http://susulila.blogspot.com/

Tutorial Aisyah Shawl


GAYA 1



Jangan lupa share with your friends ok!
Selamat mencuba :)


Produk: Aisyah Shawl.
Code shawl: Dusty Purple
Lihat sini untuk pilihan warna.


Happy Graduation To me!

Bila duduk sendirian, fikir balik perkara yang dah berlalu selama 4 tahun berada di UPM..
"tak sangka aku dah lalui semua tu."

Dan ketawa sendirian dengan linangan air mata.. "Ya Allah, Alhamdulillah, Syukur. Terima kasih atas segala rezeki dan nikmat yang telah kau berikan kepada aku."


4 tahun bergelar pelajar upm dengan memegang banyak status. Dari bujang bertukar kepada tunangan orang dan akhirnya menjadi isteri kepada Mohd Nor Ikhwan yang sah :)

Konvokesyen ini sangat membahagiakan aku. Bukan kerana ijazah yang aku dapat semata, tapi sebaliknya kehadiran orang-orang yang aku sayang dalam majlis ini. Ada abah dan mak, hubbi, keluarga, anak saudara yang comel dan rakan-rakan seperjuangan. 

Rata-rata ramai rakan-rakan yang sebak rasa nak nangis saat berada di atas pentas. Ye la banyak cabaran pahit manis masam (hihi) terpaksa diharungi. Cewwah! Seriously, aku tak rasa nak nangis pun masa atas pentas tu. Ehh!! Kental sungguh jiwa aku. Hahahah. Oh tak lah sekental mana pun sebenarnya. Cumanya aku dah nangis dulu awal pagi tu masa bangun tidur. Hubbi orang pertama wish congratulations. Yayy :) Paling menyentuh hati bila hubbi menyatakan rasa bangga terhadap aku dan berharap agar ini bukanlah konvokesyen yang terakhir buat aku. Makanya, status pelajar lagi lah aku lepas ni yekkk :P. Insyallah. 

Alhamdulillah. Senyum :)


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan many thanks kepada abah dan mak. Terima kasih kerana mendidik dan menjaga ella dengan penuh kasih sayang sehinggas ella berjaya pada hari ini. Dan... bagi ella kahwin masa belajar. Hihok!


'Abah dan Mak'

Buat suamiku, 
Terima kasih abang yang banyak support, tolong buat assignment (hihi), bagi motivasi, run our business and the most respect abang pandai jaga diri sendiri tatkala saya busy dengan belajar. Terima kasih abang sebab sentiasa memberi semangat dikala ada sesetengah dari mereka meragui kemampuan saya di mana saya berkahwin semasa belajar. Akhirnya, Alhamdulillah Bi iznillah dgn izin Allah jua saya berjaya. Without him, i can hardly stand!


My Love, Hubbi.

**Gambar family tak amek lagi kat kedai. Hahah. So xdpt nk uopload. Hehe**


Sedikit perkongsian tentang kejayaan anak felda dalam bidang akademik. Salah seorang daripada itu adalah saya! Syukur :)

Selepas tamat sesi konvokesyen pada hari itu, saya dipanggil oleh pihak akademik Upm untuk mengambil gambar dengan pihak media. Kejayaan degree ni, saya hadiahkan kepada abah dan mak. Tak lupa juga untuk suami saya (Nak jugak)

YBhg Tan Sri Rozali Ismail, Pro Canselor UPM beramah mesra bersama graduan UPM yang berasal dari Felda sambil diperhatikan oleh Naib Canselor UPM YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Pesanan untuk semua pembaca,
Dari mana kita berasal, sama ada kaya atau miskin, keluarga bahagia atau bermasalah tidaklah penting. Sebenarnya yang penting sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan dari mana kita dilahirkan. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah sebelum kita dilahirkan. Namun, kita sentiasa mempunyai peluang ke mana dan sejauh mana kita mahu melangkah :)


Terima kasih atas jasa dan doa kalian. 
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah. 



Tahniah kepada para graduation Upm ke-38, 2014!








Majlis Bertandang Ikhwan & Suhaila - KL

Hallo! Assalamualaikum. 
Entry kali ni ella nak share pula tentang majlis persandingan kami di rumah pihak lelaki. 


Majlis bertandang ni dibuat selepas seminggu majlis di Johor. Masa ni ella dah start kelas.Time tu plak ella tengah minggu test dan assignment. Nasib baik lah hubbi masa tu masih bercuti lagi. So untuk majlis bertandang ni, ella langsung tak fikir apa-apa. Sebab hubbi dah pesan awal-awal focus on study je. Preparation semua hubbi dan family dia yang uruskan. Hehe. Punyalah busy masa tu, hari jumaat sehari sebelum majlis, ella sempat pergi collect data untuk group assigmnet. Hahah. Gila cool masa tu. Kawan-kawan ella yang dok risau. Huehue. Bukan apa, ella tetap nk collect data juga masa tu sebab suami dan family mertua sangat memahami ella yang masih study lagi. Alhamdulillah, sampai sekarang, diorang sangat memahami dan banyak beri sokongan pada ella :)


Warna tema di majlis bertandang ni ialah Royal Blue. Kenapa pilih Royal Blue? Sudah pastinya warna favorite hubbi. Ella pun setuju sebab apa yang hubbi suka, ella akan suka. Hihikks. Lagipun masa majlis di Johor, baju pengantin dah pastel. So kt kl ni nak warna bright plak. Heheh. 



Khemah di jalan raya.



Acara majlis bertandang kali ni family mertua nak buat paling santai, lebih kepada bermesra dengan para tetamu. So pelamin kami pun dibuat di tengah-tengah khemah. So sambil makan, tetamu boleh tengok pengantin bersanding.


Pelamin pilihan Hubbi :)

Ready untuk berjalan menuju ke pelamin.

Yeahh finally dapat juga ella berarak bersama dengan hubbi. Yela masa kt Johor, hubbi sorang je diarak. Ella plak tunggu kt atas pelami je. Kali ni merasa juga diarak berdua diiringi paluan kompang. Ewahh ewahh rasa nk berjoget bila kompang dipalu. Tipu je. Hahah. Masa time berarak ni jantung laju je. Nervous mungkin. Malu sudah tentu >,<. Masa berarak, hubbi siap bisik kat telinga, "Kali ni berarak laju je takde sekatan tol tau." Eh ambooii perli lattew. Heheh. (Boleh tengok previous entry about persandingan di Johor). 


Mengaminkan bacaan doa.


Sesi pemotongan kek :)


Cinta hati.




Sesi beramah mesra dengan tetamu. Haaa masa ni lah first time ella berkenalan dengan sedara mara suami, kawan-kawan dan jiran tetangga. Jutaan terima kasih kerana sudi datang di majlis persandingan kami. Many thanks atas ucapan dan doa. Love you all <3



*You will forever be my always <3*







Two Hearts. Two Lives. One Love <3

Mr. & Mrs :)

Majlis Persandingan Ikhwan & Suhaila - Johor

Date: 13 April 2013
Time: 2.00pm
Venue: Rumah abah, Johor


"Kompang dipalu pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu"
Ewahh..

Hallo! Entry kali ni nak cerita pasal kahwin lagi iaitu majlis persandingan kami. Mula-mula nak tulis entry dah tersenyum-tersenyum terkenang saat indah. *Hihikks
Ok let's go..


Pada hari kejaadian, bila sampai je mak andam dia terus tanya ella dah mandi belum? Hahah! Mak andam tu tanya ella dah mandi belum sebab muka ella nampak letih sangat. Seriously ella memang penat tahap kuasa dua. Yela berderet je acara majlis ella ni. Jumaat malam nikah, sabtu pagi khatam and petangnya bersanding. Pastu, preparation plak memang last minit. sebab masa majlis kahwin ni baru start cuti mid sem, seminggu jek cuti. Ha mase cuti ni lah ella kerah segala tenaga tau. Hehe. Mahu tak mahu, ella kene buat juga. Btw ..walaupun penat, but im so happy!! :D 



Sebelum start makeup, mak andam suruh ella mandi bunga. Biar bagi fresh sikit badan and bagi naik seri. So ella pun teruja sangat sebab mak andam dah siapkan semua bahan-bahan. Ella tinggal mandi je. Lepas mandi badan jadi segar bugar dan wangi. Lepas solat zohor, sesi bermakeup pun bermula. Sesi makeup selama 1 jam lebih mcm tu lah. Yang pasti, masa makeup sanding tu ella tak senang duduk. Nervous, malu semuanya ada. Ella dok fikir macam mana nak buat cool je nanti atas pelamin duduk bersanding berdua >malu< Hihikks.


Debaran semakin terasa bila kawan-kawan ella masuk bilik pengantin. Haaa!! Meriah bukan main lagi. Tau-tau je la gigirl kalau dah lama xjumpa macam mana kan! Nak pecah bilik dibuatnya. Hewhew. Tepat 2.30pm kompang dipalu dan pengantin lelaki pun berarak diiringi pengapit dan ahli keluarganya.


Perarakan bermula :)

Mana pengantin perempuan?? Heheh. Ok, adat persandingan kt johor lain sikit. Pengantin lelaki je yang akan berarak. Pengantin perempuan pulak tunggu pengantin lelaki kat atas pelamin, macam gambar ella kat bawah ni.




 Kat atas pelamin tu, muka pengantin perempuan memang saja ditutup. Kalau korang tengok gambar kat atas ni ramai kawan-kawan aku duduk sama atas pelamin. Haa ni juga adat persandingan di Johor yang di panggil duit tol perkahwinan. Pengantin lelaki kena bagi duit dulu kat diorang ni, baru boleh duduk sebelah pengantin perempuan. Nasib baik mak suami ella ni orang johor. So diorang dah ready kan awal-awal.


Happy husband <3


Kat pintu masuk rumah pun diorang buat jugak tol. Haha. Suami ella kata tol kat pintu masuk ni tol yang kedua. Tol pertama tu jiran-jiran ella yang buat kt pintu pagar luar :)'' Hahah


Tol ke-2 (Makcik saudara)

Bila dah melepasi tol kedua ni, dapatlah pengantin lelaki masuk rumah.
Anddd.. Tadaa!! Ada tol lagi??? (Tepuk dahi. Hahahh)


Tol ke-3 (Kawan-kawan & family)



Tol ke-3 (Kakak) Happy betuk diorang ni. Abaikan si baby Aqeela yg kepanasan. Heheh*


The Best Mak Andam, Kak Ita
 
Kebiasannya, Mak andam akan dapat bayaran tol yang terakhir sebab mak andam punya sampul special. Heheh :)' Pastu baru lah mak andam bagi tengok muka pengantin perempuan. Sebenarnya, adat duit tol perkahwinan ni tak lah diwajibkan. Jumlah bayaran pun xditentukan, seikhlas hati dari pihak lelaki. Adat ni bertujuan untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan hubungan. Tapi, seriously memang meriah sangat. Majlis masa tu penuh dengan gelak tawa dan usik mengusik. So, sedikit sebanyak hilang lah nervous si pengantin :)



sesi renjis merenjis


Restu dari mertua ;)''

 
Kek ni di sponsor oleh kak Haida. Thanks kak :)

Sesi memotong kek selepas makan beradat. Masa makan beradat ni, kitorang tak dapat makan puas-puas pun. Bukan sebab cover malu, tapi sebab ramai tetamu datang bersalaman ada yang tangkap gambar bersama. Hehe. Masa tu kami tak rasa lapar pun. Ella pun happy sebab ramai kawan-kawan datang. Tapi nak tau x?? Masa sesi outdoor tu ha baru rasa eh apesal perut lapar sangat ni. Sampai kitorang boleh berhenti ambil gambar, terus pergi makan kejap. Hahaha. 
Kelakar je masa tu!


Orang paling comel masa majlis, Niece

Pakaian si comel ni semuanya ella cari sendiri dengan hubbi. Penat lah merata cari masuk satu-satu kedai. Haa kalau korang perasan, head crown yang si comel pakai ni ella pernah guna untuk shoot shawl elanorofficial punya. Hihihks**


Dari mata turun ke hati <3

YOU and Me for Eternity <3


You Complete Me <3















Khatam Quran

Date: 13 April 2014
Time: 9am
Venue: Rumah Abah, Johor


Dengan rasa syukur, aku diberi peluang untuk berkhatam Quran sempena majlis perkahwinan ku bersama kumpulan marhaban. Mostly ahli kumpulan marhaban ni adalah kawan-kawan mak ella. Sebab mak ella pun ahli kumpulan ni. Heheh. Memang kebiasaan keluarga ella, setiap kali buat majlis perkahwinan pasti akan menjemput kumpulan marhaban ni untuk membaca yasin/ berzaji dan marhaban. Tapi kali ni berbeza sedikit, sebab mak nak buat majlis cukur jambul anak sedara ella, Aisy Annas. 

Majlis khatam dimulakan oleh ella. Bacaan dari surah Dhuha hingga ke surah Annas. Hati begitu tenang tatkala membaca ayat suci Quran.  


Duduk ditengah, dikelilingi oleh ahli kumpulan marhaban :)

Khusyuk membaca.

Selepas baca doa khatam, beralih pula membaca berzanji. ella baca rawi 1 sebagai permulaan acara berzanji. Rawi seterusnya, ahli kumpulan marhaban yang baca. ella duduk diam-diam, dengar je. Hehe.


Berzanji



Mendengar bacaan berzanji


Acara cukur jambul baby Annas diiringi dengan alunan selawat

Ahli keluarga, saudara mara dan jiran tetangga diberi peluang untuk mencukur rambut baby Annas



Selesai majlis khatam, ella terus bergegas bersiap untuk majlis persandingan. Masa tu tetamu dah ramai yang sampai, dah riuh. ella pun dah start nervous nak bersanding. Heheh.


Next entry: Majlis Persandingan
Stay tuned!



Tata.
Smile with elanor <3

Aku Terima Nikah.

MAJLIS PERNIKAHAN

Ikhwan & Suhaila
Date: 12 April 2013
Time: 8.30pm
Venue: Rumah abah, Johor


Sampai sekarang, aku masih rasa seperti bermimpi. Tak percaya yang aku kini dah bertukar status kepada seorang isteri (cer lempang sket bagi sedar. hehe). Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku. Majlis pernikahan dihadiri oleh ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.

Tema baju nikah kami ialah tema jawa. Tema ni suami ella yang pilih. Antara salah satu faktor suami pilih tema ni sebab kami berdua ada darah keturunan jawa. Tapinya, sebelah family ella lagi pure jawa sebab atok, abah dan mak ella jawa. Sebelah suami, mak dia je jawa. Hehe.

Dengan debaran di hati, langkah dimulakan dengan bismillah dan selawat, majlis pernikahan kami bermula pada jam 8.30pm. 


Pengantin lelaki bersedia duduk berhadapan dengan juru nikah


Masa ni Tuhan je yang tahu perasaan aku. Dupdap dupdap aihhh!


Saat lafaz akad nikah. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Yayy :)


Mengaminkan doa selepas sah menjadi suami.

Selepas selesai urusan lafaz akad nikah, tiba masanya untuk penyerahan maskahwin. Kemudian, juru nikah suruh suami letak tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa ini : 



"Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang engkau ciptakan padanya."


Bacaan penerimaan mas kahwin

Lepastu abah baca lafaz penyerahan tanggungjawab wali  kepada pengantin lelaki. Part ni ella rasa hiba sangat sebab rasa dah tak boleh manja dengan abah lagi lepas ni :/'' (Mengada). 
Bab lafaz-lafaz ni ella memang touching. Tapi, mak ella dah pesan awal-awal sehari sebelum majlis "Jangan nangis masa majlis nikah nanti." Ok! Baiklah mak. Heheh.



Bacaan penerimaan tanggungjawab oleh pengantin lelaki.

Selepas bacaan penerimaan tanggungjawab, takde lagi bacaan lafaz-lafaz.
Suasana majlis terus menjadi riuh. Hehe. Paling kelakar, bila juru nikah cakap "okey pengantin lelaki dah boleh salam pengantin perempuan." Masa ni hubbi tiba-tiba jadi agressif. Muka dia excited gila. Haha. Siap gosok-gosok tapak tangan dia lagi. Malu i tau. Hubbi laju-laju hulur tangan kt ella. Lagi lah tambah malu hoi. Juru nikah tu siap cakap kat ella "Jangan risau, dah boleh salam. Dah sah!" Hahah. Semua orang gelak-gelak. Hihi. 



Precious moment with love <3
 


With this present, i give you my heart, i promise from this day forward, i will love you forever <3


My dearest, Abah & Mak <3

Sebelum majlis menjamu selera, pengantin bersalaman dengan tetamu diiringi alunan selawat. Masa tu sedih sangat. Part paling sedih bila salam abah and mak. Masa tu memang tak terkata apa-apa. Even bila abah and mak wish Tahniah. ellaangguk je. Pastu terus peluk. xoxo!


Terima kasih mak + mertua atas restu perkahwinan ini :)


Arissa, satu-satunya anak sedara yg belum tido lagi  mlm tu. Yang lain dah Zzzz =,=


Hand bouquet ni ella buat sendiri tau. Nak jimat :)


Barakallah. 
Ikhwan & Suhaila


Selesai majlis akad nikah. Walaupun preparation yang agak singkat, (Tarikh kahwin ni masa tu tengah cuti mid term, seminggu je cuti. Haaa bayangkan lah, mana kaki mana tangan yang nak kena gerak dulu. Lol!)
Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Majlis khatam dan Persandingan menyusul keesokan harinya :)


Many thanks to my beloved friends sebab sudi datang awal. Diorang ni lah yang banyak tolong ella untuk buat persiapan. Diorang juga yang selalu cover ella time ella ponteng kelas sebab nak balik awal. Hihikks* Sayang semua. Muahh!

Dan,
Terima kasih buat para tetamu yang hadir menyaksikan ikatan pernikahan kami. 
Much love.xoxo!


To be continue...




Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in