http://susulila.blogspot.com/

Diari Braces: Pengalaman Pakai Braces (Klinik Pergigian Kajang Prima.

Assalamualaikum :)

Ehh pejam celik pejam celik hampir 9 bulan aku dah pakai braces. Last aku update tentang diari braces masa bulan february hari tu tentang tips sebelum memakai braces. Boleh klick kat sini bagi sesapa yang tak baca lagi tu. So hari ni aku nak cerita lah pengalaman aku pakai braces. Sebelum aku pakai braces, puas aku baca blog semua blog pasal pengalaman diorang pakai braces. Mostly ada yang macam menakutkan pembaca je sampai lebih 10x aku dok fikir nak ke tak nak pakai braces. Padahal bila aku pakai, tak ada lah scary sangat. Pastu timbul lah persoalan lazim yang orang nak tahu bila kita pakai braces ni. So aku jawab kat sini saja lah ya :)


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Ermm mestilah sakit. HAHAH. Tipulah kalau aku cakap TAK SAKIT. Tapi jangan risau, tahap sakit tu boleh dikawal sebab sakit tu bukan berterusan. Sakit masa awal-awal pakai je. Ada beberapa situasi yang membuatkan kita sakit bila pakai braces ni:

1. Sakit sebab cabut gigi - Part kalau sebut je cabut gigi ni rasa nak lari terus sebab cuakkan! Tapi bila fikir nak gigi cantik aku terus redha dan tabah. Wuwuuuu. Macam aku, aku kena cabut 2 batang gigi je. 1 gigi bawah dan 1 lagi gigi atas. Bagi aku masa Dr nak cabut gigi tu TAK SAKIT. Tapi before dia nak cabut gigi tu dia akan bagi injection atau orang selalu sebut ubat bius la. Ubat bius tu dia akan inject kat gusi dan pipi. Inject haruslah guna jarum ya anak2. Ko bayangkan lah gusi kita yang keras ni dicucuk guna jarum mau nya tak sakit nak oii. Sakitttt tau tak!!. Aku sampai terangkat2 kaki masa Dr inject tu. Masa menaip ni pun masih terasa lagi bisa2 injection tu. Wuargghhh :(. Lepas Dr inject, dia akan bg masa dalam 15 minit macam tu la (anggaran kasar aku). Masa tu kau dah tak rasa apa2. Rasa kebas je sekitar mulut, pipi and dagu. Kau cubit lah sekuat mana pun tetap tak kan rasa apa-apa. Lepas dah sure betul2 kebas, barulah Dr jalankan proses mencabut gigi. Masa cabut tu memang tak rasa apa-apa, tau-tau je eh dah tercabut dah gigi aku pastu Dr terus suruh gigit kapas sebab nak elakkan bleeding. Siap! 

Nasihat aku, sebelum korang pergi cabut gigi make sure korang makan dulu bagi betul2 kenyang. Sebab lepas cabut gigi tu darah akan sentiasa keluar. So macamane korang nak makan kan. Ada juga tertelan darah tu kang. Huhuu. Pastu lepas beberapa jam cabut gigi, ubat bius tu akan hilang. Haaa masa ni korang akan start sakit. Macam aku rasa sengal2 sampai tangkap kat kepala. Berdenyut2 rasa. Bila dah rasa sakit sikit2 tu terus telan pain killer yang Dr bagi tu. Insyallah kurang sikit sakitnya. Sebab tu penting nya bagi perut kenyang sebab pain killer tak boleh makan masa perut kosong (Cer google utk scientific explanation)

** Tips nak stopkan bleeding dengan cepat: 
Kumur menggunakan air sejuk. Make sure air sejuk bukan air yang diletak ais ya!. Aku memang dah standby 3botol air sejuk before pergi klinik. Sampai je rumah terus boleh kumur2. Heheh.

 2. Sakit setiap kali follow up - Kesakitan ni akan menghantui hidup korang setiap kali korang balik dari follow up (sebulan sekali). Tempoh kesakitan dalam 1-2hari macamtu. Depends lah berapa ketat Dr tarik wire supaya gigi korang rapat. Tapi kalau Dr pasang power chain memang 'Power' lah sakit dia. Ahhh amazing sangat! Kejap Power chain benda alah apa ek? Cuba tengok gambar kat bawah ni. Benda tu namanya power chain. Fungsinya untuk menarik dengan lebih 'kuat' lagi bahagian gap antara gigi. Kan aku cabut gigi 2 batang. So nak tarik bagi rapat dengan cepat kenalah pakai power chain. Tahap kesakitan dia ahhhh amazing sangat! Tak tipu. Kesakitan dia lagi sakit dari mula2 pakai braces tu. Tempoh kesakitan 1-2minggu. 2-3 hari tu aku makan bubur je. Even nasi yang kita rasa  lembut tu pun aku tak mampu nak kunyah tau. Bila tersalah gigit mulalah akan menjerit arghh!! Haru betul hidup. Hehe

Yang atas tu lah 'power chain'

So far, aku tak pernah pakai power chain ni serentak atas dan bawah. Biasanya Dr aku selang2kan macam kalau bulan ni pakai power chain kat gigi atas je, bulan depan pakai gigi bawah plak. Tapi itu pun dah berendam air mata nak oiii. Tapi jangan hirau sangat, sebab lama-lama kau akan ter-biasa dengan kesakitan tu. Sakit tu semulajadi akan sebati dalam diri kita sampailah boleh enjoy and playing dengan sakit tu. Pheww~ ~ ~ Yang penting mental tu kena kuat! :P

Lucky me, aku cuma rasa sakit bila 2 situasi ni jelah. Ada certain orang kena ulser. Sepanjang aku pakai braces ni, aku tak pernah kena ulcer lagi. Katanya kalau kena ulcer lagi sakit. Iye lah even kalau kita tak pakai braces pun, bila ada ulcer kat mulut dah rasa pedih sakit2 lagi lah bila bergesel dengan bracket braces kan. Tabahlahh nakk!

Lepastu, ada sesetengah orang kena pakai separator before pasang braces. Macam kes gigi aku, setakat ni tak pernah kena pakai separator tu lagi. So, xdapat lah aku nak explain sakit tu macam mana sebab aku tak pernah pakai. Huhuu.

MAHAL TAK BUAT BRACES?
Berdasarkan result yang aku dapat setelah puas buat survey kos buat braces ni, range dia antara RM4k-8k. Kos ni semua bergantung kepada jenis braces. Macam aku, aku pakai metal braces yang kebanyakan orang pakai. Haa macam gambar kat atas tu, tu lah namanya metal braces. Gambar kat bawah ni konon macam nak tunjuk jenis braces yang aku pakai. Kalau korang boleh nampak mata korang memang power. Heheh

:)

Seperti yang aku ada mention sebelum ni tentang  tips sebelum memakai braces kita kena survey dulu klinik-klinik gigi yang buat braces ni. So klinik gigi pilihan hati aku adalah klinik pergigian kajang prima. Kenapa aku pilih klinik ni sebab pertama adalah lokasi klinik tu dekat dengan rumah aku. Yelahh bila kita dah pakai braces ni, every month kene jumpa dentist untuk check up gigi kita ok ke tidak. So senang la jimat masa, minyak semuanya lahh. Huhuhu. Keduanya, sebab antara yang termurah dan paling mudah. Macam aku kena RM5k je. RM5k ni dah termasuk semuanya lah (x.ray, buat acuan gigi, cabut gigi, follow up utk every month). So tak payah nak pening2 kepala risau-risau ada tambahan duit ke apa. Sebab RM5K ni memang dah betul-betul solid dari awal pemasangan braces sampai la tanggalkan braces nanti. Jadinya get ready je terus RM5k tak perlu risau2 tak cukup duit dan terus boleh enjoy my life using braces. Lagi satu klinik ni lengkap dengan semua kemudahan. Maksudnya proses pemasangan braces dari A to Z memang buat kat klinik ni je. Tak perlu pergi klinik2 lain. Mudahkan? Ada sesetengah klinik gigi lain, diorang takde buat x.ray. So korang kene pergi klinik lain untuk buat x.ray gigi. Lecehkan? Huhuh. 

Cara bayaran plak masa first appointment tu terus kena bayar deposit RM1000. Baki selebihnya diorang bagi pilihan samada nak terus bayar cash atau pun bayaran sikit-sikit mase follow up every month tu. Terpulang la kat korang nak guna cara mana yang korang suka.

MACAM MANA KAU GOSOK GIGI? 
Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan berus gigi. Heheh. Cuma aku ada 2 jenis berus gigi. 1 yang memang khas untuk braces. Berus tu aku beli kat klinik yang aku buat braces tu je. Tak pun boleh cari guardian/ watson. 1 lagi berus gigi interdental. Bila pakai braces makanan senang terlekat kat bracket braces. So memang makan masa yang lama jugak la dalam toilet tu bila nak gosok gigi nak remove semua yang lekat kat bracket tu. 

BERAPA LAMA PAKAI BRACES?
Bergantung pada pergerakan gigi kita. Macam aku, Dr buat anggaran almost 2 tahun. Aku perasan gigi aku start tersusun dalam 2bulan macam tu. Bila kita dah nampak hasil gigi dah teratur cantik, seronok sangat rasa lebih confident bila nak bercakap. Percayalah. Best! The most important bila dah pakai braces mesti disiplin. Follow up jangan miss ok. Follow up tu penting utk kita tahu progress pergerakan gigi kita bagus ke tak. Bila dah termiss nanti susah plak Dr nak determine progress gigi kita. 

MALU TAK PAKAI BRACES?
Sebenarnya takde pun perasaan malu tu. Happy + excited je. Tapi biasalah ada je manusia yang akan pandang kita seakan peliks  dan yang pasti akan pandnag kita berkali2 especially bila dia cakap tak tengok muka kita. Tapi tengok gigi kita je. Mula-mula tu memang la rasa tak selesa bila bercakap orang pandang gigi kita je. Tapi bila gigi dah teratur cantik aku dah tak heran. Sebab confident level bercakap tu dah ada. :) 

Lagi2 la masa aku tengah mengajar dulu. Yes, student memang fokus tengok aku masa aku tengah mengajar. 95% aku boleh kata diorang focus kat gigi aku je. Ada satu ketika tu, masa aku tengah2 mengajar, tiba2 ada sorang student ni tiba2 angkat tangan. Aku ingtakan dia angkat tangan sebab aku cakap laju ke atau dia tak faham. Rupanya dia nak tanya 'cikgu sebelum tu saya nak tanya braces cikgu tu warna apa sebab cantik sangat warna tu'. Damnn!! Aduii terkedu aku tau tak. Kahkahh. Pastu aku masih ingat lagi, ada student panggil aku cikgu gigi besi. Ish geramm je aku dibuatnya. Gurau kasar ye nampaknya. Heheh. Haaa see, sebenarnya diorang perhatikan kita bukan sebab dia nak kata kita hodoh ke apa, cuma mungkin diorang pelik atau diorang rasa eh cantik gigi die. Hahah!

Paling kelakar, kalau dengan budak2 kecik biasanya diorang ni akan stare je gigi kita sambil tangan dia terangkat2 nak touch kita punya braces. Diorang sangat interest dengan braces mungkin sebab warna warni kot. Blushing juga aku dibuatnya tau tak. LOL!

EH DAH TUKAR WARNA LAIN BRACES KAU?
Actually yang bertukar-tukar warna tu bukan braces tau. Bracket bracess tu memang tetap je kat gigi kita sampai akhir cabut nanti. Yang warna warni tu adalah elastic band. Benda pertama yang kena buat masa masuk bilik Dr bila aku follow up ialah Dr akan bagi 1 bekas pilihan warna elastic band tu. Macam biasa aku paling excited nak pilih warna elastic band tu. Kadang2 siap panggil suami suruh pilihkan warna apa yang cantik sebab banyak sangat pilihan warna yang cantik2 (Depends on klinik gigi, ada yang bagi banyak pilihan warna. Ada yang tak banyak. Macam klinik aku pergi ni memang banyak pilihan warna woo). Warna favourite aku setakat ni warna pink dan turquoise. Elastic band tu memang setiap bulan kena tukar sebab ciri2 fizikal dia kenyal dan anjal (something like getah). So semakin lama kita pakai elastic band, semakin kurang lah daya tarikan dia kat gigi kita tu. Sebab tu penting kena follow up every month supaya gigi kita yang dah tersusun cantik tu tak lari kembali ke tempat yang salah. Hihihi. Nasihat aku, elakkan pilihan warna transparent. Sebab warna transparent ni risiko untuk warna elastic band tu bertukar sangat tinggi. Lagi2 lah bila kau makan lauk kari atau yang berempah2, jangan terkezut tiba2 warna elastic band kau tu bertukar jadi warna yang lebih buruk dan akan nampak kotor. Gambar kat bawah ni aku pakai warna navy blue.

- - - - - - -  :) - - - - - - - - 

Ok lah ini saja pengalaman yang aku boleh share setakat ni. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah sakit teruk mana pun. Sakit sekejap je lepastu ok dah. Maasa mula-mula je rasa tak selesa. Macam sekarang ni aku dah serasi dan selesa pakai braces sampai rasa sayang dengan braces ni. Senyum pun rasa nampak manis cantik je (Eh ni aku perasan sendiri jekk). Ehekkk. So sesiapa yang ada niat nak berbraces tu, silakan jangan takut2 ya. Insyallah doa banyak2 semoga segalanya dipermudahkan :)


Babai.







Diari Mengandung: Jenis Alahan Semasa Mengandung

Assalamualaikum <3

Hari ini hari rajin untuk diri aku sebab nak clean kan draft-drat yang ada dlm blog ni. Haaa nampak tak sebenarnya banyak entry yang nak share tapi dek miskin masa tak sempat nak update.

Kalau korang  perasan entry diari mengandung yang lepas aku ada cerita sikit tentang ragam dan alahan mak dan kakak2 aku mengandung kan? Sapa belum baca klik SINI. Dulu-dulu sebelum pregnant selalu aku terfikir nanti time aku pregnant, aku spesis macam diorang juga ke ek? Eheheh.Then, aku pun selalu perati kan je ibu2 mengandung ni. Ada yang cergas sentiasa. Ada yang lesu. Dan tak kurang juga ada yang tudung senget benget. Hihihk >sori<.

Itu dulu lahhh. Duk perati orang je. Sekarang aku plak merasa. Huhuhu. Hari ni nak cerita sikit aku ni kategori alahan yang macam mana? Ye la ibu mengandung ni memang sinonim dikaitkan dengan muntah2 masa mengandung (morning sickness). Dari pengalaman aku, setakat ni alhamdulillah aku takde muntah2 teruk. Syukur sangat-sangat sebab aku tak banyak karenah sangat setakat hari ini (Doakan aku sihat seperti biasa sehingga melahirkan baby nanti. Amin.) Ni antara alahan yang aku rasa setakat hari ni lah:

1) MUNTAH

Masa kandungan 1-3 bulan je aku ada muntah. Tu pun sehari sekali je. Timing muntah aku masa awal-awal bangun pagi tu. Benda pertama bila celik mata je terus rasa nak muntah. Muntah tu akan keluar sekali yang lendir warna kuning rasa pahit-pahit tu. iywekkk! Tak sedap. Rasa PAHIT!! Tak tipu. Heheww. Masa nak muntah tu badan aku terus terasa lemah. Badan aku plak akan berpeluh-peluh. Haa lepas dah lega muntah sekali tu terus jadi okey. Sihat, kuat, ceria macam biasa. Hehek :)

2) LOYA-LOYA

Loya-loya ni maksudnya signal terasa nak muntah campur dengan pening-pening lalat. Benda paling buat aku rasa loya pertama sekali bila aku nampak telur mata. Phewww~~ tengah menaip sekarang ni pun terus pening bila teringat telur mata tu. Aku memang tak boleh tengok telur goreng mata lembu tu. Tah kenapa padahal sebelum mengandung ok je.

3) SENSITIF DENGAN BAU-BAUAN

Sejak mengandung ni aku tak suka bau wangi-wangian. Paling sedih aku langsung tak boleh bau perfume DKNY favorite aku tu. Terpaksa lah beli perfume baru sebab i pun nak wangi2 juga. Heheh!

Selain tu aku tak boleh bau minyak rambut suami. Kalau bau mesti rasa loya-loya, terus pening-pening. Dan aku pun sama akan tolak dia jauh-jauh. Huhuh. Makanya, aku awal-awal dah keluarkan terus perfume dgn minyak rambut dia tu letak kat bilik bawah. So, time suami nak pergi kerja je boleh pakai wangi-wangian tu. Kalau hari tak kerja, dilarang sama sekali memakai wangi-wangian. Syarat lain, before pakai minyak rambut tu, kenalah salam aku dulu. Then baru boleh pakai. Kalau tak, aku tak nak salam. Tak pun salam versi hujung jari je. Hahah :P 

Selain perfume dgn minyak rambut suami, aku juga tak boleh bau sabun basuh baju. So, suami aku lah yang kena basuh, sidai baju semua. Ewahhh heaven sangat ok. Thank you abang <3

Haaa itu je kot alahan yg akau rasa masa aku mengandung. Alahan yg aku rasa ni semua berterusan sampai la weeks yang ke 36. Cuma yang muntah tu je dah xde. Muntah tu stop sampai kandungan masuk 4 bulan. Lepastu lega :) Alhamdulillah. 


**Alahan lain yang mostly ibu mengandung alami:

1) ALAHAN MEMASAK ATAU MAKANAN

Ada sesetengah ibu mengandung mengalami alahan dengan aktiviti memasak. Bukan setakat tak boleh masak je tau, malah ada juga yang langsung tak boleh masuk dapur. Kesian diorang. Salah satu faktor diorang tak boleh masak sebab alah dengan bau-bauan bahan masakan tu sendiri. Contoh macam bau ikan, ayam, daging. Lagi2 bau ikan kan macam hanyir2 kann. Then, diaorang tak boleh bau wap masakan tu. Kan masa kita masak, akan ada naik bau. Haaa yang tu la diorang tak boleh bau. Macam kakak (cikgu) kat sekolah aku tu, dia jeles sangat tengok aku boleh makan and stay kat kantin guru masa mengandung. Kakak tu cerita lah pengalaman dia dari anak first sampai anak keempat kot, dia tak boleh lansung masuk dapur dan bau wap masakan. So, dia terpaksa guna laluan yang jauh kalau nak masuk bilik guru. Then suami dia lah yang tolong masak untuk anak-anak diorang. Sweet kan macam tu. Rajin suami beliau. Heheh.

Macam aku, takde kena alahan masak. ni. Lagi dasyat masa mengandung ni aku terlebih rajin nak masak. Huuuu. Lagi-lagi makanan ala2 kampung. Wuuu sedap betull. Pastu aku kuat makan! Setiap masa nak mengunyah je. That why la badan aku sekarang ni dah macam bola yang dipam2. Huhuu. Berat badan pun sentiasa naik melambung-lambung sampai kena bebel dengan nurse. Hahah.

2) ALAHAN PADA SUAMI

Haaa ni kes berat. Hehhe. Ada sesetengah ibu mengandung tiba-tiba je ada alahan dengan suami. Contohnya macam tak suka tengok muka suami, tak boleh bau badan suami. Jadi, para suami sekalian harap bersabar ya. Hihih.

Macam situasi aku, sejak mengandung aku lagi lahh nak suami sentiasa dekat dengan aku. Hari-hari nak merap je kat suami. Weekend hari yang paling dinanti-nantikan sebab xkerja kan. So boleh merap lama-lama bawah ketiak suami. Huhuhu.

3) ALAHAN EMOSI

Hahaaa perempuan sangat sinonim dengan perkataan 'emosi'. Haaa kalau nak tau masa mengandung ni memang banyak karenahnya. Kadang-kadang diri sendiri pun tak faham apa jenis emosi yang kita alami. Kejap rasa nak marah, kejap rasa sedih yang terlampau, kejap rasa rungsing, kejap rasa serabut. Haaa dasyat kan!
.
Macam aku, benda paling obvious yang aku rasa ialah aku kerap rasa serabut. Tak memasal rasa serabut dengan semua benda. Sejak dari awl mengandung, aku tak boleh langsung pergi shopping complex. Sob sob :('. Aku pun naik hairan kenapa tiba-tiba jadi gitu. Ada satu hari tu konon ajak suami dating kat one utama. Baru je masuk mall tu, aku dah tarik tangan suami ajak balik. Kesian cik suami. Huhuhu. So kesimpulannya, sejak aku mengandung, aku banyak habiskan masa kat rumah je la. Rileks2 lepak2 kat rumah je. Tak suka keluar rumah. Dalam hati "eii jangan lah baby i ni anti social" Hahaarr.

Then, suami aku pun tersenyum je sebab boleh lah saving duit sebab duit shopping bulanan tak guna. Amboiii! Jangan nak suka sangat sebab keadaan serabut ni masuk usia kandungan 7 bulan tiba-tiba dah takde. Aku dah boleh jalan-jalan keluar pergi mall. Tp, masa tu perut dah semakin maju kehadapan. Badan n perut dah rasa berat la. Tapi demi membalas ketagih nak shopping tu tiba-tiba je rasa kuat. Dan aktiviti wajib lepas puas berjalan, malam tu suami kena urut kaki aku. Dah balik baru rasa aduii aduh sakit kaki sakit badan semuanyalahh. Heheh.

Ok setakat ni je lah yang aku boleh share tentang alahan ibu mengandung. Aku sangat bersyukur sebab tak banyak alahan yang serius sepanjang mengandung setakat hari ini. Tahap kesihatan aku pun baik-baik saja. Masa mengandung ni memnag banyak sangat bentuk cabaran yang kita alamai. Lain orang lain cabarannya, lain rasanya. Tak semua sama. Bagi aku lah, masa mengandung ni lah 'dugaan' paling mencabar untuk 'suami'. Sebab apa? Sebab ibu mengandung ni tiba-tiba akan bertukar menjadi kanak-kanak ribena. Macam-macam perangai pelik keluar.

Ok sampai sini saja. Didoakan semoga bakal-bakal ibu diluar sana sentiasa kuat dan kuat untuk melawan alahan ketika mengandung. Banyakkan bersabar, banyakkan beselawat dan banyak membaca Al-Quran. Percayalah pengalaman mengandung adalah pengalaman yang termanis yang akan dirindui bila baby dah lahir.



Diari Mengandung: Ada Sesuatu Yang Bergerak dan Bernyawa.

Assalamualaikum and hyeeee :)

Lama sangat menyepi mungkin sebab busy uruskan diri yang tengah berbadan dua ni. Heheh. 
Alhamdulillah hari ni usia kandungan dah masuk 34 weeks. Dah terasa ada sesuatu yang bergerak di dalam perut ni. 

Teringat masa kandungan 14 weeks, first time tengok baby bergerak begitu aktif di dalam rahimku. Sebuah kurniaan yang terindah yang Allah bagi padaku dan ada sesuatu yang Allah telah aturkan untuk aku dan suami. 

Seperti yang semua tahu, aku antara yang paling awal kahwin dikalangan kawan-kawan kat Upm. So banyak lah soalan-soalan timbul yang mungkin mereka excited nak tahu pengalaman mengandung. Yang paling win ramai whatsapp nak tengok gambar baby bump. Pastu bila aku dah send kat diorang, diorang paling suka gelakkan aku sebab aku paling gemok diantara diorang. Adil ke macam tu? Ishhh! Tak pe nanti lepas deliver i slim balik hokeyy. Tunggu.... 

I is gemok. Ni latest picture masa 32 weeks :P

Ok meh sini nak story sikit perasaan first time mengandung ni. Perasaan?? Aku teruja, excited, happy dan terharu. Syukur Alhamdulillah. Perut aku dah semakin membesar sekarang. Dah tak boleh sorok perut. Dah tak selim hokey. Hehe. Kaki pula dah kerap kejang dan cepat penattt. Sangat! Kulit perut plak terasa seperti terpaksa ditarik-tarik kedepan, nafas dah mudah termengah-mengah macam lari 100 meter je (padahal yak buat apa-apa pun). Setiap pergerakan dah terhad sangat-sangat. Macam aku sekarang ni dah start solat dalam keadaan duduk. Dah tak larat nak duduk bangun duduk bangun. Sebab akan terasa ketegangan otot lagi-lagi kat pinggang dan perut. Tidur plak dah mula tak lena sebab dah kene tidur mengiring je. So bila nak pusing mengiring ke kanan ke kiri tu agak susahla. Aku sampai tarik-tarik badan suami bila nak mengiring tu. Makanya tidur suami pun turut tak lena. Hihihi. Ampunkan saya! Harharr. Kadang-kadang sampai lenguh-lenguh tangan sebab tu kene saling bertukar mengiring ke kanan dan kekiri. Baby plak semakin aktif. Lagi-lagi time malam, sakan betul baby dalam perut ni bergerak. So bila dah terpejam mata, pastu rasa dia menendang terus mata ni segar bulat terbuka @_@. Alahai anak. Apa yang aku rasa ni semua normal untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Semakin bertambah usia kandungan, beban diperut semakin terasa berat. Tapi disebalik perasaan ni semua, ada sebuah nilai ibadah yang maha agung. Insyallah :)

Hmm.. ramai kawan-kawan tanya macam mana rasanya bila baby menendang? Errr actually aku tak tahu nak explain. Hahaha. Ok aku cuba explain la ye. Rasanya macam ada orang tolak-tolak perut kau dari luar tu, tapi ni versi dari dalam. (Haaaa cer try! Hihik). 

 Eh eh.. baby boy ke girl?? Ok to be continue... Tata :)


Diari Mengandung: Alhamdulillah I'm pregnant (Mother to be).

Assalamualaikum 
and salam ramadhan semua :)

 Tajuk Special: The End is The Beginning is The End.

Sekian lama menyepi, hari ni Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Walaupun puasa, terajin plak menaip sebuah entry yang sangat bermakna dalam hidup aku. Tajuk entry The End is The Beginning is The End. Amboii terbelit lidah nak sebut iye dok. Hihihi.  Sebenarnya dah lama simpan entry ni as a draft. Cuma tunggu masa je nak publish mana tau boleh dibuat rujukan bersama untuk kita semua (berangan ada orang nak baca entry kita. hehe).

Dengan lafaz bismillah... Hari ni genap 2 tahun 2 bulan aku bergelar suri kepada En.Ikhwan, suami tercinta. Dan pada Mac 2015 kami merupakan pasangan suami isteri yang diterima oleh Allah untuk menerima rezeki dariNya. Rezeki yang cukup berharga dan bernilai untuk kami suami isteri iaitu rezeki anak. The End kisah kesedihan tentang zuriat. Tiada lagi rasa sedih apabila diaju soalan berkaitan dengan anak. Sudah tiba masa untuk kami berlapang dada dengan rasa syukur kepada Allah menerima amanah dan tanggungjawab ini. Saya akan jaga kandungan ini sebaik2nya. Doakan yang baik-baik saja untuk kami sekeluarga ya.

Untuk pengetahuan, perkongsian berita gembira ini aku dah kongsi kan di instagram @elanorofficial dan juga personal instagram aku, @susulila. Perkongsian awal tu sebab nak inform aku sedang bercuti untuk berbusiness. Harap customer faham dan setia menunggu produk keluaran dari elanorofficial. Dan tak lupa juga jutaan terima kasih atas doa dan ucapan yang tak putus-putus dari kawan2 dan juga my lovely customer ELAngels. Terharu ^^''.

Seperti ramai yang tahu, aku berkahwin pada ketika aku masih belajar di universiti. Tahun ke 2 di universiti aku bertunang dan tahun ke 3 aku berkahwin. Masa tu ada baki lagi setahun untuk aku tamatkan pengajian ijazah. Ramai yang beranggapan aku merancang untuk tak nak ada anak sebab bagi pandangan diorang aku masih muda dan masih belajar. Tapi tekaan orang ramai tu meleset dan salah sebenarnya. Huehue :( Hanya orang yang betul-betul rapat dengan aku tahu niat nak ada anak tu dari awal perkahwinan lagi sebenarnya. Baiklah aku ceritakan secara ringkas apa alkisahnya. (Sila tarik nafas panjang-panjang sebab entry ni panjang. Heheh>)

Mula-mula masa awal berkahwin tu, kami suami isteri ada berbicancang pasal anak. Kalau ikutkan kami suami isteri, tak kisah pun kalau rezeki anak tu datang awal, kami terima je. Lagi-lagi suami aku memang suka sangat budak2 ni. Suami plak anak sulung dan merupakan cucu sulung. Kiranya, dia dah lama lah tak pegang budak kecik. Suami teringin sangat nak ada baby sebab kawan2 sebaya dia mostly atleast dah ada 2/3 orang anak, paling ramai 5 orang anak la. Tapi sedikit terganggu bila melihat dan memikirkan pengalaman mak dan kakak2 aku masa diorang mengandung, sangat lah kuat dugaanya. Alahan dan mabuk2 yang sangat teruk. Melepek je lah. Kerisauan timbul dihati kami suami isteri. Takut-takut aku pun mewarisi alahan dan mabuk yang teruk macam mak dan kakak2 aku tu. Dalam takut-takut tu, kami tetap berharap juga nak ada baby. Sebab bila fikir-fikir balik kalau aku mengandung sekarang ni pun takde masalah kot sebab due date bersalin nanti mase tu aku dah habis belajar. So confirm lah tak kene extend. So secara ringkasnya aku tak pernah makan apa-apa ubat lah untuk prevent supaya tak mengandung. Aku serahkan je kerja ni kat Allah bila masa waktu yang sesuai untuk dia bagi rezeki anak kat kami.

Haaa tapi dalam tempoh 2 tahun ni, banyak sangat soalan-soalan bagaikan pistol di kepala. Antara soalan-soalan yang hot macam ni "Bila korang ni nak ada baby?", "Badan macam berisi, dah ada isi ke?", "Muda-muda lagi ni bagus ada anak cepat. Dah-dah la tu honeymoon, "Tak boring ke hidup berdua je?", "Korang ni planning ke tak nak ada anak?". Huehueee. Ini lah antara soalan-soalan yang acap kali diajukan kepada aku. Yang lagi tak boleh tahan, ada orang tu tanya aku dan dia sendiri bagi jawapannya. Hahaha. Contoh, "eh ko bila nak ada anak?.. Hmm yela masih belajar lagi kan. Takpe rileks2 lah dlu." Hihihikk. Mungkin orang tu nampak ekpresi muka aku berubah macam nak makan dia kot. Tu yang dia jawab terus soalan yang dia bagi.Walaupun nada diorang ni sometimes bersahaja, tapi sedikit sebanyak buat aku seteresss tau tak!! :/''

Dan ramai je yang assume aku ni planning tak nak anak dulu sebab masih belajar. So bila diorang ni relatekan aku takde anak sebab masih belajar, aku hanya mampu senyum saja. Entah, aku rasa senyum je la cara yang terbaik dan mampu buat hati kecil ini gembira. Aku malas nak cakap panjang. Biarlah diorang nak assume apa, yang penting tuhan tahu apa kehendak kami. Aku fikir bukan manusia yang bagi rezeki anak, tapi Allah yang pemberi rezeki. Cukuplah Allah je yang tahu apa kehendak aku :)

Lepas habis belajar, majlis konvokesyen pun dah selesai lagi lah kuat tekanan tu datang. Dulu masa belajar, aku boleh juga anggukkan je la persepsi2 diorang yang assume takde anak lagi sebab masih belajar. Tapi lepas dah habis belajar aku tak tahu nak jawab apa. Angguk tak boleh geleng pun tak boleh. So jawapannya hanya senyum saja :) Tapi dalam hati sedihhhhh!! Suami je tempat aku mengadu. Selalu pinjam bahu suami dan mengadu pasal isu anak ni. Suami lah yang banyak bagi kata-kata semangat kat aku sampailah reda kesedihan aku. Nasib baik Allah bagi aku suami yang sentiasa memahami dan menyokong aku dari setiap sudut kehidupan. Alhamdulillah.


Klimaks cerita**


8 mac 2015, Ahad.

Pagi-pagi aku dengan suami pergi pasar nak beli stok masakan yang dah kosong dalam peti sejuk tu. Hehehe. Biasanya aku akan decide beli 2 atau 3 jenis lauk je untuk seminggu. Nanti minggu depannya tukar pulak lauk lain. Tapi hari tu tah kenapa banyak pulak nafsu membeli aku. Nak ikan, ayam, sotong, udang, ketam, daging, kerang... Terliur je tengok semua fresh2 kat situ. Padahal belum masak lagi pun. Ada tu yang masih hidup lagi. Tapi bila nampak je, dah terbayang2 ikan, ayam, sotong, udang, ketam tu semua nak masak apa. Sampai cakap kat suami sedapnya kalau ketam tu masak lemak cili api, sedapnya udang masak sambal, sedapnya ikan tu kalau masak bla bla bla... Pastu suami pun jenis kuat makan dan suka sangat aku masak. Dia pun On je la. Haa ok beli je lahh. Banyak sangat kitorang membeli masa tu. Bukan kira jenis lauk je, sayur-sayuran pelbagai jenis aku beli. Meriah sungguh. Padahal makan untuk 2 orang je. Wuuuu. Balik dari pasar tu kitorang kemas lah hasil pembelian kami tu. Masa tengah kemas-kemas tu, tiba-tiba aku sakit pinggang. Pastu perut pun sakit macam nak senggugut tu. So aku pun ngadu lah kat suami "abg sakit pinggang and perut. Mesti dah nak period ni." Pastu suami suruh aku mandi terus and rehat. So suami lah yang kemas sampai habis. Buat pengetahuan semua, aku memang ada masalah terbesar bila datang period. 1st day and 2nd day period aku akan kene senggugut yang sangat teruk sampai aku pitam/ pengsan. Sebab tu suami terus suruh aku mandi sebelum sakit senggugut tu mengganas. Takut-takut masa mandi tu lah aku pengsan (banyak kali berlaku :/). Aku pun cepat-cepat lah pergi bilik mandi. Pastu masa nak mandi tu, ternampak lah spotting (bercak darah yang macam sign awal kita nak keluar darah period tu). Masa tu terus sedihh sangat sebab dah confirm aku period. Maksudnya aku tak mengandung lahh!. (Sapa yang dah berkahwin tu, and nak sangat baby mesti uolss pun pernah rasa sedih kan kalau datang period. Haaa macam tu perasaan sedih aku.)

Lepas siap mandi semua aku terus je nak masak. Suami dah teragak-agak dah tak bagi aku masak. Aku dah plan masa kat pasar lagi nak masak ketam tu masak cili api. Sedapppp!! Aku nekad cakap kat suami aku belum start sakit sangat. So, bagilah aku masak dulu and terus makan untuk tenaga nak menahan sakit senggugut. Akhirnya suami pun bagi aku masak and dia bantu sikit2. Masa tengah masak tu suami cakap "Baby (panggilan manja untuk aku. Sila jangan muntah!!).., betul ke kitaran period baby ni 28 hari. Macam tercepat 2 hari je kali ni." Aku pun bergegas ambil iphone tengok application period yang aku dah download tu. Aku: "Ehhh a'ah lah. Hari ni baru hari yang ke 26." Pelikkkk. Sebab kitaran period aku biasanya tepat 28hari. Tak pernah tercepat. Terlambat pernah lahh. Tu pun lambat kalau bulan tu aku ada makan ubat demam ke selsema ke so terlambat lah period 2/3hari. Pastu kitorang pun masing-masing just ignore je. Ahhh biarlah nak tercepat nak buat macam mana. Kene ready je la tanggung sakit senggugut lepas ni. Tu je yang aku fikir. Sakit senggugut. Wuearghhh!!


Ketam masak lemak cili api tambah udang sikit + kacang botol goreng + tauhu goreng + sambal kicap :)

Lepas makan terus baring rehat-rehat. Pastu macam pelik kenapalah darah ni tak keluar2 lagi. Sakit pinggang and perut still sakit. Tapi tak bertambah pun. Sakit tu maintain je. Dah malam tu lagi lah pelik kenapa tak keluar darah lagi ni. Seteresss tunggu. Sebab kalau malam darah dah keluar atleast ada suami. Kalau esok (isnin) baru darah nak keluar suami takde kat rumah pergi kerja. Malam tu aku pulun lah minum air panas biar lancarkan darah tu nak keluar. Sampai esok hari pun darah masih tak keluar2. Aku perati je pad aku suci, bersih je (Sori bahasa kurang enak. Heheh). Suami pun dah pergi kerja. Aku just baring rileks dalam bilik. Punya lah berhati-hati sebab ready nak terima sakit senggugut tu tau. Pastu jam 11 pagi, aku cek lagi pad. Masih suci bersih gituww. Hehhee. Tiba2 terdetik kat hati, "eh aku ni mengandung ke?, tapi tak mungkin lah sebab aku belum delay period lagi, tarikh due period pun belum sampai juga sebenarnya. Mana mungkin boleh detect awal sangat." Terpinga-pinga aku sorang2 dalam toilet tu tau. Huhuuue.

Pastu dah masuk waktu zohor. Aku pun cakap sorang-sorang kalau darah tak keluar lagi, baik aku mandi and boleh solat terus. Sebelum tu, aku ambil tab terus google search kat internet tanda2 awal mengandung. Mata aku ternampak perkataan 'ada tanda spotting selepas beberapa hari delay period.' Aku pun macam kecewa sebab spotting aku tu sebelum due period, so maksudnya tu darah period lahh. Sedihh lagi. Hahahakk. Aku terus bangun capai towel terus nak mandi. Tiba2 terasa plak nak buat urine test guna upt. Tanpa fikir panjang aku terus ambil upt tu dalam laci and terus buat urine test. Hasilnya??? Omg!!! Dua line. Line kedua tu terang dan nyata!! Aku gosok2 mata and tengok sekali lagi upt tu. Buka mata besar2, see masih 2line. Masa tu tak tau nak describe perasaan aku macam mana. Happy + terkejut + taknak mengharap apa2 sebab aku taknak kecewa lagi. Aku pun mandi terus solat. Lepas solat, duduk termenung kat sejadah berkata-kata dalam hati betul ke aku ni mengandung sambil gosok2 perut aku. Dalam sedar tak sedar air mata mengalir. Sebak kalau betul aku mengandung (masih tak yakin  lagi sebab apa yang aku baca tentang tanda2 awal mengandung mesti delay period. Klaau tak pun, kalau kandungan terlalu awal line kedua kat upt tu akan jadi samar2 atau pun upt tak dapat detect langsung). Baca kat internet kalau nak dapat the best resultbuat urine test tu pagi2 maksudnya urine yang pertama untuk hari tersebut. Tapi masalahnyaaa aku buat dah nak tengahari ni. Ishhh!! betul ke aku mengandung??? Mood masih tak percaya. Blurrr.

Aku terus snap picture upt tu and send it to my husband. Suami aku terus call and macam2 soalan dia tanya. Sampai aku rasa suami aku ni pegawai siasatan ke?? Hahaha. Masa on call tu, kami decide tak nak mengaharap apa2 sebab takut kecewa. Suami cuma pesan jangan banyak bergerak and banyakkan  rehat je. Suami balik kerja terus excited nak tengok upt tu. Terukir senyuman di bibir kami dan dapat peluk dari suami. Tapi.. kami masih tak letak harapan yang tinggi. Boleh dikatakan hanya 30% je harapan kami yang upt tu positif. Pastu kami decide tunggu dulu 2 hari lagi lepaskan tarikh due period yang sebenar aku. Then baru beli upt versi digita. 

2 hari selepas itu.....

Lepas solat maghrib aku dan suami pun keluar pergi guardian semata2 nak beli upt versi digital jenama clear blue tu. Sebab pertama nak beli upt versi digital ni sebab versi ni terus keluar kat screen pregnant or not pregnant. Kalau pregnant dia akan keluar sekali berapa weeks kandungan kita. Sangat excited balik tu tak tunggu esok pagi pun, aku terus je buat urine test.



Ini lah hasilnya. Syukur Alhamdulillah. Kat screen tu dia tulis "pregnant 2-3." Maksudnya, kandungan aku ni masih terlalu awal dalam 4-5 weeks macam tu la kalau ikut kiraan doktor. Lepas buat upt guna clear blue ni, keyakinan kami yang aku mengandung semakin meningkat menjadi 80%. Cewahh. Yang tercicir 20% lagi tu kena jumpa doktor dulu. Baru lah senyum selebar2nya dan cecah 100%. Heheh.



Disebabkan aku ni tak suka dengan nombor dan symbol, cepat2 terus aku donwload kt apple store pregnancy progress application. So kat situ dia boleh kirakan berapa minggu kandungan kita. Yang lagi best tentang application ni, dia akan explain setiap perkembangan bayi dalam kandungan kita every weeks. Dalam masa yang sama, aku dapat lah tahu perkembangan si kecil dalam perut aku setiap minggu. Sangat membantu dan seronokkk!!



 First scan di Klinik Mediviron.
 
 Masa otw nak pergi klinik, hati aku gelisah. Not happy. Sebab risau takut-takut sebenarnya aku tak pregnant pun. Pastu terfikir entah2 yang aku buat urine test tu semuanya salah. Aku genggam tangan suami and luahkan perasaan aku mase tu. Siap minta maaf lagi dengan suami macam ni "Abang saya nak minta maaf kalau keputusan scan nanti tiba2 tunjuk takde baby pun dalam rahim saya." Masa tu air mata dah penuh kat kelopak mata tinggal nak tumpah ke pipi je. Pastu suami terus cium tangan saya dan cakap "Takpe lah, abang tak kisah. Insyallah ada rezeki kita. Kalau takde baby, kita usaha lagi. Dah jangan minta maaf. Baby takde buat salah apa2 pun kat abang." Terus laju air mata ni jatuh kat pipi. Sampai je klinik, tunggu dalam 2 minit pembantu doktor pun panggil masuk dalam bilik scan. Time dengar je nama aku dipanggil kaki aku terus longlai, hati gusar sebab terlalu risau. Banyak2 aku selawat. Dengan lafaz bismillah aku pun masuk bilik scan tu. Dalam bilik tu cuma ada doktor yang nak scan perut aku je. Doktor tu mesra dan lembut sangat. Dan part paling lawak nama doktor tu sama dengan nama aku, Suhaila!.Hihihikkk..

Doktor: "Ok puan, boleh bagi nama puan untuk saya masukkan dalam data print nanti"
Aku: "Ohk nama saya siti suhaila"
Doktor: "Tak, saya nak tau nama puan siapa?"
Aku: "Haaah... nama saya siti suhaila doktor."
Doktor: "Ohh yeke!! Nama awak sama dengan nama saya. Saya pun confius kenapa awak bg nama saya tadi" Hahha

Kami pun bertiga gelak2 la dalam bilik scan tu. Hihiikkk.





Lepastu doktor pun taip nama aku. Then dia letak gel kat perut and terus scan. Doktor terus kata haaa tu benda tu. Aku confius benda apa doktor.? Tu yang titik dot tu la kantung baby awk. Aku terus mana doktor mana? Suami pun tanya mana doktor, mana?? Doktor tu pun zoom la bagi dekat sikit. So nampak la titik dot tu. Doktor kata kecik lagi ni. Alhamdulillah tengok tu kantung baby awak dalam rahim, bukan luar rahim. Kedudukan semua just nice. Ikut kiraan dalam scan ni kadungan awak dah 5 weeks. Setakat ni belum nampak lagi jantung baby. Nanti bila kandungan dah masuk 3 bulan datang lagi, kita cek jantung baby plak ya. Alhamdulillah syukur. Masa ni terus yakin 100% dahh. Heheh. Nak nagis pun ada. Nangis gembira. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Benar, Allah maha mendengar dengan apa yang kita kehendaki. Walaupun tak terluah di luaran, tapi hanya tersimpan di dalam hati saja Allah tetap tahu dan akhirnya Allah makbulkan juga permintaan kami.

Semuanya ada hikmah disebalik kesedihan yang terpendam selama 2 tahun lalu. Sungguh cantik perancangan Allah. Dia maha mengetahui bila masa yang terbaik untuk beri kami rezeki anak. Allah bagi rezeki anak selepas aku tamat pengajian ijazah dan Allah bagi aku peluang masa untuk aku merasa nikmat indahnya hidup selepas berkahwin. Iya lah bila fikir balik, aku berkahwin masa aku tengah belajar lagi. Time tu masa sangat mencemburui aku. Dari awal2 kahwin, Masa aku banyak habis dengan belajar je lagi2 time tu dah masuk final year. Lagi lah bertambah sibuk dengan thesis. Sejujurnya, time tu tak dapat nak terlalu fokus dengan suami sangat. Maksdunya aku tak lah macam kebanyakan pasangan yang baru berkahwin yang terus dapat spend masa together dengan suami. Berhoneymoon terus. Aku tak sempat nak honeymoon tau sebab time majlis kahwin tu, next week nya terus je ada exam dan pra pembentangan thesis. Busy sangat masa tu :/. Cuma 3 minggu lepas kahwin tu suami beriya buat suprise ajak honeymonn dekat2 je kat gold coast, morib. Masa tu aku curi2 masa sambil honeymoon sambil tu menaip thesis and siapkan assignment. Huwarghhh :(''
Terlalu banyak pengorbanan masa terutamanya suami la yang tak pernah jemu dengan kebusy an aku. Malah sentiasa sokong aku. Satu tips kebahagiaan rumahtangga bagi isteri yang busy macam aku ni.  Sibuk macam mana pun kita, sediakan makanan untuk suami paling utama. Jaga makan dan minum dia. Insyallah everything will be ok. Tips ni mak aku yang bagi. Tq Makkk!! xoxo!! 



Next scan kandungan cecah 18 weeks dalam kiraan 4 bulan kandungan lah. Dah nampak degupan jantung baby. Lipp lapp lipp lapp. Doktor pun bagi peluang dengar dengupan jantung baby. Masa first time dengar tu terkejut laju sangat bunyi degupan jantung baby. Cepat-cepat doktor tenangkan aku dengan suami. "Dont worry, its normal". Rupanya degupan jantung baby lebih laju 2x ganda dengan degupan jantung ibu. Fuhhhh..Tarik nafas lega terus. Heheh. Pastu doktor tu tanya nak tak tengok jantina baby. Laju je kami jawab nak nak nak!! Doktor pun scan lah kat baby punya tu, tapi... baby tutup dengan tali pusat dia. Puas doktor usik2 gode2 alihkan tali pusat tu. Bila dah beralih tali pusat tu baby kepit plak tak bagi tengok. Hihi. Pandai tau anak ibu ni acah2 nak bagi suprise kat ibu. Last2 doktor just assume je baby dalam kandungan ni jantinya tet... 'masih rahsia lagi". heheh. Asalkan sihat ya nak. 


Dan sekarang ni, Alhamdulillah kandungan dah masuk 2nd trimester. Perut pun dah semakin maju kehadapan. Heheh. Ramai kawan2 tanya aku puasa ke tak. Alhamdulillah setakat ni boleh puasa dan tak pernah miss lagi. Insyallah next entry aku bagi tips berpuasa bagi ibu mengandung ok.


Last sekali, terima kasih sudi membaca entry yang sangat panjang ni. Bagi pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak, pesanan aku sentiasa berlapang dada dan bersabarlah. Sentiasa senyum tatkala diaju pelbagai bentuk soalan. Jadilah insan yang paling bahagia walaupun belum berjaya peroleh zuriat. Jangan bersedih jika belum berjaya. Sentiasa berusaha dan berdoa. Yakinlah, Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk kita pada saat dan ketika ini. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menagis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi :)

Assalamualaikum :)













Video Tutorial Laila Shawl

Salam,
Kak El, mcam mana akk pakai tudung Laila shawl gaya bawal tu?

Ok nahhh, tengok video kat bawah ni.


 


 Selamat mencuba, dan Jom pakat ramai-ramai beli Laila Shawl yang super best ni dengan kami @elanorofficial :)


Lihat di SINI untuk pilihan warna yang menarik.


Jumpa lagi untuk next tutorial okey.
 Xoxo! <3

Laila Shawl

Material: Cotton blend
                Mudah dibentuk, tidak perlu pakai inner, tidak jarang. 

Ukuran: 2m X 1.1m

Harga: RM20 exclude postage.
            Postage 1-3helai RM6,
                         4-10helai RM9          
            Beli 5helai dan ke atas, FREE postage. 

Untuk membeli, sila email kepada elanor124@gmail.com atau, pm/whatsapp elanor di 019 393 0848. Hantarkan butiran anda seperti di bawah:

Nama:
Alamat:
No. tel:
Order: 


Terima kasih :)

Pelabagai cara boleh di gayakan

Warna: Hitam, Dark Blue, Royal Blue, Blue Pastel



Warna: Maroon, Love Red, Magenta

Warna: Peach, Pink Pastel, Soft Mocca, Cream

Warna: Forest Green, Mustard

Diari Braces: Tips sebelum memakai braces.

Assalamualaikum. Haiiii :)

Hari ni ni cerita pasal braces. Hari ni dah masuk minggu kedua aku pakai braces. Baru je minggu dua dah macam macam soalan ditanya. Soalan paling popular yang ditanya sakit tak pakai braces? Mahal tak kos pasang braces? Kena cabut gigi tak? Haaa tu antara soalan famous yang selalu orang tanya. Disebabkan aku baru je 2 minggu pakai braces, so aku tak berapa yakin nak jawab soalan soalan tu. Mungkin aku akan jawab soalan-soalan semua tu selepas beberapa bulan aku pakai braces. Entry kali ni aku cuma nak share tips and pengalaman awal masa mula mula nak pakai braces. Kat bawah ni beberpa step /langkah yang perlu dibuat sebelum buat keputusan nak pakai braces. 


Step 1:Kenalpasti gigi kita ada masalah tak?

Macam aku, aku memang ada masalah gigi tak align. Pastu gigi bawah aku ada part gigi yang ada gap. So bila makan aku akan rasa sakit. Lagi lagi kalau makan daging. Dia akan terselit kat gigi yang ada gap tu. So sad sebab aku suka sangat makan daging daripada makan ayam. 


Step 2:Buat research klinik pergigian mana yang ada buat perkhidmatan braces. 

Part ni paling penting. Korang carilah kat google senarai klinik yang ada buat braces ni. Bila dah jumpa nama-nama klinik tu, benda paling penting korang kena ambilkira:


1. Kos keseluruhan untuk pakai braces ni sebab harga setiap klinik tak sama (klinik swasta). Tapi yang pasti, kos buat braces kat klinik swasta makan belanja yang besar jugaklah. Kalau nak free dan murah, boleh buat kat klinik gigi kerajaan. Setahu aku free tu untuk sesiapa yang parents dia kerja kerajaan. Kalau parents tak kerja kerajaan, kena bayar RM700 sahaja. Pastu kat kerajaan ada waiting list 2-3 tahun. Biasanya diorang lebih fokus kat budak sekolah je dulu.


2. Lokasi klinik.
Bila dah pasang braces, nanti korang kene follow up every month. Aku lagi prefer korang cari klinik yang dekat dengan rumah utk save cost. Sebab korang kena ambil kira duit minyak, tol, dan masa perjalanan nak pergi klinik gigi tu.


3. Berapa orang dentists, staff dan Layanan.
Kena tau juga klinik tu ada berapa orang dentists. Lagi ramai, lagi cepat proses memasang. Contoh kalau ada sorang je dentists, pastu ramai plak patient diorang, sudah tentu waiting list berderet panjang. Pastu tunggu no giliran berjam jam plak. Dah rugi masa kan. Macam tempat klinik gigi yang aku buat ni, dia ada provide 2 orang dentists, lelaki dan perempuan. So korang boleh pilih ikut keselesaan korang.

Selain tu, tengok juga layanan staff klinik tu baik ke tidak. Kalau layanan baik lagi bagus, lagi best, lagi happy sebab setiap minggu korang akan jumpa diorang ni. So far, tempat klinik aku pergi ni tip top layanan diorang. Lagi best tempat menunggu dia ada sofa yang empuk, ada tv, aircond, ada wifi. So my hubbi tak la bosan menunggu.


Step 3: Cari sumber kewangan.

Pastikan korang ada sumber kewangan yang baik. Sebab macam aku cakap tadi, kos pasang braces ni makan kos yang tinggi. Macam tempat aku buat ni, jumlah kos keseluruhan RM5k (Include x.tray, cabut gigi, follow up every month). 


Step 4:1st Appointment. 

Bila dah jumpa klinik yang berkenan di hati tu, korang call la klinik tu untuk buat first appointment. Tetapkan lah masa dan tarikh ikut kelapangan korang. Masa call tu cakap lah saya nak buat appointment utk pakai braces. Saya nak cek je dulu keadaan gigi saya boleh ke tak pakai braces. Aku suggest korang buat first appointment sebab kemungkinan kos yang korang da buat research tu tak sama dengan keadaan gigi korang. Sometimes, ada yang kena tambah lagi duit, sometimes ada yang lagi murah. Haa part murah tu paling korang suka kan! (Aku pun suka) Huehue. Masa first appointment tu la dentists akan terangkan keadaan gigi korang contoh masalah gigi korang, layak ke tak nak pakai braces. Berapa tempoh pemakaian braces tu. Kene cabut gigi ke tak? Berapa kos keseluruhan. Haaa.. lepas dah jumpa baru lah korang akan dapat pencerahan. 


Step 5:Buat Keputusan.

Buatlah keputusan dengan bijak. Hihik. Macam aku, masa 1st appointment tu juga aku dan hubbi terus setuju nak pasang braces. Pantas betul. Heheh. 

Harap dapat membantu sedikit sebanyak kat korang yg bercadang nak pakai braces. Bagi aku,  sebelum kita nak buat sesuatu keputusan tu, kita mestilah kene usaha banyak sikit supaya keputusan tu tak membebankan kita, malah dapat menggembirakan kita. Terima kasih sudi membaca. Jumpa next entry : My 1st Appointment with dentists. 


Tata :)




Hello 2015

Assalamualaikum.

Walaupun esok dah sebulan kita masuk tahun 2015, aku tetap nak wish Happy new year!! Hehe

2015: Alhamdulillah diberi keizinan untuk aku meneruskan kehidupan dibumi ini.
2014: Terima kasih untuk pelbagai warna warni kehidupan yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar.

Entry kali ni nak bagi throwback sikit kenangan 2014. Aku suka imbas kenangan masa lalu untuk reward myself dan juga didik hati bersyukur dan berterima kasih dengan kenangan lalu. Bak kata pepatah hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Yang indah hanya sementara, yang sempurna tak selalu bahagia. Jadikan apa yang dah lalu itu sebagai sesuatu pengalaman dan pengajaran untuk masa depan.

Jom imbas kembali kenangan 2014 aku:


 
  • elanorofficial 

Masa cuti sem 6 dulu terasa hidup macam bosan. Lagi lagi bila hubbi pergi kerja. Aku melanguk sorang sorang kt rumah. Pagi pagi dah kemas rumah dan masak untuk lunch settle semua then aku tak tau nak buat apa? Seksa tau tak!!. Maka, aku pun decide nak buat business online. Dengan persetujuan hubbi, elanorofficial pun ditubuhkan. Welcome elanorofficial. Terlalu banyak perasaan dan pengalaman pahit manis masa mula mula buka business ni especially communicate with customer. Macam macam ragam gelagat customer. Ada customer yang supportive dan ada juga yang tak. Anyway, benda benda ni semua mematangkan aku untuk lagi success dalam business dan untuk diri sendiri juga. Hehe. Terima kasih kepada customer-customer elanor/ ELAngels atas sokongan anda semua. Insyallah tahun 2015 ini, elanor akan mengeluarkan produk produk yg bermanfaat dan gojes. xoxo!



  • Trip to Vietnam.

Reward myself pergi holiday di Ho Chi Minh with hubbi. Target 2015 nak pergi lagi Ho Chi Minh. Tujuan utama nak pergi lagi sebab nak buat baju raya. Hahha. Aku jatuh cinta sangat dengan hasil diorang sebab memang superb hasil jahitan diorang. Kemas, selesa dan yang paling power 1 hari boleh siap baju kita. Best kan?? (Next entry aku share entry kami pi travel di vietnam ok!)



  • 2nd Raya with beloved hubbi. 

Dulu masa bujang aku selalu je pau abang n kakak aku nak duit raya. Tapi kali ni aku plak dibuli oleh 8 orang anak anak sedara aku. Ramaikan? Hehe. Alhamdulillah hasil daripada berbusiness, dapat juga aku bagi diorang semua duit raya include adik aku sorang tu dan my parents :)



  • Trip to Kemboja

Actually ni 2nd time aku sambut raya haji di Kemboja. Masa first time pergi tu memang rasa sedih jauh dgn family kandung. Lama lama aku seronok dan puas. Seronok dan puas dapat bantu umat seislam dengan kita yang miskin kat sana. Di sana kehidupan mereka sangat daif. Berbeza dengan kehisupan kita di disini. Terdidik hati dan jiwa aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Satu je pesanan hubbi kat aku supaya jangan pernah jemu untuk membantu dan bersedekah. Pesan hubbi lagi "kehidupan kita kat sini jauh beza dengan mereka di sana. Tak ada apa yang boleh kita samakan tentang kehidupan kita dengan mereka, kecuali satu je yang sama iaitu agama kita, Islam. Sapa lagi nak bantu mereka melainkan kita. Insyallah next entry aku share tentang korban dan aqiqad serta sedikit kehidupan diorang di sana ok :)



  • Passed the final exam and Viva.

I passed all papers examination for my degree. Syukur Alhamdulillah. After that i had a long break before my konvokesyen :). No more classes, no more assignment, no more presentation, no more exams. Jadi suri rumah yang bertauliah je. hehe.



  • Trip to Cameron Highland.

 Sempenakan meraikan aku dah habis exam dan no more kelas, hubbi bawa aku jalan jalan pergi Cameron Highland. This is my first experience going to Cameron Highland. Jakun kan? Hihi. 




  • My konvokesyen day.

Boleh baca entry konvokesyen kat SINI. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan semangat sampai aku berjaya mengenggam sugulung ijazah. Than you so much <3. 



  • Trip to Pulau Pinang, Kedah & Danok.

And again, this is also my first time going to Pulau Pinang, Kedah dan Danok. Diberi peluang untuk meraikan perkahwinan kawan baik hubbi di Kedah. Tapi tapi, sambil menyelam minum air kitorang jalan jalan dulu kat Penang and Danok. Nak pergi lagi Penang sebab makanan diorang sedap sedap. Hihihi. Kedah plak sebab ada padi. Segarrrrr. Danok tak pergi lagi pun takpe. Hehe. Haritu pergi danok pun sebab nak beli beras je. kuikui. Beras wangi memang sedap dan dapat harga yang murah.


Overall for 2014, my life was about my student life vs wife, travel and family. Aku berharap aku dapat jadi better person for next next year. And hoping for a healthier, a brighter life and.. murah rezeki dapat timang cahaya mata. Doakan kita :)


That all for 2014 life. Thanks for reading this entry. Smile :)
Copyright © susulila | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in