak pernah miss sekali pun bangun pagi untuk masak lauk sahur. Sampaikan, masa bersahur tu jelah adalah masa untuk kami bercakap dan berkongsi cerita. Bila terbit matahari masing-masing bersiap untuk laksanakn tanggungjawab masing-masing. Suami pergi kerja, saya pegi kelas. Memang, ada masa terasa berat, sabar dan terus buat. Insyallah Alah ringankan beban dan bagi keceriaan rumahtangga tanpa duga. 

Gambar bawah ini antara memori yang takkan pernah saya lupa. Suami balik dari kerja dengan gaya imej skema sambil hulur bunga ketika saya buka pintu rumah. Terduduk sambil menangis saya pada saat itu kerana pada hari tersebut saya benar-benar tertekan disebabkan ada beberapa helaian thesis saya direject oleh supervisoršŸ˜„. Tak sangka kejutan ini buat saya tertawa gembira dan kembali bersemangat. 


Tulisan ini hanya sedikit pengalaman dari saya yang masih hijau dalam mengharungi samudera rumahtangga. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk ia sekadar perkongsian dan balasan soalan dari rakan-rakan dan juga junior-junior sejak 2 tahun lepas higga kini. Saya juga ingin menekankan bahawa perkahwinan bukanlah penghalang seseorang untuk menjadi seorang yang berpendidikan. Semoga Allah sentiasa memperkuatkan setiap perjuangan hidup kita :)

~Wassalam~


Ikhtiar Untuk Mengandung - Geng TTC

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ni saya sekadar nak share tips dan usaha saya sebelum saya disahkan mengandung dulu. Umum tahu, saya antara pasangan yang agak lama menanti rezeki zuriat selepas berkahwin. Walaupun saya disahkan mengandung selepas 2 tahun berkahwin, bagi saya tempoh itu agak lama untuk saya. Saya sangat kagum kepada mereka yang berjuang untuk mengandung sebab saya sangat-sangat faham dan dapat rasa apa perasaan mereka. Baru-baru ini ada seorang rakan blog minta tips dari saya. Katanya beliau hampir 5 tahun menanti zuriat. Masyallah, saya sentiasa mendoakan agar mereka yang masih menanti rezeki anak merasa nikmat mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Insyallah pasti ada rezeki dariNya. Amin.

Actually, pada asalnya saya dan suami ada plan untuk dapat baby sebab pada ketika itu saya masih study lagi. Lepas 5 bulan berkahwin, perasaan nak baby tu mula membuak-buak dalam diri. Disebabkan pada masa itu saya dah tahun akhir study so kami pun decided nak terus ada baby. Kami dah kira-kira, boleh je kalau saya pregnant sebab saya akan deliver my baby after final exam. Maksudnya masa tu dah habis study. Tapi kita hanya mampu merancang saja. Kami sabar menanti hari demi hari. Perasaan nak baby tu makin mengganas. Sometimes bila fikir pasal baby je mesti terus jadi emo. Macam-macam persoalan timbul dalam diri. Yang pasti banyak yang negative saja pada masa itu. Huhukk.

Setahun sudah berlalu. Saya dan suami masih enjoy our life with hope that Allah akan bagi rezeki anak juga pada kami. Tapi, sometimes tergelincir juga hati ni bila ada orang luar tanya kami bila nak ada baby. Mulalah masa tu saya akan jadi murung kejap. Tapi, suami saya sangat cool gila. Ini perlu dipuji. Suami saya tak pernah sedikit pun beri tekanan pada saya pasal anak. Tiap kali saya down suami yang genggam tangan saya sambil beri kata semangat, suami akan peluk saya cuba tenangkan saya. Even kalau saya period, suami akan okay saja. Suami takde tunjuk pun keluhan macam saya "alaaaa saya period, so tak mengandung lah. Huh". Suami sangat tenang. Dan dia selalu ingatkan saya rezeki kami pasti ada. Cuma banyakkan sabar, jangan mengeluh, yakin dan usaha. Bila sebut usaha, baru lah kami decided untuk buat sesuatu. Cari ikhtiar lain untuk saya mengandung. Cik google sentiasa jadi bahan rujukan saya. Banyak blog-blog saya baca cari tips dari segi pemakanan khusunya untuk cepat mengandung. So bawah ni saya akan share hasil google yang saya buat dan amalkan.  

1. Asid Folic + Susu Anmum Materna (Tempoh pengambilan: 1.5 tahun, sehingga bersalin)

Benda pertama yang saya consume bila tekad nak ada anak ialah saya makan asid folic. Asid folic ni saya beli dekat farmasi. Mula-mula tu excited makan dengan konsisten. Lama-lama rasa mcm dah frust tak mengandung2,  mulalah merajuk dengan diri sendiri skip skip makan asid folic ni. Huhuh. *Ngade. 

Ada satu hari saya demam. So saya pergi klinik panel saya (Klinik Family - Bangi). Doctor yang cek saya tu perempuan dan bekas doktor di hukm dalam perbidanan. Alang-alang dah jumpa doctor tu, saya dan suami mintalah tips dari doctor tu suppliment apa yang perlu saya ambil untuk mudah mengandung. Sebelum tu saya beritahu doctor pada masa itu saya cuma amalkan makan asid follic sahaja. Then, doctor kata ok good and teruskan je makan asid folic. Dan cuba juga minum susu anmum materna. Katanya 2 makanan ini bagus untuk rahim lagi-lagi untuk kuatkan rahim. Dan tambahan lagi, doctor sentiasa beri motivasi dekat kami "just relaxs and don't stress, kamu masih muda" katanya. Doctor juga suruh amalkan baca Al Asmaulhusna selalu. Jangan putus untuk berdoa. Wahhh baikkan doctor kami ni?

Lepas jumpa doctor tu terus termotivated balik. Terus konsisten makan asid folic dan juga tambahan minum susu anmum materna. Tiap kali minum susu anmum materna tu terus usap perut macam verangan ada baby dalam my tummy. Hihiksss. (Tak pe, berangan itu percuma kan!).

2. Pati Delima Gulsan (Tempoh pengambilan: 1.5 tahun sehingga kini)

Pati Delima- Nampak sedap bukan?
Saya dan suami amalkan minum pati delima. Rata-rata yang saya baca dekat blog hanya isteri saja yang amalkan minum pati ini. Tapi saya, saya bagi suami makan juga sebab kalau baca khasiat pati ini tersangatlah banyak/ baik untuk kesihatan badan. Rasa pati delima ini masam sangat-sangat. Tengah menaip ni pun terus mengecil mata sambil ketap bibir teringat masammm dia tu macam mana. Ewww! Ada juga setengah orang yang tak tahan tahap kemasaman pati ini diorang campurkan pati ini dengan air. Tapi untuk saya dan suami, kami cuma telan begitu saja. Memula makan pati ini memang terkinja-kinja tahan masam dia, lama-lama dah amalkan dah boleh buat peace yoww. Heheh. Saya amalkan sampailah saya bersalin dan kini still amalkan. Berbotol-botol dah saya beli pati delima gulsan ini. Sebab apa saya boleh konsisten minum pati delima ini? Salah satu sebabnya adalah harganya murah dan mampu milik. Insyallah. Harga untuk sebotol pati delima gulsan ini hanya RM15.00 sahaja. Saya beli pati ini dekat kedai jual kurma. Rasanya kat kedai arab dan kedai jamu pun ada jual pati ini.

3. Jamu Yusof & Zulaikha (Tempoh pengambilan: 2 minggu)

Jamu Set Zuriat: Yusof & Zulaikha
Masa start consume jamu set zuriat (Yusof & Zulaikha) ini, usia perkahwinan saya dah cecah 1tahun 10bulan. Pada ketika ini, dah rasa down and dah redha dengan ketentuan Allah. Terus terang saya katakan, saya dan suami sangat teliti dalam mencari suppliment untuk mengandung. Sebab tu sepanjang 1 tahun 10 bulan ini hanya 3 jenis suppliment sahaja yang saya consume iaitu asid folic, susu anmum materna dan pati delima. 

So macam mana saya terbuka hati dan terima untuk cuba set zuriat ini? Bermulalah kisah perkenalan saya dengan kak Zila. Kak Zila ni kerja di butik muslimah, Bangi. First time saya pergi butik tu sebenarnya nak cari tudung untuk hari konvokesyen saya. Kebetulan kak Zila pula ada seorang anak perempuan yang sangat lah comel namanya Humairah. Humairah ni lah orang pertama yang sambut saya dan suami bila masuk butik tersebut. Saya dan suami happy sangat tengok Humairah tu. Kalau geng TTC mesti tahu macam mana perasaan bila kita nampak budak, excited terlebih. Kena pula si Humairah ni tetibe mesra alam, bila suami saya hulur tangan dia terus melompat kat suami saya. Macam dah lama kenal je. Agak lama kami bermain dengan Humairah sambil diperhatikan oleh Kak Zila. Sambil suami bermain dengan Humairah, saya pun pilih-pilih la tudung yang berkenan. Bila nak bayar tu, Kak Zila pun bertanya baru berkahwin ke? Dah berapa orang anak? Suami pun cakap lah dah nak masuk 2tahun dah kahwin. Belum ada rezeki lagi kak. Borak punya borak tiba-tiba kak Zila mention lah set zuriat ni katanya kawan kak Zila baru je mengandung makan set zuriat ni. Kami cuma tersenyum saja, sebab actually saya dan suami dah lama tahu kewujudan produk ini. Cuma macam saya katakan tadi, saya takut nak mencuba. Punyalah baik Kak Zila ni siap search dekat facebook agent yang jual set zuriat ni. Bila jumpa agent, kak Zila terus tuliskan no tel kat kertas dan bagi kat saya. Saya ambil dan simpan saja kertas tu dalam handbag. 

Balik dari butik tu, saya dan suami ada juga cakap-cakap pasal idea kak Zila untuk try consume set zuriat ni. Macam biasa, kami takut nak mencuba. So kesimpulannya kami redha je bila rezeki tu nak datang. Cukuplah dengan suppliment yg saya ambil before ni. Selang beberapa minggu, saya ajak suami cari baju untuk saya hadiahkan kepada mak saya. Suami pun bawa saya pergi butik kak Zila tu semata-mata nak jumpa Humairah lagi. Bila sampai butik je, macam biasa Humairah tukang sambut kami. Hehehe. Tengah pilih-pilih baju, kak Zila bertanya "Su dah cuba ke jamu yang akk suruh beli tu". Glupp glupp je rasa tak terkeluar suara nak jawab. Saya jawab "belum lagi kak, insyallah nanti saya contact no tu" sambil jeling suami. Tetibe rasa segan & serba salah pula dengan kak Zila. Semenjak haritu, saya dan kak Zila dah macam semakin rapat dan bertukar no telefon. Kak Zila rajin hantar whatsapp tanya khabar kat saya dan pernah 1 masa kak Zila share doa untuk mengandung. Terharu, baik sangat kak Zila ni. Tiap kali saya pergi ke Bangi mesti kami singgah butik kak zila sebab nak jumpa Humairah. Heheh.Tiap kali saya jumpa kak Zila, mesti soalan sama yang ditanya "su dah mengandung ke? Dah cuba ke produk tu?".Krikk krikk je rasa. Heeherrr. 3 bulan selepas tu, saya terdetik rasa nak mencuba, so saya dan suami mula berbincang dan buat sikit kajian mengenai produk tu. Banyak testimoni positif dan ada juga yang tak berjaya. Dek kerana saya dan suami dah kata nak cuba, akhirnya kami pun belilah set zuriat ni. Makan dengan konsisten jamu ni bersama suami. Yusof untuk suami, zulaikha untuk saya. Saya doa banyak2 masa ni supaya berhasil lah ikhtiar kali  ni dan moga-moga saya tak tersilap pilih produk. Hehehe.

2minggu selepas makan jamu set zuriat ini, saya cuba upt test. Dan naik dua line maksudnya positif. Tapi, seminggu lepas saya makan jamu zuriat ni saya ada juga pergi berurut. Boleh baca bawah ni.

4. Berurut (1 kali urut)

Sumber: Google picture
Seminggu lepas makan jamu zuriat, saya terasa nak pergi berurut. Dulu, setiap 2 bulan sekali suami suka reward saya belanja urut badan dekat thai odessey. Best tau. Hihi. Tapi kali ni terasa nak berurut dengan bidan kampung pula. Saya terus call mak saya di kampung. Mak saya cakap boleh je pergi berurut. Tapi makesure cari tukang urut yang pandai, almaklumlah kat kl ni mana plak nak cari bidan. Heheh. Suami pula agak busy ketika itu, so agak lama lagi nak balik Johor masa tu. Saya apa lagi, guna kemudahan google. Baca feedback semua, dan terjumpa sorang mak cik ni. Saya panggil aunty Su. Ehhh tersama pula nama panggilan Su tu. Hehehe. Banyak feedback saya baca dekat blog, ramai yang dah berjaya mengandung lepas berurut dekat aunty su ni. Aunty Su ni bukan semata urut untuk orang nak mengandung saja, semua urutan dia boleh urut. Bestkan? 

Saya pun contact lah aunty Su dan set appoinment dengan aunty Su. Rumah aunty Su ni dekat Nilai. Aunty su ada cakap kalau urut nak mengandung kena berurut 3 kali. Tapi, saya cuma sempat berurut 1 kali sahaja dengan aunty Su. Selang seminggu tu saya terus dapat berita gembira saya dah mengandung. Yepppiiii :) Saya terus call aunty Su beritahu perlu ke teruskan untuk urut sesi ke 2 tu. Aunty su jawab tak perlu :)

Ok feedback berurut dengan aunty Su,
So far best. Urutan soft saja dan aunty Su menggunakan minyak urut yang dibeli di farmasi. Minyak tu wangi dan yang pasti tak melekit-lekit. Selain mengurut, aunty Su juga boleh jaga ibu berpantang mcm confinement tu lah. Ada lah siap package masak, mandikan baby, bertungku, dan lain-lain. Saya juga pernah minta tolong aunty Su ni urutkan baby Amanda. So far Amanda tak nangis pun urut dengan aunty Su ni, dia senyum je :) Heheh. Siapa nak contact number aunty Su ni, bolehlah text saya. Insyallah saya akan bagi.

4. Bersihkan hati

Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah. Solat jangan tinggal kalau boleh solat awal waktu. Banyakkan amalan sunat, dhuha dan bersedekah. Tanya pada diri sendiri sudahkan betul-betul kita bersedia untuk menjadi ibu? Elakkan ada perasaan was-was pada diri kita. Contoh "Boleh ke nak survive kalau ada anak nanti?", "Boleh ke aku fokus study masa mengandung". Maksu saya pernah berpesan, jangan sesekali ada perasaan was-was pada diri sendiri. Kalau diri sendiri ada rasa was-was, Allah takut nak bagi zuriat dekat kita. Ayat maksu ni pernah baut saya tersentap kejap. Dan selepas itu, saya cuci hati saya buang kerisaun yang berkaitan dengan anak. Saya dan suami juga sama-sama berubah sentiasa mempersiapkan diri untuk jadi ayah dan ibu yang terbaik. 

Ok. Rasanya ini saja ikhtiar saya untuk mengandung. Selain daripada 4 kat atas ni, gaya hidup dan diet harian saya dan suami turut kami jaga. Oh yes, suami saya pun saya jaga diet harian dia. Barulah namanya bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Heheh. Bawah ni antara tips dari dari saya sendiri:
  1. Makan makanan yang berkhasiat dan makanan sunnah. Kurma dan kismis memang wajib ada di rumah saya. So makan je lah banyak-banyak sambil pasang niat.
  2. Elakkan makanan yang tajam dan bahaya untuk kandungan. Contoh macam buah nanas, air bergas dan lain-lain.
  3. Kurangkan minum ais - Ini betul-betul menguji nafsu nak minum ais/ sejuk lagi2 time cuaca panas. Mula-mula rasa tergoda, lama-lama cuba disiplinkan diri dan cuba tak pentingkan diri sendiri. So berjaya elakkan minum ais dan minuman sejuk-sejuk. Dua jenis minuman yang saya akan order bila dikedai ialah barli suam dan laicikang panas. Itu saja.
  4. Kurangka pengambilan caffien - Yang ni takde masalah untuk saya, tapi agak bermasalah untuk suami saya. Heheh. Saya memang tak suka minum teh dan coffea. Eh tapi, saya minum kopi habbatusauda time balik kampung kat Johor. Sebab mak saya suka buatkan kopi habbatusauda ni untuk saya. Lagipun, rasanya kopi habbatusauda ni baik juga untuk kesihatan, so minum saja. Heheh. Kalau suami pula dia perlukan caffien katanya. So, saya benarkan dia ambil caffien 1 hari sekali sahaja iaitu waktu pagi. Selebihnya saya suruh dia minum juice.
  5. Bersenam - Eh, actually kami tak delah bersenam beriya turun padang mcm tu. Biasanya kami just pergi swimming atau pun main xbox game dancing dekat rumah. Hahaha. Tu je lah.  
  6. Elakkan lakukan aktiviti lasak dan kerja berat - Ini khas untuk isteri. Macam saya, suami memang dah awal-awal warning jangan buat kerja rumah berat-berat. Jangan ngada2 nak  deco rumah, tolak-tolak sofa, alih-alih meja, panjat2 pasang lagsir erkkkk tu pun kena warning tau. Huhu. Patuh saja apa suami pesan okay!

Ok rasanya dah panjang sangat saya menaip. Heheh. Ingin saya tekankan dimana, lain orang lain keserasiannya. Saya tak berani nak cakap mana satu usaha saya yang jadi penyebab saya mengandung. Rezeki datang dari Allah. Kita cuma perlu berusaha sahaja. Apa yang penting setiap usaha kita itu, disertai dengan doa banyak-banyak. Selebihnya kita serahkan saja pada Allah. Ingatlah, jaga hubungan kita sesama manusia lebih-lebih lagi dengan suami-isteri, ibu dan ayah serta keluarga. Minta didoakan yang baik-baik saja. Saya doakan semoga semua yang sedang berTTC mempunyai semangat untuk teruskan usaha dan diberi kesabaran dan ketengan dalam menempuh segala cabaran. Moga-moga rezeki anak akan datang dengan mudah :)

Wassalam.
Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in