Assalamualaikum & haiii semua.
Lama tak update vlog sis ni. Berhabuk dah. Fuhhh fuhhh. Sempena esok tahun baru, saya nak update jugaklah kronologi bersalin anak ke 2. Rasa tak lengkap plak tak update dlm sini. Sesiapa tak baca lagi kronologi bersalin anak saya yang pertama, boleh lah tekan link ni utk baca. Mana tahu dapat tips2 yg berguna. http://susulila.blogspot.com/2016/01/kronologi-bersalin.html?m=1
Sementara anak2 tidur ni, saya dengan pantas menaip. Andai kata ada tersalah taip atau bahasa tak best maaf kan lah ya. Mak anak 2 ni memang kena pantas dalam segala benda. Kan!!
23.10.2018- 3.00 pagi
• 37 minggu 5 hari
Tengah sedap tidur, tiba2 perut mengeras + pinggang sakit. Terdetik kat hati ‘aku nak bersalin ke ni.’ Saya buat bertenang dulu, malas nak fikir dan tak kejut husband sebab takut tu hanya false contraction saja. Saya cuba tidur balik tapi tak lena, tidur2 ayam gitu sambil2 usap perut.
6.00 pagi.
Husband bangun mcm biasa siap2 nak pergi kerja. Lepas solat subuh, mengadu dekat suami perut rasa lain macam.
Husband: Dah nak bersalin ke?
Me: Entah, tapi perut mengeras2 je dari pukul 3.00 pagi.
Husband: Jom lah siap pergi hospital.
Me: Takpelah tunggu siang sikit.
Waktu ni dah mula cemas sikit. Tak senang duduk pun iya. Yelah, sebab ni bersalin anak kedua, jadi dah tahu ‘sakit’ bersalin tu mcm mana. Rasa nak nangis pun ada. Wawawa. Actually, since mengandungkann anak kedua ni, selalu berdoa nak sangat bersalin sama mcm kakak Amanda (anak sulung saya). Lagi2 hari dan masa. Dipermudahkan sama macam bersalinkan kakak dia juga. Jadi time ni terfikir kalau lah betul ditakdirkan hari ni juga bersalin, alhamdulillah sebab situasi ni sama je macam nak bersalinkan kakak dia dulu. Sebab tulah, bagi juga husband pergi kerja dulu, handover apa yg perlu. Kalau boleh nak bersalin petang. And terus doa, doa, dan doa moga2 ini bkn false contraction.
9.00 pagi.
Husband nak pergi kerja. Berat hati saya nak bagi suami pergi kerja. Banyak kali juga suami tanya ok ke tak, boleh ke abang nak pergi kerja ni? Sebab risau kan. Saya suruh je suami pergi kerja walaupun dah lambat. Hihi.
Sementara tu saya solat sunat semua. Lepas solat terus peluk Amanda yg tengah tidur. Masa peluk Amanda terusss je air mata mengalir. Rasa sebak betul time ni. Sebak sebab akan berjauhan kejap dgn Amanda. Sebab saya tak pernah berjauhan dgn Amanda. Masa kerja hantar rumah bs, ptg dah ambil dia. Even, kalau kena outstation ke masa kerja, saya akan bawa Amanda bersama. Saya nangis sampai Amanda terbangun dari tidur.
Amanda: Ibu sedih? Kenapa ibu sedih?
Me: *laju air mata keluar, speechless!* “dewasanya anak aku😔
Ajak Amanda breakfast. Tengah makan tu, saya explain dekat Amanda yang saya nak bersalin dah. Cakap juga dekat Amanda malam ni kakak tidur rumah mama (pengasuh), ibu tidur kat hospital.
Amanda angguk je, sambil buat muka sayu. Sedih sgt masa ni. Rasanya Amanda tak faham ‘bersalin’ tu apa. Amanda sayu mungkin sebab tengok saya beriya menangis2 sambil peluk, cium2 dia. Hahaha! Drama sungguh!
Lepas siap breakfast, saya mandikan Amanda. Amanda dah wangi, layan dia main kejap. Time ni perut dah tak selesa. Contraction dtg makin kerap n kuat. Saya pergi toilet nak buang air, tiba2 perasan ada darah kat panties. Jantung saya masa ni berdegup laju macam nak terkeluar. Tangan terus menggigil2. Dalam hati ‘Allah.. Allah... confirm dah nak bersalin ni!?’ Keluar darah salah satu tanda nak bersalin kan. Perasaan masa ni bercampur baur. Happy, excited, sedih, takut, stress ahhh semuanya adalah!
Saya terus call husband inform dia yang contraction makin kuat. Nervous punya pasal sampai lupa nak beritahu yg saya dah keluar tanda darah. Husband pun patah balik ke rumah sebab masa ni husband tak sampai office lg.
10.00 pagi
Husband sampai rumah terus husband buat kiraan contraction guna phone (ibu2 boleh terus download apps ni dekat phone ya). Tiap kali sakit saya akan inform dekat husband and time ni contraction tak berapa nak sakit. Kiranya skala kesakitan tu 2/10. Sambil2 tu saya cepat prepare pakaian Amanda utk bermalam dekat rumah pengasuh. Selang beberapa kali sakit tetibe husband cakap dgn nada tegas “ok dah, jom pergi hospital.” sambil tunjuk screen phone dekat saya.
Maafkan screen sis yg retak tu. hihi |
Me: , tak sakit sgt. Tunggu kejap lagi.
Husband: Betul ke ni?
Me: Ya betul (teragak2 juga masa ni. Haha. Masih igt lagi pesan mak kalau sakit tak kuat jgn pergi hosp dulu).
Husband masa ni macam hmmm terpaksa redha je. Then husband sambung buat tracking masa contraction saya. Tiba2 saya teringat pasal keluar tanda darah tu. Husband tak tahu lagi! Jadi saya pun inform kat husband yg keluar tanda darah kat panties. Husband siap nak tengok darah tu. Lepas saya tunjuk husband terus ckp “hah ni dah confirm nak bersalin, kenapa awk nak delay lg. Dah siap pergi hospital.” Saya pun akur terus bersiap. Kali ni saya pakai baju & kain yg sama masa bersalinkan Amanda. Punyalah nak sgt proses bersalin ni sama mcm anak sulung, sampai pakaian pun nak sama juga. Huhu.
Dah bersiap, terus hantar Amanda ke rumah pengasuh. Dalam kereta hati merintih2 sambil peluk & cium Amanda berulangkali. Sedih sgt nak berpisah dgn Amanda. Betullah org kata, kasih anak sulung ni dia punya kuat lain macam!
Sampai rumah pengasuh, dah bagi barang semua saya terus nangis laju air mata keluar sambil babai2 Amanda. Pengasuh Amanda tanya “kenapa su nangis, jangan nangis.” Saya jawab “saya rindu Amanda nanti”. Terus masuk kereta, sambung nangis dalam kereta. Saya sempat toleh tengok Amanda. Amanda masa ni pengasuh dukung dia. Muka dia tertanya2 “kenapa ibu ni nangis beriya?”. Bila teringat balik rasa malu lah plak. Ni tengah menaip pun rasa nak tutup muka. Hihi
Otw nak ke hospital sempat minta husband belikan air kelapa. Fikiran saya asyik teringat dekat Amanda je. Tak fikir sakit pun masa ni, mungkin sebab tak sakit sgt sebab tu ada masa fikir Amanda. Rindu Amanda. Dah sampai hosp punyalah susah cari parking. Keadaan tenang je, sebab tak sakit sgt. Tahap kesakitan masih sama dalam skala 2/10. Masuk hosp pun saya jalan kaki mcm biasa je. Sebab tak sakit sgt. Masa dekat pendaftaran, nurse tu tanya kenapa dtg hospital? Saya jawab sebab keluar darah.
Then selesai daftar semua, nurse suruh masuk dalam bilik saringan. Kalau nak tahu bilik saringan tu apa/ mcm mana boleh refer previous post saya berkenaan kronolgi bersalin anak pertama. Sebab saya bersalin dekat hospital yg sama, hospital selayang di hatiku. Hah giteww.
Dalam bilik saringan tu, ada dalam 5 orang ibu2 mengandung tengah tunggu giliran. Saya pun duduk lah tempat kerusi yg disediakan. Masa menunggu tu borak2 dgn ibu2 mengandung yg lain. Masing2 tanya saya tak sakit ke? Saya jawab sakit sikit je. Saya pun tak pasti yg saya ni sakit nak berskain ke apa, sebab tak sakit sgt pun. Jelas saya kepada mereka. Sebabnya, ibu2 lain yg menunggu kt situ mostly tengah menahan sakit sampai berpeluh2. Tapi saya duduk bertenang je sambil tengok kanan & kiri. Hikss. Then ada yg tanya “kenapa dtg?”. Saya jawab “sebab keluar darah.”
Sorang demi sorang nama dipanggil. Ada yg doctor arahkan terus masuk ward, ada yang doctor suruh balik dulu sebab takde bukaan lagi. And ofcz lah saya pun dpt rasa yang saya bakal kena balik semula sebab tak sakit sgt n dpt jangka bukaan tak besar lagi.
Sudah tiba giliran saya. Doctor suruh baring atas katil untuk check bacaan contraction and berapa bukaan. Lepas dpt result doctor tanya saya “puan sakit tak?”
Me: tak sakit sgt. Sakit biasa2 je.
Doctor: Ok puan, bukaan puan baru 2cm. Jadi puan balik dululah Sebab contraction puan pn tak kuat sgt. (lebih kurang mcm tulah ayat doctor).
Dalam hati, hah betul tekaan aku, bukaan tak besar cuma 2cm je. Saya terus keluar ambil surat utk discharge dekat kaunter sambil muka senyum2 dekat husband. Kesian tgok muka husband, muka cemas je masatu. Hehe
1.00 petang.
Otw balik. Husband ajak pergi lunch dlu. Yelah saya pun lapar sgt masa tu. Husband ajak makan sushi, kebetulan masa tu sushi tengah buat promo. Sabar jelah! Ok lah layankan saja sebab before ni memang dah plan weekend nak makan sushi. Nnt kang dah bersalin tak sempat nak makan sushi so saya setuju je. Masa otw nak pergi kedai sushi hati saya mula tak tak sedap sebab perut tiba2 mengeras dan kali ni baru rasa sakit contracrion tu. Saya cakap “abang saya rasa saya akan bersalin hari ni."
Husband: kenapa?
Me: sebab sekarang dah start sakit sgt! Sgt!
Husband: Boleh tahan tak. So mcm mana nak patah balik ke hosp?
Me: Takpela kita pergi mkn dlu.
Yelah sebab baru je kejap tadi doctor kata bukaan 2cm, takkan tiba2 terus terbuka besar kan. Mcm pelik dengarnya. Tapi kalau ikut pengalaman sebelum ni, lepas doctor seluk utk cek bukaan kali pertama, contraction saya akan mula kuat dan makin kuat! Maksudnya bukaan terus cepat terbuka. Kali ni pun sama, tiba2 terus sakit kuat. Skala kesakitan dari 2/10 terus 5/10. Tapi demi nak tunaikan janji nak makan sushi bersama husband sampai juga kedai sushi tu. Kedai tu dekat Sri gombak. Dekat jugaklah dengan hosp selayang.
Setiap kali contraction dtg saya akan stop makan, layankan dulu sakit contraction baru sambung makan. Makan pun tak selera tapi sumbat juga nak bagi ada tenaga. Husband pun makan tak tenang sebab contraction dah makin kerap dan kuat. Kali ni memang sakit yakmat. Tahap kesakitan 6/10. Kitorang terus makan laju2, and decide nak ke hospital terus. Tapi dah masuk kereta saya ckp “takpelah bang, kita balik dlu solat zohor kat rumah. Lepas asar baru pergi hospital semula.”
Husband masa ni ya tak ya je nak ikut keputusan saya. Tapi dia follow juga. Siap tanya tahap kesakitan berapa. Saya jawab 5/10. Tak tahu kenapa saya tipu. Mungkin sebab saya nak husband bersama saya tiap kali contraction dtg. Kalau ikut pengalaman lepas, husband tak sempat teman/ tengok masa menahan contraction. Saya layan sakit contraction sorang2 je dlm bilik saringan tu. Sebab bilik saringan husband tak boleh masuk. Jadi kali ni macam serik juga lah, so saya nak sgt husband ada dekat dgn saya. Tak mampu nak hadap contraction tu sorang2. Tu je... huhuh. Sanggup tipu husband. Maafkan saya husband (kalau awk baca lah😜).
2.30 petang
Sampai rumah terus solat. Lepas solat terus baring atas sejadah menahan sakit. Husband dtg duduk sebelah saya sambil urut2. Tiap kali contraction dtg saya mengerang kesakitan sebut "Allah.. Allahuakbar, ya allah..". Husband asyik ajak saya pergi hospital je. Saya jeling tengom jam kt dinding pukul 3.30 petang. "Lepas asar je lah kita pergi hospital" kata saya dekat husband. Husband tarik nafas panjang je geram dgn saya kot sebab degil. Huksss. Saya tetap dgn pendirian takpe lepas solat asar baru pergi. Siap cakap dengan baby kota solat asar dlu ya baby. Haha. Memang kalau boleh sampai hospital terus nak bersalin je. Taknak duduk lama2 dlm bilik saringan/ Labour room.
Azan asar pun berkumandang. Kami terus solat asar. Tahap kesakitan 7/10. Contraction makin mengganas. Husband still track masa contraction and time ni keluar arahan suruh go hosp now! Mcm kat bawah ni ayat dia.
Terus bergegas pergi hospital. Dalam kereta tiap kali contraction menyerang saya genggam peha husband sekuat hati.
5.10 petang
Sampai je hosp mcm biasa takde parking! Ikutkan boleh je husband drop saya depan dewan bersalin tu. tapi saya taknak. Time ni cuma nak husband je ada disisi. Tak boleh jauh. Haha. Ngada. Akhirnya dapat parking. Masa nak naik tangga, kami tersalah naik tangga bukan utk direct ke dewan bersalin. Makin jauh jadinya. Saya dah tak tertahan sakitnya. Kaki tak de tenaga nak berjalan. Tapi gagahkan juga, siap berharap banyak jalan ni harap2 bukaan cepat lah terbuka besar. Masa ni tahap kesakitan 8/10. Contraction datang setiap 5 minit. Dahk dah start berpeluh peluh. Mata dah mula tertutup. Tak terdaya nak buka mata menahan kesakitan. Saya berjalan sambil pejam mata. Tak tau apa ada dekat persekktaran saya. Saya ikut je arahan husband and husband papah saya. Bayangkan lah, setiap kali contraction datang, saya akan minta husband berhenti. Husband cerita balik dekat saya kami berhenti kat mana2 je. Tengah2 jalan pun ada. Berhenti kejap dan saya akan berpaut sekuat hati dekat lengan husband. Finally dapat juga welchair. Husband tolak saya guna welchair laju sangat. Nak roboh rasa welchair tu. Kalau tak sakit mesti saya dah ketawa atau menjerit. Haha. Sepanjang menuju kedewan bersalin tu, saya pejam mata saja sambil baca doa nabi yunus. Tak tau dah sekeliling tu mcm mana. Sampai je dewan bersalin, nurse suruh saya bangun masuk bilik saringan pagi tadi. Saya cakap "saya dah tak boleh bangun." Nurse pun tolak saya masuk semula bilik saringan. Kali ni takde tungu giliran, terus je nurse angkat saya baringkan atas katil. Nurse nak pasang CTG machine dekat perut saya, tapi masa tu perut saya sakit sgt sebb contraction makin kerap. Saya minta izin nak baring mengiring. Nasib baik nurse baik, dia sanggup tunggu saya. Bila contraction reda cepat2 nurse pasang. Doctor pun dtg cek bukaan. “Bukaan 5cm”. Dalam hati alamak baru 5cm ke. Selang berapa minit doctor lain dtg cek bukaan lagi “eh dah 7cm ni. Cepat bukaan awak terbuka.”
Allahuakbar! Patutla sakit sgt. Bukaan cepat je terbuka. Tak sampai 10 minit dah 7cm. Saya memang takde tenaga dah masa tu. Tenaga dah banyak pakai masa berjalan sebab sesat sebelum tu. hihi.
Doctor terus drip tgn saya. Nurse kt sebelah saya cakap "doctor contraction puan ni kuat ni." Siap pasang drip kt tgn, doctor seluk lagi cek bukaan. "Ok 8cm".
Alhamdulillah, bukaan makin cepat terbuka. Tapi dalam hati kenapa tak tolak2 aku masuk labour room ni! Nak jumpa husband, nak husband! Meronta2 dalam hati. Then ada nurse lain dtg cakap sesama nurse labour room full. Lahh patutlah tak tolak2. Jadi saya kene tunggu. Tahap kesakitan 9/10. Nurse goyang2 kan badan saya sambil ckp "puan buka mata puan." Saya buka mata sambil ckp "sakit..."
Nurse: Sabar ya puan. Kejap lagi bersalin lah ni. Puan dah makan belum? Nampak takde tenaga ni.
Me: Dah makan.
Nurse: last makan pukul berapa?
Me: pukul 1 kot.
Nurse: makan apa puan
Me: *berdiam* sempat fikir nak jawab ke soalan nurse ni. Takkanlah nak jawab saya makan sushi. Haha! Jadi saya diam je tak jawab pun soalan nurse tu. Hikss.
Contraction makin kuat dan kuat. Sakit masa tu hanya Allah je yg tahu. Badan mcm kena ikat masa tu. Kaku menahan sakit. Speck mata pun sampai berwap. Tak nampak dah. Saya terus cabut spek mata serah dekat nurse. Saya tanya nurse lama lg ke baby saya nk keluar. Saya dah sakit sgt ni.
Nurse: ada rasa nak meneran ke?
Me: *angguk kepala* memang rasa ada sesuatu nk terkeluar masa tu.
Nurse tu terus panggil nurse2 lain. Ada dalam 3 org dtg dekat saya. And sorang nurse ni seluk cek bukaan. "Eh baby sah nak keluar ni"
Nurse 2: doctor takde, dlm bilik bedah.
Nurse 3: air ketuban dia tak pecah lagi. Cuba hang cubit. Hang pakar dlm cubit2 ni.
Saya dengar rasa mcm sakit hati. Tapi saya pasang kepercayaan dekat nurse tu je. Nurse pun seluk and pecahkan air ketuban saya. Ya Allah...sakit sgt... tak tahu apa nurse tu buat.
Me: nurse sakit!! ALLAH, ALLAH, istighfar banyak2 saya masa tu.
Nurse: Tahan sikit puan,, saya nak tolong awk ni.
Me: akur dan istighfar je. Sakit sgt. Mcm nk tendang je nurse kt depan saya tu. Saya rasa bahagian bawah dah basah. Maksudnya air ketuban dah pecah. Bila air ketuban dah pecah sakit makin sakit. Berganda2 sakitnya. Saya mengerang "Allah" sekuat2nya.
Doctor pelatih dengar saya mengerang, doc pelatih terus datang dekat saya "puan ok ke puan"
Me: sakit doctor.. sakkt..
Doctor: kejap saya cek bukaan.
"Dah full ni"
Doctor terus jerit panggil nurse suruh tolak masuk labour room. Nurse baru perasan saya tak tukar uniform hosp. Kalut lah nurse2 tu tukar baju saya. Situasi masa tu cemas sangat. Saya serah diri je masa tu sebab menahan kesakitan yg amat sakit.
Nurse: doc, doctor *** takde, dlm bilik OT.
Doctor pelatih: habis tu takkan nak tunggu, patient ni dah sakit sgt ni. Tolak je ke labour room. Kita tak boleh tunggu lagi.
Dalam hati saya, rasa nak marah. Tapi saya diamkan diri je. Sebab sakit kan. Doa yg baik2 je masa tu. Then diorang pun tolak saya ke labour room.
6.00 petang
Otw ke labour room saya dah rasa kepala baby dah kat bawah nk terkeluar dah. "Suami kepada puan Siti Suhaila sila ikut masuk ke labour room" Saya dengar nurse jerit.
Sampai labour room, saya nampak husband saya. Husband senyum kt saya tanda sokongan and nampak dari kaca mata dia "ibu kuat, ibu boleh" sambil husband angguk kepala dia.
Tak sempat nurse buat apa2 saya teran je. Sebab memang terteran sendiri. Husband cerita kat saya memang masa husband masuk labour room dah nampak kepala baby. Saya teran 2x terus baby keluar. Husband tak sempat tolong apa2 pn masa tu. Alhamduliah! Alhamdulillah. Keluar juga baby. Saat baby keluar, saya nampak perut saya terus mengempis. Allahuakbar. Besar kuasa tuhan.
Labour room dipenuhi suara tangisan baby saya. Saya dan suami tersenyum bahagia sambil suami mencium dahi saya dan tangan saling menggenggam erat. Nurse tunjuk baby dekat saya. Yes, baby boy!! Nurse terus letak baby atas dada saya. Saya memeluk tubuh baby saya sambil mencium dahinya. Wangii.. Mengalir air mata bahagia dan bersyukur. Husband azan dan iqamat di telinga baby.
Tiba2 senyuman saya terhenti bila sorang nurse dtg ambil baby atas dada saya sambil kata "puan sekejap ya, baby puan nangis tersekat2 ni." Nurse tepuk2 punggung baby sambil kata "baby nangis bagi lepas." Nurse tanya saya & husband perasan tak baby awk nangis tersekat2. Bila kami perhatikan dan dengar, memang ada tersekat2. Nurse terus hantar baby saya ke bilik doctor untuk cek more details.
Sementara tu, nurse lain uruskan saya. Keluarkan uri, jahit, etc.. Hati saya mula tak sedap. Perasaan gembira pada asalnya tadi bertukar sedih. Memikirkan keadaan baby saya. Berdoa dlm hati semoga baby saya ok, sihat, dan takde apa2 terjadi.. Doctor dtg panggil husband saya. Lagi sekali, hati bertambah tak sedap. Saya berulangkali tanya nurse baby saya ok ke nurse?? Nurse hanya jawab kejap ya puan, doctor tengah cek.
Saya dah siap, and masih menanti baby. Husband pun masuk. Soalan pertama saya "abg baby ok ke?"
Husband senyum. "Baby ok, cuma nafas laju." Suasana menjadi sunyi seketika. Dari raut wajah husband jelas kelihatan kerisauannya. Saya tak berpuashati dengan jawapan husband dan bertanya lagi.
Me: abang baby kita ok ke?
Husband: ok jgn risau.
Husband terus keluar tinggalkan saya sorang2 dlm labour room. Ikutkan perasaan nak je bangun cari baby. Tapi takde kudrat masa tu. saya diamkan diri dan pejamkan mata utk cari ketenangan.
Husband pun masuk semula ke dalam labour room.
Me: abg pergi mana?
Husband: tengok baby. Sambil genggam tangan saya.
Me: baby kenapa?
Husband diam. Tiba-tiba nurse datang.
Nurse: Encik ikhwan, boleh lah follow nurse. Kami nak hantar baby ke NICU. Nanti senang encik nak tengok baby. Husband terus pergi. Lagi sekali tinggalkan saya sorang2 mcm tu je. Saya moral down betul masa tu lagi2 dengar bila nurse kata baby hantar dekat NICU.
NICU??! Jantung laju...berdebar-debar. Nurse datang pulang semua baju baby.
Nurse: Puan, ni baju baby ya. Kita tak ambil baju baby. Sebab dekat NICU ada baju khas sendiri.
Me: Nurse, kenapa baby saya?
Nurse: Doctor dah explain dekat husband puan, nanti puan boleh tanya husband puan je lah.
Ya Allah. Diorang ingat ni main bola ke. Takde sapa explain dekat saya apa jadi dengan baby. Walaupun saya tahu dan faham husband tak bersedia utk jelaskan kepada saya. Tapi saya ibu dia. Perasaan ingin tahu membuak2. Saya hanya pasrah dan berdoa saja pada masa tu. terdengar azan maghrib berkumandang. Sayu hati... kepala ligat fikir anak aku....kenapa dengan dia?? Aku rasa dia sihat je tadi..
Husband sampai, and tanya “sayang masuk ward kelas pertama ya.”
Me: *angguk kepala”
Tak sempat nak cakap apa2 lg husband terus keluar balik. Tak lama tu ada 2 orang nurse datang. Hantar makanan. Puan makan ya. Saya tenung je makanan tu. takde selera nak makan. Takde apa yang saya nak masa tu melainkan baby saya.
Husband masuk balik labour room “abg dah daftar ward.”
Me: baby?
Husband: baby dalam NICU.
Me: Kenapa (terus nangisssss).
Husband: Jangan nangis. Berhenti nangis baru abg explain. Baby ok sayang jgn risau.
Saya menangis sepuas2 nya. Husband suapkan makan dekat saya, saya makan sambil menitis air mata. Then baru husband cakap sambil usap belakang saya “baby ok. Cuma paru2 baby ada infection sikit. Sebab tu nafas dia laju. Sekarang ni doctor masukkan dalam NICU untuk pantauan. Ibu kena kuat, baby pun kuat.”
Ya allah....
mengalir air mata lagi...
Me: Dalam NICU baby kene apa2 ke. Doctor ada buat apa2 ke kat baby?
Husband: Doctor masukkan oksigen.
Terus terbayang wayar2 dekat badan baby.
Husband: Ok lah, sayang tunggu kejap. Abang nak hantar pampers baby n tisu basah. Nurse minta td.
Husband pun pergi.
Saya mula tenangkan diri sekali lagi. Bisik dalam hati “aku kena kuat, utk baby. Ya aku kena kuat!”
Nurse datang,
Tolak saya masuk ke ward. Otw ke ward, nurse tanya puan ok ke? Saya jawab “ok”.
Oh ya masa nak masuk ward tu ada kisah menyeramkan terjadi pada saya. Terjadi di dalam lift. Lift tiba2 tersangkut dan tak bergerak. Dlm tu cuma ada saya dan 2 org nirse yg menolak saya. Nurse tekan loceng. Nasib baik baby takde sama dgn saya. Jadi bergelap lah seketika saya kat dalam tu. tak bernafas pun ya.
Sampai je dekat ward husband dah tunggu lama. “Pergi mana?”
Nurse jawab lift rosak tadi.
Macam2 berlaku. Benda tak jangka semuanya. Saya keletihan dan berehat je di atas katil. Takde perasaan nak bercakap. Husband pun berehat duduk dekat kerusi sebelah katil saya.
Lama kami berdiam. Percaya, masing-masing memikirkan keadaan baby. Saya tengok husband muka dia pun letih.
Husband: sayang, abg nak tengok baby kejap. Waktu melawat baby sampai pukul 10malam je.
Me: Saya nak ikut. Boleh ke?
Husband: Kejap abg tanya nurse dulu.
Nurse datang dekat saya “puan ok ke? Larat ke nak tengok baby. Puan berehat je dulu, esok pagi boleh tengok baby”.
Me: saya ok. Ringkas saja jawapan saya. Saya tak puas tengok baby selepas baby keluar tadi.
Nurse: ok kalau mcm tu encik ambil welcahir lah tolak puan ke NICU.
Tiba di NICU, kena pakai coverall. Semua parents yg nak masuk NICU wajib pakai coverall putih. Hati saya berdebar-debar. Memikirkan macam mana keadaan anak saya. Banyak wayar ke. Dia nangis ke.. kaki mula melangkah pintu masuk NICU. Tangisan baby terdengar sana sini. Allah... kuatkanlah aku!
Baby saya ke diletakkan di dalam bilik no 3. Dalam NICU tu ada 3 bilik. Penentuan bilik berdasarkan tahap kritikal baby. Bilik no 3 adalah bilik pantauan sahaja. Tidak kritikal. Alhamdulillah.. lega.. Semangat dtg kembali. Tiba di katil baby saya, saya tengok baby lena tidur. Ada wayar di hidung iaitu wayar oksigen. Tgn baby ada tapak drip. Kesian... baru lahir berapa jam dah kene cucuk sana sini. Saya menahan air mata, saya tak nak nangis depan baby, saya tak nak baby tahu yg saya sedih. Begitu juga dengan husband saya. Masing2 terdiam dan tertunduk seketika menahan sedih. Saya terus tarik tgn husband ajak keluar balik ward semula. Sebab saya tak sanggup nak tengok baby mcm tu. husband lah penguat semangat saya pada ketika itu. Dan saya pula penguat kepada husband. Malam tu saya tak tidur. Masih risaukan baby yg berada di nicu. RINDU. Rindu baby dan juga rindu amanda!
Rasanya sampai sini sahaja keinologi bersalin kan anak kedua saya. Cerita selanjutnya kisah di NICU saya akan sambung next entry. Apa yang saya boleh simpulkan disini, jalan cerita bersalinkan anak kedua saya dan anak sulung saya pada awalnya seakan sama. Start contraction pagi2 buta, bersalin petang, di hospital yg sama, bilik saringan yg sama, labour room yg sama. Cuma yang membezakanya adalah selepas selamat kelahirannya. Bagi saya, ini adalah pengalaman yang getir sepanjang hidup saya. Jika anda bertanya saya apa punca anak saya dimasukkan NICU. Saya tiada jawapan. Doctor pun tiada jawapan. Cuma doctor membuat assumption mungkin anak saya terminu air ketuban. Kalau tanya saya, saya agak marah dgn apa yg berlaku.. nurse pecahkan air ketuban saya tanpa persetujuan saya dan pengesahan dari doctor. Jika lihat SOP pihak hosp tak dibenarkan memecahkan air ketuban sewenang2nya. Takpelah. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya percaya ini ketentuan dariNya. Ujian utk diri saya, mahupun husband saya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Alhamdulillah untuk rezeki ini & ujian yang diberi. Harini baby sayandah 2 bulan 9 hari. Alhamdulillah membesar dgn siha, bukat dan comel. Hehe.
Nantikan next entey saya, 4 hari di nicu, 1 hari di ward recover.
Penutup entry ni, tepek sikit gambar baby. Untuk kenangan. Nanti anak2 boleh baca.
Terima kasih sudi membaca.
0 comments:
Post a Comment