Hallo! Assalamualaikum.
Entry kali ni ella nak share pula tentang majlis persandingan kami di rumah pihak lelaki.
Majlis bertandang ni dibuat selepas seminggu majlis di Johor. Masa ni ella dah start kelas.Time tu plak ella tengah minggu test dan assignment. Nasib baik lah hubbi masa tu masih bercuti lagi. So untuk majlis bertandang ni, ella langsung tak fikir apa-apa. Sebab hubbi dah pesan awal-awal focus on study je. Preparation semua hubbi dan family dia yang uruskan. Hehe. Punyalah busy masa tu, hari jumaat sehari sebelum majlis, ella sempat pergi collect data untuk group assigmnet. Hahah. Gila cool masa tu. Kawan-kawan ella yang dok risau. Huehue. Bukan apa, ella tetap nk collect data juga masa tu sebab suami dan family mertua sangat memahami ella yang masih study lagi. Alhamdulillah, sampai sekarang, diorang sangat memahami dan banyak beri sokongan pada ella :)
Warna tema di majlis bertandang ni ialah Royal Blue. Kenapa pilih Royal Blue? Sudah pastinya warna favorite hubbi. Ella pun setuju sebab apa yang hubbi suka, ella akan suka. Hihikks. Lagipun masa majlis di Johor, baju pengantin dah pastel. So kt kl ni nak warna bright plak. Heheh.
Khemah di jalan raya. |
Acara majlis bertandang kali ni family mertua nak buat paling santai, lebih kepada bermesra dengan para tetamu. So pelamin kami pun dibuat di tengah-tengah khemah. So sambil makan, tetamu boleh tengok pengantin bersanding.
Pelamin pilihan Hubbi :) |
Ready untuk berjalan menuju ke pelamin. |
Yeahh finally dapat juga ella berarak bersama dengan hubbi. Yela masa kt Johor, hubbi sorang je diarak. Ella plak tunggu kt atas pelami je. Kali ni merasa juga diarak berdua diiringi paluan kompang. Ewahh ewahh rasa nk berjoget bila kompang dipalu. Tipu je. Hahah. Masa time berarak ni jantung laju je. Nervous mungkin. Malu sudah tentu >,<. Masa berarak, hubbi siap bisik kat telinga, "Kali ni berarak laju je takde sekatan tol tau." Eh ambooii perli lattew. Heheh. (Boleh tengok previous entry about persandingan di Johor).
Mengaminkan bacaan doa. |
Sesi pemotongan kek :) |
Cinta hati. |
Sesi beramah mesra dengan tetamu. Haaa masa ni lah first time ella berkenalan dengan sedara mara suami, kawan-kawan dan jiran tetangga. Jutaan terima kasih kerana sudi datang di majlis persandingan kami. Many thanks atas ucapan dan doa. Love you all <3
*You will forever be my always <3*
Two Hearts. Two Lives. One Love <3
Mr. & Mrs :) |
0 comments:
Post a Comment