http://susulila.blogspot.com/

Kronologi Bersalin First Baby: Amanda Sofea

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya setelah lama cuti berpantang, hari ni terasa nak tulis entry dalam blog. Rasa sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2016. Dulu berdua, sekarang bertiga. Dah ada status baru 'ibu'. Insyallah entry kali ni nak cerita pasal kronologi bersalin. Walaupun usia baby dah masuk 2bulan, tapi moments semasa bersalin tu masih fresh di ingatan dan masih menjadi tajuk bualan kami suami isteri. Manalah tahu akan datang terlupa, boleh lah preview balik kat blog picisan ni.
So, nak mula dari mana ya? Huhuu
Ok dimulakan dengan Bismillah...

Masa kandungan aku 8bulan, doctor confirmkan aku boleh bersalin secara normal. Masa scan tu doctor tunjuk lah kedudukan kepala baby dah ke bawah. Maksudnya kepala baby dah betul2 masuk laluan untuk baby keluar. Doctor nasihat supaya banyakkan exercise bagi senang bukaan terbuka masa bersalin nanti. Makanya, aku pun start rajin setiap pagi buka youtube tengok video senaman untuk ibu mengandung. Oh ya bukan tengok je, practice sekali. Hehe

Bila kandungan genap 9bulan (36minggu), aku lah org paling excited sebab tak sabar nak bersalin. Semua barang2 keperluan yg nak dibawa ke hospital utk bersalin nanti aku dah siapkan. So husband tinggal angkat masuk kereta je nanti. Selain tu, aku pun sibuk tanya husband aku "bilalah saya nak bersalin niii." Masa ni aku dah x larat sangat-sangat. Badan dah rasa beeeraaat. Kaki aku pun masa ni dah makin membengkak. Jalan pun dah macam peguin ya. Tiap-tiap hari aku doa supaya aku cepat bersalin sebab kalau boleh aku tak nak ter over due. Kakak aku ada cakap kat aku, ramai kawan dia yang preggy baby girl biasanya bersalin masa kandungan 36minggu. So ada la sekali masa kandungan aku 36minggu, aku kena false contraction.


Time: 26.10.2015 (9.30pagi)
Situation: False contraction
Kandungan: 36minggu

Pagi dalam pukul 9.30pagi tiba-tiba aku sakit pinggang sekali dgn sakit perut yang tak pernah aku rasa sepanjang aku mengandung. Aku ada tanya kakak2 aku sakit contraction tu macam mana. Diorang pun sebenarnya tak tahu nak explain sakitnya macam mana. Cuma diorang cakap kat aku "kau akan rasa sakit perut yang kau tak pernah rasa sepanjang kau mengandung." Huhuu. Disebabkan masa tu aku dah rasa sakit perut tu kuat, pastu aku tak pernah kena sakit perut macam tu sepanjang aku mengandung, so aku terus assume aku dah start contraction. Aku terus call husband bagitahu aku sakit perut. Husband aku terus suruh aku record time contraction yang aku dah download dlm phone. Pastu aku peratikan lah gap masa contraction tu tak konsisten. Setahu aku yang aku baca contraction yang sebenar bila gap masa kontraction tu konsisten. Dalam pukul 11.30pagi tu sakit tu hilang. Lama lepas tu, lepas asar aku rasa sakit balik. Sakit tu kena sekali je dalam 10minit. Pastu hilang. So confirm lah tu cuma false contraction je. Cuak juga masa ni tauu. Tapi, tapi dalam hati "alaaaa x jadi nak bersalin ke??" Huhuhu

Time: 5.11.2015 (2.00pagi)
Kandungan: 37minggu

Aku tersedar dari tidur sebab gerakan baby dlm perut terlalu aktif. Pergerakan baby kuat sangat sampai rasa ngilu-ngilu. Lama-lama tu terus rasa sakit pinggang + sakit perut + perut mengeras. Aku terus kejut husband ngadu aku sakit perut macam senggugut. Husband terus bangun usap-usap perut aku. Aku plak cuba nak tidur semula sebab mengantuk sangat-sangat. Aku cuma dapat tidur2 ayam je sebab tahap kesakitan contraction tu makin lama makin kuat dan kerap. Pinggang aku sakit sangat2, rasa macam nak tertanggal dah. Tiap kali sakit, aku genggam je tangan husband. Sampai lah aku rasa sakit tu tak tertahan, aku cakap kat husband "abang saya rasa, saya dah nak bersalin kot. Sebab sakit nya lain mcm. Dah tak mcm sakit false contraction tu. Makin lama makin sakit." Husband masa tu muka mcm panic tapi buat-buat macam cool je. Tengok jam dah pukul 5pagi. Dia terus bangun mandi. Lepas dia siap mandi dia terus ajak pergi hospital. Aku cakap tak pelah nanti dulu tunggu siang sikit. Lepas solat subuh husband terus ambil phone sebab nak start record masa contraction aku. Bila sakit tu dtg je aku akan bagitahu husband. Dia yang tolong recordkan kt phone.

Time: 7.00pagi.

Husband tanya lagi nak pergi hospital tak. Aku cakap takpelah nanti dulu. Sebab aku masih boleh tahan lagi sakitnya. Aku suruh husband pergi masuk office dulu sebab masa tu dia memang tengah banyak kerja kat office. Anything happen aku akan call dia, and suruh dia stanby je. Before husband pergi kerja kitorang breakfast dulu macam biasa. Masa tengah makan tu aku rasa perut aku mengeras kuat sangat sampai tak boleh nak cakap, tak boleh nk buat sebarang pergerakan. Perutnya rasa sakit sangat. Aku kena layankan sakit contraction tu dulu, bila hilang je contraction tu baru boleh sambung balik makan. Masa ni aku dah nak nangis tapi aku tahankan je. Husband pun tengok la contraction timer yang dia dah record after solat subuh tu. Dia terus kata "syg abg rasa awk memang dah nak bersalin. Sebab kalau tengok kat sini (phone) gap masa contraction awk dah semakin konsisten. Sekarang ni dah selang 30minit sekali." Wahh terus excited masa tu.

Time: 7.50pagi

Husband pergi masuk office kejap sbb nak handover kerja2 dia. Aku terus call mak. Aku cerita lah situasi sakit aku tu macam mana. Then mak aku kata "Haaa tu dah nak bersalin la tu." Mak tanya ada keluar tanda ke tak. Aku ckp la before call mak td aku dah cek, tapi takde keluar tanda apa2 lagi. Sakit perut je la. Mak siap pesan jangan pergi hospital terlalu awal. Bila contraction selang 15minit baru pergi hospital. Sebab risau kalau aku pergi hospital terlalu awal, bila bukaan x terbuka banyak lagi, takut diorang buat bukan2 je nanti. Masa tengah call mak ni, tiba2 aku rasa berdebar2. Macam tak percaya aku dah nak bersalin. Perasaan takut tu zappppp terus menghantui tubuh aku. Belum sempat aku nak minta maaf kat mak,  terus je mak ckp "xpe, jgn risau, mak doakan ella (panggilan kat rumah) senang bersalin. Mak dah maafkan semuanya." Berjurai air mata aku sambil teresak2 nangis. Aku nangis bukan sebab aku tak tahan sakit. Tapi aku nangis sebab aku tersentuh dgn kata2 mak aku and takut sangat tak dapat jumpa mak abah lagi. Dalam hati "kan best kalau mak ada kat sini". Yelahh sapa yang tak nak mak sendiri time2 sakit kan. Huuuu. Mak cakapla jangan nangis, nanti tak de tenaga masa bersalin. Mak pesan kat aku kuat kan semangat. Mak terus suruh aku buat solat  sunat and doa banyak2.

Time: 9.00pagi

Aku solat dhuha, taubat dan solat hajat. Sempat juga aku khatam Al.Quran pagi tu. Untuk pengetahuan korang, sejak aku tahu aku mengandung, aku terus pasang niat kalau boleh aku nak khatam Quran before bersalin. Kebetulan plak masa tu memang tinggal sikit je surah2 yang belum habis baca. Aku pun teruskan la mengaji walaupun masa tu contraction makin kerap. Aku teruskan je mengaji sampai la khatam. Alhamdulillah lepas juga hajat aku nak khatam quran sebelum bersalin. Lepas siap baca doa khatam, aku terus baca surah maryam. Aku tak putus2 doa semoga Allah lancarkan semua urusan aku bersalin nanti. Masa ni contraction makin kuat dan gap masa contraction dah 15minit. Tapi aku steady lagi enjoy the pain. Husband pun dah otw balik rumah. Dia dah pesan suruh aku bersiap nak pergi hospital.

Application Contraction timer yang aku download pun dah suruh pergi hospital
Time: 11.30pagi
Husband sampai rumah. Before husband sampai rumah dah macam2 kerja aku buat. Aku kemas rumah siap2, buat exercise naik turun tangga dan ketuk ketampi. Jalan itik je aku takut nk buat sebab takut terberanak. Hahah. Lepas dah penat ber exercise aku pergi mandi. Ingatkan lepas mandi nak layan sakit contraction tu sambil baring. Tapi tak boleh baring pun. Sebab bila aku baring, aku rasa makin sakit. Badan aku akan menggigil2 menahan sakit. Even, kalau aku duduk saja je pun aku akan rasa sakit sangat2. Husband terus buat solat sunat. Lepas siap solat sunat, husband buatkan air selusuh untuk aku.

Time: 12.30tengahari.

Before pergi hospital, husband suruh aku makan nasi dlu. Masa ni dah xselera nak makan. Sakit memulas2 perut. Tapi aku paksa je makan. Beberapa minggu sebelum tu, aku selalu remind kat husband "abang jangan lupa tau nanti kalau saya dah nak bersalin, buatkan saya air milo dengan telur separuh masak sebelum pergi hospital." Ewahhh bukan main lagi masa tu husband jawab "okay!! (dengan confidentnya)". Tapi... bila tiba masanya, dia lupa nak buat. Aku pun lupa jugak. Nasib baiklah aku dah makan nasi. Boleh lah bagi tenaga sikit. Lepas makan nasi tu terus je keluar pergi hospital. Eh tapi sebelum tuu, aku minta maaf dulu kat husband. Syahdu sangat masa minta maaf ni. Masa salam nk minta maaf tak sempat nak cakap banyak, aku terus peluk husband sambil nangis cakap "Abang... saya takut, doakan saya." Nampak mata husband pun berkaca. Tsk.. Tskk.. Lepas reda dan tenang, baru gerak ke hospital. Dalam kereta aku diam je sambil genggam peha husband menahan sakit (nak genggam tgn tak boleh sebab husband drive). Peha pun jadi lahhh. Husband pun drive dengan tenangnya takde kalut2 masa drive. Syukur.

Time: 1.15petang
Lokasi: Hospital
Aku dan husband terus  ke kauter pendaftaran. Sampai je kat kaunter pendaftaran tu nurse tanya kenapa dtg? dah start sakit ke? Aku cakap lah dah start sakit dari pukul 2pagi. Last cek dah 15minit sekali contractionnya. Nurse pun terus minta buku pink dengan sijil nikah. Ok buku pink memang aku dah siap2 bagi kat husband, tp sijil nikahh tu memang kitorang tak tahu pun kena bawa. Nasib baiklah sijil nikah kitorang memang simpan dlm kereta je. Husband pun lari pergi ambil sijil nikah. Lepas siap daftar, nurse terus suruh aku masuk bilik saringan untuk cek bukaan dah berapa cm. Bilik saringan ni hanya ibu yang nak bersalin je boleh masuk. Aku dgn rasa takut2 terus melangkah masuk bilik saringan tu. Husband tunggu kat depan pintu bilik saringan tu.

Masuk2 je bilik saringan tu terus nama aku dipanggil. Bilik saringan tu tak besar sangat. Dalam tu cuma ada 4katil with partition and ctg machine. Nurse suruh aku baring atas katil dan dia terus pasang alat ctg kat perut aku. Nurse tu cakap "puan baring dulu, sekejap lagi doktor datang nak cek bukaan. Kalau bukaan dah 3cm puan terus kena tahan ward. Tapi kalau kurang, puan kena balik dulu sebab ward semua penuh." Lepas tu, nurse terus pergi tinggalkan aku sorang-sorang kat katil tu. Aku yang mula2 cuba untuk tenang lama2 rasa cemas bila dengar patient depan katil aku tu mengerang sakit sambil jerit2 panggil doctor. Mulut aku tak putus2 baca zikir nabi yunus. 30minit kemudian nurse and doctor datang monitor bacaan ctg aku. Aku dengar lah nurse tu cakap kat doctor yang bacaan ctg aku konsisten. Doctor terus kata ok saya nak buat VE (seluk). Sebab ni merupakan anak first & aku takde pengalaman, nurse tu ajar aku cara nak kurangkan sakit masa doctor seluk. Nurse ajar, tarik nafas dalam2 bila doctor seluk. Masa doctor seluk aku pun practice lah apa yg nurse tu ajar. Berkesan juga lah. Aku rasa sakit juga. Tapi sakit yang boleh tahan. Seluk punya seluk, doctor tu cakap "dinding dah lembut, tapi bukaan belum ada lagi." Dalam hati aku "what???? Takkan xd bukaan langsung. Aku dah sakit dari 2pagi, ya ampunnn." Tiba tiba ada sorang doctor senior ni datang kat aku terus seluk. Then dia cakap "eh bukaan dah 3cm lah. Macam mana you cek?." Rupanya first doctor tu doctor pelatih. Aduhai (Takpelah aku maafkan doctor tu). Perasaan bila doctor beritahu bukaan dah 3cm, rasa bersyukur alhamdulillah dah ada bukaan, lega tak payah nak balik rumah semula. Kalau sebelum buat Ve (seluk) rasa sakit tu macam sakit senggugut je (fyi, aku sejenis manusia yang kene senggugut teruk sampai tahap boleh pitam). Sebab tu aku boleh tahan lagi kot. Tapi lepas buat Ve, sakit makin bertambah-tambah. Berganda2 sakitnya daripada sakit senggugut. Aku agak tahap kesakitan lepas buat Ve dalam skala 5/10. 

Doctor: Puan awk dah berapa weeks ni?
Aku: 37weeks.
Doctor: Are you sure awk dah 37weeks? Sebab perut awk kecik. Sepanjang preggy ada sebarang masalah tak?
Aku: Sure, saya dah 37weeks. So far xde masalah. Cuma masa kandungan saya 5bulan hb saya low. Tapi after tukar ubat terus hb saya ok until now.
Doctor: Last check, berat baby berapa?
Aku: Berat baby 2.5kg.
Doctor: Hmmm ok lepas ni awk masuk bilik scan ya. Saya nak scan tengok baby awk.


Time: 2.30petang
Lokasi: Bilik scan (bilik scan tu dalam bilik saringan tu juga)

Doctor terus scan perut aku. Masa ni contraction makin kuat dalam skala 6/10. Lama juga doctor belek2 screen tu nak measure berat baby aku. Aku dah start panic bila doctor cakap "puan saya rasa baby awk kecik, around 1.8kg." Masa ni tuhan je tahu perasaan aku. Dalam hati dah berteka- teki boleh ke aku bersalin normal. Setahu aku kalau baby terlalu kecil tak boleh bersalin normal. Aku dah sedih sangat-sangat. Lepastu nurse panggil sorang lagi doctor lelaki. 2 orang doctor tu sama-sama scan perut aku. Diorang cakap sesama diorang je. Aku cuba curi-curi dengar tapi xberjaya. Ends up aku pun xtahu apa status berat baby aku sebab masa doctor tekan-tekan perut aku doctor cakap "kuatnya contraction awk,' saya buat VE lagi sekali la nak check bukaan dah berapa." Aku tak mampu nak bagi reaksi apa, aku mampu angguk je sebab sakit makin kuat. Dahi dah start berpeluh-peluh sampai cermin mata aku berwap. Doctor terus seluk "eh dah 4cm. Cepatnya bukaan awk terbuka. Macam tu saya pecahkan terus ketuban ya." Aku angguk kan je apa yang doctor kata. Dalam masa yang sama rasa mcm ada sparkling eyes sebab excited bukaan dah makin terbuka. Hati melonjak2 happy + syukur tak sampai 1jam bukaan dah semakin terbuka. Kat atas katil scan tu juga doctor pecahkan air ketuban aku. Aku nampak nurse bagi doctor mcm kayu batang ais cream, then doctor terus cucuk air ketuban. Tak rasa apa2. Tiba2 je aku rasa basah ada air panas mengalir. Ini part yang paling aku tak boleh lupa, aku ingatkan lepas doctor pecahkan air ketuban diorang biarkan je air ketuban tu mengalir sendiri. Rupanya takkkk!!!! Lepas pecah air ketuban, terus doctor seluk and pusing2 kan tgn dia bagi cepat air ketuban tu keluar. Ya Allah sakit sangat2. Aku menjerit dalam hati jek. Rasa kesian sangat kat diri sendiri. Menahan sakit sampai tak cukup nafas. Ngilu tahap melampau dengan menahan sakit contraction lagi. Bila air ketuban dah habis keluar, doctor keluarkan lah tangan dia. And doctor tu tunjuk tangan yg dia guna masa seluk. Apa yang aku nampak tangan doctor tu penuh dengan lendir darah.  Aku tanya "doctor lama lagi ke baby saya nak keluar?" Doctor jawab "biasanya anak first lama. Tapi saya tengok contraction awk kuat, insyallah kalau ada rezeki awk, cepatlah baby awk keluar." Lepas je doctor kata gitu semangat aku terus jadi kuat.

Then, nurse masukkan ubat utk buang air. Tak sampai 10 saat aku dah rasa nak terbuang air. Nurse suruh aku pergi toilet terus. Toilet tu betul2 sebelah pintu masuk bilik saringan tu. Masa aku nk pergi toilet, aku nampak husband aku tengah berdiri tepi pintu bilik saringan tu, tengah tunduk focus kt phone. Aku nak panggil dia, tapi tak terdaya. Aku terus je masuk toilet.  Toilet cuma ada 2 je. Yang sadisnya 1toilet je boleh guna. 1lagi rosak. Pulak tu dalam toilet ada org, and ada sorang kakak tengah menunggu depan pintu toilet tu. Aku yang dah tak tertahan nak membuang, dengan sakit nya lagi terbongkok2 menahan sakit. Badan dah start menggigil tahan sakit. Sampai kakak tu pegang aku and tanya "awak okay ke ni?" Sambil2 tu, kakak tu tengok kain aku yang dah basah n ada lendir darah dengan reaksi muka dia macam terkejut. Aku pun ckp lah td doctor pecahkan air ketuban saya. Tu yg basah n ada darah. Pastu kakak tu baik sangat sebab bagi aku masuk toilet dlu. Aku tak sempat nk ckp terima kasih pun kat kakak tu sebab aku dah xlarat sangat2, nak buka mulut pun xboleh. Sakit sangat. Aku cuma mampu ucap terima kasih dalam hati je. Sorry kak :('

Masa keluar toilet, aku toleh lagi kt pintu masuk bilik sarigan tu. Aku nampak husband aku setia lagi menunggu kt tepi pintu tu. Tapi yg sedihnya dia masih tatap phone kt tangan dia. Padahal jarak antara aku dgn dia kira2 dlm 20 meter mcm tu. Tapi dia xperasan aku pun! Khusyuk sgt tgok phone. (Rupanya dia tengah reply whatsapp group family, minta doakan aku). Aku nak panggil dia. Tapi sebab sakit yg teramat sakit, aku tak boleh nak lontarkan langsung suara aku. Kalau ikut kan hati, aku nak je terus lari pergi tempat dia terus peluk nak semangat dari dia. Tapi, apakan daya aku hanya mampu tengok dia dan berharap dia toleh tengok aku. Aku tak boleh describe sakit masa tu macam mana. Sakit sangat2. Aku ketap bibir je tahan sakit. Pastu tiba2 dengar nurse jerit2 panggil nama aku. Aku terus pasrah sebab husband aku tak toleh aku pun. Masa aku nak start jalan pergi tempat nurse tu, tiba-tiba husband aku jerit "sayang" (nampak mata husband tengok aku atas bawah atas bawah sebab dia terkejut tengok kain aku yang dah basah + ada darah). Aku cepat2 toleh belakang. Aku mampu senyum je. Dalam hati sebenarnya "abang.. Saya sakit. I need you!" Suami aku pun balas senyuman aku and buat gaya tangan suruh aku kuat semangat. Aku angguk and terus pergi tempat nurse tu. Dalam hati "aku perlukan husband aku, aku perlukan tangan dia." 

Sampai je tempat nurse tu, aku nampak nurse sorong stretcher and suruh aku baring kt atas tu. Aku pelik lah kenapa aku kena baring atas stretcher, diorang nak bawa aku pergi mana. Rupanya 4 katil dalam bilik saringan tu dah penuh, then ward pun penuh. Rasa sedih gila kena baring atas stretcher tu sorang-sorang. Dah la tempat stretcher tu macam tersorok kat sebelah stor. Contraction makin mengganas. Mak aku dah pesan masa sakit contraction tu jangan jerit-jerit. Nanti hilang tenaga nak push. Aku guna psikologi, time contraction datang aku set dalam kepala ni dugaan, sakit ni penghapus dosa, aku kena KUAT, aku MAMPU hadapinya, enjoy the pain. Tiap kali contraction datang aku baca zikir nabi yunus "Laila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin." Aku tahan sakit diam-diam je. Takde keluarkan suara langsung. Sampaikan tiap kali nurse datang pantau aku pesan "Puan, kalau ada apa-apa puan panggil je kami. Jangan diam-diam je puan.."

Aku tengok jam dah pukul 3.20petang. Dalam hati lama lagi ke nak bersalin. Sakitnya memang tak tergambar macam mana. Apa yang aku perasan, lepas je doctor pecahkan air ketuban, sakit yang memang dah sakit tu, rasa sakit dua kali ganda. Seluruh badan aku rasa macam terikat, tak terdaya nak buat sebarang movement.

Doctor datang nak check bukaan. Sekali lagi doctor seluk and cakap "bukaan dah 5cm ni, nurse dah boleh tolak patient masuk labour room." Nurse jawab "labour room penuh doctor." Doctor "alamak yeke takpelah nurse kena sentiasa pantau patient ni." Dalam hati aku kenapa lahh labour room penuh, aku dah sakit sangat2!. Kalau masuk labour room husband aku boleh teman. Atleast kalau dia ada, boleh lah tenangkan aku. Bak kata orang, bila kita sakit and pandang muka org yang kita sayang terkurang lah bebanan sakit tu kan.

Bila contraction datang automatik tangan rasa nak menggegam sesuatu. Aku panggilah nurse, aku cakap nak pinjam tangan dia kejap. Nurse tu pun bg lah tgn dia. Tapi sekejap je. Sebab nurse tu pun ada kerja lain nak kena buat. Takkan nak ngadap aku je kan. Tinggal lah aku sorang-sorang lagi tanggung sakit kat atas stretcher tu. Before nurse tu pergi dia siap cakap kat aku "awk genggam je besi kt tepi tu." Aku pun try lah genggam besi yg keras tang2 tu. Tangan aku plak yang sakit bila genggam besi tu! Sekali je aku try genggam besi katil tu, pastu dah x nak buat sebab tak nak tambahkan sakit. Cukuplah sakit kat sekitar perut ke bawah tu.

Contraction semakin kuat dan kuatt. Tiap kali contraction datang, aku pejam mata, ketap bibir, tarik nafas dalam-dalam. Sampailah aku mcm dah give up dengan sakit tu, aku panggil "nurse...doctor....nurse...doctor....." Lama aku panggil. Baru lah ada nurse tu dtg kat aku.

Nurse: Ya kenapa puan?
Aku: Sakit....
Nurse: Tahan sikit lah puan. Memang sakit nya mcm tu. Lagi-lagi anak pertama. Puan banyakkan berzikir (nada suara nurse tegas macam nak marah) 

Sedihh sangat masa tu. Terasa kenapa nurse tu marah aku? Aku sakit..huuuuu.
** nurse and doctor kerap pantau keadaan aku.

Skala contraction dah cecah 8/10. Bila contraction datang, aku mula lah tak tentu arah. Sampaikan aku minta izin dengan nurse aku nak bangun jalan-jalan bagi bukaan cepat terbuka. Pastu nurse tu kata aku kene baring je sebab air ketuban aku dah takde nanti effect kat baby. Ohhh baru aku tahu rupanya bila air ketuban dah pecah kita tak boleh bangun-bangun dah, kena baring je. (Please take note ya bakal-bakal ibu sekalian).

Skala contraction 9/10. Masa ni barulah aku start bersuara mengerang kesakitan. Tiap kali contraction kuat aku bersuara mengerang sambil sebut "Allah.... Allah...." Bila hilang contraction aku baca "Laila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin." .Kadang tu sampai tahap aku tak tertahan sakit, aku bersuara panggil "doctor..doctor... Nurse... Nurse..." Macam biasa lah kalau nurse dtg tanya ya nak apa? Aku jawab "sakit..." Kebanyakan nurse yg dtg kat aku akn bg semangat kat aku. Cuma ada sorang je nurse yg selalu mcm tegas sangat2 macam nak marah aku. Takpelah, aku faham dia pun stresss dengan aku asyik panggil dia je. Huhuhu.

Peluh dah menitik nitik. Tak tergambar sakit nya macam mana. Bila datang contraction je, ya Allah macam nak bertarung nyawa rasanya. Doctor datang seluk sekali lagi, tengok2 bukaan dah 6cm. Diorang kelam kabut sorong stretceher aku and pindahkan aku naik atas katil yang kosong. Nurse  pasang alat ctg kt perut and monitor bacaan contraction aku. Then, aku dengar lahh doctor and nurse2 kat situ cakap patutlah dia dah sakit sangat sebab contraction dia tinggi. Tiap kali doctor dtg tengok bacaan ctg aku mesti diorang terkejut and ada juga doctor kata 'woww'. Yang ckp 'woww' tu doctor pelatih. Haharrr.

Masa ni aku rasa dah takde tenaga. Badan aku start menggeletar. Tekak aku rasa haus sangat2. Aku minta tolong nurse ambilkan kurma dengan air zam zam kat husband aku. Tapi nurse tu kata puan dah tak boleh makan sebab ketuban dah pecah. Aku cakap la aku dah takde tenaga sangat-sangat. Then nurse tu bagi aku minum air mineral je. Nurse siap angkat nak dudukkan aku masa nak minum air tu. Baik sangat nurse tu.

Aku toleh jam kat dinding tengok jam dah pukul 4.15petang. Dalam hati aku "dah nak masuk asar, cepatlah bukaan terbuka. Aku mesti bersalin sebelum maghrib!" Aku berbisik dari hati ke hati "baby, cepatlah awak keluar, tolong ibu..ibu sakit sangat :( "

Skala kesakitan 10/10. Sakit sangat2. Mata yang sebelum ni memang saja aku pejamkan utk simpan tenaga akhirnya tak mampu nak dibuka. Rasa mata ni macam kene gam. Teringat dosa2 yang pernah aku buat lagi-lagi dengan mak aku. Rasa sayang sangat-sangat kt mak aku. Baru rasa macam ni rupanya mak aku sakit masa nak keluarkan aku. Dalam hati "Mak maafkan aku".

Time ni aku rasa contraction dah selang 1minit. Tak sempat nak tarik nafas terus mengerang "ALLAH...ALLAH..ALLAHUAKBAR!" Sampai aku rasa macam nak mati sakitnya. Aku mengucap banyak-banyak. Then ada 2 orang nurse datang kat aku:

Nurse 1: Puan, awak nak ubat tahan sakit tak?
Aku: Tak nak (laju je aku jawab sebab aku memang niat tak nak ambil sebarang ubat, nak rasa natural pain tu). 
Nurse 2: Betul ke awak tak nak? Saya tengok awak dah tak larat sangat2 ni. Saya bagi sikit ya.
Aku: (pandai betul nurse tu nak bodek aku) Ada side effect tak kalau saya ambil ubat tahan sakit tu?
Nurse 1: (Nurse explain. Tapi aku dah x ingat dia cakap apa). Yang aku ingat dia kata baby akan jadi amai2 nanti.
Aku: Takpe taknak. Saya cuba tahan sakit ni.
Nurse 2: ( Cakap dengan nurse 2 ) "Risau aku tengok budak ni, dia dah lembik sangat  weyh. "

Tiba-tiba nurse baru perasan aku tak pakai uniform pesakit lagi. Cepat-cepat diorang tukarkan baju aku. Masa ni aku dah tak larat. Diorang yang angkat aku, tukarkan baju aku. Tudung aku pun dah senget-senget ya. Peluh makin banyak lagi-lagi kat area dahi, hidung and bawah mata. Aku toleh jam pukul 4.35petang. Aku rasa loser gila masa ni. Terasa xde sapa pun kesiankan aku bila tanggung sakit sorang-sorang. Then, aku minta nurse tolong ambilkan kain batik kat husband aku. Tak lama tu nurse datang hulur kain batik. Aku terus cium kain batik tu sambil cakap slow-slow "mak...mak..sakit..". Sebenarnya, a week before aku bersalin aku ada balik kampung Johor jumpa mak, abah and family aku. Pastu aku curi-curi ambil kain batik yang selalu mak aku pakai. Aku ambil kain batik tu sebab memang nak pakai masa aku bersalin. Takde mak kat sebelah, dapat bau kain batik mak pun jadilah (Habit aku memang suka curi kain batik mak, masa kat uni pun aku selalu curi kain batik mak sebab nak bau mak. Hahah). Aku tutup je muka aku guna kain batik tu. Sampaikan ada nurse datang tarik kain batik tu, sebab risau aku tak dapat rnafas. Pastu aku cakap "jangan tarik...ni kain batik mak saya. Saya okay." Nurse yang tarik kain batik tu pun pandang pelik kat aku sambil teragagap2 cakap "Oh oh ok sorry" (Drama betul masa ni). Hahaha.

Tiba-tiba aku rasa macam nak meneran sangat2. Terasa macam ada benda nak terkeluar. Ni lagi hebat sakitnya sebab nak menahan supaya tak meneran. Aku ngadu lah kt nurse saya rasa nak meneran sangat2. Kali ni nurse tu terus je seluk dah tak panggil2 doctor dah. Seluk2 tengok bukaan dah 9cm. Terus nurse tu kelam kabut panggil nurse2 lain suruh tolak katil aku masuk labour room. Bila dapat tahu aku dah nak masuk labour room, dalam hati cakap "Siti Suhaila kau kuat, kau boleh!!!"

Time:5.00petang
Lokasi: Labour room

Otw pergi labour room aku dengar nurse panggil husband aku "mana suami kepada puan Suhaila." Dalam hati yesss husband dah boleh teman. Aku tak sabar nak jumpa dia masa tu, nak semangat dr dia. Sepanjang otw tu aku pejam mata je sebab menahan sakit sambil berdoa dalam hati "ya Allah bantulah aku utk keluarkan baby dalam perut ku." Tiba labour room nurse cakap "puan kita dah sampai labour room ya." Berulang kali nurse tu ckp kat aku. Mungkin sebab dia tengok aku tak buka2 mata. Aku terdengar nurse kata bukaan dah 9.5cm. Tah bila masa dia seluk, aku pun tak tahu sebab dah tanggung sakit kontraction tu. Tiba-tiba aku rasa ada org usap dahi aku and dengar "sayang abg ada ni, sayang kene kuat". Nak mengalir air mata bila dengar suara husband sendiri. Husband terus suap aku minum air selusuh.

**Petua dari mak aku : Waktu yang sesuai minum air selusuh
- Bila bukaan dah betul2 ready nak bersalin. Maksudnya dah masuk labour room baru minum air selusuh.  Air selusuh tu buat dalam botol kecik je. Minum sekali teguk, jangan lupa baca bismillah, selawat dan niatkan mudah bersalin sebelum minum.  Seeloknya, air selusuh tu dibuat oleh suami sendiri, doa suami penguat untuk isteri :)

Pastu nurse kata "ok puan suhaila dah boleh teran klu rasa nk meneran." Aku pun tunggu lah contraction datang terus aku teran sekuat hati. Nurse dalam tu bg semangat kat aku "ok puan bagus, cepat puan kepala baby dah nampak tu." Husband  bantu tolak kepala aku dgn tekan lutut aku supaya punggung tak terangkat. Lepas 2x teran, aku rasa penat sangat-sanagt macam takde tenaga terus. Time ni lah baru aku buka mata, terus nampak muka husband. Aku cakap "abg saya dah tak kuat." Husband usap-usap belakang aku sambil ckp "sikit je lagi, kepala baby dah nampak tu. awk kuat, awk boleh."

Aku pejam mata balik, terus tarik nafas dalam-dalam. Time contraction dtg aku try meneran lagi. Tapi failed, sebab aku meneran sambil keluar suara. Pastu nurse kata meneran ketap bibir jangan keluar suara langsung. Aku pun try lagi dengan tarik nafas dalam-dalam, ketap bibir baru meneran sekuat hati sampai rasa nak terputus nyawa. Alhamdulillah terus keluar baby Amanda. Automatik semua sakit masa kontraction tu terus hilanggg tak pergi ke mana. Subhanallah! Allahuakbar! Hebat kuasa Tuhan..

**Cara meneran:

Langkah 1: Tarik nafas melalui hidung dalam-dalam.
Langkah 2: Tahan nafas dan ketap bibir.
Langkah 3:Teran sekuat hati sambil tundukkan kepala ke dada & mata tengok perut (Suami boleh tolong tolakkan kepala isteri)

Langkah 4:Hembus nafas melalui mulut laju-laju

x Ulang step 1 bila nak meneran.

PESANAN: Jangan angkat punggung masa meneran, nanti koyak banyak. Bila koyak banyak, jahitan pun banyak. Tak mauuuu!! Kalau ada suami teman, minta tolong suami tekan lutut isteri sekuat2nya supaya isteri tak terangkat punggung.

**Peranan suami dalam labour room:
1. Tolak kepala isteri masa isteri meneran
2. Tekan lutut isteri untuk elakkan isteri terangkat punggung
3. Bagi sokongan yang padu kepada isteri
4. Baca azan atau iqamat di telinga baby

Time: 5.19petang

Tangisan pertama baby Amanda memenuhi ruang labour room. Bersyukur tak terhingga masa tu. Soalan pertama aku tanya "berat baby saya berapa?" Pastu doctor pun ckp "2.64kg". Alhamdulillah!! Aku terus menangis sambil rasa tgn digenggam erat oleh husband. Husband turut menangis & cium dahi aku. Husband terus cakap "sayang, confirm baby girl." Lepastu nurse cakap "alaaaa kenapa cakap dulu. Baru nk surprise." Kalau korang nak tahu, sepanjang aku mengandung ramai orang teka dalam perut aku ni baby boy. Even kitorang dah tengok sendiri masa scan baby girl, bila ramai kata baby boy rasa cam cuak sikit sebab barang2 baby semua ala2 gegirl gitu.

Nurse letak baby kat dada aku. Aku terus cium baby. Wangiiii!! Wangi yang sangat menenangkan. Rasa hangat2 badan baby. Perasaan aku buat kali pertama bersentuhan dgn baby Amanda tak dapat digambarkan. Meruntuh jiwa rasa. Sebak. Pastu nurse ambil baby bagi kat husband. Husband azan dan iqamatkan ditelinga baby. Hati tersentuh saat mendengar laungan azan dan iqamat dari husband. Aku tenung je 2 orang insan yang amat aku sayang. Tak pernah aku tengok muka husband 'sebahagia' itu. Lepas siap azan and iqamat, nurse bersihkan baby.

Nurse teruskan proses seterusnya. Keluarkan uri dan jahit. Pastu nurse lain datang bawa baby suruh aku susukan Amanda. Alhamdulillah susu badan dah keluar ada masa tu. Actually, susu badan aku start keluar sikit-sikit masa kandungan aku 7bulan.

**Suppliment yang aku ambil sepanjang mengandung:
1. Susu kambing (Start minum bila kandungan dah 3 bulan)
2. Jus Qaseh
3. Banyakkan makan kurma
4. Minum air zam zam
5. Minum minyak kelapa dara (start minum bila kandungan dah 7 bulan).

"aku tahu, aku tak pernah sebahagia ini sepanjang hidup aku. Tak pernah sejatuh cinta seperti ini. Aku peluk erat baby Amanda yang sebelum ini tinggal di dalam rahimu, setia menemani aku melakukan pelbagai aktiviti, menendang halus di perut aku, dia lah penguat terhebat sepanjang mengandungkan nya, 37minggu bersama-sama aku. Aku berdoa supaya aku mampu menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anaku"

Lepas semua proses selesai, aku terus dimasukkan dalam ward. Alhamdulillah rezeki kami, aku dapat ward kelas pertama, 1bilik ada 2katil. Suka sangat dapat kelas pertama sebab suami boleh teman bila waktu malam. Perasaan masa tu rasa macam aku tengah tidur dan mimpi indah. Indah sekali!

**Actually, aku and husband dah daftar nak bersalin kt salah satu hospital swasta. Tapi, last minit ubah fikiran, nak bersalin kat kerajaan atas sebab...... (nak tahu sebab ap? Tunggu next entry aku cerita. Heheh). So, bila kat hospital kerajaan, aku dapat masuk wad kelas pertama aku rasa happy sangat-sanagt sampai rasa nak lompat bintang. Hehe.

Sampai hari ni, usia baby Amanda dah mencecah 2bulan. Tiap kali aku pandang dia, takde perasaan lain selain daripada rasa bahagia dan terus bahagia. Rasanya aku tak tahu lagi bentuk syukur terbaik seperti mana Allah aturkan perjalanan hidup aku dengan memberi rezeki anak ini untuk hidup aku.

Bagi aku, aku adalah insan bertuah kerana Allah pilih aku rasa sakit bersalin. Banyak perkara yang menginsafkan aku selepas bersalin. Aku tak pernah rasa 'sesayang' mcm ni terhadap mak aku sampai aku tahu macam mana sakitnya berjuang untuk melahirkan anak. Terbuka luas minda aku, dan semakin faham kenapa Allah menjanjikan syurga untuk semua ibu yang berjuang antara hidup dan mati semasa mengeluarkan baby dalam perut. Bagi aku, yang dikhabarkan sakit bersalin itu penghapus dosa-dosa, setimpal dengan apa yang aku lalui ibarat menyelamatkan diri dan anak dari kematian.

Terima kasih Allah. Amanda penambah kebahagiaan dalam keluarga kami. Semoga Amanda, menjadi anak yang solehah. Semoga aku dan suami mampu menjadi sebaik-baik ibu dan ayah untuk selamanya.

Syukur ya Allah, nikmat apa lagi yang harus kudustakan.

Alhamdulillah..
Diberi nikmat untuk mengandung,
Diberi nikmat merasai sakit bersalin,
Dipermudahkan segalan urusan dari mengandung sampailah bersalin,
Dikurniakan anak yang sihat, sempurna dan comel.

Terima kasih Ya Allah dengan kehadiran harta dunia akhirat ini

AMANDA SOFEA BINTI MOHD NOR IKHWAN.

Fresh baby Amanda Sofea

Tempat kelahiran: Hospital Selayang
Tarikh: 5.11.2015
Masa: 5.19petang
Jantina: Perempuan
Berat baby: 2.64kg


Amanda 2 days old

Amanda 14 days old. Masa ni dah cukur rambut.

THE END

Terima kasih sudi baca entry yang panjang menjela ni. Untuk bakal-bakal ibu, bolehlah ikut tips-tips yang aku share tu. Insyallah, aku doakan semua selamat bersalin. Sakit bersalin tu memang lah sakit. Masa sakit tu bukan main lagi kata dalam hati cukup lah ni sorang, tapi lepas dah bersalin, berhari-hari rasa rindu plak moment masa mengandung and bersalin. Eh..ehh :)

**Next entry: Review bersalin di hospital selayang (1st class)

9 comments:

  1. Thank you for the doa and wishes :)

    ReplyDelete
  2. Nangis2 saya baca entry akak ni. Saya dpt rasa apa y akak rasa. Doakan sy selamat melahirkan insyaAllah bulan May ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mummy to be,

      Alooooo jangan nangis. Heheh. Tapi takpe, amek feel dulu before bersalin. Nanti masa dah nak bersalin tu kene kuat tau. Mesti kuat tauuu. Insyallah, amin semoga baby dan kamu sihat dan Allah mudahkan awak bersalin.

      :)

      Delete
  3. Berkaca juge mata ni baca entry akak. btw thanks sharekan your wonderful experience through out this beautiful journey dlm entry ni. Doakan sy selamat melahirkan insyaAllah bulan August ni. Salam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak,

    Apa nama application contraction timer yg akak guna utk monitor contraction tu?

    ReplyDelete
  5. Nagis sye bca , thanks for sharing ur wonderful experience , doakan Saya selamat melahirkan InshAllah Bulan 3/2020

    ReplyDelete
  6. Ya Allah😭😭😭,menangis saya baca entry akak..sangat sebak..saya pun dalam dilema nak beranak anak sulung kat mana ni..dh la suami x da di sisi..bertugas ditengah laut sebgai pengemudi kapal..mungkin saya pun akan pilih hospital kerajaan..doakan saya selamat bersalin bulan 7/2020 ni..harap sempatlah suami balik..tpi satu hal yg mnyedihkan di mana dengan keadaan pendemik covid 19 ni suami x dibenarkan teman😭 huhu

    ReplyDelete
  7. Baca entry no sambil nangis2...thanks for sharing such a wonderful experience..semoga Amanda membesar menjadi ank the solehah..amiiin..doakan says dipermudahkan bersalin ye..

    ReplyDelete
  8. Menangis saya baca. Saya tgh tunggu hari. Due 30/11/2021.

    ReplyDelete

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in