3 Hari di NICU, 2 hari di Wad Pemulihan
Saya selamat bersalin baby kedua pada 23/10/2018, 6.05ptg. Bersalin secara normal. Keesokannya saya dah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Tapi... tidak untuk anak saya. Anak saya masih ditahan di NICU.
Hari kedua- 24/10/2018.
Lokasi: Wad Kelas Pertama
Seawal pagi saya dah bangun mandi siap2 sebab excited nak jumpa baby. Dekat NICU tu waktu lawatan start pukul 8 pagi - 10 malam. Hanya parents je yg boleh masuk.
Dah siap breakfast, saya dan husband terus ke NICU. Ni kali kedua saya melawat baby. Seperti biasa... saya cuba cari kekuatan supaya tak nangis. Masa masuk NICU, mata dah start berair. Tak kuat, tapi teruskan juga melangkah. Dlm NICU tak boleh bawa masuk welchair. Jd welchair tinggal kt luar, husband pimpin tgn saya. Saya genggam kuat tgn husband menuju ke bilik 3 iaitu bilik anak saya. Di NICU ada 3 bilik mengikut bahagian. Which is bilik 1- kritikal, bilik 2- pertengahan dan bilik 3- pantauan. Alhamdulillah anak saya di bilik ke 3- pantauan. Walaupun di bilik 3, bila sebut NICU hati ibu mana tak sedih..
Sampai2 je katil Deniz, doc tengah berkumpul keliling Deniz utk check kesihatan Deniz. Husband terus jumpa Doctor utk tanya kesihatan Deniz. Doctor beritahu result xray paru2 deniz kelihatan ada sedikit kuman. Solution kepada tu harini Deniz diberikan antibiotic. Paling awal antibiotic kene habiskan ambil masa 3 hari. Dan sah, Deniz tak boleh discharge bersama saya. Saya akur..
Hari ni juga Deniz baru start minum susu. Lepas bersalin semalam, Deniz terus kena puasa sebab doctor nak ambil darah Deniz utk cek more details. Kesian anak ibu, lahir2 je dah kene puasa. Sepanjang doktor explain air mata saya laju mengalir.
Saya terus ke katil Deniz dan bisik di telinga Deniz “Assalamualaikum anak ibu sayang. Good morning... Ibu ada ni nak, anak ibu kene kuat.” Deniz terus tersedar dan buka mata. Dari anak mata Deniz saya nampak segala kesakitan yg dia alami sekarang. Saya genggam tangan Deniz... Saya terus baca doa penyembuh dan selawat syifa. Tak lama tu Deniz menangis. Saya tengok banyak kali dia cuba nak cabut wayar oksigen di hidung Deniz. Nampak sakit dan tak selesa. Sebak melihat keadaan Deniz masa tu. Akhirnya saya tewas...saya menangis juga depan Deniz. Saya terus keluar bilik Deniz nangis semahunya. Husband saya masih lagi disisi Deniz. Setelah puas nangis, saya masuk kembali.
Untuk hari pertama Deniz di NICU, Deniz tak diboleh digerakkan (sebab ada tiub oksigen). Maka, Deniz terpaksa minum susu formula melalui tiub yg dimasukkan dimulut. Saya agak terkilan, sebab tak dapat rerus bf kan Deniz. Setelah lama saya berdiri, husband ajak saya balik ke ward semula.
Bila dekat ward, saya mula rasa kosong. Bila degar baby sebelah katil saya menangis, meragam... Tapi saya? Tiada baby disisi... baby saya sedang berjuang dgn diri sendiri nun kat NICU.
Sebelum balik, saya dtg melawat Deniz semula. Masa kemas2 barang dekat ward hati merintih2 nak Deniz turut pulang bersama-sama. Tapi, di NICU adalah tempat terbaik utk Deniz. Sampai di NICU, saya ckp kt husband “abg je lah masuk saya tunggu kt luar. Abg tengokkan Deniz mcm mana keadaan dia.” Sebenarnya saya dah tak mampu nak tgok keadaan Deniz. Tapi husband juga sama, tak kuat. Jadi kami bersama-sama masuk utk ucap selamat tinggal kt Deniz.
Tiba katil anak saya, saya terdiam... Tak mampu nak bersuara. Anak saya tengah lena tidur. Nurse kata baru lepas mandi n menyusu. Tu yg lena je tidur. Saya kuatkan semangat, terus sentuh anak saya sambil sebut ‘ Assalamu’alaikum anak ibu,” dan terus mengalir air mata... Husband yg mula2 berada disisi terus keluar dari bilik tersebut. Saya faham, husband pun tak mampu tahan kesedihan.
Nurse bagi saya kerusi suruh duduk. Saya duduk di depan katil anak. Pandang sekeliling bilik, saya perhatikan setiap satu baby2 yg ada dalam bilik itu. Ada baby duduk dalam incubator. Bisik dalam hati “Ya Allah, syukur anak aku hanya di katil sahaja.” Walaupun saya tak tahu betapa serius tahap kesakitan baby dalam incubator tu, tp dari mata kasar saya, saya tahu seriusnya tahap kesakitan baby yg ada di dlm tersebut. Dengan wayar2 berselirat di badan. Alhamdulillah, anak saya hanya di katil, cuma tiub di hidung dan mulut sahaja. Tapi, itu pun dah sakit yg amat sakit bagi saya.
Saya berdiri dan pegang deniz sambil baca apa2 surah yg patut. Seperti biasa tiap kali saya dtg tengok Deniz, Deniz akan buka mata sekejap dan akan tertidur selepas saya usap2 Deniz. Luluh hati saya.... saya tak dapat nak tolong anak sendiri pada ketika itu. Dalam hati “Ya Allah, aku kuat. Jangan nangis, Deniz tak boleh tengok air mata aku..”. Saya senyum dekat Deniz sambil usap2 dahi Deniz. Deniz tertidur semula sambil dgr alunan selawat dan doa dari saya.
Husband dtg gosok belakang saya. “Sayang dah ke?” Dah lama saya berdiri. Nurse suruh saya duduk, saya tak mahu. Saya nak dekat dgn anak saya. Jadi saya berdiri saja. Biarlah. Dah tak ingat sakit masa tu. Cuma berharap Deniz cepat sembuh.
Saya bisik ditelinga Deniz “sayang ibu balik dulu ya. Esok ibu datang lagi. Deniz kuat.. Deniz anak soleh, Deniz cepat sembuh sayang..” Lagi sekali mengalir laju air mata.. saya ketap bibir tak nak ada bunyi tangisan. Husband genggam tangan saya, dan melangkah keluar tinggalkan katil Deniz. Keluar je bilik Deniz, saya terus lap air mata sambil tarik nafas panjang. “Abang, kita kena kuat!.. Jom lah balik, Amanda mesti tunggu saya. Saya rindu Amanda. Saya cuba buang jauh2 kesedihan yg ada pada masa itu. Fikiran berubah kepada Amanda pula. Anak sulong, cahaya mata yg pertama. Amanda mesti tunggu saya di rumah. Tiba di rumah, sedih berkurang bila Amanda lari peluk saya sambil bawa kek. Saya peluk erat tubuh Amanda. “Dah besar panjang anak aku, baru 1 malam tak jumpa. Rindu tak terkata..
Nasib ada Amanda, jadi penghibur hati kami. Bila malam saya tak boleh lena. Rindukan Deniz pula. Bila teringat, saya sedekahkan al-fatihah dlm hati utk Deniz dan berdoa supaya Deniz cepat sembuh dan takde perkara yg series berlaku dekat Deniz.
Hari ketiga- 25/10/2018
Husband nak pergi melawat Deniz. Saya nak ikut. Tapi, husband tak bagi. Suruh saya rehat je dekat rumah. Baru 5 minit husband keluar rumah. Pihak hospital call saya. Jantung saya berdegup laju. Risaukan Deniz. Dalam hati tolong lah jangan cakap benda yg tak elok berlaku dekat Deniz. Saya tenung lama screen phone. Sampai Amanda jerit “ibuuuu kawan ibu call”.
Me: Hello..
Nurse: Ni puan Suhaila ke?
Me: ya saya. Kenapa ya, anak saya ok?
Nurse: oh ok, anak puan ok. Kami dah cabut oksigen dia. Sekarang kami tengah pantau pernafasan dia. Nak tengok ok tak lepas buka oksigen. Jadi, puan boleh dtg tak utk bg susu dekat anak puan. Kita nak tengok nafas anak puan selepas menyusu.
Ya Allah... ALHAMDULILLAH. Syukur! Saya letak phone dan terus peluk Amanda sekuat2nya.
Amanda: Ibu kenapa bu? Kenapa bu?
Me: Baby dah makin sihat. Nanti ibu bawa baby balik. Jumpa kakak ya.
Amanda masa ni tak faham lagi yg baby ni dah keluar dari perut ibu. Yang dia tahu masa ni ibu dah tak jadi baymax sbb perut ibu dah tak buncit. Haha.
Saya call husband, and husband patah balik ambil saya. Kami pergi hosp bersama-sama.
Kalini, semangat semakin kuat nak jumpa Deniz. Terpancar keceriaan di muka kami. Sampai di bilik Deniz, kami terus jumpa doc nak tahu perkembangan Deniz. Doctor cakap keputusan darah Deniz semua takde masalah. Cuma paru2 Deniz ada sedikit kuman. Jadi doc bagi Deniz antibiotic utk buang kuman tu.
Soalan pertama saya: teruk ke doc infection paru2 anak saya. *Mata start berair.
Doctor: tak teruk. Hanya sikit sahaja. Kalau teruk, baby puan tak de dlm bilik ni, baby puan ke dlm bilik sana (sambil tunjuk bilik kritikal).
Saya berharap sgt keadaan Deniz semakin baik dan Deniz cepat sihat. Tak sanggup dah nak masuk NICU ni. Nak tengok keadaan baby2 lain. Mereka sakit...tak sampai hati tengok.
Alhamdulillah, bebas tiub di muka.
Buat kali pertamanya, saya bf kan Deniz. Berdebar-debar rasa. Berharap Deniz pandai menghisap. Deniz pandai hisap cuma... susu saya tak banyak. Jadi, doc bantu dgn susu formula dr hosp. Saya akur, asal kan anak saya sihat. Tu saja.
Saya pun balik rumah semula sebab susu takde. Saya stress. Stress susu tak ada. Husband pesan kat saya jgn stress, bertenang. Kalau stress, susu tak keluar.
Hari keempat- 26/10/2018
Pagi2 Nurse call semula, nurse cakap Deniz nak transfer ke ward recover (wad pemulihan). Jadi nurse minta saya dtg dan bermalam dekat hosp bersama baby. Jadi bolehlah saya direct bf dekat Deniz bg ada rangsangan.
Saya kemas baju, dan terus ke hosp. Saya cuma positif je masa tu. Berharap susu ada lepas Deniz hisap.
8.00 pagi.
Saya dan suami masuk bilik Deniz. Bahagia bila tengok dah takde tiub oksigen dekat hidung Deniz.
Nurse kata baby baru lepas minum susu, nanti pukul 11 pagi puan dtg balik bilik baby utk df kn baby. Utk pengetahuan, baby dekat NICU ni menyusu ikut jadual yg sama. Setiap 3 jam, diorang akan bg semua baby susu. Tapi, utk ibu yang ada susu (yg boleh direct feeding) diorang boleh je bila2 masa datang jumpa baby. Sebab diorang lagi galakkan direct feeding on demand. Sebab susu ibu adalah susu yg terbaik utk bagi antibodi anak kuat dan lawan sakit masa tu.
Nurse bawa saya ke bilik berehat utk sy letak barang2 saya. Bilik berehat ni dalam NICU juga. Cuma dekat hujung sekali. Jadi saya kena berjalan sendiri kalau nak jumpa baby. Bila difikirkan balik, memang penat dan jarak bilik rehat dan bilik Deniz tu agak jauh dalam 30 meter. Bagi saya jauh utk saya, sebab saya masih dalam berpantang.. Luka & jahitan pun tak sembuh lagi. Suami tak dibenarkan utk teman di bilik rehat tu. Jadi, kenalah berjalan sendiri perlahan2. Dari bilik rehat tu nak ke bilik Deniz, saya akan lalu bilik 1 & bilik 2. Sambil2 tu mata saya akan melilau tengok baby2 yg ada didalam bilik tersebut. Saya simpati dgn keadaan baby dlm tu. Betul2 terkesan dihati saya. Dengan harapan dan berdoa semoga Allah bagi kesembuhan yg cepat dan terbaik utk anak2 dlm NICU ni.
10 pagi.
Dah siap kemas katil. Nurse suruh saya rehat dlu sementara tunggu pukul 11 pagi utk next penyusuan Deniz. Tapi saya tak berehat pun, saya terus je pergi ke bilik Deniz. Kalau boleh saya nak sentiasa disisi Deniz, bolehlah saya baca2 kan doa atau selawat dekat Deniz. Otw berjalan ke bilik Deniz saya berdoa harap tiada nurse atau doctor keliling Deniz sebab itu bukan petanda yg baik. Tapi, saya nampak ada lampu blue ray pada Deniz. Ya.. Deniz kena kuning/ jaundice. Ini perkara yg paling saya risaukan juga. Sebab saya berdarah O. Jadi potensi baby nk kene kuning tinggi. Saya tanya nurse mcm mana keadaan Deniz. Nurse kata baby nampak kuning sikit. Jadi doctor arahkan letak 1 lampu blue ray je dekat anak puan. Kejap lagi baru cek darah, kita tengok kalau result darah ok, kita cabut baliklah lampu blue ray ni. Saya angguk tanda faham, tapi dalam hati hanya tuhan je tahu betapa risaunya saya dekat Deniz. Bertambah kesakitan Deniz. Deniz tak pakai baju, mata ditutup.. Masa tu Deniz menangis. Sebab mungkin tak selesa mata kena tutup. Saya tersandar ke dinding. Terasa hilang semua semangat. Semangat saya jatuh jatuh dan jatuh.
Jam dah pukul 11 pagi. Masa utk baby menyusu. Nurse tanya saya “puan dah ada susu?”. Saya sugul........ saya jawab “tak ada. Susu tak banyak”. Again.. sedih dan sedih. Tp Alhamdulillah nurse kat situ semua supportive. Diorang tak putus bg kata semangat utk df kan baby. Dalam takde susu tu, nurse suruh juga saya bg baby hisap supaya ada rangsangan. Lepas dah puas usaha, nurse dtg bawa susu formula yg dimasukkan di dlm cup kecil. Nurse ajar saya macam mana nak bagi Deniz minum susu guna cup kecil. Jadi lepas ni selepas 3 jam, saya kena dtg utk bg Deniz susu formula dan df kan juga Deniz.
1.00 petang
Makan tengahari pun sampai dan nurse suruh saya makan dlu. Ikutkan diri, saya tak selera lansung nk makan. Saya tak nak tinggalkan Deniz. Tapi, bila fikir balik saya perlu makan utk tambahkan susu, saya pergi juga ke bilik makan tu. Masa makan, jumpa lah ibu2 lain yg menunggu anak2 di NICU. Masing2 share masalah yg dihadapi oleh anak2 mereka. Kami nangis bersama2 bila share masalah yg dihadapi oleh anak2 di NICU tu. Kami terus rapat macam adik beradik. Support each others. Dari situ, semangat kembali pulih.
2.00 petang.
Saya dtg semula bilik Deniz utk bg susu. Sesampai je bilik, saya terkejut Deniz dah tak duduk bawah lampu blue ray lagi. Deniz dah duduk katil biasa semula. Tak sempat saya nak tanya nurse, nurse terus ckp “tadaaa kita dah cabut lampu blue ray tu, kuning baby tak tinggi.” Alhamdulillah alhamdulillah! Then Nurse kata lepas bagi susu baby puan kita transfer dekat ward recovery ya. Masa tu punya lah nervous kenapa kena pindah2?? Saya tanya nurse kenapa baby saya dipindahkan. Nurse jawab sebab baby puan dah ok. Cuma sekarang kena completekan antibiotic sahaja. Jadi kami masukkan ke ward recovery dan puan boleh duduk bersama baby dlm tu. Alhamdulillah! Excited!!!! Saya pun kemas balik barang2 saya dalam bilik rehat tu. tak sempat nak bermalam dekat situ. Tapi bermalam di ward recovery bersama Deniz.
Hari kelima- 27/10/2018
Lokasi: Bilik Pemulihan.
Bilik pemulihan ni pun masih dalam NICU, kalau macam bilik berehat tadi dekat hujung kiri NICU, bilik pemulihan ni pula dekat hujung kanan NICU.
Harini hari ke 4 on antibiotic. Ada 1 hari je lg nak completekan antibiotic, then esok boleh discharge. Pagi tu doc round cek setiap baby dlm ward tu. Sampai turn Deniz, doc kata baby nampak kuning lg. Doctor suruh nurse continue shining kan baby bawah lampu blue ray. Doctor suruh keep bf. Tapi.. susu saya masih tak ada. Stress again sampai satu tahap rasa saya mcm ibu tak berguna je masa tu.
Deniz bawah lampu blue ray.
Dalam bilik pemulihan ni, husband boleh temankan. Husband boleh teman dari pukul 8pagi hingga 10malam je. Jadi ada masa husband saya dtg melawat kami. Sepanjang tempoh dekat bilik pemulihan ni, saya struggle bagi df dekat Deniz. Susu masih tak meriah. Beza dgn bersalinkan anak sulong. Lepas bersalin susu terus meriaj. Again... sedih lg. Husband selalu pesan jgn stress nanti susu tak keluar. Ditambah lagi saya rindu Amanda. Rindu tak terungkap. Malam2 Husband buat video call, Amanda nangis2 cari saya. Sedih sgt. Husband selalu ckp takpe sayang. Salah satu kita kene korbankan. Biar abg jaga Amanda, sayang jaga Deniz. Sayang focus je kat Deniz.
Boleh dikatakan saya tak tidur malam. Setiap 1 jam saya df Deniz. Lepas df saya continue pam susu plak. Susu tetap sikit. Tak sampai 1 oz pun. Ptg tu husband siap minta izin nk bawa saya urut kejap dgn bidan. Nak urut keluarkan susu je. Nurse tak bagi sebab esok saya dah boleh discharge. Saya redha jelah.
Malam 27/11 tu tiba2 breast saya bengkak. Susu dah penuh. Cuma bila saya pam, susu tak keluar. Kakak sebelah katil saya ajar saya suruh tuam dulu and perah guna tangan. Saya pun buat apa yg kakak tu ajar. Alhamdulillah susu berjaya keluar! By the time susu dah keluar, saya kerapkan Deniz hisap. Susu semakin bertambah. Nurse terus kurangkan sukatan susu formula dekat Deniz. Jadi tugas saya adalah kerapkan df Deniz.
Hari keenam - 28/10/2018
Hari ni last dos antibiotic utk Deniz. Tak sabar rasa nak balik rumah bersama baby. Tak sabar nk jumpakan baby dengan kakak Amanda. Rindu dekar kakak Amanda. Terlalu rinduuu. Sepanjang bermalam dekat hosp tiap kali saya rindu Amanda pasti saya akan nangis. 5 hari saya berendam air mata.
Rutin pagi, doc akan round cek baby. Saya menunggu giliran Deniz penuh debaran. Berharap Deniz betul2 dpt keluar hari ini. Sudah tiba giliran Deniz. Lepas siap cek semuac doctor kata baby ok dan ptg ni boleh discharge. Tapi kene habiskan dos terakhir antibiotic pada pukul 8mlm. Tp doctor awalkan sikit last dos pukul 5 ptg. Jadi saya boleh keluar hosp sebelum malam.
By the time dah pastu Deniz discharges, terus bersemangat nak hidup semula. Selama ni rasa hidup mati hidup mati je. Bermain dgn pelbagai emosi. Susu pun semakin bertambah. Hati banyak senang. Sebab Deniz dah mula kenyang selepas saya bf kn Deniz. Tenghari tu dah siap kemas brg. Punyalah tak sabar nak balik. Tak sabar nak completekan our little family (ayah, ibu, kakak & adik).
Gambar atas ni tengah tunggu nurse dtg utk completekan antibiotic. Lampu blue ray dah ditanggalkan. Kalau perasan bibir Deniz bewarna gelap. Memang effect drp ambil oksigen. Doktor kata akan hilang. Dan sekarang nampak perubahannya. Dah tak gelap.
Nama scientific utk sakit mcm Deniz pada masa tu. Congenital Pneumonia. Boleh google lah utk more details. Alhamdulillah now Deniz dah sihat, mohon hgn datang lg kuman.
Kalau igt kt atas td saya ada ckp parents yg nk masuk ke NICU kene pakai coverall. Ni contoh baju coverall yg suami saya pakai.
Ptg dalam pukul 6 ptg dah balik. Happy sampai rasa nak guling2. Selamat tinggal NICU. Before balik tu siap jumpa doktor2 n nurse2 yg byk berjasa kpd Deniz. Doctor siap pesan “tolong jgn dtg sini lagi”. Hehe.
Dah sampai rumah. Finally setelah 6 hari berendam air mata suka dan duka, memendam rindu akhirnya kami disatukan. Happy kakak Amanda dpt jumpa baby. Baru lah dapat berpantang dengan tenang. Selama kt hosp mcm tak berpantang je. Keesokan harinya baru start berpantang betul2. CL dtg baru start berurut. Hilang lenguh2 badan dan yg penting susu dah meriah. Hehe.
Sampai sini saja perkongsian pengalaman getir di NICU. Tak pernah terbayang akan lalui pengalaman sebegini. Alhamdulillah ujian Allah, saya redha. Saya doakan semua baby2 yg berada ni NICU kembali sihat seperti biasa.
Next entry mungkin saya akan cerita kos semua rawatan termasuk wad kelas pertama. Insyallah.