Assalamualaikum <3
Hari ini hari rajin untuk diri aku sebab nak clean kan draft-drat yang ada dlm blog ni. Haaa nampak tak sebenarnya banyak entry yang nak share tapi dek miskin masa tak sempat nak update.
Kalau korang perasan entry diari mengandung yang lepas aku ada cerita sikit tentang ragam dan alahan mak dan kakak2 aku mengandung kan? Sapa belum baca klik SINI. Dulu-dulu sebelum pregnant selalu aku terfikir nanti time aku pregnant, aku spesis macam diorang juga ke ek? Eheheh.Then, aku pun selalu perati kan je ibu2 mengandung ni. Ada yang cergas sentiasa. Ada yang lesu. Dan tak kurang juga ada yang tudung senget benget. Hihihk >sori<.
Kalau korang perasan entry diari mengandung yang lepas aku ada cerita sikit tentang ragam dan alahan mak dan kakak2 aku mengandung kan? Sapa belum baca klik SINI. Dulu-dulu sebelum pregnant selalu aku terfikir nanti time aku pregnant, aku spesis macam diorang juga ke ek? Eheheh.Then, aku pun selalu perati kan je ibu2 mengandung ni. Ada yang cergas sentiasa. Ada yang lesu. Dan tak kurang juga ada yang tudung senget benget. Hihihk >sori<.
Itu dulu lahhh. Duk perati orang je. Sekarang aku plak merasa. Huhuhu. Hari ni nak cerita sikit aku ni kategori alahan yang macam mana? Ye la ibu mengandung ni memang sinonim dikaitkan dengan muntah2 masa mengandung (morning sickness). Dari pengalaman aku, setakat ni alhamdulillah aku takde muntah2 teruk. Syukur sangat-sangat sebab aku tak banyak karenah sangat setakat hari ini (Doakan aku sihat seperti biasa sehingga melahirkan baby nanti. Amin.) Ni antara alahan yang aku rasa setakat hari ni lah:
1) MUNTAH
Masa kandungan 1-3 bulan je aku ada muntah. Tu pun sehari sekali je. Timing muntah aku masa awal-awal bangun pagi tu. Benda pertama bila celik mata je terus rasa nak muntah. Muntah tu akan keluar sekali yang lendir warna kuning rasa pahit-pahit tu. iywekkk! Tak sedap. Rasa PAHIT!! Tak tipu. Heheww. Masa nak muntah tu badan aku terus terasa lemah. Badan aku plak akan berpeluh-peluh. Haa lepas dah lega muntah sekali tu terus jadi okey. Sihat, kuat, ceria macam biasa. Hehek :)
2) LOYA-LOYA
Loya-loya ni maksudnya signal terasa nak muntah campur dengan pening-pening lalat. Benda paling buat aku rasa loya pertama sekali bila aku nampak telur mata. Phewww~~ tengah menaip sekarang ni pun terus pening bila teringat telur mata tu. Aku memang tak boleh tengok telur goreng mata lembu tu. Tah kenapa padahal sebelum mengandung ok je.
3) SENSITIF DENGAN BAU-BAUAN
Sejak mengandung ni aku tak suka bau wangi-wangian. Paling sedih aku langsung tak boleh bau perfume DKNY favorite aku tu. Terpaksa lah beli perfume baru sebab i pun nak wangi2 juga. Heheh!
Selain tu aku tak boleh bau minyak rambut suami. Kalau bau mesti rasa loya-loya, terus pening-pening. Dan aku pun sama akan tolak dia jauh-jauh. Huhuh. Makanya, aku awal-awal dah keluarkan terus perfume dgn minyak rambut dia tu letak kat bilik bawah. So, time suami nak pergi kerja je boleh pakai wangi-wangian tu. Kalau hari tak kerja, dilarang sama sekali memakai wangi-wangian. Syarat lain, before pakai minyak rambut tu, kenalah salam aku dulu. Then baru boleh pakai. Kalau tak, aku tak nak salam. Tak pun salam versi hujung jari je. Hahah :P
Selain perfume dgn minyak rambut suami, aku juga tak boleh bau sabun basuh baju. So, suami aku lah yang kena basuh, sidai baju semua. Ewahhh heaven sangat ok. Thank you abang <3
Haaa itu je kot alahan yg akau rasa masa aku mengandung. Alahan yg aku rasa ni semua berterusan sampai la weeks yang ke 36. Cuma yang muntah tu je dah xde. Muntah tu stop sampai kandungan masuk 4 bulan. Lepastu lega :) Alhamdulillah.
**Alahan lain yang mostly ibu mengandung alami:
1) ALAHAN MEMASAK ATAU MAKANAN
Ada sesetengah ibu mengandung mengalami alahan dengan aktiviti memasak. Bukan setakat tak boleh masak je tau, malah ada juga yang langsung tak boleh masuk dapur. Kesian diorang. Salah satu faktor diorang tak boleh masak sebab alah dengan bau-bauan bahan masakan tu sendiri. Contoh macam bau ikan, ayam, daging. Lagi2 bau ikan kan macam hanyir2 kann. Then, diaorang tak boleh bau wap masakan tu. Kan masa kita masak, akan ada naik bau. Haaa yang tu la diorang tak boleh bau. Macam kakak (cikgu) kat sekolah aku tu, dia jeles sangat tengok aku boleh makan and stay kat kantin guru masa mengandung. Kakak tu cerita lah pengalaman dia dari anak first sampai anak keempat kot, dia tak boleh lansung masuk dapur dan bau wap masakan. So, dia terpaksa guna laluan yang jauh kalau nak masuk bilik guru. Then suami dia lah yang tolong masak untuk anak-anak diorang. Sweet kan macam tu. Rajin suami beliau. Heheh.
Macam aku, takde kena alahan masak. ni. Lagi dasyat masa mengandung ni aku terlebih rajin nak masak. Huuuu. Lagi-lagi makanan ala2 kampung. Wuuu
sedap betull. Pastu aku kuat makan! Setiap masa nak mengunyah je. That
why la badan aku sekarang ni dah macam bola yang dipam2. Huhuu. Berat
badan pun sentiasa naik melambung-lambung sampai kena bebel dengan
nurse. Hahah.
2) ALAHAN PADA SUAMI
Haaa ni kes berat. Hehhe. Ada sesetengah ibu mengandung tiba-tiba je ada alahan dengan suami. Contohnya macam tak suka tengok muka suami, tak boleh bau badan suami. Jadi, para suami sekalian harap bersabar ya. Hihih.
Macam situasi aku, sejak mengandung aku lagi lahh nak suami sentiasa dekat dengan aku. Hari-hari nak merap je kat suami. Weekend hari yang paling dinanti-nantikan sebab xkerja kan. So boleh merap lama-lama bawah ketiak suami. Huhuhu.
3) ALAHAN EMOSI
Hahaaa perempuan sangat sinonim dengan perkataan 'emosi'. Haaa kalau nak tau masa mengandung ni memang banyak karenahnya. Kadang-kadang diri sendiri pun tak faham apa jenis emosi yang kita alami. Kejap rasa nak marah, kejap rasa sedih yang terlampau, kejap rasa rungsing, kejap rasa serabut. Haaa dasyat kan!
.
Macam aku, benda paling obvious yang aku rasa ialah aku kerap rasa serabut. Tak memasal rasa serabut dengan semua benda. Sejak dari awl mengandung, aku tak boleh langsung pergi shopping complex. Sob sob :('. Aku pun naik hairan kenapa tiba-tiba jadi gitu. Ada satu hari tu konon ajak suami dating kat one utama. Baru je masuk mall tu, aku dah tarik tangan suami ajak balik. Kesian cik suami. Huhuhu. So kesimpulannya, sejak aku mengandung, aku banyak habiskan masa kat rumah je la. Rileks2 lepak2 kat rumah je. Tak suka keluar rumah. Dalam hati "eii jangan lah baby i ni anti social" Hahaarr.
Then, suami aku pun tersenyum je sebab boleh lah saving duit sebab duit shopping bulanan tak guna. Amboiii! Jangan nak suka sangat sebab keadaan serabut ni masuk usia kandungan 7 bulan tiba-tiba dah takde. Aku dah boleh jalan-jalan keluar pergi mall. Tp, masa tu perut dah semakin maju kehadapan. Badan n perut dah rasa berat la. Tapi demi membalas ketagih nak shopping tu tiba-tiba je rasa kuat. Dan aktiviti wajib lepas puas berjalan, malam tu suami kena urut kaki aku. Dah balik baru rasa aduii aduh sakit kaki sakit badan semuanyalahh. Heheh.
Ok setakat ni je lah yang aku boleh share tentang alahan ibu mengandung. Aku sangat bersyukur sebab tak banyak alahan yang serius sepanjang mengandung setakat hari ini. Tahap kesihatan aku pun baik-baik saja. Masa mengandung ni memnag banyak sangat bentuk cabaran yang kita alamai. Lain orang lain cabarannya, lain rasanya. Tak semua sama. Bagi aku lah, masa mengandung ni lah
'dugaan' paling mencabar untuk 'suami'. Sebab apa? Sebab ibu mengandung ni
tiba-tiba akan bertukar menjadi kanak-kanak ribena. Macam-macam perangai pelik keluar.
Ok sampai sini saja. Didoakan semoga bakal-bakal ibu diluar sana sentiasa kuat dan kuat untuk melawan alahan ketika mengandung. Banyakkan bersabar, banyakkan beselawat dan banyak membaca Al-Quran. Percayalah pengalaman mengandung adalah pengalaman yang termanis yang akan dirindui bila baby dah lahir.
0 comments:
Post a Comment