Bila
sebut pasal kahwin je mula tersengih-sengih, tapi bila sebut berkahwin
semasa belajar terus berkerut dahi. Ok faham, dulu saya pun macam tu
juga. Hehehe.
"Berkahwin vs Belajar". Sesetengah orang, bila sebut dua hal ini kadangkala nampak macam dua hal yang saling berlawanana. Berlawanan bukan macam berperang ya, tapi yang saya maksudkan adalah kedua hal ini sering dipandang sebagai sesuatu pilihan yang berat, iaitu kita cuma boleh pilih salah satu darinya sahaja. Berkahwin maksudnya tak boleh graduate. Tak pun, kalau sibuk belajar suami, keluarga macam mana? Keduanya seperti berdiri dengan sendiri. Kalau kejar yang satu, satu lagi akan tercicir. Akhirnya, timbul kerisauan dan terus nampak kegagalan. Ditambah lagi pula dengan cerita-cerita kurang molek dengan pelbagai andaian yang negatif mengenai bila kahwin study mesti terganggu bila-bila lagi dah ada anak. Kesian anak dipersalahkan pula.
Jujur di hati saya, sebernarnya andaian yang kurang baik ini telah menganggu pemikiran saya ketika saya memutuskan untuk berkahwin tahun 2013. Ketika itu, saya berada di semester 6/8. Saya tahu, ramai kawan-kawan malah ada saudara mara terkejut dengan keputusan itu. Namun, saya yakin, seyakin-yakin pada keputusan itu. Pertama, kerana pilihan tersebut saya ambil dengan memohon petunjuk dari Allah. Kedua, mak dan abah saya pun sudah merestui dan insyallah bila mak dan abah dah restu petanda atau petunjuk Allah juga restu (bersangka baik). Ketiga, lelaki yang saya hendak menikah dengan saya waktu itu adalah seorang lelaki yang sudap sempurna baik dari segi agama, kewangan dan juga perosnaliti. Keempat, jika dilihat lelaki yang mahu saya nikah itu benar-benar bersedia terima saya yang masih muda dan masih belajar lagi. Kelima, saya percaya Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambanya yang ingin menjaga diri melalui hubungan pernikahan/ perkahwinan.
Pada ketika itu, saya sedar bahawa jika saya berkahwin sudah pasti cabaran hidup saya menjadi semakin besar dan berat lebih-lebih lagi berkahwin semasa belajar. Naman, saya bertekad sekuat hati dan berjanji pada diri sendiri untuk tetap teruskan belajar walau apa pun yang terjadi kelak. Tekad ini semakin kuat dan bulat bila mana mak dan abah serta keluarga saya turut memberi sokongan kepada saya. Memang pada asalnya, abang dan juga kakak-kakak saya meragui keputusan saya, alhamdulillah bila mak dan abah merestui keputusan saya untuk berkahwin keraguan daripada mereka menjadi pudar dan diganti dengan dorongan serta motivasi kepada saya.
Setelah nikah, bermulalah kehidupan baru saya bersama suami. Semua tekad yang saya sebutkan diatas memulakan pertarungannya secara realiti. Semua urusan belajar saya diuji oleh perjalanan waktu. Memang, belajar selepas berkahwin terasa lebih mencabar dan adakalanya tergugat dengan diri sendiri. Status utama yang dulu sebagai pelajar kini menjadi dua iaitu isteri dan pelajar. Maka, tanggungjawab juga semakin bertambah, kehidupan terus berubah. Perlahan-lahan saya cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan dengan orang baru (suami, mertua & ipar).
Selepas 3 bulan pertama menikah, saya merasa disitulah masa-masa tersulit saya dalam menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru. Selain sebagai pelajar, dalam masa yang sama saya juga memiliki tanggungjawab seorang isteri, anak dan menantu. Lebih-lebih lagi, suami saya pula merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Apa yang membuatkan lagi mencabar bila kesemua adik adik ipar saya ialah lelaki dan umur adik ipar saya semuanya lagi tua dari saya. Maksudnya saya jadi paling termuda dalam keluarga baru saya itu. Pada waktu itu pula hanya saya sorang saja menantu (perempuan). Most of the time, memang terasa awkard sangat sampai tiba-tiba jadi stress ditambah lagi dengan tugasan assignment dan kajian thesis saya.Tapi, alhamdulillah, setiap kali mula semester baru saya diberi keteguhan semangat untuk teruskan belajar dengan prestasi yang boleh dikatakan meningkat dari semester ke semester dan akhirnya 2014 saya berjaya bawa mak, abah, suami dan keluarga datang hari konvokesyen saya. Pada ketika itu, perasaan puas itu muncul tanpa sempadan sehingga menitisnya air mata saya tanda gembira.
Memang, tidak mudah untuk kekalkan ketahanan mental dan emosi. Namun, saya ingin kongsi kan sedikit tips bagaimana saya menguatkan diri agar sentiasa konsisten demi mencapai matlamat yang sejak awal pernikahan yang kita sudah tetapkan.
Saya mulakan dengan mengubah persepsi saya terhadap berkahwin semasa belajar. Jika kita fikir bahawa kedua-dua hal ini berdiri dengan sendirinya dan tidak boleh dijalankan secara bersama, saya mengubah dengan membuat 'persahabatan' antara berkahwin dan belajar. Ya, mengapa perlu kita buat keduanya 'bermusuhan'? Bukankah lebih indah melihat keduanya 'bersahabat'?
Saya meletakkan bahawa berkahwin dan belajar adalah dua hal yang saling mempengaruhi, malah menyokong antara satu sama lain. Berkahwin (berumah tangga) adalah satu proses yang panjang yang tidak mungkin akan berjalan dengan baik jika pelakunya tidak membekalkan diri dengan ilmu. Ilmu di sini ertinya sangat luas, baik ilmu agama mahupun ilmu pengetahuan umum seperti ekonomi, psikologi dan sebagainya. Salah satu cara saya dapatkan ilmu ialah sudah tentu disetiap kelas yang saya pergi pada ketika itu di UPM.
Saya beranggapan bahawa semasa di dalam kelas adalah peluang keemasan untuk saya dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya. Yang kelak akan berguna, dan paling tidak ia terpakai dalam menjalani hidup berumah tangga. Apalagi, bidang yang saya belajar pada ketika itu ialah 'sains pembangunan manusia dan pengurusan' yang mendedahkan ilmu tentang psikologi, keluarga, perkembangan anak dan mengenai perilaku manusia secara umum. Ya, semestinya ini adalah peluang keemasan yang akan sangat sia-sia jika saya tidak bersungguh menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Kaitannya, belajar dan berkahwin (berumahtangga) jelas menunjukkan ilmu yang kita sedang pelajari pada waktu itu dapat memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi rumah tangga yang harmoni.
Maka, terciptanya kesimpulan dari saya sendiri dimana untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu yang baik, perkara utama yang perlu ada dalam genggamannya adalah keperibadian diri. Dalam hal ini saya perlu menjadi pelajar yang sentiasa meningkat prestasinya. Setiap kali saya rasa malas belajar, saya selalu ingat bahawa anak-anakku nanti berhak untuk dilahirkan dari rahim seorang perempuan yang cerdas.
Saya juga berfikir bahawa untuk menjadi seorang pelajar yang inginkan proses pembelajarannya sentiasa lancar dan baik, sudah tentu saya perlu menjadi seorang pengurus rumahtangga yang bijak, full of skilled dan juga pandai menguruskan diri sendiri. Jika saya tidak mampu mengurus diri sendiri dan mengurus rumahtangga, sudah tentu kelas, assignment, exam akan terjejas. Maka, dengan ini tercipta kesimpulan kedua dari diri saya sendiri dimana untuk menjadikan semua proses kelas/ pembelajaran saya menjadi lancar, saya mestilah bijak serta pandai mengatur rumahtangga dan juga diri sendiri.
Kedua-dua kesimpulan yang dapat saya simpulkan di atas sekaligus menghasilkan sebuah semangat yang kuat dimana berkahwin semasa belajar bukan menjadi penghambat antara satu sama lain, malah menjadi penyokong antara satu sama lain. Ilmu yang saya dapat dari kelas pembelajaran saya sangat bermanfaat untuk kehidupan keluarga saya, pun sebaliknya pengajaran dari kehidupan berumahtangga sangat bermanfaat untuk kehidupan sebagai pelajar. Maka, wujudlah jalinan 'persahabatan' antara berkahwin dan belajar. Dari hubungan persahabatan ini wujudlah sebuah keseimbangan.
Bilamasa saya merasa jalinan keseimbangan antara berkahwin dan belajar, dari situlah saya mula jumpa pola seimbang untuk hidup saya dan juga tanggungjawab saya. Hari demi hari, saya menjadi terbiasa dengan rutin hidup baru saya. Lama kelamaan, ia menjadi satu rutin yang mampu saya jalani dengan ringan kerana rutin itulah yang membuatkan diri saya terbiasa untuk laluinya. Oh ya. Memang pola dan rutin itu tidak dapat serta merta atau tiba-tiba. Usaha dan doa sentiasa menjadi senjata utama setiap masa.
Namun, bagi saya apa yang penting ialah perlu konsisten dan ikhlas dalam diri sendiri. Saya sentiasa beranggapan setiap perkara yang saya lakukan itu adalah satu ibadah. Tetap teruskan walau apapun terjadi. Tetap berusaha walaupun hanya selangkah. Godaan atau halangan selalu ada, tapi bukankah matlamat dan tujuan lebih penting dari godaan itu? Walaupun kadangkala terasa malas, teruslah lawan. Walaupun terasa penat, teruslah lakukan. Walaupun kadang terasa berat, teruslah berjalan. Lambat laun, kemalasan itu akan berganti semangat, rasa penat dan berat itu akan menjadi nikmat. Insyallah selalu ada jalan untuk mereka yang selalu berusaha dan berdoa.
Seperti kali pertama kita bermain basikal, pada awalnya kita sering terjatuh kerana belum mahir menyeimbangkan badan kita. Namun, ayah kita selalu mendorong kita untuk mengayuh dan terus mengayuh. Jatuh adalah hal yang biasa, namun rasa sakitnya tidak akan terasa kerana tak setanding dengan perasaan bahagia ketika akhirnya kita mampu menunggang basikal dengan laju tanpa jatuh.
Bagi saya, keseimbangan adalah perkara yang perlu dibiasakan. Bukan hadir dengan tiba-tiba tanpa usaha. Untuk mencapainya, perlunya kesabaran dan konsisten. Susah? Tidak ada perkara yang susah jika melibatkan Allah di dalamnya. Meminta kekuatan dariNya adalah cara yang paling kuat kerana tiada daya dan kekuatan kecuali atas izinNya.
Saya kira, keseimbangan adalah seni. Seni akan terasah jika kita sentiasa melakukannya. Teorinya hanya dua, lakukan dan lakukan, insyallah dengan kekuatan dan izin Allah keseimbangan tersebut akan tercapai.
Mungkin setiap orang berbeza dalam menemukan pola keseimbangan antara berkahwin dan belajar. Malah, masa yang diperlukan untuk sampai ke titik keseimbangan juga boleh jadi berbeza-beza. Namun, itu adalah tentangan yang harus dilalui dengan kuat oleh diri sendiri. Bagaimana nak berhadapan dengan tentangan itu? Inilah masanya untuk suami beri sokongan padu demi memberi kejayaan kepada isteri. Bila masa lelaki itu tahu bakal isterinya itu masih belajar maka, lelaki itu perlu redha dengan isterinya. Redhakanlah isteri tiap kali isteri sibuk dengan urusan kelas/ belajar. Sokongan dari suami sangatlah penting bagi memastikan semangat isteri untuk belajar tidak pudar malah semakin meningkat. Kesimpulan terakhir yang dapat saya simpul, bukan saja isteri kena bijak mengurus diri, malah suami juga perlu bijak menguruskan diri dan membantu isteri dalam menguruskan hal rumahtangga. Memang saya tidak nafikan, suami saya memang banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Lebih-lebih lagi bila tiba minggu exam dan pada tahun akhir saya yang terlalu sibuk dengan thesis. Kami masing-masing menjaga dan menguruskan diri sendiri. Ada masa saya terasa saya mengabaikan suami sendiri. Masih segar diingatan saya, ketika tahun akhir belajar saya terlalu sibuk dengan kajian thesis saya. Pada masa itu, adalah bulan ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan itu kami jarang berbuka puasa bersama. Tapi, saya tak pernah miss sekali pun bangun pagi untuk masak lauk sahur. Sampaikan, masa bersahur tu jelah adalah masa untuk kami bercakap dan berkongsi cerita. Bila terbit matahari masing-masing bersiap untuk laksanakn tanggungjawab masing-masing. Suami pergi kerja, saya pegi kelas. Memang, ada masa terasa berat, sabar dan terus buat. Insyallah Alah ringankan beban dan bagi keceriaan rumahtangga tanpa duga.
Gambar bawah ini antara memori yang takkan pernah saya lupa. Suami balik dari kerja dengan gaya imej skema sambil hulur bunga ketika saya buka pintu rumah. Terduduk sambil menangis saya pada saat itu kerana pada hari tersebut saya benar-benar tertekan disebabkan ada beberapa helaian thesis saya direject oleh supervisor😥. Tak sangka kejutan ini buat saya tertawa gembira dan kembali bersemangat.
Tulisan ini hanya sedikit pengalaman dari saya yang masih hijau dalam mengharungi samudera rumahtangga. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk ia sekadar perkongsian dan balasan soalan dari rakan-rakan dan juga junior-junior sejak 2 tahun lepas higga kini. Saya juga ingin menekankan bahawa perkahwinan bukanlah penghalang seseorang untuk menjadi seorang yang berpendidikan. Semoga Allah sentiasa memperkuatkan setiap perjuangan hidup kita :)
~Wassalam~
Hai dear,
ReplyDeleteIs okay. Boleh saja share. Semoga bermanfaat & bertemu jodoh. Heheh :)