http://susulila.blogspot.com/

3 Hari di NICU - Congenital Pneumia

3 Hari di NICU, 2 hari di Wad Pemulihan 

Saya selamat bersalin baby kedua pada 23/10/2018, 6.05ptg. Bersalin secara normal. Keesokannya saya dah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Tapi... tidak untuk anak saya. Anak saya masih ditahan di NICU. 

Hari kedua- 24/10/2018. 
Lokasi: Wad Kelas Pertama

Seawal pagi saya dah bangun mandi siap2 sebab excited nak jumpa baby. Dekat NICU tu waktu lawatan start pukul 8 pagi - 10 malam. Hanya parents je yg boleh masuk. 

Dah siap breakfast, saya dan husband terus ke NICU. Ni kali kedua saya melawat baby. Seperti biasa... saya cuba cari kekuatan supaya tak nangis. Masa masuk NICU, mata dah start berair. Tak kuat, tapi teruskan juga melangkah. Dlm NICU tak boleh bawa masuk welchair. Jd welchair  tinggal kt luar, husband pimpin tgn saya. Saya genggam kuat tgn husband menuju ke bilik 3 iaitu bilik anak saya. Di NICU ada 3 bilik mengikut bahagian. Which is bilik 1- kritikal, bilik 2- pertengahan dan bilik 3- pantauan. Alhamdulillah anak saya di bilik ke 3- pantauan. Walaupun di bilik 3, bila sebut NICU hati ibu mana tak sedih..

Sampai2 je katil Deniz, doc tengah berkumpul keliling Deniz utk check kesihatan Deniz. Husband terus jumpa Doctor utk tanya kesihatan Deniz. Doctor beritahu result xray paru2 deniz kelihatan ada sedikit kuman. Solution kepada tu harini Deniz diberikan antibiotic. Paling awal antibiotic kene habiskan ambil masa 3 hari. Dan sah, Deniz tak boleh discharge bersama saya. Saya akur.. 

Hari ni juga Deniz baru start minum susu. Lepas bersalin semalam, Deniz terus kena puasa sebab doctor nak ambil darah Deniz utk cek more details. Kesian anak ibu, lahir2 je dah kene puasa. Sepanjang doktor explain air mata saya laju mengalir. 

Saya terus ke katil Deniz dan bisik di telinga Deniz “Assalamualaikum anak ibu sayang. Good morning... Ibu ada ni nak, anak ibu kene kuat.” Deniz terus tersedar dan buka mata. Dari anak mata Deniz saya nampak segala kesakitan yg dia alami sekarang. Saya genggam tangan Deniz... Saya terus baca doa penyembuh dan selawat syifa. Tak lama tu Deniz menangis. Saya tengok banyak kali dia cuba nak cabut wayar oksigen di hidung Deniz. Nampak sakit dan tak selesa. Sebak melihat keadaan Deniz masa tu. Akhirnya saya tewas...saya menangis juga depan Deniz. Saya terus keluar bilik Deniz nangis semahunya. Husband saya masih lagi disisi Deniz. Setelah puas nangis, saya masuk kembali. 

Untuk hari pertama Deniz di NICU, Deniz tak diboleh digerakkan (sebab ada tiub oksigen). Maka, Deniz terpaksa minum susu formula melalui tiub yg dimasukkan dimulut. Saya agak terkilan, sebab tak dapat rerus bf kan Deniz. Setelah lama saya berdiri, husband ajak saya balik ke ward semula. 

Bila dekat ward, saya mula rasa kosong. Bila degar baby sebelah katil saya menangis, meragam... Tapi saya? Tiada baby disisi... baby saya sedang berjuang dgn diri sendiri nun kat NICU. 

Sebelum balik, saya dtg melawat Deniz semula. Masa kemas2 barang dekat ward hati merintih2 nak Deniz turut pulang bersama-sama. Tapi, di NICU adalah tempat terbaik utk Deniz. Sampai di NICU, saya ckp kt husband “abg je lah masuk saya tunggu kt luar. Abg tengokkan Deniz mcm mana keadaan dia.” Sebenarnya saya dah tak mampu nak tgok keadaan Deniz. Tapi husband juga sama, tak kuat. Jadi kami bersama-sama masuk utk ucap selamat tinggal kt Deniz. 

Tiba katil anak saya, saya terdiam... Tak mampu nak bersuara. Anak saya tengah lena tidur. Nurse kata baru lepas mandi n menyusu. Tu yg lena je tidur. Saya kuatkan semangat, terus sentuh anak saya sambil sebut ‘ Assalamu’alaikum anak ibu,” dan terus mengalir air mata... Husband yg mula2 berada disisi terus keluar dari bilik tersebut. Saya faham, husband pun tak mampu tahan kesedihan. 

Nurse bagi saya kerusi suruh duduk. Saya duduk di depan katil anak. Pandang sekeliling bilik, saya perhatikan setiap satu baby2 yg ada dalam bilik itu. Ada baby duduk dalam incubator. Bisik dalam hati “Ya Allah, syukur anak aku hanya di katil sahaja.” Walaupun saya tak tahu betapa serius tahap kesakitan baby dalam incubator tu, tp dari mata kasar saya, saya tahu seriusnya tahap kesakitan baby yg ada di dlm tersebut. Dengan wayar2 berselirat di badan. Alhamdulillah, anak saya hanya di katil, cuma tiub di hidung dan mulut sahaja. Tapi, itu pun dah sakit yg amat sakit bagi saya. 



Saya berdiri dan pegang deniz sambil baca apa2 surah yg patut. Seperti biasa tiap kali saya dtg tengok Deniz, Deniz akan buka mata sekejap dan akan tertidur selepas saya usap2 Deniz. Luluh hati saya.... saya tak dapat nak tolong anak sendiri pada ketika itu. Dalam hati “Ya Allah, aku kuat. Jangan nangis, Deniz tak boleh tengok air mata aku..”. Saya senyum dekat Deniz sambil usap2 dahi Deniz. Deniz tertidur semula sambil dgr alunan selawat dan doa dari saya. 

Husband dtg gosok belakang saya. “Sayang dah ke?” Dah lama saya berdiri. Nurse suruh saya duduk, saya tak mahu. Saya nak dekat dgn anak saya. Jadi saya berdiri saja. Biarlah. Dah tak ingat sakit masa tu. Cuma berharap Deniz cepat sembuh. 

Saya bisik ditelinga Deniz “sayang ibu balik dulu ya. Esok ibu datang lagi. Deniz kuat.. Deniz anak soleh, Deniz cepat sembuh sayang..” Lagi sekali mengalir laju air mata.. saya ketap bibir tak nak ada bunyi tangisan. Husband genggam tangan saya, dan melangkah keluar tinggalkan katil Deniz. Keluar je bilik Deniz, saya terus lap air mata sambil tarik nafas panjang. “Abang, kita kena kuat!.. Jom lah balik, Amanda mesti tunggu saya. Saya rindu Amanda. Saya cuba buang jauh2 kesedihan yg ada pada masa itu. Fikiran  berubah kepada Amanda pula. Anak sulong, cahaya mata yg pertama. Amanda mesti tunggu saya di rumah. Tiba di rumah, sedih berkurang bila Amanda lari peluk saya sambil bawa kek. Saya peluk erat tubuh Amanda. “Dah besar panjang anak aku, baru 1 malam tak jumpa. Rindu tak terkata.. 

Nasib ada Amanda, jadi penghibur hati kami. Bila malam saya tak boleh lena. Rindukan Deniz pula. Bila teringat, saya sedekahkan al-fatihah dlm hati utk Deniz dan berdoa supaya Deniz cepat sembuh dan takde perkara yg series berlaku dekat Deniz. 

Hari ketiga- 25/10/2018
Husband nak pergi melawat Deniz. Saya nak ikut. Tapi, husband tak bagi. Suruh saya rehat je dekat rumah. Baru 5 minit husband keluar rumah. Pihak hospital call saya. Jantung saya berdegup laju. Risaukan Deniz. Dalam hati tolong lah jangan cakap benda yg tak elok berlaku dekat Deniz. Saya tenung lama screen phone. Sampai Amanda jerit “ibuuuu kawan ibu call”. 

Me: Hello.. 
Nurse: Ni puan Suhaila ke?
Me: ya saya. Kenapa ya, anak saya ok?
Nurse: oh ok, anak puan ok. Kami dah cabut oksigen dia. Sekarang kami tengah pantau pernafasan dia. Nak tengok ok tak lepas buka oksigen. Jadi, puan boleh dtg tak utk bg susu dekat anak puan. Kita nak tengok nafas anak puan selepas menyusu. 

Ya Allah... ALHAMDULILLAH. Syukur! Saya letak phone dan terus peluk Amanda sekuat2nya. 

Amanda: Ibu kenapa bu? Kenapa bu? 
Me: Baby dah makin sihat. Nanti ibu bawa baby balik. Jumpa kakak ya. 

Amanda masa ni tak faham lagi yg baby ni dah keluar dari perut ibu. Yang dia tahu masa ni ibu dah tak jadi baymax sbb perut ibu dah tak buncit. Haha. 

Saya call husband, and husband patah balik ambil saya. Kami pergi hosp bersama-sama. 

Kalini, semangat semakin kuat nak jumpa Deniz. Terpancar keceriaan di muka kami. Sampai di bilik Deniz, kami terus jumpa doc nak tahu perkembangan Deniz. Doctor cakap keputusan darah Deniz semua takde masalah. Cuma paru2 Deniz ada sedikit kuman. Jadi doc bagi Deniz antibiotic utk buang kuman tu. 

Soalan pertama saya: teruk ke doc infection paru2 anak saya. *Mata start berair. 
Doctor: tak teruk. Hanya sikit sahaja. Kalau teruk, baby puan tak de dlm bilik ni, baby puan ke dlm bilik sana (sambil tunjuk bilik kritikal). 

Saya berharap sgt keadaan Deniz semakin baik dan Deniz cepat sihat. Tak sanggup dah nak masuk NICU ni. Nak tengok keadaan baby2 lain. Mereka sakit...tak sampai hati tengok. 

Alhamdulillah, bebas tiub di muka.

Buat kali pertamanya, saya bf kan Deniz. Berdebar-debar rasa. Berharap Deniz pandai menghisap. Deniz pandai hisap cuma... susu saya tak banyak. Jadi, doc bantu dgn susu formula dr hosp. Saya akur, asal kan anak saya sihat. Tu saja. 

Saya pun balik rumah semula sebab susu takde. Saya stress. Stress susu tak ada. Husband pesan kat saya jgn stress, bertenang. Kalau stress, susu tak keluar. 

Hari keempat- 26/10/2018
Pagi2 Nurse call semula, nurse cakap Deniz nak transfer ke ward recover (wad pemulihan). Jadi nurse minta saya dtg dan bermalam dekat hosp bersama baby. Jadi bolehlah saya direct bf dekat Deniz bg ada rangsangan. 

Saya kemas baju, dan terus ke hosp. Saya cuma positif je masa tu. Berharap susu ada lepas Deniz hisap. 

8.00 pagi. 
Saya dan suami masuk bilik Deniz. Bahagia bila tengok dah takde tiub oksigen dekat hidung Deniz. 



Nurse kata baby baru lepas minum susu, nanti pukul 11 pagi puan dtg balik bilik baby utk df kn baby. Utk pengetahuan, baby dekat NICU ni menyusu ikut jadual yg sama. Setiap 3 jam, diorang akan bg semua baby susu. Tapi, utk ibu yang ada susu (yg boleh direct feeding) diorang boleh je bila2 masa datang jumpa baby. Sebab diorang lagi galakkan direct feeding on demand. Sebab susu ibu adalah susu yg terbaik utk bagi antibodi anak kuat dan lawan sakit masa tu. 

Nurse bawa saya ke bilik berehat utk sy letak barang2 saya. Bilik berehat ni dalam NICU juga. Cuma dekat hujung sekali. Jadi saya kena berjalan sendiri kalau nak jumpa baby. Bila difikirkan balik, memang penat dan jarak bilik rehat dan bilik Deniz tu agak jauh dalam 30 meter. Bagi saya jauh utk saya, sebab saya masih dalam berpantang.. Luka & jahitan pun tak sembuh lagi. Suami tak dibenarkan utk teman di bilik rehat tu. Jadi, kenalah berjalan sendiri perlahan2. Dari bilik rehat tu nak ke bilik Deniz, saya akan lalu bilik 1 & bilik 2. Sambil2 tu mata saya akan melilau tengok baby2 yg ada didalam bilik tersebut. Saya simpati dgn keadaan baby dlm tu. Betul2 terkesan dihati saya. Dengan harapan dan berdoa semoga Allah bagi kesembuhan yg cepat dan terbaik utk anak2 dlm NICU ni.

10 pagi. 
Dah siap kemas katil. Nurse suruh saya rehat dlu sementara tunggu pukul 11 pagi utk next penyusuan Deniz. Tapi saya tak berehat pun, saya terus je pergi ke bilik Deniz. Kalau boleh saya nak sentiasa disisi Deniz, bolehlah saya baca2 kan doa atau selawat dekat Deniz. Otw berjalan ke bilik Deniz saya berdoa harap tiada nurse atau doctor keliling Deniz sebab itu bukan petanda yg baik. Tapi, saya nampak ada lampu blue ray pada Deniz. Ya.. Deniz kena kuning/ jaundice. Ini perkara yg paling saya risaukan juga. Sebab saya berdarah O. Jadi potensi baby nk kene kuning tinggi. Saya tanya nurse mcm mana keadaan Deniz. Nurse kata baby nampak kuning sikit. Jadi doctor arahkan letak 1 lampu blue ray je dekat anak puan. Kejap lagi baru cek darah, kita tengok kalau result darah ok, kita cabut baliklah lampu blue ray ni. Saya angguk tanda faham, tapi dalam hati hanya tuhan je tahu betapa risaunya saya dekat Deniz. Bertambah kesakitan Deniz. Deniz tak pakai baju, mata ditutup.. Masa tu Deniz menangis. Sebab mungkin tak selesa mata kena tutup. Saya tersandar ke dinding. Terasa hilang semua semangat. Semangat saya jatuh jatuh dan jatuh. 

Jam dah pukul 11 pagi. Masa utk baby menyusu. Nurse tanya saya “puan dah ada susu?”. Saya sugul........ saya jawab “tak ada. Susu tak banyak”. Again.. sedih dan sedih. Tp Alhamdulillah nurse kat situ semua supportive. Diorang tak putus bg kata semangat utk df kan baby. Dalam takde susu tu, nurse suruh juga saya bg baby hisap supaya ada rangsangan. Lepas dah puas usaha, nurse dtg bawa susu formula yg dimasukkan di dlm cup kecil. Nurse ajar saya macam mana nak bagi Deniz minum susu guna cup kecil. Jadi lepas ni selepas 3 jam, saya kena dtg utk bg Deniz susu formula dan df kan juga Deniz. 

1.00 petang
Makan tengahari pun sampai dan nurse suruh saya makan dlu. Ikutkan diri, saya tak selera lansung nk makan. Saya tak nak tinggalkan Deniz. Tapi, bila fikir balik saya perlu makan utk tambahkan susu, saya pergi juga ke bilik makan tu. Masa makan, jumpa lah ibu2 lain yg menunggu anak2 di NICU. Masing2 share masalah yg dihadapi oleh anak2 mereka. Kami nangis bersama2 bila share masalah yg dihadapi oleh anak2 di NICU tu. Kami terus rapat macam adik beradik. Support each others. Dari situ, semangat kembali pulih. 

2.00 petang. 
Saya dtg semula bilik Deniz utk bg susu. Sesampai je bilik, saya terkejut Deniz dah tak duduk bawah lampu blue ray lagi. Deniz dah duduk katil biasa semula. Tak sempat saya nak tanya nurse, nurse terus ckp “tadaaa kita dah cabut lampu blue ray tu, kuning baby tak tinggi.” Alhamdulillah alhamdulillah! Then Nurse kata lepas bagi susu baby puan kita transfer dekat ward recovery ya. Masa tu punya lah nervous kenapa kena pindah2?? Saya tanya nurse kenapa baby saya dipindahkan. Nurse jawab sebab baby puan dah ok. Cuma sekarang kena completekan antibiotic sahaja. Jadi kami masukkan ke ward recovery dan puan boleh duduk bersama baby dlm tu. Alhamdulillah! Excited!!!! Saya pun kemas balik barang2 saya dalam bilik rehat tu. tak sempat nak bermalam dekat situ. Tapi bermalam di ward recovery bersama Deniz. 

Hari kelima- 27/10/2018 
Lokasi: Bilik Pemulihan.

Bilik pemulihan ni pun masih dalam NICU, kalau macam bilik berehat tadi dekat hujung kiri NICU, bilik pemulihan ni pula dekat hujung kanan NICU. 

Harini hari ke 4 on antibiotic. Ada 1 hari je lg nak completekan antibiotic, then esok boleh discharge. Pagi tu doc round cek setiap baby dlm ward tu. Sampai turn Deniz, doc kata baby nampak kuning lg. Doctor suruh nurse continue shining kan baby bawah lampu blue ray. Doctor suruh keep bf. Tapi.. susu saya masih tak ada. Stress again sampai satu tahap rasa saya mcm ibu tak berguna je masa tu. 


Deniz bawah lampu blue ray.

Dalam bilik pemulihan ni, husband boleh temankan. Husband boleh teman dari pukul 8pagi hingga 10malam je. Jadi ada masa husband saya dtg melawat kami. Sepanjang tempoh dekat bilik pemulihan ni, saya struggle bagi df dekat Deniz. Susu masih tak meriah. Beza dgn bersalinkan anak sulong. Lepas bersalin susu terus meriaj. Again... sedih lg. Husband selalu pesan jgn stress nanti susu tak keluar. Ditambah lagi saya rindu Amanda. Rindu tak terungkap. Malam2 Husband buat video call, Amanda nangis2 cari saya. Sedih sgt. Husband selalu ckp takpe sayang. Salah satu kita kene korbankan. Biar abg jaga Amanda, sayang jaga Deniz. Sayang focus je kat Deniz. 

Boleh dikatakan saya tak tidur malam. Setiap 1 jam saya df Deniz. Lepas df saya continue pam susu plak. Susu tetap sikit. Tak sampai 1 oz pun. Ptg tu husband siap minta izin nk bawa saya urut kejap dgn bidan. Nak urut keluarkan susu je. Nurse tak bagi sebab esok saya dah boleh discharge. Saya redha jelah. 

Malam 27/11 tu tiba2 breast saya bengkak. Susu dah penuh. Cuma bila saya pam, susu tak keluar. Kakak sebelah katil saya ajar saya suruh tuam dulu and perah guna tangan. Saya pun buat apa yg kakak tu ajar. Alhamdulillah susu berjaya keluar! By the time susu dah keluar, saya kerapkan Deniz hisap. Susu semakin bertambah. Nurse terus kurangkan sukatan susu formula dekat Deniz. Jadi tugas saya adalah kerapkan df Deniz. 

Hari keenam - 28/10/2018

Hari ni last dos antibiotic utk Deniz. Tak sabar rasa nak balik rumah bersama baby. Tak sabar nk jumpakan baby dengan kakak Amanda. Rindu dekar kakak Amanda. Terlalu rinduuu. Sepanjang bermalam dekat hosp tiap kali saya rindu Amanda pasti saya akan nangis. 5 hari saya berendam air mata. 

Rutin pagi, doc akan round cek baby. Saya menunggu giliran Deniz penuh debaran. Berharap Deniz betul2 dpt keluar hari ini. Sudah tiba giliran Deniz. Lepas siap cek semuac doctor kata baby ok dan ptg ni boleh discharge. Tapi kene habiskan dos terakhir antibiotic pada pukul 8mlm. Tp doctor awalkan sikit last dos pukul 5 ptg. Jadi saya boleh keluar hosp sebelum malam. 

By the time dah pastu Deniz discharges, terus bersemangat nak hidup semula. Selama ni rasa hidup mati hidup mati je. Bermain dgn pelbagai emosi. Susu pun semakin bertambah. Hati banyak senang. Sebab Deniz dah mula kenyang selepas saya bf kn Deniz. Tenghari tu dah siap kemas brg. Punyalah tak sabar nak balik. Tak sabar nak completekan our little family (ayah, ibu, kakak & adik). 



Gambar atas ni tengah tunggu nurse dtg utk completekan antibiotic. Lampu blue ray dah ditanggalkan. Kalau perasan bibir Deniz bewarna gelap. Memang effect drp ambil oksigen. Doktor kata akan hilang. Dan sekarang nampak perubahannya. Dah tak gelap. 


Nama scientific utk sakit mcm Deniz pada masa tu.  Congenital Pneumonia. Boleh google lah utk more details. Alhamdulillah now Deniz dah sihat, mohon hgn datang lg kuman. 


Kalau igt kt atas td saya ada ckp parents yg nk masuk ke NICU kene pakai coverall. Ni contoh baju coverall yg suami saya pakai. 



Ptg dalam pukul 6 ptg dah balik. Happy sampai rasa nak guling2. Selamat tinggal NICU. Before balik tu siap jumpa doktor2 n nurse2 yg byk berjasa kpd Deniz. Doctor siap pesan “tolong jgn dtg sini lagi”. Hehe.



Dah sampai rumah. Finally setelah 6 hari berendam air mata suka dan duka, memendam rindu akhirnya kami disatukan. Happy kakak Amanda dpt jumpa baby. Baru lah dapat berpantang dengan tenang. Selama kt hosp mcm tak berpantang je. Keesokan harinya baru start berpantang betul2. CL dtg baru start berurut. Hilang lenguh2 badan dan yg penting susu dah meriah. Hehe. 

Sampai sini saja perkongsian pengalaman getir di NICU. Tak pernah terbayang akan lalui pengalaman sebegini.  Alhamdulillah ujian Allah, saya redha. Saya doakan semua baby2 yg berada ni NICU kembali sihat seperti biasa. 

Next entry mungkin saya akan cerita kos semua rawatan termasuk wad kelas pertama. Insyallah. 




Kronologi Bersalin Anak Kedua (Baby Boy)

Assalamualaikum & haiii semua.

Lama tak update vlog sis ni. Berhabuk dah. Fuhhh fuhhh. Sempena esok tahun baru, saya nak update jugaklah kronologi bersalin anak ke 2. Rasa tak lengkap plak tak update dlm sini. Sesiapa tak baca lagi kronologi bersalin anak saya yang pertama, boleh lah tekan link ni utk baca. Mana tahu dapat tips2 yg berguna. http://susulila.blogspot.com/2016/01/kronologi-bersalin.html?m=1

Sementara anak2 tidur ni, saya dengan pantas menaip. Andai kata ada tersalah taip atau bahasa tak best maaf kan lah ya. Mak anak 2 ni memang kena pantas dalam segala benda. Kan!!

23.10.2018- 3.00 pagi
• 37 minggu 5 hari

Tengah sedap tidur, tiba2 perut mengeras + pinggang sakit. Terdetik kat hati ‘aku nak bersalin ke ni.’ Saya buat bertenang dulu, malas nak fikir dan tak kejut husband sebab takut tu hanya false contraction saja. Saya cuba tidur balik tapi tak lena, tidur2 ayam gitu sambil2 usap perut.


6.00 pagi.
Husband bangun mcm biasa siap2 nak pergi kerja. Lepas solat subuh, mengadu dekat suami perut rasa lain macam.

Husband: Dah nak bersalin ke?
Me: Entah, tapi perut mengeras2 je dari pukul 3.00 pagi.
Husband: Jom lah siap pergi hospital.
Me: Takpelah tunggu siang sikit.

Waktu ni dah mula cemas sikit. Tak senang duduk pun iya. Yelah, sebab ni bersalin anak kedua, jadi dah tahu ‘sakit’ bersalin tu mcm mana. Rasa nak nangis pun ada. Wawawa. Actually, since mengandungkann anak kedua ni, selalu berdoa nak sangat bersalin sama mcm kakak Amanda (anak sulung saya).  Lagi2 hari dan masa. Dipermudahkan sama macam bersalinkan kakak dia juga. Jadi time ni terfikir kalau lah betul ditakdirkan hari ni juga bersalin, alhamdulillah sebab situasi ni sama je macam nak bersalinkan kakak dia dulu. Sebab tulah, bagi juga husband pergi kerja dulu, handover apa yg perlu. Kalau boleh nak bersalin petang. And terus doa, doa, dan doa moga2 ini bkn false contraction.


9.00 pagi.
Husband nak pergi kerja. Berat hati saya nak bagi suami pergi kerja. Banyak kali juga suami tanya ok ke tak, boleh ke abang nak pergi kerja ni? Sebab risau kan. Saya suruh je suami pergi kerja walaupun dah lambat. Hihi.

Sementara tu saya solat sunat semua. Lepas solat terus peluk Amanda yg tengah tidur. Masa peluk Amanda terusss je air mata mengalir. Rasa sebak betul time ni. Sebak sebab akan berjauhan kejap dgn Amanda. Sebab saya tak pernah berjauhan dgn Amanda. Masa kerja hantar rumah bs, ptg dah ambil dia. Even, kalau kena outstation ke masa kerja, saya akan bawa Amanda bersama. Saya nangis sampai Amanda terbangun dari tidur.

Amanda: Ibu sedih? Kenapa ibu sedih?
Me: *laju air mata keluar, speechless!* “dewasanya anak aku😭”

Ajak Amanda breakfast. Tengah makan tu, saya explain dekat Amanda yang saya nak bersalin dah. Cakap juga dekat Amanda malam ni kakak tidur rumah mama (pengasuh), ibu tidur kat hospital.

Amanda angguk je, sambil buat muka sayu. Sedih sgt masa ni. Rasanya Amanda tak faham ‘bersalin’ tu apa. Amanda sayu mungkin sebab tengok saya beriya menangis2 sambil peluk, cium2 dia. Hahaha! Drama sungguh!

Lepas siap breakfast, saya mandikan Amanda. Amanda dah wangi, layan dia main kejap. Time ni perut dah tak selesa. Contraction dtg makin kerap n kuat. Saya pergi toilet nak buang air, tiba2 perasan ada darah kat panties. Jantung saya masa ni berdegup laju macam nak terkeluar. Tangan terus menggigil2. Dalam hati ‘Allah.. Allah... confirm dah nak bersalin ni!?’ Keluar darah salah satu tanda nak bersalin kan. Perasaan masa ni bercampur baur. Happy, excited, sedih, takut, stress ahhh  semuanya adalah!

Saya terus call husband inform dia yang contraction makin kuat. Nervous punya pasal sampai lupa nak beritahu yg saya dah keluar tanda darah. Husband pun patah balik ke rumah sebab masa ni husband tak sampai office lg.


10.00 pagi
Husband sampai rumah terus husband buat kiraan contraction guna phone (ibu2 boleh terus download apps ni dekat phone ya). Tiap kali sakit saya akan inform dekat husband and time ni contraction tak berapa nak sakit. Kiranya skala kesakitan tu 2/10. Sambil2 tu saya cepat prepare pakaian Amanda utk bermalam dekat rumah pengasuh. Selang beberapa kali sakit tetibe husband cakap dgn nada tegas “ok dah, jom pergi hospital.” sambil tunjuk screen phone dekat saya.



Maafkan screen sis yg retak tu. hihi
Me: , tak sakit sgt. Tunggu kejap lagi.
Husband: Betul ke ni?
Me: Ya betul (teragak2 juga masa ni. Haha. Masih igt lagi pesan mak kalau sakit tak kuat jgn pergi hosp dulu).

Husband masa ni macam hmmm terpaksa redha je. Then husband sambung buat tracking masa contraction saya. Tiba2 saya teringat pasal keluar tanda darah tu. Husband tak tahu lagi! Jadi saya pun inform kat husband yg keluar tanda darah kat panties. Husband siap nak tengok darah tu. Lepas saya tunjuk husband terus ckp “hah ni dah confirm nak bersalin, kenapa awk nak delay lg. Dah siap pergi hospital.” Saya pun akur terus bersiap. Kali ni saya pakai baju & kain yg sama masa bersalinkan Amanda. Punyalah nak sgt proses bersalin ni sama mcm anak sulung, sampai pakaian pun nak sama juga. Huhu.

Dah bersiap, terus hantar Amanda ke rumah pengasuh. Dalam kereta hati merintih2 sambil peluk & cium Amanda berulangkali. Sedih sgt nak berpisah dgn Amanda. Betullah org kata, kasih anak sulung ni dia punya kuat lain macam!

Sampai rumah pengasuh, dah bagi barang semua saya terus nangis laju air mata keluar sambil babai2 Amanda. Pengasuh Amanda tanya “kenapa su nangis, jangan nangis.” Saya jawab “saya rindu Amanda nanti”. Terus masuk kereta, sambung nangis dalam kereta. Saya sempat toleh tengok Amanda. Amanda masa ni pengasuh dukung dia. Muka dia tertanya2 “kenapa ibu ni nangis beriya?”. Bila teringat balik rasa malu lah plak. Ni tengah menaip pun rasa nak tutup muka. Hihi

Otw nak ke hospital sempat minta husband belikan air kelapa. Fikiran saya asyik teringat dekat Amanda je. Tak fikir sakit pun masa ni, mungkin sebab tak sakit sgt sebab tu ada masa fikir Amanda. Rindu Amanda. Dah sampai hosp punyalah susah cari parking. Keadaan tenang je, sebab tak sakit sgt. Tahap kesakitan masih sama dalam skala 2/10. Masuk hosp pun saya jalan kaki mcm biasa je. Sebab tak sakit sgt. Masa dekat pendaftaran, nurse tu tanya kenapa dtg hospital? Saya jawab sebab keluar darah.

Then selesai daftar semua, nurse suruh masuk dalam bilik saringan. Kalau nak tahu bilik saringan tu apa/ mcm mana boleh refer previous post saya berkenaan kronolgi bersalin anak pertama. Sebab saya bersalin dekat hospital yg sama, hospital selayang di hatiku. Hah giteww.

Dalam bilik saringan tu, ada dalam 5 orang ibu2 mengandung tengah tunggu giliran. Saya pun duduk lah tempat kerusi yg disediakan. Masa menunggu tu borak2 dgn ibu2 mengandung yg lain. Masing2 tanya saya tak sakit ke? Saya jawab sakit sikit je. Saya pun tak pasti yg saya ni sakit nak berskain ke apa, sebab tak sakit sgt pun. Jelas saya kepada mereka. Sebabnya, ibu2 lain yg menunggu kt situ mostly tengah menahan sakit sampai berpeluh2. Tapi saya duduk bertenang je sambil tengok kanan & kiri. Hikss. Then ada yg tanya “kenapa dtg?”. Saya jawab “sebab keluar darah.”

Sorang demi sorang nama dipanggil. Ada yg doctor arahkan terus masuk ward, ada yang doctor suruh balik dulu sebab takde bukaan lagi. And ofcz lah saya pun dpt rasa yang saya bakal kena balik semula sebab tak sakit sgt n dpt jangka bukaan tak besar lagi.

Sudah tiba giliran saya. Doctor suruh baring atas katil untuk check bacaan contraction and berapa bukaan. Lepas dpt result doctor tanya saya “puan sakit tak?”

Me: tak sakit sgt. Sakit biasa2 je.
Doctor: Ok puan, bukaan puan baru 2cm. Jadi puan balik dululah Sebab contraction puan pn tak kuat sgt. (lebih kurang mcm tulah ayat doctor).

Dalam hati, hah betul tekaan aku, bukaan tak besar cuma 2cm je. Saya terus keluar ambil surat utk discharge dekat kaunter sambil muka senyum2 dekat husband. Kesian tgok muka husband, muka cemas je masatu. Hehe


1.00 petang.
Otw balik. Husband ajak pergi lunch dlu. Yelah saya pun lapar sgt masa tu. Husband ajak makan sushi, kebetulan masa tu sushi tengah buat promo. Sabar jelah! Ok lah layankan saja sebab before ni memang dah plan weekend nak makan sushi. Nnt kang dah bersalin tak sempat nak makan sushi so saya setuju je. Masa otw nak pergi kedai sushi hati saya mula tak tak sedap sebab perut tiba2 mengeras dan kali ni baru rasa sakit contracrion tu. Saya cakap “abang saya rasa saya akan bersalin hari ni."

Husband: kenapa?
Me: sebab sekarang dah start sakit sgt! Sgt!
Husband: Boleh tahan tak. So mcm mana nak patah balik ke hosp?
Me: Takpela kita pergi mkn dlu.

Yelah sebab baru je kejap tadi doctor kata bukaan 2cm, takkan tiba2 terus terbuka besar kan. Mcm pelik dengarnya. Tapi kalau ikut pengalaman sebelum ni, lepas doctor seluk utk cek bukaan kali pertama, contraction saya akan mula kuat dan makin kuat! Maksudnya bukaan terus cepat terbuka. Kali ni pun sama, tiba2 terus sakit kuat. Skala kesakitan dari 2/10 terus 5/10. Tapi demi nak tunaikan janji nak makan sushi bersama husband sampai juga kedai sushi tu. Kedai tu dekat Sri gombak. Dekat jugaklah dengan hosp selayang.

Setiap kali contraction dtg saya akan stop makan, layankan dulu sakit contraction baru sambung makan. Makan pun tak selera tapi sumbat juga nak bagi ada tenaga. Husband pun makan tak tenang sebab contraction dah makin kerap dan kuat. Kali ni memang sakit yakmat. Tahap kesakitan 6/10. Kitorang terus makan laju2, and decide nak ke hospital terus. Tapi dah masuk kereta saya ckp “takpelah bang, kita balik dlu solat zohor kat rumah. Lepas asar baru pergi hospital semula.”

Husband masa ni ya tak ya je nak ikut keputusan saya. Tapi dia follow juga. Siap tanya tahap kesakitan berapa. Saya jawab 5/10. Tak tahu kenapa saya tipu. Mungkin sebab saya nak husband bersama saya tiap kali contraction dtg. Kalau ikut pengalaman lepas, husband tak sempat teman/ tengok masa menahan contraction. Saya layan sakit contraction sorang2 je dlm bilik saringan tu. Sebab bilik saringan husband tak boleh masuk. Jadi kali ni macam serik juga lah, so saya nak sgt husband ada dekat dgn saya. Tak mampu nak hadap contraction tu sorang2. Tu je... huhuh. Sanggup tipu husband. Maafkan saya husband (kalau awk baca lah😜).


2.30 petang
Sampai rumah terus  solat. Lepas solat terus baring atas sejadah menahan sakit. Husband dtg duduk sebelah saya sambil urut2. Tiap kali contraction dtg saya mengerang kesakitan sebut "Allah.. Allahuakbar, ya allah..". Husband asyik ajak saya pergi hospital je. Saya jeling tengom jam kt dinding pukul 3.30 petang. "Lepas asar je lah kita pergi hospital" kata saya dekat husband. Husband tarik nafas panjang je geram dgn saya kot sebab degil. Huksss. Saya tetap dgn pendirian takpe lepas solat asar baru pergi. Siap cakap dengan baby kota solat asar dlu ya baby. Haha. Memang kalau boleh sampai hospital terus nak bersalin je. Taknak duduk lama2 dlm bilik saringan/ Labour room.

Azan asar pun berkumandang. Kami terus solat asar. Tahap kesakitan 7/10. Contraction makin mengganas. Husband still track masa contraction and time ni keluar arahan suruh go hosp now! Mcm kat bawah ni ayat dia.




Terus bergegas pergi hospital. Dalam kereta tiap kali contraction menyerang saya genggam peha husband sekuat hati. 

5.10 petang
Sampai je hosp mcm biasa takde parking! Ikutkan boleh je husband drop saya depan dewan bersalin tu. tapi saya taknak. Time ni cuma nak husband je ada disisi. Tak boleh jauh. Haha. Ngada. Akhirnya dapat parking. Masa nak naik tangga, kami tersalah naik tangga bukan utk direct ke dewan bersalin. Makin jauh jadinya. Saya dah tak tertahan sakitnya. Kaki tak de tenaga nak berjalan. Tapi gagahkan juga, siap berharap banyak jalan ni harap2 bukaan cepat lah terbuka besar. Masa ni tahap kesakitan 8/10. Contraction datang setiap 5 minit. Dahk dah start berpeluh peluh. Mata dah mula tertutup. Tak terdaya nak buka mata menahan kesakitan. Saya berjalan sambil pejam mata. Tak tau apa ada dekat persekktaran saya. Saya ikut je arahan husband and husband papah saya. Bayangkan lah, setiap kali contraction datang, saya akan minta husband berhenti. Husband cerita balik dekat saya kami berhenti kat mana2 je. Tengah2 jalan pun ada. Berhenti kejap dan saya akan berpaut sekuat hati dekat lengan husband. Finally dapat juga welchair. Husband tolak saya guna welchair laju sangat. Nak roboh rasa welchair tu. Kalau tak sakit mesti saya dah ketawa atau menjerit. Haha. Sepanjang menuju kedewan bersalin tu, saya pejam mata saja sambil baca doa nabi yunus. Tak tau dah sekeliling tu mcm mana. Sampai je dewan bersalin, nurse suruh saya bangun masuk bilik saringan pagi tadi. Saya cakap "saya dah tak boleh bangun." Nurse pun tolak saya masuk semula bilik saringan. Kali ni takde tungu giliran, terus je nurse angkat saya baringkan atas katil. Nurse nak pasang CTG machine dekat perut saya, tapi masa tu perut saya sakit sgt sebb contraction makin kerap. Saya minta izin nak baring mengiring. Nasib baik nurse baik, dia sanggup tunggu saya. Bila contraction reda cepat2 nurse pasang. Doctor pun dtg cek bukaan. “Bukaan 5cm”. Dalam hati alamak baru 5cm ke. Selang berapa minit doctor lain dtg cek bukaan lagi “eh dah 7cm ni. Cepat bukaan awak terbuka.”

Allahuakbar! Patutla sakit sgt. Bukaan cepat je terbuka. Tak sampai 10 minit dah 7cm. Saya memang takde tenaga dah masa tu. Tenaga dah banyak pakai masa berjalan sebab sesat sebelum tu. hihi.

Doctor terus drip tgn saya. Nurse kt sebelah saya cakap "doctor contraction puan ni kuat ni." Siap pasang drip kt tgn, doctor seluk lagi cek bukaan. "Ok 8cm".

Alhamdulillah, bukaan makin cepat terbuka. Tapi dalam hati kenapa tak tolak2 aku masuk labour room ni! Nak jumpa husband, nak husband! Meronta2 dalam hati. Then ada nurse lain dtg cakap sesama nurse labour room full. Lahh patutlah tak tolak2. Jadi saya kene tunggu. Tahap kesakitan 9/10. Nurse goyang2 kan badan saya sambil ckp "puan buka mata puan." Saya buka mata sambil ckp "sakit..."

Nurse: Sabar ya puan. Kejap lagi bersalin lah ni. Puan dah makan belum? Nampak takde tenaga ni.
Me: Dah makan.
Nurse: last makan pukul berapa?
Me: pukul 1 kot.
Nurse: makan apa puan
Me: *berdiam* sempat fikir nak jawab ke soalan nurse ni. Takkanlah nak jawab saya makan sushi. Haha! Jadi saya diam je tak jawab pun soalan nurse tu. Hikss.

Contraction makin kuat dan kuat. Sakit masa tu hanya Allah je yg tahu. Badan mcm kena ikat masa tu. Kaku menahan sakit. Speck mata pun sampai berwap. Tak nampak dah. Saya terus cabut spek mata serah dekat nurse. Saya tanya nurse lama lg ke baby saya nk keluar. Saya dah sakit sgt ni.

Nurse: ada rasa nak meneran ke?
Me: *angguk kepala* memang rasa ada sesuatu nk terkeluar masa tu.

Nurse tu terus panggil nurse2 lain. Ada dalam 3 org dtg dekat saya. And sorang nurse ni seluk cek bukaan. "Eh baby sah nak keluar ni"

Nurse 2: doctor takde, dlm bilik bedah.
Nurse 3: air ketuban dia tak pecah lagi. Cuba hang cubit. Hang pakar dlm cubit2 ni.

Saya dengar rasa mcm sakit hati. Tapi saya pasang kepercayaan dekat nurse tu je. Nurse pun seluk and pecahkan air ketuban saya. Ya Allah...sakit sgt... tak tahu apa nurse tu buat.

Me: nurse sakit!! ALLAH, ALLAH, istighfar banyak2 saya masa tu.
Nurse: Tahan sikit puan,, saya nak tolong awk ni.
Me: akur dan istighfar je. Sakit sgt. Mcm nk tendang je nurse kt depan saya tu. Saya rasa bahagian bawah dah basah. Maksudnya air ketuban dah pecah. Bila air ketuban dah pecah sakit makin sakit. Berganda2 sakitnya. Saya mengerang "Allah" sekuat2nya.

Doctor pelatih dengar saya mengerang, doc pelatih terus datang dekat saya "puan ok ke puan"
Me: sakit doctor.. sakkt..
Doctor: kejap saya cek bukaan.

"Dah full ni"
Doctor terus jerit panggil nurse suruh tolak masuk labour room. Nurse baru perasan saya tak tukar uniform hosp. Kalut lah nurse2 tu tukar baju saya. Situasi masa tu cemas sangat. Saya serah diri je masa tu sebab menahan kesakitan yg amat sakit.

Nurse: doc, doctor *** takde, dlm bilik OT.
Doctor pelatih: habis tu takkan nak tunggu, patient ni dah sakit sgt ni. Tolak je ke labour room. Kita tak boleh tunggu lagi.

Dalam hati saya, rasa nak marah. Tapi saya diamkan diri je. Sebab sakit kan. Doa yg baik2 je masa tu. Then diorang pun tolak saya ke labour room.


6.00 petang
Otw ke labour room saya dah rasa kepala baby dah kat bawah nk terkeluar dah. "Suami kepada puan Siti Suhaila sila ikut masuk ke labour room" Saya dengar nurse jerit.

Sampai labour room, saya nampak husband saya. Husband senyum kt saya tanda sokongan and nampak dari kaca mata dia "ibu kuat, ibu boleh" sambil husband angguk kepala dia.

Tak sempat nurse buat apa2 saya teran je. Sebab memang terteran sendiri. Husband cerita kat saya memang masa husband masuk labour room dah nampak kepala baby. Saya teran 2x terus baby keluar. Husband tak sempat tolong apa2 pn masa tu. Alhamduliah! Alhamdulillah. Keluar juga baby. Saat baby keluar, saya nampak perut saya terus mengempis. Allahuakbar. Besar kuasa tuhan.

Labour room dipenuhi suara tangisan baby saya. Saya dan suami tersenyum bahagia sambil suami mencium dahi saya dan tangan saling menggenggam erat. Nurse tunjuk baby dekat saya. Yes, baby boy!! Nurse terus letak baby atas dada saya. Saya memeluk tubuh baby saya sambil mencium dahinya. Wangii.. Mengalir air mata bahagia dan bersyukur. Husband azan dan iqamat di telinga baby. 

Tiba2 senyuman saya terhenti bila sorang nurse dtg ambil baby atas dada saya sambil kata "puan sekejap ya, baby puan nangis tersekat2 ni." Nurse tepuk2 punggung baby sambil kata "baby nangis bagi lepas." Nurse tanya saya & husband perasan tak baby awk nangis tersekat2. Bila kami perhatikan dan dengar, memang ada tersekat2. Nurse terus hantar baby saya ke bilik doctor untuk cek more details.

Sementara tu, nurse lain uruskan saya. Keluarkan uri, jahit, etc.. Hati saya mula tak sedap. Perasaan gembira pada asalnya tadi bertukar sedih. Memikirkan keadaan baby saya. Berdoa dlm hati semoga baby saya ok, sihat, dan takde apa2 terjadi.. Doctor dtg panggil husband saya. Lagi sekali, hati bertambah tak sedap. Saya berulangkali tanya nurse baby saya ok ke nurse?? Nurse hanya jawab kejap ya puan, doctor tengah cek.

Saya dah siap, and masih menanti baby. Husband pun masuk. Soalan pertama saya "abg baby ok ke?"

Husband senyum. "Baby ok, cuma nafas laju." Suasana menjadi sunyi seketika. Dari raut wajah husband jelas kelihatan kerisauannya. Saya tak berpuashati dengan jawapan husband dan bertanya lagi. 

Me: abang baby kita ok ke?
Husband: ok jgn risau. 

Husband terus keluar tinggalkan saya sorang2 dlm labour room. Ikutkan perasaan nak je bangun cari baby. Tapi takde kudrat masa tu. saya diamkan diri dan pejamkan mata utk cari ketenangan. 

Husband pun masuk semula ke dalam labour room. 

Me: abg pergi mana?
Husband: tengok baby. Sambil genggam tangan saya. 
Me: baby kenapa? 

Husband diam. Tiba-tiba nurse datang. 

Nurse: Encik ikhwan, boleh lah follow nurse. Kami nak hantar baby ke NICU. Nanti senang encik nak tengok baby. Husband terus pergi. Lagi sekali tinggalkan saya sorang2 mcm tu je. Saya moral down betul masa tu lagi2 dengar bila nurse kata baby hantar dekat NICU. 

NICU??! Jantung laju...berdebar-debar. Nurse datang pulang semua baju baby. 

Nurse: Puan, ni baju baby ya. Kita tak ambil baju baby. Sebab dekat NICU ada baju khas sendiri. 
Me: Nurse, kenapa baby saya? 
Nurse: Doctor dah explain dekat husband puan, nanti puan boleh tanya husband puan je lah. 

Ya Allah. Diorang ingat ni main bola ke. Takde sapa explain dekat saya apa jadi dengan baby. Walaupun saya tahu dan faham husband tak bersedia utk jelaskan kepada saya. Tapi saya ibu dia. Perasaan ingin tahu membuak2. Saya hanya pasrah dan berdoa saja pada masa tu. terdengar azan maghrib berkumandang. Sayu hati... kepala ligat fikir anak aku....kenapa dengan dia?? Aku rasa dia sihat je tadi..

Husband sampai, and tanya “sayang masuk ward kelas pertama ya.”
Me: *angguk kepala”

Tak sempat nak cakap apa2 lg husband terus keluar balik. Tak lama tu ada 2 orang nurse datang. Hantar makanan. Puan makan ya. Saya tenung je makanan tu. takde selera nak makan. Takde apa yang saya nak masa tu melainkan baby saya. 

Husband masuk balik labour room “abg dah daftar ward.”
Me: baby?
Husband: baby dalam NICU. 
Me: Kenapa (terus nangisssss). 
Husband: Jangan nangis. Berhenti nangis baru abg explain. Baby ok sayang jgn risau. 

Saya menangis sepuas2 nya. Husband suapkan makan dekat saya, saya makan sambil menitis air mata. Then baru husband cakap sambil usap belakang saya “baby ok. Cuma paru2 baby ada infection sikit. Sebab tu nafas dia laju. Sekarang ni doctor masukkan dalam NICU untuk pantauan. Ibu kena kuat, baby pun kuat.”

Ya allah.... 
mengalir air mata lagi... 

Me: Dalam NICU baby kene apa2 ke. Doctor ada buat apa2 ke kat baby?
Husband: Doctor masukkan oksigen. 

Terus terbayang wayar2 dekat badan baby. 

Husband: Ok lah, sayang tunggu kejap. Abang nak hantar pampers baby n tisu basah. Nurse minta td. 
Husband pun pergi. 

Saya mula tenangkan diri sekali lagi. Bisik dalam hati “aku kena kuat, utk baby. Ya aku kena kuat!”

Nurse datang, 
Tolak saya masuk ke ward. Otw ke ward, nurse tanya puan ok ke? Saya jawab “ok”. 

Oh ya masa nak masuk ward tu ada kisah menyeramkan terjadi pada saya. Terjadi di dalam lift. Lift tiba2 tersangkut dan tak bergerak. Dlm tu cuma ada saya dan 2 org nirse yg menolak saya. Nurse tekan loceng. Nasib baik baby takde sama dgn saya. Jadi bergelap lah seketika saya kat dalam tu. tak bernafas pun ya. 

Sampai je dekat ward husband dah tunggu lama. “Pergi mana?”
Nurse jawab lift rosak tadi. 

Macam2 berlaku. Benda tak jangka semuanya. Saya keletihan dan berehat je di atas katil. Takde perasaan nak bercakap. Husband pun berehat duduk dekat kerusi sebelah katil saya. 

Lama kami berdiam. Percaya, masing-masing memikirkan keadaan baby. Saya tengok husband muka dia pun letih. 

Husband: sayang, abg nak tengok baby kejap. Waktu melawat baby sampai pukul 10malam je. 
Me: Saya nak ikut. Boleh ke? 
Husband: Kejap abg tanya nurse dulu. 

Nurse datang dekat saya “puan ok ke? Larat ke nak tengok baby. Puan berehat je dulu, esok pagi boleh tengok baby”. 
Me: saya ok. Ringkas saja jawapan saya. Saya tak puas tengok baby selepas baby keluar tadi. 
Nurse: ok kalau mcm tu encik ambil welcahir lah tolak puan ke NICU. 

Tiba di NICU, kena pakai coverall. Semua parents yg nak masuk NICU wajib pakai coverall putih. Hati saya berdebar-debar. Memikirkan macam mana keadaan anak saya. Banyak wayar ke. Dia nangis ke.. kaki mula melangkah pintu masuk NICU. Tangisan baby terdengar sana sini. Allah... kuatkanlah aku! 

Baby saya ke diletakkan di dalam bilik no 3. Dalam NICU tu ada 3 bilik. Penentuan bilik berdasarkan tahap kritikal baby. Bilik no 3 adalah bilik pantauan sahaja. Tidak kritikal. Alhamdulillah.. lega..  Semangat dtg kembali. Tiba di katil baby saya, saya tengok baby lena tidur. Ada wayar di hidung iaitu wayar oksigen. Tgn baby ada tapak drip. Kesian... baru lahir berapa jam dah kene cucuk sana sini. Saya menahan air mata, saya tak nak nangis depan baby, saya tak nak baby tahu yg saya sedih. Begitu juga dengan husband saya. Masing2 terdiam dan tertunduk seketika menahan sedih. Saya terus tarik tgn husband ajak keluar balik ward semula. Sebab saya tak sanggup nak tengok baby mcm tu. husband lah penguat semangat saya pada ketika itu. Dan saya pula penguat kepada husband. Malam tu saya tak tidur. Masih risaukan baby yg berada di nicu. RINDU. Rindu baby dan juga rindu amanda! 

Rasanya sampai sini sahaja keinologi bersalin kan anak kedua saya. Cerita selanjutnya kisah di NICU saya akan sambung next entry. Apa yang saya boleh simpulkan disini, jalan cerita bersalinkan anak kedua saya dan anak sulung saya pada awalnya seakan sama. Start contraction pagi2 buta, bersalin petang, di hospital yg sama, bilik saringan yg sama, labour room yg sama. Cuma yang membezakanya adalah selepas selamat kelahirannya. Bagi saya, ini adalah pengalaman yang getir sepanjang hidup saya. Jika anda bertanya saya apa punca anak saya dimasukkan NICU. Saya tiada jawapan. Doctor pun tiada jawapan. Cuma doctor membuat assumption mungkin anak saya terminu air ketuban. Kalau tanya saya, saya agak marah dgn apa yg berlaku.. nurse pecahkan air ketuban saya tanpa persetujuan saya dan pengesahan dari doctor. Jika lihat SOP pihak hosp tak dibenarkan memecahkan air ketuban sewenang2nya. Takpelah. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya percaya ini ketentuan dariNya. Ujian utk diri saya, mahupun husband saya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Alhamdulillah untuk rezeki ini & ujian yang diberi. Harini baby sayandah 2 bulan 9 hari. Alhamdulillah membesar dgn siha, bukat dan comel. Hehe. 

Nantikan next entey saya, 4 hari di nicu, 1 hari di ward recover. 

Penutup entry ni, tepek sikit gambar baby. Untuk kenangan. Nanti anak2 boleh baca. 




Terima kasih sudi membaca. 









Anak Lambat Berjalan - Tips Anak Pandai Berjalan

Assalamualaikum,

Hai semua. Lama tak update blog. Ibu is busy since dah kerja ni. Baru-baru ni ada kawan share tentang anak dia dah dekat 1 tahun tapi tak pandai jalan lagi. Pastu terus terimbau perkara yang sama berlaku dekat saya. Amanda anak solehah tu pun sama lambat berjalan juga. Kalau nak tahu, Amanda pandai berjalan pada usia 1 tahun 8 bulan. Apa-apa pun syukur alhamdulillah. So entry kali ni nak ceritalah moments mcm mana Amanda pandai berjalan. Maybe adalah sikit terselit tips2 mcm mana nak handle anak yg lambat berjalan ni.

Saya tak berapa nak ingat Amanda start merangkak bila. Tapi dalam masa umur Amanda 1 tahun - 1 tahun 8 bulan tu Amanda dah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan paling dia suka mengesot. Yang saya perasan Amanda mcm kurang keyakinan nak memulakan langkah. Bila dia dah give up, dia terus duduk dan mengesot. Maksudnya, Amanda akan guna kaedah mengesot kalau dia nak pergi sesuatu tempat. Mak saya ada cakap, kalau ikut kata org tua dulu budak kalau suka mengesot memang lambat jalan. So saya pun sejuk hati sikit lah sebab mak kata tak payah risau.

Memang, ramai yang akan comparekan anak dia dan Amanda bila dapat tahu Amanda tak berjalan lagi. Sampaikan tiba-tiba akan muncul perasaan risau yang melampau. Bila timbul perasaan risau tu mulalah emosi pastu sedih pastu cari sebab kenapa sampai sudah Amanda tak boleh berjalan sendiri.
Siap kaji sejarah husband masa kecik-kecik pandai jalan umur berapa tahun. Pastu mil cakap husband pun lambat pandai berjalan. So nak buat sejuk hati, kitorang fikir ohhh mungkin faktor genetik kot. Tiba-tiba buat assumption  sendiri (sila jangan percaya). Hahaha.

Selain daripada buat assumption sendiri, benda pertama saya refer bila Amanda lambat berjalan mestilah doktor. First jumpa doktor masa Amanda checkup 1 tahun. Before jumpa doktor macam biasa ibu kena jawab few soalan tentang perkembangan anak kita. So senang cerita semua saya tick yes and cuma 1 je soalan yang saya tick NO and NO tu of course lah adakah anak anda boleh berjalan tanpa bantuan? Masa consult dengan doktor, benda pertama doktor tanya Amanda naik walker ke? Jawapan saya tak. Tak pernah. Amanda memang tak pernah ada walker. Then doktor kata, bagus and doktor explain juga keburukan bila budak naik walker. Walker bukan alat yang terbaik untuk galakkan anak berjalan. Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semulajadi anak untuk berjalan. So dalam hal Amanda, Amanda memang tak pernah pakai walker pun. Then, doktor pun cakap as long as perkembangan normal, Amanda dah pandai berdiri sendiri no worries. Doktor kata belum tiba masa dia nak berjalan. Biarkan je dia explore, and merangkak lagi lama lagi bagus. Merangkak lama-lama boleh kuatkan lutut katanya. Some more kajian pun ada kata anak yang lama merangkak ni biasanya pandai/ cerdik. Giteww~~. Insyallah. So after jumpa doktor tu saya dah tak risau apa-apa. Cuma saya tak berhenti putus asa ajar buat aktiviti untuk galakkan dia berjalan. 

Ni dekat kampung Johor. Masa ni kawan-kawan semua main lari-lari dekat luar rumah. Amanda pun terasa nak join juga. tapi dek kerana tak pandai berjalan lagi, sanggup dia merangkak. 




Bawah ni antara aktiviti yang saya buat untuk Amanda: 

1. Ajak Amanda bermain di sofa rumah. 
Amanda bila ada sofa dia akan gunakan sofa tu as a support untuk dia berdiri. So dari situ, dia akan memapah-mapah dan memulakan langkah. Memapah di sofa juga bantu Amanda untuk seimbangkan badan dengan betul. Bila dia dah semakin yakin, saya akan duduk depan dia and tunjuk toys dekat dia untuk dia ambil dekat tangan saya. Dari situ dia akan terasa nak move kedepan. Maka, saya pun riuh rendah "Tateh tatehhh". Huhuh. Excited tau! Bila Amanda jatuh, saya biarkan saja untuk dia bangun sendiri. Sambil-sambil tu saya ketawa-ketawa bagi dia rasa happy. (Pastikan, lantai tu beralas karpet etc..)

2. Main Pasir Pantai & rumput. 
Ni saranan daripada doktor juga. Ajak anak bermain pasir pantai untuk tingkatkan rangsangan deria di kaki. So far kalau ajak Amanda main pasir pantai dia paling enjoy. Enjoy sebab dia suka main air. Haha. Disebabkan rumah saya ni jauh dengan pantai, saya guna alternatif lain iaitu ajak Amanda berjalan atas rumput tanpa alas/ kasut. Masa first time jejakkan kaki Amanda dekat rumput, cepat-cepat dia elakkan kaki sebab geli sampai terpejam-pejam mata dia. Haha. Mula-mula tu bagi lah dia pegang-pegang dulu rumput tu bagi serasi dulu, barulah perlahan-lahan ajak dia berjalan atas rumput. Bukan apa tak nak dia terkejut. 

Seronok main air laut. 

Muka dah burn kene panas. 


3. Pegang/ Pimpin Tangan. 
Amanda kalau kita pimpin tangan dia paling lah dia SUKA. Laju je dia berjalan tau. Mula-mula tu pimpin dua-dua tangan. Lama-lama dah boleh pimpin sebelah tangan je. Kadang saya cuba juga tarik tangan saya nak bagi dia berjalan sendiri. Tapi tak pernah berjaya. Bila saya lepaskan tangan, Amanda terus je duduk. Huhu. Sila usaha lagi! 

Nak pimpin satu tangan je. Terus laju berjalan. Tapi bila lepas terus dia duduk. Bijak bijakkk. 

4. Berurut. 
Kebetulan masa tu balik kampung di Johor. Mak saya yang sarankan untuk bawa Amanda berurut. Masa berurut tu Amanda memang  menangis. Lagi-lagi time bidan tu urut dekat area peha Amanda. Bidan tu cakap ada urat tak betul kat situ. Tu yang buat dia sakit. 


So far, daripada 4 tips yang saya senarai kat atas ni, berurut paling saya puas hati. Sebab, lepas 2 hari berurut Amanda terus pandai berjalan sendiri. Ya Allah perasaan bila dapat tahu Amanda dah pandai jalan happy sangat. Orang pertama yang nampak Amanda pandai berjalan adalah pengasuh Amanda. Pengasuh Amanda share moments tu masa saya ambil Amanda selepas balik kerja. Nak mengalir juga air mata masa tu tau. Wuwuwu. Pengasuh cerita "mama (pengasuh Amanda) masak kat dapur. Tiba-tiba mama rasa ada orang lalu dekat belakang mama. Mama toleh belakang takde orang. Pastu mama pergi lah jenguk dekat depan ruang tamu, terus nampak Amanda berjalan pusing-pusing dekat ruang tamu tu sambil tepuk-tepuk tangan sambil menyegeh". Happy ler tuuu dah pandai jalan. Good job baby! Esoknya, bila saya ambil Amanda dekat rumah pengasuh, tetibe Amanda yang sambut saya dekat pintu masuk rumah sambil jalan terkedek-kedek. Allah, masa tu excited gila nampak Amanda berjalan ke arah saya. Sampai je Amanda dekat saya, saya terus hulur tangan terus dukung & peluk dia kuat-kuat. Alhamdulillah lega, Amanda dah pandai berjalan sendiri!. Kadang macam tak sangka Amanda dah pandai berjalan. Macam bermimpi pun iya. Sajalah buat surprise dekat nenek Amanda. Masa datang rumah nenek Amanda, buka je pintu kereta saya terus lepaskan Amanda. Amanda pun berjalan ke pintu masuk rumah and beri salam "asmekom (assalamualaikum)". Terkejut lah nenek dia tetibe Amanda terpacak depan pintu rumah dia. Hehe. So semua orang happy bila dapat tahu Amanda dah pandai berjalan. Finally, Amanda pandai berjalan ketika usia 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah. 

Bagi saya, agak lambat untuk usia 1 tahun 8 bulan baru pandai berjalan. Tapi, kelebihan Amanda semasa berjalan, kaki dan lutut dia nampak kuat. Jarang jatuh. Jalan laju dan boleh terus berlari. Saya pun tak risau bila bawa Amanda berjalan sebab jarang jatuh. Ok, dalam tempoh Amanda belajar berjalan, saya perasan Amanda pernah mengalami tekanan juga. Dia agak cemburu bula tengok kawan-kawan/ sepupu diorang main lari-lari. Tanda-tanda Amanda mengalami tekanan, dia merengek2 minta saya pimpin tangan dia dan bila saya pimpin tangan dia, dia terus berlari ke arah kawan2 yang sedang berlari tu. Cara atasi, follow saja apa kehendak dia. Dalam pada masa yang sama cuba bagi galakkan untuk dia berjalan. Cakap benda yang positif saja depan dia. Elakkan membiarkan dia terus merengek dan terus menangis. Main sama-sama dengan dia. Wujudkan suasan happy. 

Nasihat saya kepada ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah anak lambat berjalan. jangan risau. Pantau saja perkembangan anak anda. Jangan putus asa dan sentiasa galakkan anak anda untuk berjalan. Bab anak kena compare dengan anak si polan si polan tu, hiraukan saja. Saya juga mengalami situasi ini. Memang, sometimes perbandingan ni buat kita jadi down dan stress. Tapi, just let it go. Percaya saja anak anda hebat!!! Bila anak dah pandai berjalan, jangan lupa belikan anak anda kasut yang selesa untuk dia berjalan. Macam saya, saya tak pernah belikan Amanda kasut selagi Amanda tak pandai jalan. Bila Amanda dah pandai berjalan barulah saya sakan shopping kasut dia. Ewwahh! 

Kat bawah ni saya share video Amanda masa baru pandai berjalan. 





Terima kasih sudi membaca ^^. Jumpa next entry plak ya :) Insyallah!

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in