Hai semua. Lama tak update blog. Ibu is busy since dah kerja ni. Baru-baru ni ada kawan share tentang anak dia dah dekat 1 tahun tapi tak pandai jalan lagi. Pastu terus terimbau perkara yang sama berlaku dekat saya. Amanda anak solehah tu pun sama lambat berjalan juga. Kalau nak tahu, Amanda pandai berjalan pada usia 1 tahun 8 bulan. Apa-apa pun syukur alhamdulillah. So entry kali ni nak ceritalah moments mcm mana Amanda pandai berjalan. Maybe adalah sikit terselit tips2 mcm mana nak handle anak yg lambat berjalan ni.
Saya tak berapa nak ingat Amanda start merangkak bila. Tapi dalam masa umur Amanda 1 tahun - 1 tahun 8 bulan tu Amanda dah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan paling dia suka mengesot. Yang saya perasan Amanda mcm kurang keyakinan nak memulakan langkah. Bila dia dah give up, dia terus duduk dan mengesot. Maksudnya, Amanda akan guna kaedah mengesot kalau dia nak pergi sesuatu tempat. Mak saya ada cakap, kalau ikut kata org tua dulu budak kalau suka mengesot memang lambat jalan. So saya pun sejuk hati sikit lah sebab mak kata tak payah risau.
Memang, ramai yang akan comparekan anak dia dan Amanda bila dapat tahu Amanda tak berjalan lagi. Sampaikan tiba-tiba akan muncul perasaan risau yang melampau. Bila timbul perasaan risau tu mulalah emosi pastu sedih pastu cari sebab kenapa sampai sudah Amanda tak boleh berjalan sendiri.
Siap kaji sejarah husband masa kecik-kecik pandai jalan umur berapa tahun. Pastu mil cakap husband pun lambat pandai berjalan. So nak buat sejuk hati, kitorang fikir ohhh mungkin faktor genetik kot. Tiba-tiba buat assumption sendiri (sila jangan percaya). Hahaha.
Selain daripada buat assumption sendiri, benda pertama saya refer bila Amanda lambat berjalan mestilah doktor. First jumpa doktor masa Amanda checkup 1 tahun. Before jumpa doktor macam biasa ibu kena jawab few soalan tentang perkembangan anak kita. So senang cerita semua saya tick yes and cuma 1 je soalan yang saya tick NO and NO tu of course lah adakah anak anda boleh berjalan tanpa bantuan? Masa consult dengan doktor, benda pertama doktor tanya Amanda naik walker ke? Jawapan saya tak. Tak pernah. Amanda memang tak pernah ada walker. Then doktor kata, bagus and doktor explain juga keburukan bila budak naik walker. Walker bukan alat yang terbaik untuk galakkan anak berjalan. Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semulajadi anak untuk berjalan. So dalam hal Amanda, Amanda memang tak pernah pakai walker pun. Then, doktor pun cakap as long as perkembangan normal, Amanda dah pandai berdiri sendiri no worries. Doktor kata belum tiba masa dia nak berjalan. Biarkan je dia explore, and merangkak lagi lama lagi bagus. Merangkak lama-lama boleh kuatkan lutut katanya. Some more kajian pun ada kata anak yang lama merangkak ni biasanya pandai/ cerdik. Giteww~~. Insyallah. So after jumpa doktor tu saya dah tak risau apa-apa. Cuma saya tak berhenti putus asa ajar buat aktiviti untuk galakkan dia berjalan.
Ni dekat kampung Johor. Masa ni kawan-kawan semua main lari-lari dekat luar rumah. Amanda pun terasa nak join juga. tapi dek kerana tak pandai berjalan lagi, sanggup dia merangkak. |
Bawah ni antara aktiviti yang saya buat untuk Amanda:
1. Ajak Amanda bermain di sofa rumah.
Amanda bila ada sofa dia akan gunakan sofa tu as a support untuk dia berdiri. So dari situ, dia akan memapah-mapah dan memulakan langkah. Memapah di sofa juga bantu Amanda untuk seimbangkan badan dengan betul. Bila dia dah semakin yakin, saya akan duduk depan dia and tunjuk toys dekat dia untuk dia ambil dekat tangan saya. Dari situ dia akan terasa nak move kedepan. Maka, saya pun riuh rendah "Tateh tatehhh". Huhuh. Excited tau! Bila Amanda jatuh, saya biarkan saja untuk dia bangun sendiri. Sambil-sambil tu saya ketawa-ketawa bagi dia rasa happy. (Pastikan, lantai tu beralas karpet etc..)
2. Main Pasir Pantai & rumput.
Ni saranan daripada doktor juga. Ajak anak bermain pasir pantai untuk tingkatkan rangsangan deria di kaki. So far kalau ajak Amanda main pasir pantai dia paling enjoy. Enjoy sebab dia suka main air. Haha. Disebabkan rumah saya ni jauh dengan pantai, saya guna alternatif lain iaitu ajak Amanda berjalan atas rumput tanpa alas/ kasut. Masa first time jejakkan kaki Amanda dekat rumput, cepat-cepat dia elakkan kaki sebab geli sampai terpejam-pejam mata dia. Haha. Mula-mula tu bagi lah dia pegang-pegang dulu rumput tu bagi serasi dulu, barulah perlahan-lahan ajak dia berjalan atas rumput. Bukan apa tak nak dia terkejut.
Seronok main air laut. |
Muka dah burn kene panas. |
3. Pegang/ Pimpin Tangan.
Amanda kalau kita pimpin tangan dia paling lah dia SUKA. Laju je dia berjalan tau. Mula-mula tu pimpin dua-dua tangan. Lama-lama dah boleh pimpin sebelah tangan je. Kadang saya cuba juga tarik tangan saya nak bagi dia berjalan sendiri. Tapi tak pernah berjaya. Bila saya lepaskan tangan, Amanda terus je duduk. Huhu. Sila usaha lagi!
Nak pimpin satu tangan je. Terus laju berjalan. Tapi bila lepas terus dia duduk. Bijak bijakkk. |
4. Berurut.
Kebetulan masa tu balik kampung di Johor. Mak saya yang sarankan untuk bawa Amanda berurut. Masa berurut tu Amanda memang menangis. Lagi-lagi time bidan tu urut dekat area peha Amanda. Bidan tu cakap ada urat tak betul kat situ. Tu yang buat dia sakit.
So far, daripada 4 tips yang saya senarai kat atas ni, berurut paling saya puas hati. Sebab, lepas 2 hari berurut Amanda terus pandai berjalan sendiri. Ya Allah perasaan bila dapat tahu Amanda dah pandai jalan happy sangat. Orang pertama yang nampak Amanda pandai berjalan adalah pengasuh Amanda. Pengasuh Amanda share moments tu masa saya ambil Amanda selepas balik kerja. Nak mengalir juga air mata masa tu tau. Wuwuwu. Pengasuh cerita "mama (pengasuh Amanda) masak kat dapur. Tiba-tiba mama rasa ada orang lalu dekat belakang mama. Mama toleh belakang takde orang. Pastu mama pergi lah jenguk dekat depan ruang tamu, terus nampak Amanda berjalan pusing-pusing dekat ruang tamu tu sambil tepuk-tepuk tangan sambil menyegeh". Happy ler tuuu dah pandai jalan. Good job baby! Esoknya, bila saya ambil Amanda dekat rumah pengasuh, tetibe Amanda yang sambut saya dekat pintu masuk rumah sambil jalan terkedek-kedek. Allah, masa tu excited gila nampak Amanda berjalan ke arah saya. Sampai je Amanda dekat saya, saya terus hulur tangan terus dukung & peluk dia kuat-kuat. Alhamdulillah lega, Amanda dah pandai berjalan sendiri!. Kadang macam tak sangka Amanda dah pandai berjalan. Macam bermimpi pun iya. Sajalah buat surprise dekat nenek Amanda. Masa datang rumah nenek Amanda, buka je pintu kereta saya terus lepaskan Amanda. Amanda pun berjalan ke pintu masuk rumah and beri salam "asmekom (assalamualaikum)". Terkejut lah nenek dia tetibe Amanda terpacak depan pintu rumah dia. Hehe. So semua orang happy bila dapat tahu Amanda dah pandai berjalan. Finally, Amanda pandai berjalan ketika usia 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah.
Bagi saya, agak lambat untuk usia 1 tahun 8 bulan baru pandai berjalan. Tapi, kelebihan Amanda semasa berjalan, kaki dan lutut dia nampak kuat. Jarang jatuh. Jalan laju dan boleh terus berlari. Saya pun tak risau bila bawa Amanda berjalan sebab jarang jatuh. Ok, dalam tempoh Amanda belajar berjalan, saya perasan Amanda pernah mengalami tekanan juga. Dia agak cemburu bula tengok kawan-kawan/ sepupu diorang main lari-lari. Tanda-tanda Amanda mengalami tekanan, dia merengek2 minta saya pimpin tangan dia dan bila saya pimpin tangan dia, dia terus berlari ke arah kawan2 yang sedang berlari tu. Cara atasi, follow saja apa kehendak dia. Dalam pada masa yang sama cuba bagi galakkan untuk dia berjalan. Cakap benda yang positif saja depan dia. Elakkan membiarkan dia terus merengek dan terus menangis. Main sama-sama dengan dia. Wujudkan suasan happy.
Nasihat saya kepada ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah anak lambat berjalan. jangan risau. Pantau saja perkembangan anak anda. Jangan putus asa dan sentiasa galakkan anak anda untuk berjalan. Bab anak kena compare dengan anak si polan si polan tu, hiraukan saja. Saya juga mengalami situasi ini. Memang, sometimes perbandingan ni buat kita jadi down dan stress. Tapi, just let it go. Percaya saja anak anda hebat!!! Bila anak dah pandai berjalan, jangan lupa belikan anak anda kasut yang selesa untuk dia berjalan. Macam saya, saya tak pernah belikan Amanda kasut selagi Amanda tak pandai jalan. Bila Amanda dah pandai berjalan barulah saya sakan shopping kasut dia. Ewwahh!
Kat bawah ni saya share video Amanda masa baru pandai berjalan.
Terima kasih sudi membaca ^^. Jumpa next entry plak ya :) Insyallah!
Assalam sis...tetiber jumpe entry sis...sbb situation sy mcm same je ngan sis...mula kerisauan sbb anak xjalan lg...dh setaun 7bln...tpi bile bace blog sis rase lega skit...actually anak sy dh melangkah 2,3 tapak..tpi mcm sis ckplaa...dia kurang berkeyakinan...nnti dia duduk smula...hehe..insya Allah anak sy dpt bjalan sihat spt kanak2x lain...;) thanks the info and tips sis....:)
ReplyDeleteSalam Sis,
ReplyDeleteAnak saya sekarang umur 18 bulan. Ada masalah yang sama mcm Amanda jugak. Sekarang dia boleh menapak dalam 5-6 steps tapi masih takut. If sis tak keberatan, boleh tak saya nak dapatkan contact tukang urut yang sis pernah pergi tu? Terima kasih sis
Assalam sis.. sy pn mngalami situasi mcm sis.. skrg ank sy dah 1 thun 8 bulan tp masih takut nk lepaskan tgn kita utk die berjalan sendiri. Boleh sis share no tel tukang urut tu?. tq.
ReplyDelete