http://susulila.blogspot.com/

Happy Graduation To me!

Bila duduk sendirian, fikir balik perkara yang dah berlalu selama 4 tahun berada di UPM..
"tak sangka aku dah lalui semua tu."

Dan ketawa sendirian dengan linangan air mata.. "Ya Allah, Alhamdulillah, Syukur. Terima kasih atas segala rezeki dan nikmat yang telah kau berikan kepada aku."


4 tahun bergelar pelajar upm dengan memegang banyak status. Dari bujang bertukar kepada tunangan orang dan akhirnya menjadi isteri kepada Mohd Nor Ikhwan yang sah :)

Konvokesyen ini sangat membahagiakan aku. Bukan kerana ijazah yang aku dapat semata, tapi sebaliknya kehadiran orang-orang yang aku sayang dalam majlis ini. Ada abah dan mak, hubbi, keluarga, anak saudara yang comel dan rakan-rakan seperjuangan. 

Rata-rata ramai rakan-rakan yang sebak rasa nak nangis saat berada di atas pentas. Ye la banyak cabaran pahit manis masam (hihi) terpaksa diharungi. Cewwah! Seriously, aku tak rasa nak nangis pun masa atas pentas tu. Ehh!! Kental sungguh jiwa aku. Hahahah. Oh tak lah sekental mana pun sebenarnya. Cumanya aku dah nangis dulu awal pagi tu masa bangun tidur. Hubbi orang pertama wish congratulations. Yayy :) Paling menyentuh hati bila hubbi menyatakan rasa bangga terhadap aku dan berharap agar ini bukanlah konvokesyen yang terakhir buat aku. Makanya, status pelajar lagi lah aku lepas ni yekkk :P. Insyallah. 

Alhamdulillah. Senyum :)


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan many thanks kepada abah dan mak. Terima kasih kerana mendidik dan menjaga ella dengan penuh kasih sayang sehinggas ella berjaya pada hari ini. Dan... bagi ella kahwin masa belajar. Hihok!


'Abah dan Mak'

Buat suamiku, 
Terima kasih abang yang banyak support, tolong buat assignment (hihi), bagi motivasi, run our business and the most respect abang pandai jaga diri sendiri tatkala saya busy dengan belajar. Terima kasih abang sebab sentiasa memberi semangat dikala ada sesetengah dari mereka meragui kemampuan saya di mana saya berkahwin semasa belajar. Akhirnya, Alhamdulillah Bi iznillah dgn izin Allah jua saya berjaya. Without him, i can hardly stand!


My Love, Hubbi.

**Gambar family tak amek lagi kat kedai. Hahah. So xdpt nk uopload. Hehe**


Sedikit perkongsian tentang kejayaan anak felda dalam bidang akademik. Salah seorang daripada itu adalah saya! Syukur :)

Selepas tamat sesi konvokesyen pada hari itu, saya dipanggil oleh pihak akademik Upm untuk mengambil gambar dengan pihak media. Kejayaan degree ni, saya hadiahkan kepada abah dan mak. Tak lupa juga untuk suami saya (Nak jugak)

YBhg Tan Sri Rozali Ismail, Pro Canselor UPM beramah mesra bersama graduan UPM yang berasal dari Felda sambil diperhatikan oleh Naib Canselor UPM YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Pesanan untuk semua pembaca,
Dari mana kita berasal, sama ada kaya atau miskin, keluarga bahagia atau bermasalah tidaklah penting. Sebenarnya yang penting sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan dari mana kita dilahirkan. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah sebelum kita dilahirkan. Namun, kita sentiasa mempunyai peluang ke mana dan sejauh mana kita mahu melangkah :)


Terima kasih atas jasa dan doa kalian. 
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah. 



Tahniah kepada para graduation Upm ke-38, 2014!








0 comments:

Post a Comment

Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in